Tuesday, November 30, 2010

.:: biLa pRiNCeSs diLaHiRkaN ::.

assalamu'alaikum.. :)) selamat petang semua... (rasenya bila wardah publish entry ni da malam kot)
entri ni adalah salah satu inspirasi wardah nak kawen cepat ye.. haha.. oops!! case sensitip... 

okeylah, jom tengok apa wardah nak story dalam entri nih...
kali ni, entri ni berkaitan dengan seorang puteri... bukan Puteri Bunian... bukan jugak Puteri Gunung Ledang, apatahlagi Puteri Diana.. hihi.... 

Pada hari Sabtu yg lepas, bersamaan 27 November 2010, kami sekeluarga (termasuk atok, nenek, pakcik, makcik, sepupu, sepapat) telah dijemput utk ke sebuah majlis hari jadi yg bertempat di Bukit Rimau, Kota Kemuning... meredahi hujan yg lebat, kami menyusuri Lebuhraya Kemuning-Shah Alam (LKSA) dengan perasaan tertanya-tanya... apa lak skema sangat ayat ni ek?? hihi... 

dalam 15 minit, kitorang pon sampai la kat tempat yg dituju tu....



Banner ni lah yg kitorang carik.. Alhamdulillah, tak sesat.. hihihihi..

eh.. blom bagitau lagi puteri mana yg wardah nak cerita ni...
haaaaaa..... ni dia orangnya... 
*
*
*
1
*
*
*
2
*
*
*
3
*
*
*
Jeng.. Jeng.. Jeng...........

haaaa.. ni dia.... Puteri Batrisya BilQish binti Megat Mohd Farish.. (tak taula betoi ke dak eja nama tuh.. :D)
atau lebih dikenali sebagai Qish....
memang dia seorang puteri dalam keluarganya.. yelah, anak perempuan seorang, dia cuma ada 2 org abang sahaja.. tapi, tunggulah, dalam masa 6 bulan lagi, insya Allah, ibu dia Rosnani Ayob bakal melahirkan lagi... haa.. kita nak tengok jugakla, adik si Qish ni putera atau puteri macam dia... hihihi


ni plak antara menu yg disediakan.. ada nasi minyak, lagsana dan laen-laen..


cuppie cakes yg comel... wardah tak sempat nak grab mende ni.. memang jadi perhatian yg datang, so, lajula habis... sobsobsob... tp, the mother promised nak order lagi laen kali.. best!! best!!


cheese tart yg comel... pon wardah tak sempat grab jugak.. hukhukhuk

lepas makan kenyang-kenyang, sampailah saat yg dinanti-nantikan....
inilah objek terpenting apabila menyambut hari jadi...
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*


haaaa.... pernah tengok tak kek yg macam ni?? series, ni 1st time wardah tengok kek bentok macam ni... dengan patung Barbie di tengah-tengah.. 
memang princess btol la adik Qish ni.. MakLong (ofcos laa.. sebab ibu Qish cousin wardah) dulu kecik-kecik tak penah dapat kek macam ni.. wuwuwu..



Hepi besday to you..
Hepi besday to you..
Hepi besday to BilQish..
Hepi besday to you..
(sambil tengok lilin dia.... pelik macam kek dia jugak)


eh.. eh.. tiba-tiba je ada 'princess' laen tolong tiopkan lilin tuh.. hihihi...
mujur tak bergadoh diorang nih.. hihi...


Princess telah 'dipotong'...
nyamnyam... sempat amek bawak masuk dalam keta sambil makan.. hihihi...


eh?? Snow White ni buat apa plak kat atas tuh??


oh.. kena tarik dulu...
tarik.. tarik.. tarik....
apa ek yg keluar??

jeng..
jeng..
jeng..


oh.. gula-gula rupanya.... 


tengok budak-budak ni kutip gula-gula.. the princess pon takot nak join skali.. wuwuwuwu


yg tua-tua pon taknak kalah haaa... dikorek-korek nya Snow White tuh...


belum mengalah lagi diorang ni....

okey, cukuplah sesi korek mengorek nih.. huhuhu..
skarang, masa utk 'korek' hadiah pulak.. hihi...

jom kita tengok plak hadiah-hadiah yg Qish dapat...




Princess da penat daa layan rakyat jelata hari ni..







dan banyak lagi... banyak la dia dapat.. al-maklumlah, budak baru 3 tahun, best la sikit nak carikkan hadiah utk dia, senang pulak tu.. huhuhu...


tamat sudah majlis Qish ni.. tengok la tu... da sememeh da dia..
ni Qish ngan abah die, Abg Megat.. same tak muka diorang?? hihi.. 
(macam tak betol aje soalan ni..)


hehe.... Alya enterframe sekejap.. Alya anak Abg Amir a.k.a cousin Qish... Alya baby girl yg latest..
insya Allah, next year, kitorang bakal menerima 2 lagi baby dalam family kitorang.. 
doakan yg terbaek ye.. :))

lepas tengok je majlis Qish ni.. terus je wardah rasa, taknakla kawen awal... kena carik duit banyak-banyak kalo nak ada Princess and nak buat majlis hari jadi... 
ini baru seorang, kalo dua, tiga?? (berangan~)
mau botak kepala wardah.. huhuhu.....

okeylah... tak sangka pulak leh siapkan petang ni jugak... hihi...
wardah tengah goreng ayam kat belakang tu... nanti hangus pulak ayam wardah tu... melepaslah kanak-kanak tu semua nak makan.. hihi....
nak join makan sekali, datangla rumah~
:D

p/s: sebenanya, wardah ada kat majlis tu, sampai kat part potong kek je.. hihi.. yg laen-laen tu, hasil interview orang-orang yg masih kat sana.. :))
kalo tulis tergantung, tak menariklah pulak entri kan??
lepas majlis ni, kitorang terus je redah jem pegi Palace of the Golden Horses.. :D

Sunday, November 28, 2010

.:: kAu peRGi JuA ::.

assalamu'alaikum dan selamat malam semua.. :))
apa khabar?? lama sudah tak ketemu.. hihi..
wardah bz betol 2, 3 hari ni...
tak sempat nak hapdate belog..... sori ye... 

entri kali ni, cerita yg agak sedih la berlaku baru-baru ni...
kat rumah wardah ni, ada lebih kurang 8 ekor kucing sebelum kejadian sedih ini berlaku...
satu fakta y anda semua perlu tahu, wardah sangat TAKUT akan kucing ya.. 
macam mana wardah boleh hidup dengan 8 ekor kucing nih??
haaaa..... mana boleh nak duduk diam kalo ada 8 ekor kucing kan..
kalo diorang dekat aje, alamatnya, satu kampung la tau wardah ada kat rumah.. hihi..
walo time tido pon, wardah sanggup terjaga daripada biarkan diorang dekat-dekat, hidu-hidu, gigit-gigit, gesel-gesel dan sifat lain kucing.. hihi..

okey, tapi kali ni, nak cerita pasal seekor kucing kesayangan dalam rumah ni ya... haaa... macam mana agak-agaknya rupa dia ek?? 
JENGJENGJENG...
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

haa... itu si fahmi dan si Kuning!! okey, gamba tak berapa baeks since Sony W705 wardah belum lagi dibaiki ye... cukuplah anda semua tau yg Kuning merupakan seekor kucing berwarna putih bertompok kuning..
of course la betina.. hihi..
okey, kisah Kuning bermula kira-kira hampir 2tahun lepas bila dia ikut salah seorang adik wardah, Faris balik dari masjid.... dia tetap ikut walopon ditinggalkan beberapa kali..
jadi, kitorang semua pon ambil keputusan nak 'menambah' koleksi kucing-kucing kat rumah ni.. hihihi..

okey, cukup dengan sejarah Kuning ye.. hihi..
then, bila Kuning da cukup umur kan, biasala, gatal-gatal, miang-miang kucing, sampailah musim mengawan Cik Kuning ni kan... hihihi
okey, disebabkan wardah ni jarang duduk kat rumah, nak-nak plak tak berapa nak berani dengan Cik Kucing, so, tak berapa nak tau la kan berapa lama yg dia ni dah bunting..

tau-tau je, balik rumah lepas final exam, da 2minggu rupa-rupanya Kuning telah melahirkan....
nak tengok rupa her new Kittens??
okey, get ready ye..
*
*
*
*
1
*
*
*
*
2
*
*
*
*
3
*
*
*
*

haaa.. comel tak? comel tak?? hihi...
sebenanya, ini kali kedua Kuning melahirkan..
and, the kittens are much-much prettier than the olders.. huhuhu..
ada 4 ekor semuanya... satu kale putih, dua kale oren, 1 lagi kale putih oren, macam kuning... ngeee~


pandai tau diorang ni posing-posing nak ambil gambar..


tido ulak die-die nih... 

okey, itu kisah 2 minggu lepas kelahiran diorang ni..
tapi, setelah 2 minggu kemudian, satu kejadian menggemparkan berlaku...
last Friday, bangun-bangun pagi je, seekor daripada kale oren tu da kekerasan.... 
okey, mati la maksudnya... sebelum ni, dia takde pulak tunjuk tanda-tanda nak 'meninggalkan'...

memang kecoh sangat la pagi tu kan... pagi-pagi tu, adik-adik wardah pegi la cungkil-cungkil tanah kat depan rumah nak kuburkan dia.. sebenanya, kat kawasan tanah tu, dah lebih kurang 9 kubur kucing ada kat situ..
semua kucing yg kitorang bela la...
kebanyakannya mati disebabkan virus yg popular di kalangan kucing..
tak tau la nama dia apa.. virus ni biasanya menyerang anak-anak kucing yg baru lahir, yg mahir masih menyusu dan yg seumpama dengannya lah..

disebabkan ni dah second time kitorang deal dengan virus nih, so, da faham la apa perlu kita buat kan..
dalam pukul 11, wardah ngan 2 adik pon bawak la anak-anak kucing yg tinggal (3 ekor) pergi klinik haiwan..


tengok la rupa diorang ni masa dalam kereta..
memang agak koto la.. since, virus ni akan sebabkan diorang ni berak cirit-birit tak kira masa..
da la agak koto, bau diorang, pergggggggggghhhhhhh!!!!!
tak sanggup kitorang bukak air-cond and rela la kitorang bukak tingkap saja....
pastu, bising-bising "meow-meow-meow-meow-meow-meow"
panjat-panjat sangkar tu macam dalam gambar tu.. hihihi..

dalam masa 5 minit je, kitorang da sampai kat klinik haiwan tu.. (aik, dekat je rupanya..)


haa.. ni la 'muka depan' klinik hewan tuh.. lokasinya, di Seksyen 15, Shah Alam, kat simpang masuk sebelum Balai Polis Seksyen 15 tuh.. okey, orang Shah Alam mesti tau...

masuk-masuk, tanya la kat MakGuard tu..

MakCik, kat mana klinik??
Klinik dah tutop dik.. hari ni hari jumaat, klinik tutop pukul 11..
Oh, yeke MakCik, terima kasih... :)

pulas habis-habis stereng kereta nak kelua.. singgah lagi kat MakGuard tadi...
tanye lagi..

MakCik, petang ni, klinik bukak tak?? (Harapan tinggi)
Tak jugak dik..
Esok?? (Sabtu)
Lagi tak bukak 

hampa betol kitorang.. pikir punya pikir... macam mana nak buat ye..
lambat-lambat, mati la anak-anak kucing ni.. huish..
so, kitorang takde pilihan laen, terpaksa bawak jugak kucing-kucing tu pegi klinik haiwan lain..
kalo tadi klinik kerajaan, then, kita bawak pulak diorang pegi klinik swasta yg mana, kosnya mungkin akan mahal.. walopon cuak-cuak macam tak cukup duit, kitorang redah jugak la... hohohoho...

terus je wardah drive pergi Seksyen 13, area Giant besar dekat-dekat Stadium Shah Alam..
pusing punya pusing, wardah memang tak pernah pergi area tu without parents, so, memang tak mahir sangat la jalan kat situ.... dekat 30min jugak la pusing-pusing kat situ..
and,tibe-tibe je: haaaa... situ-situ.... adik wardah da nampak..

alhamdulillah...... da jumpa pon... jam da hampir pukul 12 tengah hari..
takut jugak klinik tu tutop sebab hari tu hari jumaat, mesti doktor nak pegi solat jumaat kan.. hihihihi...

alhamdulillah, sampai je turn our kittens, kitorang pon masuk...
OMG!!!!! the doctor is sooooooooooooooooooooo handsome!!
huhu.. tak dapat nak snap gamba doktor tu sebab handsome sangat, sampai gigil-gigil.. hahaha...

doktor just suapkan tiga-tiga ekor kucing tu ubat cacing, then bagi lagi 1 botol ubat cacing dan 1 botol antibiotik for kittens.. da sampai masa nak wat bayaran...
dup dap dup dap....
*
*
*
semua sekali, RMM20 sahaja..
fuhhhhh...
lega rasanya...

Okey doktor, saya nak beli pasir untuk kucing sekali..
Kalo pasir yg biasa, RM25.. kita ada pasir lain yg ada bau-bau wangi, RM23..
Oh.. kita amik yg bau-bau la.. murah sikit.. huhuhu.. amik yg bau ros... wahhh... romantik sungguh kucing-kucing ni bila da besar nanti.. hahaha
hahahaha... okey, semua sekali RM43..

balik, balik... jom balik... hihihi.....
*
*
*
*
*

leps asar je, hujan lebat-selebatnya...... oh!! si putih is dying....

Bawak dia masuk cepat, bagi dia susu...

wardah da menggeletar da... memang da lembik betol si putih ni...
bagi dia minum susu HL yg low fat tu, guna picagari je...
respon yg baik... dia minum jugak walopon sikit...
setiap 30 minit, kitorang bagi dia minum susu..

alhamdulillah, dia da boleh gerak-gerak, jalan-jalan sikit...



anak panah merah tu tunjukkan si putih... kenapa letak teddy bear kat situ??
sebab, putih ni tengah basah-basah and sejuk-sejuk.. 
mak dia pulak taknak dekat ngan dia.. pelik betul.. huhuhu

keesokkan paginya, kami jumpa si putih sudah pon kekerasan..
oh putih..... setelah apa yg kami lakukan for the whole day, Tuhan telah tetapkan ajalnya.. tanpa sesiapa pon menyedari.. namun, si putih, kau tetap dalam kenangan..
first time wardah pegang seekor kucing sambil dodoi-dodoikan dia..
itupon, sebab dia da lembik, tak mampu melawan, dan mencakar.. hihihi


tinggal la dua ekor ni saja anak kucing yang tinggal....
alhamdulillah, da makin sehat...da boleh lari-lari dalam rumah...


tengok ni, nak panjat- panjat keluar dari sangkar...


yg ni plak, marah ke orang nak amek gamba..?? hihi

sekarang ni, kitorang tengah menanti kelahiran lagi seekor kucing betina yg merupakan satu-satunya anak Kuning yg hidup utk kelahirannya yg pertama dulu..

Hitam name dia.. erm.. kalo tengok dari rupa dia, memang orang tak berkenan.. hihi
tapi, nak tengok jugak la anak-anak dia macam mana kan... kot-kotla gen bapak dia kuat lagi.. hihi..

okey, selamat malam you all... :))

p/s: kalo anda semua rasa-rasa macam part yg dah nak bawah-bawah tu macam ala-ala da tak cergas, nak cepat habis je, memang pon.. hihi.. lapa la.. nak pegi buat roti bakar dulu.. nak jugak?? ha, cepat-cepat jom ikut wardah pegi dapur.. :D

Friday, November 26, 2010

.:: bILa maLam muLa meNJeLma ::.

canteknye.. subhanallah....


assalamu'alaikum... :))
dah nak tido ke semua?? malam masih muda lorrrr....
oh.. keje eh esok?? hihi...

tajuk entri nak gempak aje... macam nak tulis cite hantu..... mentang-mentang baru lepas tengok cite "Kum Kum" kat Astro Ria tadi.... huhuhu..
bila malam menjelma....... dup dap dup dap je hati ni...
apesal ek? pelik laa..
da tu, tido pon tak mau... da tak mau, guling-guling la atas katil jawabnye....

"oh my pretty pretty boy i love u.."
haa.. mule la tu nak setat angau balik...
mule la nak kenang-kenang kesah lame balik...
ape kamu da takde benda laen lagi nak pikir cik wardah?

tapi, yg hairannya, peristiwa ini berlaku waktu malam je tau..
waktu siang-siang takde pon...
yelaa.. waktu siang-siang duk layan adik-adik yg memekak je tak ingat dunia kan..
da malam-malam, bila semua da tido, bila da sunyi sepi, mula la rase sesak nafas balik....
mula la rase berdebar-debar lagi.....

haish.. sabar lah wahai hati.... sikit je lagi.... da nak dekat 48jam bertahan......
ini bukan ego ye... ini peristiwa pahit getir menerima kenyataan.. haha.. ntah ape ntah ayat wardah taip ni...
da ngetngot la ni agaknya, cuti lama sangat tak keluar-keluar dari rumah.. huhu
makin hari, makin mengarut je tulisan cik wardah ni.....
huwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!! series, rase nak meletop sangat dah ni... 

en Firdaus........ 
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
huuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuhh..
panjang tarik nafas..... 
adoyy... rase macam nak datang migrain balik.. da lama da tak rasa penyakit tu...
na'udzubillah...... 

Datin Aqilah Wardah nak enterprem kejap.. :D

oh malam, lekaslah berlalu agar ia tidak terus menghantuiku..

berapa malam lagi ek? munginkah ini malam terakhir? atau masih banyak lagi malam-malam yg pahit lagi perit untuk dilalui??? 

p/s: menjangkakan akan ada lagi entri masyuk malam ni.. :D

Thursday, November 25, 2010

.:: maKan tAk keNYaNg, tiDuR tAk LeNa ::.

assalamu'alaikum... :))
selamat pagi cinta!! hihihihi...
okey, bangun awal hari ni sebab semalam takleh tido pon...
offline tersangatlah awal ye, seawal 10.59pm..
lepas off je terus bumm! naek atas katil, masuk bawah comforter dan tutup muke dengan bantal..
henfon, duduk jauh-jauh sane... sejak dari saat itu juga, memang tak tengok lagi la itu henfon kan..

ingatkan bila dah nak tido tu, memang tido terus....
tak jugak... adelah 3, 4 jam duk guling-guling atas katil tuh... 
sejak peristiwa nangis-nangis lepas maghrib tuh, mood terus menjunam ke anak tangga tercorot..
sampaikan selalunya waktu ini masih tidur pon, tak boleh nak pejamkan mata... 
(selalunya kalo da penat-penat nangis haruslah tido)

mase duk guling-guling tu, terus terpikir benda koto kat bawah ni.... ade ke orang sanggup amik upah ye??


heart broken
Kalau lah wat cam ni tk mati..


perut da nyanyi-nyanyi kelaparan.. rase-rase wardah, tak boleh la nak sambung cerita sekarang..


p/s: sebenanya, dah terbau-bau nasi lemak...


selamat bersarapan ye... nak nasi lemak jugak?? jom datang 'rumah' wardah ye.. :))

Wednesday, November 24, 2010

.:: keTaWa baNYak, naNGis baNYak ::.

assalamu'alaikum... :))
dah solat maghrib?? hihihi... 
entri ketiga sudah ini hari.... 
bile da memendam perasaan terlalu banyak, macam ni lah gayanya.... 
lame dah ni... dah 12 hari.... pendam, pendam.. tahan, tahan...
haa.. nah! cakap pon da tak betul sangat.. hikhikhik.. 

waaaaaaaaaaaaaa...... nak cakap cane lagi???
tak tau nak cakap ape.. sedih laa.. sedih....

dah 12 hari duk gelak, gelak.. ketawa sana sini...
hari ni series sedih plak tetibe...
riang di luar, duka di dalam sape yg tau.... hukhuk....

rase nk nangis-nangis je skarang ni...
tapi, takde sape nak tolong pujuk... wawawa...
tu la, pandai merajuk, pandai pujuk sendiri okeyh.. huhuhu..

hari ni, wardah rase nak nangis macam ni...




tak pon, nak jerit macam nih....



agak-agak, macam puas gak la... huhu... tapi, wardah rase, kalo wardah nangis, tak cukup sehari.... mau berhari-hari juntaian air mate tak henti-henti.... huhuhu.... tapi, bila da 12 hari tak meleleh air mata, kire kuat jugak la kan?? wuwuwuwu....

waaaaaa.... waaaaaaaaaaaaaaa... waaaaaaaaaaaaaaaaaa... waaaaaaaaaaaaaaaaaaa.........
waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.........

p/s: da tak boleh nak taip pape.. sebab da merembes-rembes air mate kuar.....



.:: maKaNaN pELik ::.

assalamu'alaikum.. :))
da beberapa hari mood malas kan... hari ni mood ada baek sikit.....
daripada duk tunggu mesej kat henfon yg takkan kunjung tiba, baek la wardah taip-taip kat sini kan.. hihihi...
haa.. makanan pelik.. mesti korang da pikir makanan ape yg pelik tu kan??
hihi.. korang jangan terkejut ek kalo wardah tunjuk jenis-jenis makanan pelik tu nanti.. :))

okey, semua da sedia???? kite mulakan dariiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii sekarang!!!!


tempoyak
cencalok
sambal belacan

popiah goreng

laksa

bawang

perut lembu

petai

kuih pelita

apam balik.. betul kan??

mee bandung

nasi dagang

nasi kerabu

spaghetti


haa.. amacam?? pelik tak makanan-makanan kat atas nih?? tak pelik?? haa.. tulaa... kawan-kawan wardah pon kate tak pelik.. hihi.. tapi, kalo nak tau, makanan-makanan kat atas ni adalah antara makanan-makanan yg wardah tak pernah & tak suka makan.... sebenanya, banyaaaaaaaaaaaaaaaaaaak lagi.. huhuhu... tapi, yg ni pon da cukup banyak kan... hihihi...... 

sebab kenapa makanan-makanan ni pelik, wardah dulu mase kecik-kecik salu duk umah nenek... nenek jarang wat makanan-makanan macam ni.. so, secara tak langsung, wardah memang tak makan laaa...
eh?? sape kate wardah tak suka cuba benda baru?? suka laa... tapi, bab makanan ni, memang lemah sket kalo nak cuba-cuba... hihihi... 

p/s: yg pelik tu, makanan tu ke, wardah?? ape pulak makan pelik bagi korang?? :)) 

.:: Tinggalkan Debunga Di Sini ::.

Popular Posts

.:: Ding Dong ::.

Get widget here