Sunday, May 29, 2011

.. Dalam Mihrab Cinta ..


"Bunga-bunga cinta indah bersemi, di antara harap pinta padaNya, Tuhan tautkanlah cinta di hati, berpadu indah dalam mihrab cinta..." 


Bunga-bunga cinta indah memekar di hati dan sanubari... Tapi.... Untuk siapa???? hehe...
Belum ada lagi putera atau raja yang mampu mencurik dan mentekel hati sanubari... ecececeh.... jiwang tahap gaban sungguh! huhuhu~


Korang ingat tak cerita Ketika Cinta Bertasbih?? Alaa.. yg KCB, KCB tuh... huhuhu~
Okey, dah ingat kan?? Kalo ada yang lebih ingat, dialog die yang paling popular ialah masa yang lepas sang Hero menyelamatkan buku kawan sang Heroin yang tertinggal dalam bas.... camni.. camni..... masa yg Hero nak naik teksi nak balik dah tu......


Google: Ni lepas dah dapat buku sebelum naik teksi


                                      "Mas!!! Namanya siapa???"
                                      "Abdullah!!"


Lepas tu, keluar la kan lagu Kris Dayanti... "Rahasia itu hanya Kau yang tahu..... lalalala" sambung sendiri lah ye...


Kalo dialog yang ni, memanglah femes betul di kalangan peminat-peminat cerita ni... sampaikan kalo mula-mula kenal, nak tanya nama...... "ABDULLAH" dengan bangganya.. huhuhuhu~


Novel & filem ni, ade 1 & 2 dah pon kan memang sangat-sangat popular la kat Indonesia.. tak kurang jugak lah pencintanya kat Malaysia.... :) 
Wardah pulak salah seorang bukan pencinta KCB nih...... haha..... buktinyaaa?????? 
Buktinya adalah, dah pernah tengok cerita tu, tapi lupa... dengan keyakinan setinggi Everest mengatakan, "tak pernah tengok!" hahahaha


Lepas tu, diorang ni cakap tengok cite tuh nangis-nangis... Wardah leh tertido sampai cerita tu habis...... :D
bila bangun, guling-guling gelak sebab tak nangis... :D 
Sampailah dah 2, 3 kali tengok pon, tak nangis-nangis jugak.... :D memang kene perli je lah ngan diorang nih... hehehe..... Well, cinta kan tak boleh dipaksa... kehkehkeh.. tak boleh blaaa~


Sampailah last International Book Fair 2011, Wardah nak sangat beli novel-novel dari Indonesia... pusing punya pusing lah booth Al-Hidayah Publication, last-last sekali, ambik jugak novel Dalam Mihrab Cinta karya Habiburrahman El-Shirazy tuh... hehehehe


Google


Punya lah ambik masa dua minggu nak habiskan novel tu.... siap bergenang-genang air mata baca.... okey, memang merembes-rembes pon.... huhuhuhu~ serius!!! jatuh cinta sangat dengan cerita tuhh!!!!!!


Banyak pengajaran dapat dari cerita tuh..... nilai utama yang Wardah dapat ialah, berusaha seboleh mungkin untuk melakukan perubahan dalam diri sendiri.. betapa watak utama, Syamsul Hadi, diberi ujian dan cabaran sehingga jatuh ke kancah yang menjadikan beliau sangat hina dipandang masyarakat.. dan akhirnya, setelah diberi hidayah dan kekuatan oleh Allah S.W.T., beliau menjadi seorang tokoh masyarakat yang terkenal dan disanjung oleh para penduduk di kawasan sekitarnya.. 


Cerita mana yang takda kisah-kisah cinta nih?? Hehe.. Tapi, sangat suka baca novel-novel Islamik dari Indonesia sebab unsur-unsur Islamik yang dibawa sangat menyentuh jiwa yang berkecamuk cam jiwa Wardah sekarang ni... :D sedikit sebanyak, terusiklah hati untuk mensyukuri dan redha dengan segala ketentuan Allah... sedikit-sebanyak, berjayalah memberi keinsafan pada jiwa-jiwa yang lalai..... insya Allah...


Hehe.. lepas tu, mula lah gatal nak kawen kan... hehehehehe~ Kahwin saje ingatnyaaa.... Hari-hari duk fikirkan tentang hal ni.. Rabbana, yassir 'ala kulli amriii.. Amiiiiin.. :))
Doakan ye kawan-kawan, insya Allah..... :))


Oh.. dah malam... duk taip entri ni lame dah dari siang tadi... hehehehe~
Gudnyte Alls... :)) 


p/s: Dapat first payment seumur hidup untuk ajar tusyen Bahasa Arab hari ni... btw, bukan mengajar pon.. sekadar, "ustazah, apa makna perkataan ni??" "errrrr.... nanti, ustazah tengok dalam kamus.. :D" Hehe... tu pun, satu jam sahaja.... Alhamdulillah... :)



Friday, May 27, 2011

Can I lend your shoulders?? I want to cry......

Pehhh!! Tajuk nak perasaan je kan???
okey, ringkas sahaja ye entry nih......

Sempena musim-musim orang kahwin ni, ramailah kawan-kawan Wardah yang punyai hasrat yang sama...

Ada yang dah nikah...
Yang bertunang...
Yang tunggu dipinang...
Yang tunggu hari nikah...
Yang tunggu hari tunang...
Yang nak mengorat...
Yang tunggu dingorat....

Tak kurang jugak dengan Wardah ni haaa...
Memang lah dah tahap gatal sangat nak kahwin.... Oh serius!! Bukan main-main nih.....

Tapiiiiiiiiiiiiiii.... tulah....
Tak ada orang yang nak kahwin dengan tuh....
Dua, tiga hari ni, asyik lah duk fikir pasal kahwin! eh! silap.. dua tiga minggu ni....
Dah tu, asyik ade yang bertanya je..... MASALAHNYAAAA........ (emosi betul entri nih)
Orang belum sempat istikharah lagi dah berpaling......

Adehhhh~ yang emosi sangat pon tak tahu nape...
Bukan orang tu serius pon nak pinang awak cik Wardah oiii~ yang perasan lebih terus semat dalam hati tu kenapa????
Sebab tu lah boleh terluka hati ngan perasaan tu..... (rasa macam dah hilang dah smua format keskemaan & kelembutan penulisan nih)
Yelaa... Wardah nak kahwin jugakkkkk~
Dah-dah... tak ada orang nak kahwin dengan awak lah.....
Simpan je hasrat tu untuk kemudian hari... esok.. luse... tulat.... tahun depan.....

okey?? dah.. itu je nak tulis......... (KARUT...)

p/s: I do really need the shoulders..

Thursday, May 19, 2011

Pemergiannya.... Sangat Dirasai..... Peninggalannya...... Terus Dihargai.....

Telah tiba saat waktu kau tinggalkan kami
Kerana takdir Yang Maha Esa telah menetapkan
Sedih rasanya hati ini bila mengenangkan
Kau sahabatku, kau teman sejati.......

Entah berapa kali dah ucapan Innalillahi wa inna ilaihi roji'un terucap malam ni...
Tak terkira sudah bacaan al-Fatihah dialunkan...

Ya Allah... sesungguhnya, janji-Mu itu pasti...
Tempatkan arwah di kalangan hamba-hamba-Mu yg beriman dan soleh...
Ampunkan segala dosa-dosanya dan terimalah segala amalan sepanjang hidupnya...
Dia lebih dahulu pergi menemui-Mu...
Jadikanlah pemergiannya satu peringatan dan amaran buat kami yang masih menongkah arus dunia..
Amiiiin Ya Rabbal 'Alamin..

Al-Fatihah buat Abdul Hakim bin Kamal pemilik blog Telordibasuh yang lebih dahulu pergi dijemputNya..

p/s: pemergiannya sangat dirasai, peninggalannya terus dihargai...

Wednesday, May 11, 2011

... Dan Kerana Gadis Itu ...

Di segenap malam yang hening ini...
Hanya kedengaran bunyi-bunyian kipas lantai yang gigih menghembus angin untuk si penghuni..
Di tambah dengan bunyi-bunyian kenderaan yang masih menyusuri bandar Setapak ini...

I was about to sleep..
But then, I found this....

(sori sebab lambat SANGAT jumpa.. :D)

First time kenal dengan si Gadis tatkala hari pertama masuk kelas Religion In Malaysia di Matrikulasi Universiti Islam Antarabangsa (sekarang Pusat Asasi UIA) pada tahun 2008..
(apesal rasa macam ala-ala skema je nih??)

Ingat lagi, si Gadis cakap Wardah sombong.... :D
Tapi, bermula dari itulah, hingga hari ni, jadilah sahabat yang sangat setia.. :))
insya Allah....

2006 - 2011....
Diam tak diam dah hampir 5tahun dah berkongsi perjalanan di menara gading ni..

2008...
Saat semua mula merancang pengkhususan dalam bidang ijazah, Wardah, si Gadis dan Yaya setia bersama-sama menetapkan hati memilih Usuluddin sebagai jurusan utama di sini...
Alasan utama kami sebab jurusan lain menggunakan Bahasa Arab sebagai perantaraan utama seperti Fiqh & Qur'an Sunnah, sedangkan Usuluddin menggunakan Bahasa Inggeris...



Dan bermulalah episod dan siri perjuangan menempuh medan pertempuran di bidang Falsafah, Tasawwuf, Aqidah dan yang sewaktu dengannya....


Bermulalah episod rungut-merungut, komen-mengomen tentang kelas, lecturer, classmate, assignment, kuiz dan exam....

Bermulalah episod pinjam-meminjam, copy-mengopy, cover-mencover antara satu sama lain...

Kini... semua tinggal kenangan....


Si Gadis, lebih awal dahulu menamatkan perjalanan ke puncak menara gading ini...

Di saat-saat akhir, sering terungkap...

" sedih nyaaa.. nanti kita dah tak bertiga lagi... "
" sayunya.... nak naik kereta sape lepas ni nak pegi kelas.. "
" sape yang nak bodek lecturer lepas ni... "


Yaaa... kerana dia lah.. Kerana dia, si Gadis yang sering menjadi tunjang utama kami berdua...
Si Gadis yang banyak menjadi penguat dan pendorong buat kami....


Namun, apalah daya kami untuk melawan Rancangan Yang Maha Esa...
Hanya doa mampu ku panjatkan agar kami semua berjaya dengan apa yang kami citakan..


Semoga perjuangan si Gadis terus diberkati dan dilindungi serta dibimbing oleh Yang Maha Esa...


Dan Gadis itu...

.:: Tuan Nor Shazni Tuan Muda ::.

Thanx a lot for every second we had along this journey..
No one will ever replace your place in my life, because Allah has planned this from the beginning..

And its our fate to know each other...
And its our fate to love each other...
And now, its our fate to be apart from each other...

But.. there's only one thing that you should know...

I LOVE YOU DEEP INSIDE MY HEART..
(walopon jarang diluahkan.. :)) )


Because you mean a lot to me, when you cry, ill cry, when you laugh, ill laugh..

Sesungguhnya persahabatan ini takkan pernah ternilai dengan wang ringgit..
Takkan pernah ternilai dengan gelak-tawa..
Takkan pernah ternilai dengan sayu tangisan..

Biarlah masa yang menentukan nilai ukhuwah yang terjalin...
Teruskan perjuangan hingga ke titisan darah terakhir.....

Kuatkan hati tempuhi segala dugaan..
Insya Allah, jika aku tidak dapat bersamamu, Dia akan setia menemanimu....

Dan akhir sekali, lagu ni, Wardah tujukan khas untuk Nonie.... Kerana Nonie, sahabat yang takkan pernah dilupai.... :))


Kawan bertahun kita bersama
Bagai semalam baru bersua
Kawan di hadapan oh indahnya
Kita bersama berkelana

Namun kita jauh
Di dunia sendiri
Bekalan sendiri (semangat sendiri)
Impian sendiri
Meski pun jauh namun
Kita tetap bersama
Dek ruang yang memisahkan kita

Kawan hidup ini umpama langit
Yang tidak selalu cerah
Kawan hidup ini bagaikan awan
Yang tidak selalu putih

Ingatlah (ingatlah kawan ingatlah)
Takkan terus berkelana
Ingatlah (ingatlah kawan ingatlah)
Pasti akan hilang

Kawan jangan biarkan dirimu
Seperti rama-rama
Cantik namun akhirnya
Menjadi perhiasan di dinding

Kawan jangan biarkan dirimu
Umpama lipan dan kala
Berbisa namun akhirnya
Menjadi perhiasan dimeja tulis

Oh kawan jadilah seperti si matahari
Membakar diri demi insan sejagat
Oh kawan jadilah seperti bulan purnama
Menerangi malam yang gelap gelita
Menunjukkan jalan demi umat semesta

p/s: menangis dalam gelap merindui seorang sahabat...

Tuesday, May 10, 2011

Dia Balik.. Dia Balik.. Dia Dah Balikkkk........ Super YEAYYY!!!!



Wardah: Cuba ko call H. Tanya dia dah sampai ke belum.. kate pukul 3, ni dah pukul 5....


A: Alaa.. kenapa mesti kena call? tak payah la... sat gi dia sampai, dia call laa... 


Wardah: alaaaaa~ call laaa... kalo tak mau, pakai fon aku, tp hang la cakap ngan dia...


A: takpa takpa.. pakai fon aku, hang cakap ngan dia...


Wardah: okkkkeeeeeyyy!!! berehhhhh!!! :D




Dialing 1........ tak dapat...

Dialing 2.... haa.. dapat... dapat.... tapiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii tak angkat pulak...

Dialing 3........ angkat laaa angkat laaaa....... tetibeeee.....


H: Assalamu'alaikum........


Wardah: Wa'alaikumussalaaaammmmmm ^__________________________________________^
(dalam hati ada tamaaaaaaaaaannnnnnnn)


H: Apa senyum-senyum je ni??? :))


Wardah: Dekat mana tuuu??


H: Dekat airport lagi ni..... Baru je mendarat pukul 4 tadii...


Wardah: Laaaaaaaaaaaaaa~ ingatkan da dekat-dekat ngan kampussssss~
Orang dah tunggu dekat Uia nih... :D


H: Buat apa tu kat Uia??


Wardah: Hanta big boss ni..... A... Hehehe...


H: oooo~ hahahaha...


Wardah: oKlah... jalan dulu sampai Uia... :)) Assalamu'alaikum... :)


H: Wa'alaikumussalam....

Suka.... Sukaaaa.. Sukaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa sangat!!! :D

Walopon cakap telefon je kaaaan..... :))))))

Kemudian, sebabkan takkan la nak duduk kat Uia tanpa buat apa-apa ataupun nak balik rumah lepas susah-payah nak datang Uia kan......

Kitorang pon jalan-jalan la pegi Selayang Mall.... 1 jam kemudian, azan maghrib....
Kitorang pon pegi la musolla dekat tingkat 3 tu...
On the way gi sana, si A ni nak pegi pasar malam la pulaaaaakkk.....

Ok, ok, ku turutkan juaaaaa~
Disebabkan I driver, I ikutkan je laaaa... :)

Masa dalam musolla, tetibe je..

zrettt! zreetttt! zretttt!!!
(vibrate fon, malas Wardah nak bunyik2 :D)

New Message Received from : _ _ _ _
^__________________________________________________^

"Dalam kereta da brapa orang??"


"4 orang.. knp?? nk ikut ke??"

........................
........................
........................

Wardah: A call H, tanye dia kenapa...

Truut truuuut......... truut truuuuuuuut....

A: tak angkat laaaaa....

Beberapa lama kemudian,...

A: hello... hang dekat mana??? iwyenrd723c092onc2m ...  
Eh... hang cakap la ngan diaa, aku tak faham dan tak dengaq...
(masalah diorang ni susah nak faham si H ni punye bahasa.. :D)

Da bincang-bincang, kitorang pon setuju la.. pi amek H dan kawannya barulah terus ke pasar malam...

Sampai dekat LRT Putra Gombak.....

Wardah: waahhh... debar-debar laaa... ekekekekek...


A: Eh, dia kat sana laaa..... Sana..... Belakang bas tuuuuu....

zretttt! zreetttt!! zretttt! zreettttt!!

H: Buat apa tu kat situuuuu??? Sini laaa....


Wardah: Hehehehehehehe......

^________________________________________^

Tak tau la kan nak cakap camne perasaan time tuh.. hahaha....

Anyway....... I'm glad he's back...
Dan dapat jumpa dengan dia on the first day.. Walaupun sekejap je kan...
Maklumlah, da malam.... But still, banyak benda yang kita share kan.. huhuhu...

Last but not least.....

Dia dah balikkkkkk..... Dah Balikkkkkkkk....
Super YEAYYYYY!!! :D


p/s: alhamdulillah, da dapat keje.. :))

Wednesday, May 4, 2011

Umur Dah Meningkat.. Perlu Segera Carik Jodoh??

Da musim-musim graduasi ni, mula la soalan-soalan:

"Dah ade pakwe ke?"
"Bila nak kahwin?"

menghiasi bibir-bibir, facebook, SMS malah emel-emel juga...

Tak kurang jugak kad kahwin yang melambak-lambak dalam peti surat tu..

Bila da macam ni kejadiannyaaa... 
Mula la perasaan bergelora... 
Fikiran pulak asyik la melayang-layang......




Jodoh? Jodoh tu apa??
Boleh jumpa kat pasar malam tak??
Kat Giant? Kat Tesco??

Oh.... Susahnya nak carik jodoh sekarang ni...

Memilih sangat?? Tak lah...
Jual mahal?? Tak ada apa yang nak dijualkan....


Siapa yang taknak kahwin?

Erti hadith: “Apabila berkahwin seseorang hamba, maka telah sempurnalah sebahagian dari agamanya, maka hendaklah ia bertaqwa kepada Allah dalam sebahagian yang lain” ( Al-Hakim : Shohih menurut Al-Hakim dan Ibn Hajar, Talkhis al-Khabir, 2/16 ; Dhoif menurut As-Suyuti, Al-Jami’ as-Shoghir , 2/168)

Kalo tengok zaman sekarang ni, bab kahwin ni laa yang paling orang suke sebab mengikut Sunnah Nabi katanya... Bab kahwin je sunnah, kahwin je sunnah... Nak ikut sunnah je kawen...  

Tapi, nak carik jodoh yang mengikut Sunnah susaaaah sangat.. 

Okey, da mula nak merapu-rapu pulak ni....


Sering terbayang-bayang, terfikir-fikir, siapa lah hamba Allah ni...

Kawan Wardah cakap:
"Kalo nak orang yang selalu tahajjud malam, kita kena la rajin tahajjud jugak.."


Tapi.... Wardah pulak suka sangat tido... :D
Mak kawan Wardah pernah cakap:
"Esok, bila enkorang da kawen, enkorang, laki enkorang dgn anak-anak enkorang tidoooooooo la sampai ke tengah hari.."


Adeh! Sebijik mak dia bagi.. Huhu..


Tapi, bila difikir-fikirkan, ada betulnya jugak cakap mak dia tu..
Tapi, bukan ke tido satu nikmat yg paling tak terhingga sekali?? :D


Wardah... Pesan orang tua-tua jangan dilawan.. hehehe..
Baik.. Baiklah makcik... Wardah denga, Wardah ingat pesan makcik... :))


Insya Allah, akan cuba diamalkan sedaya mampu..  Cewaaaahhh!!!


Eh, da melalut sampai ke mana dah ni haaa...


Musim cuti ni, ramai betul la yang nak akhirkan zaman bujang...
Kawen sana, tunang sini...


~sigh~


Wardah pulak, tak jumpa-jumpa jodoh lagi nih.. hehehe~


Da gatal sangat nak berlaki ni haaaa~ :D


Nak carik yang tahajjud malam, asyik tido lambat je, nak tahajjud macam mana... :D
Nak carik yang kaya, asyik bangun lambat je, macam mana rezki nak masuk.... :D
Nak carik yang rajin, hang pon pemalas Cik Wardah oooiii~ :D


Adeh.. Adeh... Umur da makin meningkat sangat-sangat ni... Huhu...
Kalo yang kat UIA nuh, yang tinggal semua yang muda-muda..
Al-maklumlah, yang lain semua da nak grad laa, da berpunya laaa..
Tak kurang jugak laa yang dah kawin, beranak-pinak bagai...


Paling best, bila yang da berpunya tu, mesti cinta hati dia pegi belaja bukan calang-calang tempat...
Mesir, Manchester, Saudi, India... peggghh!!


Dah tu, gadis-gadis yang belajar kat Malaysia ni cam mane..
Oh ye!! Carik jugak la yang belajar dekat luar begara kan? kan?


Eh.. Tapi, selalunya, yang belajar kat luar negara tu dah berpunya jugak laaaa....


~sigh~


Walauapapun, segalanya dah tertulis di atas sana.. Doa, usaha dan tawakal kepadaNya dan redha dengan segala ketentuanNya.. 


Ya Allah, kurniakanlah kami pasangan-pasangan dan zuriat-zuriat yang menjadi penyejuk hati kami, dan jadikanlah kami pemimpin di kalangan orang-orang yang bertaQwa.. 


Amiiiiin...


p/s: nak kerja dekat mana lah cuti 4 bulan ni... ada kerja kosong tak??

Sunday, May 1, 2011

Rindu 1/2 Mati.. Oh.. Jauhnya Dia..

Sinetron Kejora & Bintang da hampir sampai kat penghujung..
Walaupun tahu da ada pon ending kat YouTube, tetap jugak menanti jam 6.30 petang di Astro Ria..
Mula-mula, Wardah sendiri tak ikut sangat.. Tapi, since duduk dengan nenek ni, memang hari-hari la menghadap cerita tu.. :)

Terus terang, bukan la suka sangat.. tapi yg best tu, sebab lagu dia memang layan habis la kan.. 
Betul tak? hehehe..

D' masiv- Rindu 1/2 Mati

moh layan sket lagu ni.. :)

"Aku rindu setengah mati kepadamu.. 
Sungguh ku ingin kau tahu..
Aku rindu setengah mati.....
Aku rindu...."

Oh.. Wardah memang sedang rindukan dia... Dia yg sedang jauh di sana...
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


Hehe.. Sape die ni? Sape?? 
Tak kesah la siapa pon dia kan...

Yang penting, rindu 1/2 mati da ni...
Sila pulang dengan cepat yaaaa.. :)

Rindu nk borak-borak dengan kamu lagi...
Rindu nk makan-makan dengan kamu lagi...
Rindu nk perli-perli kamu lagi...
Rindu nk belajar bahasa dengan kamu lagi...

Bagai terbayang-bayang wajah kamu di hari terakhir itu..
Seolah terngiang-ngiang suara kamu berbahasa laen dari yg laen itu..

Saat dia pergi meninggalkan, kamu malah sentiasa mengingatkan,
"rahmat Allah itu meluas..."

Saat hati parah dicalar duka, kamu malah sentiasa memahamkan,
"terus pandang ke hadapan, jangan dikesalkan yang telah berlalu.."

Sering juga kamu mengingatkan,
"the past should not be the prison to your present.."

BIG SIGH~
I miss that moment so much.. :(

Oh my dear Adik.. :D
Cepat la pulang.. 

Mahal la kalau nak msg hari-hari ke nombor tu kan??
I'll be waiting.. 

p/s: mencarik jodoh... oh jodoh, datang lah bergolek2.... ^_^

.:: Tinggalkan Debunga Di Sini ::.

Popular Posts

.:: Ding Dong ::.

Get widget here