Wednesday, November 21, 2012

Work & Love; Together.. :)


Apa khabar semua?? Lama dah WH tak mengomel kat blog nih.. Al-maklumlah, sejak mula kerja akhir September lepas, busy sangat dengan kerja.. [eceh!]

Bukan pun kerja hebat sangat, tapi Alhamdulillah, cukup lah buat pendapatan dengan perbelanjaan yang belum sampai 5, 6 orang lagi... [ekekekek...]

Fail Arts & Crafts untuk kelas WH
Sekarang ni pun, Alhamdulillah dapat cuti seminggu.. Cuti sekolah kan... Oh ya! Mesti tertanya-tanya kan, kerja kat mana?? [perasan] Kan? Kan? [perasan lagik]
WH kerja kat Ampang, sebagai, cikgu tadika.. Tadika ni under Little Caliphs Programme.. Rasanya, ramai yang pernah dengar.. :) Kalau yang tinggal dekat-dekat Ampang, boleh lah jenguk-jenguk Tadika Cahaya Raudhah, Taman Kosas dan Taman Cahaya..

Alhamdulillah, dapat bos yang baik... Tak kedekut, sangat mengambil berat kebajikan pekerja-pekerja dan anak murid [err.. lebih sangat tak??]..

Seminggu cuti ni, seriusly tak tau nak buat apa.. Rasa macam cuti sem je.. Hari-hari duk buat benda yang sama.. Cari-cari gak program cuti sekolah yang best-best, tapi tak ada gamaknya.. Konon-konon nak lah carik duit lebih kan... [haha]

TCR visit to Balai Bomba
Rindu dah makin terasa kat anak murid.. Maklumlah, sebelum ni, merekalah madu, merekalah sembilu... Tak nafikan, nakal, sangat-sangat nakal.. Apa lagi anak orang yang kita jaga... Tersalah cuit, boleh dapat maki punya.. [oops!]

Apapun, sikit pun tak pernah menyesal ambil jawatan cikgu tadika nih... Alhamdulillah, banyak peristiwa yang menimbulkan keinsafan.. Kadang-kadang, daripada anak-anak ni WH banyak belajar... Dari mereka juga WH belajar untuk menyayangi.. [sebelum ni susah kot..??]

Syukur Alhamdulillah atas nikmat ini.. Ya, orang ramai berpendapat, atau memang begini lah aturannya.. Cikgu tadika ni memang pekerjaan sementara.. Tak ramai yang betul-betul nak stay lama jadi cikgu tadika.. Antara faktor utama ialah pendapatan yang rendah.. Untuk jangka masa pendek, insya Allah tak memudaratkan.. Tapi andai untuk masa panjang, mungkin memang tak berapa sesuai.. Apa lagi bagi mereka yang dah berkeluarga..

Anak murid WH buat demo selamatkandiri
Dulu, masa mula-mula, teringat adik WH ada tanya pada mak.. "Mak, boleh ke along ni jadi cikgu tadika? Dah la garang.. Nanti habis anak orang dia kerjakan.. Aqih taknak la pulak nanti keluar muka depan surat khabar tulis 'cikgu tadika dera budak'.. Hahaha.." Yup! Ada kerisauan juga pada mulanya.. Namun, Alhamdulillah, segala kegarangan tu tersalur pada jalan yang betul.. Ada jugak sikit-sikit tersasar kot.. [haha]

Cuma, saranan sikit je buat ibu bapa di luar sana.. Jangan terlalu bergantung harap anak-anak terdidik di sekolah.. Kerana apa yang WH perhatikan, anak-anak jarang membawa peraturan di sekolah ke rumah.. Namun, lebih banyak membawa keseronokan di rumah ke sekolah.. Buktinya?? Anda sendiri tahu bagaimana anak-anak anda di rumah.. Wallahu a'lam..


 
TCR visit to Balai Bomba

Alhamdulillah, untuk peluang dan kepercayaan ini.. Mudah-mudahan mereka menjadi anak-anak yang soleh dan solehah untuk ibu bapa dan agama.. Allahumma amiiin... :)


Sumber Gambar


2 comments:

Cik Yaya said...

wahhhhh...
cikgu tadika ke?
beshnyer wat lwtan..hehe

erfay' collection said...

seronok mengajar kanak2 nie....terbaikk!!!!

http://erfaycollections.blogspot.com/2013/01/2st-akel-3-tone-bidang-60.html

.:: Tinggalkan Debunga Di Sini ::.

Popular Posts

.:: Ding Dong ::.

Get widget here