Friday, February 17, 2012

Lembaran Lalu...

Bila lembaran lalu mampu kita selak...
Ada yang mampu buat kita tersenyum, namun, terasa lebih banyak pula yang melukakan..

Saat ini, masih tertanya...
Siapakah yang bersalah?? Aku kah??
Waktu dan keadaan yang menginjak, terasa pelik...
Terasa janggal...
Seolah ada sesuatu yang ku terlepas pandang...

Moga sahaja suatu hari nanti, segalanya bakal terjawab..
Agar resah ini terus berlalu...
Dan tidak lagi membebani fikiran juga perasaanku...

p/s: Macam mana nak tau jawapan kalau tuan badan hilang macam tu je?? -_-"

Wednesday, February 15, 2012

Kalau aku penat, aku pasti, DIA lebih penat...

Penat.. Ya, semua orang rasa penat.. Penat dengan kerja, penat dengan kelas, penat dengan cinta...
Tapi dia..... Dia lebih penat... Aku tahu, aku nampak..
Walau tak pernah sepatah perkataan penat dia luahkan, tapi aku buta hati untuk tak memahami....

Kau pernah rasa bila semua orang di keliling kau bergantung harap pada kau??
Duit, kasih, perkhidmatan, makanan, hampir segalanya....
Namun, kau tiada tempat untuk bergantung, tiada tempat untuk meluahkan...

Tapi aku lihat dia begitu tabah... Dia begitu cekal...
Setiap sepertiga malam, aku lihat dia bangun...
Aku nampak dia menghadap Tuhannya...
Aku dengar alunan bacaan Qurannya....
Paling mengharukan, aku dengar esak tangisnya...

Aku ada di situ.... Jika ada yang persoalkan, aku sanggup jadi saksi....
Saksi semua amalannya di malam hari...
Tapi, aku tak pernah berdaya untuk memujuknya...
Tak pernah mampu mengusap tangisnya....
Dalam hati, hanya mampu aku aminkan segala permintaannya...

Pernah kau dimarahi walau bukan silap kau???
Pernah kau dimaki walau kesilapan itu hanya sebesar kuman???

Dia... Hampir semua kesalahan diletakkan atas bahunya...
Aku... Tak berdaya mempertahankannya...
Tak mampu juga menjadi perisai buatnya....

Allah.... Saat ini, aku tak mampu lagi untuk menanggung semua ni...
Biar aku yang hanya melihat, apatah lagi dia yang menanggungnya...

Allah.... Aku tak tahu apa yang sering dia tangiskan...
Aku belum faham apa jua yang dia inginkan...
Namun aku tahu, Kau Maha Mengetahui tentang dirinya....

Aku mohon ya Allah...
Biar apa beban yang dia pikul, Kau permudahkanlah jalan baginya,...
Jika rasa hatinya bekalan bulanan tidak mencukupi, Kau murahkanlah rezekinya....
Kalau sempit hatinya menanggung beban perasaan dan tekanan, Kau lapangkanlah hatinya... Kau bisikkanlah cinta-Mu padanya biar dia tahu, tiada yang mustahil di dunia ini...

Selama hidupku, aku dididik bahawa syurga itu di bawah tapak kakinya...
Sungguh ya Allah, aku belum tahu apakah jalan hidupku telah mampu melayakkan aku memilikinya...
Apakah tindakan aku selama ini telah mendapatkan keredhaan daripadanya...

Sungguh ya Allah...... Aku buntu....
Walau senyuman aku ukir untuk menidakkan segalanya, kadang aku kalah ya Allah...
Kalah dengan rasa yang aku tidak mampu menjadi pelindung buat dirinya...
Sedang dia dah selalu mencalarkan setiap sudut tubuhnya untuk hanya memberi yang terbaik buat aku....

Berikan aku jawapan... Tunjukkan aku jalannya.....
Biar mudah kami harunginya...

24 tahun dia memendam rasa... Dan hanya Kau yang tahu setiap detik selama itu apa yang dia lalui....
Mudahkan baginya ya Allah... Aku mohon dengan penuh rasa kehambaan dan cintaku padanya....

Biar sisa hidupnya beroleh kesenangan... Biar akhir hidupnya penuh kebahagiaan..
Buangkan segala yang keruh itu dari hatinya... Jauhkan segala yang buruk itu dari hidupnya....


Amiin.. Ya Rabbal Alamin...

p/s: Maaf kerana diriku tak pernah mengusap tangismu... Namun, jauh dalam hatiku, kau lebih dari segalanya....

Saturday, February 11, 2012

Malu bukan, marah pun bukan...

Muka terasa panas... Sepanas cuaca kala ini...

Kenapa?? Malu??

Tak...

Marah??

Tak jugak...

Jadi apa??

Cemburu.....

Punca??

"Banyak betul orang letak gambar kahwin diorang kat FaceBook tuh.."

Nak jugak ke??

"Bukan nak letak gambar..."

Habis tu??

"Nak kahwin jugak lah.. Hukhukhuk"

p/s: U ni melampau lah Cik Aqilah Wardah.... Hakhakhak... :p
(Luahan hati ikhlas pada yang berkenaan.. Hehehe)


Biar pahitnya madu realiti....

Dalam yang tersurat, terlalu banyak tersirat yang didiamkan..
Terlalu banyak hati berkata-kata, namun tak terdaya mulut untuk bersuara...

Takut?? Ya..
Takut menjadi pandangan buruk sekeliling..
Takut mendapat kejian seluruh alam..

Kau tahu tak apa yang aku rasa??

"Tak.."

Ya, aku juga.. Aku juga tak tahu apa yang kau rasa..

Pernah aku idamkan, takluki puncak tertinggi dunia..
Pernah juga aku mimpikan, miliki takhta buatan emas..

Kini aku sedar.. Impian dan mimpi bukan semudah menata realiti...
Kau dan aku harus terus bergelut..
Kau dan aku mesti sentiasa berusaha..

Hingga kini, aku masih setia mengharung arus..
Di mana impian dan mimpi bukan lagi satu inspirasi...

Aku harus sedar... Biar hati terhiris, biar luka terguris, realiti sememangnya begitu..
Aku takkan dapat memahami hikmahnya tanpa realiti..
Aku mesti bangun dari mimpi...
Biar pahit madu realiti, pasti ada manisnya nanti...

Aku pernah punya impian.. Aku masih miliki harapan..
Kau dan aku mesti selalu bangkit...
Bangkit menggadai hati, untuk selalu redha ketentuan Ilahi..

Ilahi??

Ya.. Tuhanku.. Tuhan engkau.. Tuhan mereka...
Jangan takbur dengan Dia.. Jangan bongkak dengan Dia..
Itu yang kau, aku dan mereka belajar..

Tapi, tak semua kita praktikkan apa yang kita ketahui..
Ya, aku juga... Selalu aku butakan hati hanya ingin puaskan keinginan..

Aku tak mahu lagi begitu..
Biar jalan memang selalu berliku, kau dan aku mesti bersatu..

Perjuangan takkan pernah berakhir jika kita tak pernah memulakan...
Ayuh sahabat.. Ayuh teman.. Ayuh kasih..
Kita mulakan perjalanan ini...

Dengan nama Allah.. Kita bertemu di penghujung nanti, insya Allah....

Cik Aqilah Wardah
11 Februari 2012; 0812
UIAM.

Friday, February 10, 2012

Sem baru; Pengantin baru..

Cuti lepas 'ramai' betul kad jemputan sampai kat rumah...

Belum kira lagi invitation yang kat FaceBook kan??

Masuk sem baru, amboiiii.... Kemain hangpa nohhh...
Jalan ngan abang.. Makan dengan sayang....

[Kakaka.. Jeles kemain I nohhhh]

Well, terpaksa diakui.... Tak semua ibu bapa bersikap terbuka dengan perkahwinan di usia muda.. Walau berpuluhjuta alasan diberikan... [Mak ayah I le tu]


Kemasik, Terengganu; 30 Januari 2012

Erk.. Patut pon mak tak bagi kahwin... Sibuk lagi nak main kat taman permainan....

p/s: Walau kita usaha seribu tahun sekalipun, takkan pernah boleh kita tidakkan "kun fayakun"...

Wednesday, February 8, 2012

Wordless Wednesday: Siswa yang berbakti


MAHABBAH IN TERENGGANU 2012: KG ATAS TOL, KUALA TERENGGANU
30 JANUARI- 4 FEBRUARI 2012

.:: Tinggalkan Debunga Di Sini ::.

Popular Posts

.:: Ding Dong ::.

Get widget here