Friday, June 22, 2012

Mengetuk-ngetuk si beduk



Iklan kat TV kata: "Siapa kita hari ini, adalah siapa kita di masa lalu.."

Ada juga orang kata: "Bagaimana kita hari ini, itulah cerminan kita di masa hadapan nanti.."

Tapi, Allah dah kata: "....Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu sehingga mereka sendiri mengubah nasib mereka...." (Ar-Ra'du: 11)

Jadi, siapa kita di masa lalu atau hari ini tak menjanjikan pun yang kita akan jadi yang sama selama-lamanya... Selagimana kita yakin dan mahu untuk berubah, berusahalah.. Kerana, "Sodaqallahul 'Azim.."


Yep, ada sesetengah yang bagitahu, susah untuk berubah dan tukar tabiat... Memang tak dinafikan semua tu.. Tapi lupakah kita??

 Pelari pecut terpantas hari ini pun bermula dengan langkah pertama... 
 Qari terbaik dunia pun bermula dengan huruf 'Alif...
 Ben Ashaari pun bermula dengan entri pertama.. Ooops!! ^_^

Kesimpulannya, selagi kita tak MULA dengan yang pertama, selagi tu lah takkan ada kedua tiga empat atau seterusnya... 

So, bagi mereka yang ingin mulakan langkah pertama untuk berubah, cik Wardah nak sarankan sebuah buku... Buku ni cik Wardah beli masa dapat Baucer Buku 1 Malaysia hari tu.. 

Insya Allah, bukunya ringkas dan mudah sangat untuk difahami oleh semua golongan.. Baik kanak-kanak, remaja mahupun dewasa...

Karya Ustaz Pahrol Mohd Juoi, yang menceritakan pelbagai kisah teladan dan pengalaman beliau sendiri... 

Teringat kata-kata seorang lecturer yang digeruni pelajar-pelajar Kuliyyah Ekonomi dan Sains Pengurusan, UIAM; Prof. Dr. Ataul Haq Pramanik:

"God will not help you, if you don't help yourself.."

Dan kerana kata-kata beliau lah saya beroleh B dalam subjek Malaysian Economy.. Kuang Kuang Kuang.. Thank you so much Prof, sebab menjadi sangat menakutkan hingga kami berusaha bersungguh-sungguh... Alhamdulillah.. :)

Btw, bila lagi nak mula kalau bukan sekarang?? Cuba dapatkan dulu buku ni ye.. Insya Allah, sangat bermanfaat.. :)

p/s: Baru tau yang Hilal Asyraf tu muda lagi dari cik Wardah nohh~ Tp, awat dia nak kawin dah?? Jelessss~ T_T

Thursday, June 21, 2012

Manisku Si Bukan Warganegara

"Senyuman mu menawan, menawan..
Kau buat hatiku tertawan..."

Hamboii... Siap nyanyi-nyanyi lagu Najwa Latiff lagi..
Bercinta sakan noh...

Belum lagi kata-kata cinta sweet sampai nak kena diabetese..
Pandai sungguh noh mereka ni berkata-kata...

"Hati membeku mengingatkan, oh kata janji manismu.."

Eh.. Eh.. Eh.... Dah jadi Mak Esah lak tetibe..
Semangat sangat percaya kata-kata janji diorang eh...
Nak kahwin lah, nak bagi duit, hidup mewah.. Bla.. Bla.. Blaa...

Haaa.. Bila orang yang dicinta sakan tu balik negara masing-masing,
mulalah nak menggagau sensorang kat tanah tumpah darah sendiri menunggu menanti JANJI-JANJI tertunai...

----------------------------------------------------------------

Okey, dah mengarut.. 

Tak tau lah nak marah ke nak sedih ke nak biarkan ke....

1 hari, leh tahan lagi..
2 hari, tak duk diam..
3 hari, ish, ni dah lebih!!!!

4 hari, amboi, amboi, amboi....
Dah! Takyah balik sini lagi dah!!




Tau tak bendera negara mana nih?? 
Kalau tak tahu, pi google naaa~

*Macam mana lah cik ni tak rasa macam nak baling batu banyak-banyak sampai kat kampung halaman dia...*

GERAM!

p/s: Hakikat yang dah grad, kena pulak cari kerja, memang ngeri... Aduh.. Aduh... Aduh....

Wednesday, June 20, 2012

Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah...





Nampak tak perkataan COMPLETE tu??

Alhamdulillah....

Dah boleh konvo dah pada Konvokesyen UIAM yang ke-28 nanti...
Insya Allah...

Nak cerita panjang-panjang, tapi, nanti lah ye... :)

Untuk pelajar UIAM yang dah berjaya untuk semester lepas, tahniah...
Untuk yang kurang berjaya, boleh cuba lagi nanti...

p/s: Seseorang belum lagi berkata apa-apa pada saya... T___T

Saturday, June 16, 2012

Anak-anak & Hiburan


Wow~ Dah sebulan tak update blog.. Sibuk final exam kononnya... Final semester lah katakan... Insya Allah, mudah-mudahan najah....

Dah hampir seminggu menternak lemak kat rumah ni.. Mana taknya, makan, masak, makan, masak, makan, makan, makan, makan, makan, daaaaan makan aje yang ada....

Sambil-sambil tu, tengok lah TV kan.. Maklumlah, cuti yang tak berapa nak pasti lagi masa depannya.... Jadi, penilaian semenjak jadi penonton TV tegar ni, terlalu banyak rancangan hiburan.. Anda semua lebih tahu.. Cik Wardah tengok iklan je.. Hehehe..

Google
Cuba tengok wajah-wajah bayi kat atas ni.. Nampak macam sama je kan?? Eh... Eh... Bukan itu isu nya di sini ye...

Ingat lagi tak hadith Nabi S.A.W. yang menceritakan tentang sucinya bayi yang baru dilahirkan?? Kalau tak ingat, mari cik Wardah ingatkan..

"Setiap bayi dilahirkan dalam keadaan fitrah (beragama Islam). Oleh itu, terpulanglah kepada ibu bapanya samada ingin menjadikannya Yahudi, Kristian atau Majusi" (Riwayat al-Bukhari)

Jadi, ibu bapa lah yang seharusnya mendidik mereka mengikut acuan mana yang ingin mereka hasilkan.. Jika Islam acuannya, maka Muslim lah anaknya.. Begitulah yang lain-lainnya...

Didikan mengikut acuan ini, haruslah berterusan sehingga ke usia remaja mereka... Jangan lah sekerat-sekerat jalan je...

Didikan juga harus seimbang antara fizikal, intelek dan juga rohani... Ada ibu bapa yang terlalu sibuk, tak sempat nak ajarkan anak tentang fitrah beragama, tentang pentingnya menjadi Muslim yang cergas fizikalnya, hebat inteleknya, juga kuat rohaninya... Hasilnya, anak-anak hanya hebat praktikalnya, namun gagal menangkap hikmah sebalik ajaran dan suruhan...

Berbalik pada kisah rancangan hiburan tadi... Disebabkan gagal terdidik ruh islamiyyah dalam diri anak-anak ni tadi, maka, anak-anak akan lebih tertarik dengan budaya hiburan yang melampau-lampau..

Ada pihak yang sibuk menarik hati-hati anak-anak ini tadi untuk menjadi artis dan selebriti di usia muda... Lainlah kalau rancangan seperti Adik-adikku yang mendidik anak-anak untuk menjadi pendakwah muda, atau rancangan seperti Mari Bertaranum, atau rancangan-rancangan realiti seperti Imam Muda dan Solehah...

Walaupun secara amnya, mereka ini juga terdedah dengan 'kerenah' dunia hiburan, sekurang-kurangya, ada juga hasil usaha untuk mendidik dan menarik semula hati anak-anak kembali kepada fitrah...

Harus kita ingat, hiburan adalah satu-satunya cara yang paling mudah bagi musuh Islam untuk menjatuhkan generasi Muslim... Melalui hiburan, anak-anak dilalaikan, dilekakan dan dikeraskan hatinya daripada tunduk dan patuh pada Yang Maha Esa....

Mari sama-sama kita renungkan kalam suci Allah ini, yang maksudnya:

"Dan orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan redha kepadamu (Muhammad) sebelum engkau mengikuti agama mereka..." (Al-Baqarah: 120)

Ayat yang mudah untuk difahami.. Dari zaman dakwah Rasululllah S.A.W. lagi musuh-musuh Islam ni mencuba pelbagai taktik dan melahirkan pelbagai strategi untuk menjatuhkan umat Islam...

Jadi, ibu, ayah, bakal ibu, bakal ayah, nenek, atuk, abang, kakak, adik, saudara-saudari, apakah tindakan kita?? Apakah kita masih mahu berdiam diri??

Kalau tak mula dari sekarang, bila lagi??? :)

p/s: Dupdapdupdap tunggu result... 


.:: Tinggalkan Debunga Di Sini ::.

Popular Posts

.:: Ding Dong ::.

Get widget here