Thursday, December 2, 2010

.:: Saya Sudi Jadi Isteri Kedua Awak ::.


assalamu'alaikum.. :))
ada cerpen pulak nak dikongsikan... 
jom baca..........

**************************************************


Awak sudi jadi isteri kedua saya?” tanya Fikri tegas dan yakin.

Tiba-tiba mata Fatimah merah, air mata mula bergelinang di kelopak bawah.

“Tak sangka awak sudah beristeri! Awak jahat! Sanggup mempermainkan hati saya. Awak ingat saya tiada maruah? Hah!” pekik Fatimah dengan suara tersekat-sekat.

Mata Fikri liar melihat kiri kanan, mungkin ada sesiapa yang memandang perlakuan dia dan Fatimah. Bukan takutkan pandangan manusia, tetapi lagak Fatimah langsung tidak selari dengan penampilannya.

“Saya ingat kita lama berkawan, awak masih bujang. Tapi rupa-rupanya…” Fatimah mula sebak.

“Tak. Maksud saya – ”

“Sudah! Jangan bermulut manis lagi. Cukup!” potong Fatimah dengan kasar.

“Awak nampak macam alim, tapi sanggup menipu saya. Dan awak sanggup melamar saya menjadi isteri kedua awak. Awak ingat saya ni siapa?” suara Fatimah semakin tinggi, setinggi egonya.

Fikri diam seribu bahasa. Dia sudah tahu `Fatimah’ di sebalik Fatimah yang dia kenal selama ini.

Fatimah bergegas dari situ sambil mengelap air mata dengan tudung labuhnya berwarna kuning. Dalam hatinya, Fikri seolah-olah menghinanya apabila memujuknya untuk bermadu.

Fikri muram. Namun masih terselit kekecewaan di sudut hatinya. Kekasih hatinya belum bersedia rupa-rupanya.

“Ada hikmah,” bisik hati kecil Fikri, sekecil pandangannya terhadap Fatimah.

Hujung minggu berjalan seperti biasa. Program-program dakwah menyibukkan jadual Fikri sebagai seorang muslim yang beramal dengan apa yang diyakininya. Duitnya banyak dihabiskan untuk memenuhi tuntutan dakwah yang seringkali memerlukan pengorbanan yang tidak berbelah bahagi. Namun, hatinya tegas dan yakin bahawa inilah jalannya. Jalan yang membawa dia menemui Tuhannya dengan hati yang tenang serta bahagia di hari kelak.

Keyakinan serta keaktifan Fikri berdakwah sedikit sebanyak memenangi hati gadis-gadis dalam jemaahnya. Malah, Fikri dilihat sebagai calon suami yang bakal memandu keluarganya nanti ke arah memperjuangkan agama yang dianutinya sejak sekian lama. Sudah terlalu ramai muslimah yang menaruh hati padanya, namun, Fatimah terlebih dahulu rapat dan memenangi hati Fikri. Bagi Fatimah, Fikri seperti pelengkap kepada dirinya. Namun, hanya sehingga saat Fikri melamarnya menjadi isteri kedua.

Fikri masih lagi aktif dalam dakwah meskipun hubungannya dengan Fatimah nampak seperti tiada jalan penyelesaian. Dia mahu berbaik dengan Fatimah, namun sikap Fatimah yang keras dan kurang memahami erti dakwah membantutkan usaha Fikri tersebut. Bagi Fatimah, Fikri tak ubah seperti lelaki lain.

Gerak kerja dakwah Fikri berjalan seperti biasa. Siangnya ke hulu ke hilir memenuhi program serta amal jariah kepada masyarakat. Malamnya sibuk dengan mesyuarat dengan sahabat-sahabat seangkatannya. Fikri semakin percaya jalan dakwahnya, sama sekali dia tidak akan berganjak dari jalan ini hatta datang ancaman sebesar gunung sekalipun. Dia terlalu matang, jauh sekali daripada pemikiran pendakwah lain yangsemudanya.

Namun, Allah s.w.t. Maha Mengetahui lagi Maha Pemurah. Sekali lagi Dia menghantar seorang perempuan bagi menguji Fikri, sama ada dia menjadi pemangkin atau perencat bagi dakwah Fikri.

Suatu petang dalam suatu program dakwah di sebuah madrasah, Fikri dikejutkan dengan luahan ikhlas dari sahabat lamanya, Nusaibah. Fikri sekali lagi gusar takut-takut Nusaibah tidak dapat menjadi sayap kiri perjuangannya selepas berumahtangga nanti. Isteri pertamanya sudah pasti membawa Fikri menemui Tuhannya, namun, Nusaibah yang kurang dikenalinya adakah sama seperti Fatimah atau tidak?

Fikri bercelaru, tetapi tidak bermakna lamaran Nusaibah ditolak. Dia meminta sedikit masa untuk memikirkan keputusan tersebut.

Setelah merisik pemikiran Nusaibah daripada beberapa sahabat terdekatnya, Fikri berjumpa dengan Nusaibah bertemankan sahabat baiknya. Dengan tegas dan yakin, sekali lagi Fikri mengulangi soalan yang pernah ditanya kepada Fatimah.

“Awak sudi jadi isteri kedua saya?” tanya Fikri tanpa segan silu.

“Sudi,” jawab Nusaibah ringkas.

“Er, betul ke ni?” tergagap Fikri menerima jawapan Nusaibah yang tenang dan yakin.

Nusaibah mengangguk kepalanya sedikit. Langsung tiada rasa takut mahupun kecewa apabila lamaran sebagai isteri kedua yang dilafazkan oleh Fikri.

“Kenapa saya?” tanya Fikri ingin tahu.

“Saya ingin membantu gerak kerja dakwah awak,” jawab Nusaibah yakin tetapi sedikit malu.

“Baiklah,” jawab Fikri tersenyum.

Akhirnya, Fikri dikurniakan sayap kiri yang sangat membantu dalam gerak kerja dakwahnya selama ini.

Setelah seminggu mendirikan rumahtangga bersama Nusaibah, Fikri terasa dakwahnya semakin laju. Jadualnya senang, pakaiannya dijaga, makannya disedia. Malah, Nusaibah sangat membantu gerak kerja Fikri semampu mungkin. Setiap kali turun ke lapangan untuk berdakwah, Fikri membawa Nusaibah untuk membantu kerja dakwah seadanya.

Kadang-kala letih menyinggah Nusaibah. Suaminya terlalu kerap keluar berdakwah, seperti mesin yang tiada hayat. Namun, inilah yang dia yakini sebelum berkahwin dengan Fikri. Membantu suami melancarkan gerak kerja dakwah. Nusaibah juga berjaga-jaga takut dirinya pula yang menjadi pembantut atau penghalang dakwah suaminya.

“Abang, saya nak tanya boleh?” sapa Nusaibah dalam kereta sewaktu dalam perjalanan ke sebuah program dakwah.

“Ye sayang?” jawab Fikri sambil memandu.

“Abang tak pernah pun bawa saya jumpa isteri pertama abang,” luah Nusaibah yang sangat teringin berjumpa dengan madunya.

“Dah sampai sana nanti, kita akan jumpa,” Fikri menoleh sedikit ke arah Nusaibah, sambil tersenyum.

“Yeke? Dia datang program tu rupanya,” jawab Nusaibah riang.

Hatinya berdebar ingin berjumpa madunya yang banyak membantu Fikri dalam gerak kerja dakwah. Di sudut kecil Nusaibah, dia merendah diri kerana usahanya membantu dakwah suaminya hanya sedikit berbanding dengan isteri pertama Fikri yang banyak membantu selama ini. Tidak hairanlah Fikri aktif dalam dakwah sebelum ini.

“Kita dah sampai,” Fikri membuka pintu keretanya sambil memegang beg berisi fail ditangannya.

Fikri berdiri, mengadap ke arah sebuah khemah di hadapan masjid, lalu menoleh ke arah Nusaibah yang berdiri di sebelah kiri kereta.

“Itu isteri pertama abang,” Fikri menuding jari ke arah khemah tersebut.

“Mana bang?” Nusaibah mengecilkan matanya, fokusnya mencari arah jari Fikri.

“Tak nampak pun,” Nusaibah meninggikan sedikit hadapan kakinya.

“Siapa nama isteri pertama abang?” Nusaibah sangat berdebar.

Fikri tersenyum lebar, memandang Nusaibah penuh tenang.

“Perjuangan,” jawab Fikri.

***

“Katakanlah (Wahai Muhammad): “Jika bapa-bapa kamu, dan anak-anak kamu, dan saudara-saudara kamu, dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu, dan kaum keluarga kamu, dan harta benda yang kamu usahakan, dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, - (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan Rasul-Nya dan (daripada) berjihad untuk agama-Nya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusan-Nya (azab seksa-Nya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik (derhaka).”




*********************************

haa.. amacam?? da baca kan?? :D
kawan-kawan yg perempuan, sudi tak jadi isteri kedua??dah bersedia tak awak-awak nak jadi sayap kiri untuk bakal imam awak-awak semua?? wardah?? erm... masih belajar.. :D

yg kawan-kawan lelaki pula macam mana?? awak-awak nak ada lebih daripada satu isteri?? kalo awak-awak belum pon boleh jadi imam untuk isteri pertama awak, wardah cadangkan, tak yah la berangan dulu.. :D

okey ye awak-awak.. semoga kisah ini menjadi ikhtibar buat kita semua, baik lelaki mahu juga perempuan.. setiap daripada kita ada tugas dan peranan masing-masing... sandarkan pada Allah, insya Allah, dipermudahkan semuanya.. :)

p/s: nak dapat imam yg soleh, kenalah belajar jadi muslimah yg solehah.. teringat masa belajar Bahasa Arab kat Matrikulasi dulu.... ustaz tu kata, "haa.. awak-awak yg ustaz ni semua, cariklah perempuan-perempuan yg tak berapa faham tentang agama.. (ayat ustaz kasar lagi sebenanya.. tapi, tak sampai hati nak cakap :D ) itulah tugas awak sebagai pemimpin".. wardah tanye, "habis tu ustaz, kitorang ni nak kawen dengan sape??" tau ustaz jawab apa?? "haa.. kat situlah peranan awak-awak jadi isteri kedua....." aiyoooo~ ustaz, ustaz....... :D

.:: Dilema Ummah: Ajaran Sesat di Mana-mana ::.

assalamu'alaikum.. :)
dah pegi kerja ke semua?? hehe.. mentang-mentanglah cuti, saje je nak jeleskan orang yg tak cuti.. :D

first skali, wardah nak nyatakan kebimbangan, cewahh!! bimbang la sangat kan.. hihi.. untuk kawan blogger wardah, Eikieyn nama dia.. dia singgah blog wardah pagi tadi kata dia MC, demam lagi katanya.. amboi, demam-demam pon sempat jalan-jalan blog ye.. nanti wardah report sama bos awak.. :D hehe.. syafakillah, ya ukhti.. makan ubat kasi habis tau.. :))

waahhh.. banyak betol dilema sejak akhir-akhir ni.. maklumlah, hidup di tengah-tengah umat akhir zaman kan.. 
pagi ni, bukak aje MukaBuku, kawan wardah share satu maklumat tentang Freemason di Malaysia.. awak-awak semua mungkin ada yg dah tau kan?? kalo yg tak tau lagi, boleh klik sini..

tapi, bukan tentang Freemason yg wardah nak ceritakan, tapi secara umumnya tentang ajaran sesat.. awak semua, minggu depan, insya Allah kita akan masuk Tahun Baru Hijrah, 1 Muharam 1432H.. tahu tak? dah 1422 tahun da Rasulullah S.A.W. tinggalkan kita?? haa. tau kan? tau kan?? 

sebenanya, da lama sangat da ajaran sesat ni dah wujud, sebelum kewafatan Nabi S.A.W. lagi.. selepas kewafatan Baginda S.A.W., umat Islam mula berbalah tentang siapa yg sepatutnya menggantikan tunggak kepimpinan Rasulullah S.A.W.. antara Saidina Abu Bakr as-SiddiQ r.a. yg merupakan sahabat dan bapa mertua Nabi S.A.W. ataupon Saidina Ali r.a. yg merupakan sepupu Nabi S.A.W...

kalo nak cerita perbalahan yg jadi, memang panjang la kan.. mesti awak semua bosan punya.. hehehe.... awak semua pon da tau kisah ni.. dari perbalahan ni lah yg wujudkan kumpulan Syi'ah - mereka yg memandang tinggi Saidina Ali r.a. dan menafikan tiga Khulafa' ar-Rasyidin yg laen.. masa tu kan Nabi S.A.W. da wafat, jadi tiada siapa masa tu yg mampu merdakan perbalahan tersebut yg akhirnya membawa kepada keberantakan umat Islam...

okey-okey.. da melalut sangat da ni.. hehehe.. okey, apa yg dimaksudkan dengan Ajaran Sesat??
Ajaran sesat ialah sebarang ajaran atau amalan yang dibawa oleh orang-orang Islam atau orang-orang bukan Islam yang didakwanya berdasarkan kepada ajaran Islam, tetapi sebenarnya ajaran atau amalan tersebut adalah berlawanan dengan akidah dan syariah Islam berdasarkan al-Quran dan al-Sunnah. sini>
menurut sumber ini lagi, ajaran sesat ni ada 3 bentuk:
  1. Bentuk Ajaran
  2.   Ajaran ini biasanya lahir melalui ajaran-ajaran yang direka atau dicipta oleh seorang guru atau penganjur ajaran sesat yang menggunakan berbagai-bagai nama atau pengamalan tertentu.
  3. Bentuk Tarikat
  4. Melalui bentuk tarikat ini biasanya mereka menggunakan nama-nama tarikat yang masyhur di kalangan umat Islam kerana tarikat ini telah pun diamalkan oleh ulama-ulama yang mana mereka ini mengamalkan amalan-amalan tarikat ini dengan berpandukan kepada al-Quran dan sunnah. Dengan ini meraka menggunakan nama-nama tarikat ini seperti Ahmadiah, Naqsyabandiah Sazaliah, Samaniah, Qadariah, Muffaridiah dan berbagai-berbagai lagi. Kadang-kadang nama-nama tarikat ini diciptakan mengikut ajaran tarikat ini.
  5. Melalui kepercayaan dan amalan tradisi yang berhubungan dengan amalan mistik dan kultus.
  6.   Bentuk kepercayaan ini telah menjadi satu perkara lumrah dikalangan orang-orang Melayu Islam di negara ini kerana ianya bersifat:

a.    Pemujaan kepada tempat-tempat yang dianggap keramat.
b.    Pemujaan kepada orang-orang yang dianggap wali dan mempunyai kelebihan.
c.    Kepercayaan kepada kuasa-kuasa kesaktian melalui amalan-amalan seni mempertahankan diri dan sebagainya.
d.    Kepercayaan terhadap dukun-dukun atau bomoh-bomoh yang mendakwa mendapat ilmu kedukunan daripada          
  mimpi-mimpi atau orang-orang halus (bunian ataupun sampingan) melalui amalan cara menurun dan sebagainya.


haaa.. bahaya kan ajaran sesat ni?? wardah kalo rajin, nak taip panjang-panjang.. eh, silap.. nak copy paste semua je sekali.. tapi, nanti panjang sangat pulak.. so, kalo korang nak tau dengan sangat-sangat lanjut lagi, bolehla klik dekat link yg wardah bagi kat atas tu ya.. :)) insya Allah, sumber tu sahih.. :))

okey, kat bawah ni plak senarai kumpulan ajaran sesat yg ada kat Malaysia.. wardah amek ni dari Wikipedia.. tak tengok lagi satu- satu..

  1. Nasrul Haq
  2. Budi Suci
  3. Al-Watan
  4. Budi Suci Sejati
  5. Jawa Faradin
  6. Silat Sunda Pukulan Ghaib
  7. Tusuk Hikmat
  8. Ilmu Kebatinan
  9. Potong Maya
  10. Naluri
  11. Kaula
  12. Haqqullah Syahadah
  13. Rampai
  14. Wali Suci
  15. Kalimat Sakti
  16. Silat Pukulan Jarak Jauh
  17. Ilmu Tenaga Dalam Hikmat
  18. Zikir Sha`ban Islam Haq
  19. Asal Wujud Garis Laksmana
  20. Al-Ma`zat
  21. “Transcedantel Meditation”- Maharisi Mahish Yugi
  22. Ilmu Kebatinan
  23. Abdul Manan bin Harun- Tolak Hadis
  24. Ilmu Mentauhidkan Allah oleh Nasrun S.T.Qahar
  25. Kumpulan Ikhwan/al-Mas
  26. Kuasa Ghaib ( Tahan Diri)
  27. Mohd Nordin Putih
  28. Nasrun S.T.Qahar
  29. Roslan Katimun atau Ajaran Wali Sembilan
  30. Tariqat Naqsyabandiyah Kadirun Yahya
  31. Wali Sembilan
  32. Khatijah binti Ali @ Puan Tijah
  33. Syed Mutalib bin Syed Mohd Nordin
  34. Ajaran Mohd Seman Al-Banjari
  35. Al-Arqam
  36. Golongan Anti Hadis37.
  37. Ajaran yang disampaikan oleh Juruzon bin Abdul Latif atau dikenali juga sebagai (Hj) Ahmad al-Walidie (Pak Su)
  38. Ajaran Hj. Ghazali Othman Hulu Kelang
  39. Ajaran Hj.Kadar Ahmad
  40. Ajaran Ilmu Tajalli Ahmad Laksamana
  41. Ajaran ilmu Hakikat @ Jahar Dumin Hulu Langat
  42. Tarikat Mufaridiah
  43. Ajaran Hassan Anak Rimau
  44. Tarikat Aurad Ismailiah
  45. Ajaran Martabat Tujuh
  46. Tarikat Samaniah Ibrahim Bonjol
  47. Ajaran Sulaiman ( Bahtera Nabi Noh)
  48. Ajaran Ilmu Hakikat Hassan bin Jonit
  49. Ajaran Ahmadiah/ Qadiani
  50. Ajaran Mohd Nor Seman
  51. Ajaran Ayah Pin
  52. Ajaran Bahai
  53. Al-Ma`unah
  54. Ajaran Azhar Wahab
  55. Ajaran Hj.Banuar

huh!! ni rasanya baru berapa peratus je ni.. banyak lagi kalo tak salah...
so, awak-awak semua, rajin-rajinlah kan diri baca eh.. kalo taknak baca pon takpe.. :D sebab, wardah pon belum tentu lagi rajin.. hehe... sebab nak belajar memasak ni, untuk bakal Imam wardah.. :D berangan la pulak kan..... hehehe...

alamak!! da nak pukul sebelas?? wardah tak sidai baju lagi.. kang jerit plak En Ahmad Zawawi balik keje tengah hari nanti... hehehe..

dengan itu, seruan wardah untuk semua, jom tolong wardah pegi sidai baju.. hehehe.. bukan, bukan, bukan... :D

jom sama-sama perkuatkan aQidah kita.. mudah-mudahan kita semua dijauhi dan dilindungi Allah S.W.T daripada terjebak dalam masalah ni.. insya Allah... 

p/s: ada seorang kawan yg kakak dia pernah terjebak dalam ajaran sesat ni.. Alhamdulillah, dah kembali ke pangkal jalan setelah dinasihati.. eh?? nasihat ke?? orang selalu panggil apa ek?? pemulihan aQidah kot.. mana-mana la.. :)

.:: Tinggalkan Debunga Di Sini ::.

Popular Posts

.:: Ding Dong ::.

Get widget here