Saturday, January 11, 2014

Singgah Sebentar

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamu'alaikum w.b.t.
Weehee, lama dah WH tak berhati nak jenguk dan update blog.
Busy kononnya. Haha.

Btw, alhamdulillah WH dah mendaftar sebagai pelajar semula untuk bulan September lepas. Hehe. Dah jadi postgraduate student sekarang ni. Hehe.
So, busy dengan dunia pelajar lah kononnya.

Alhamdulillah, exam dah selesai, sekarang bercuti lah pulak. Cuma masih belum ada perancangan je nak habiskan cuti. Mungkin nak cari kerja kot. Siapa-siapa yang nak offer kerja kosong pada WH, sila-silalah ya. Hehe.

Nak cerita macam-macam, tapi tak rajin nak menaip. Haha.

Oklah, right now, my adik-adik nak buat kek batik. WH sebagai pemantau, kena duk dapur perati mereka buat kerja. Huhu.

Sampai ketemu lagi! ;)

Ps: Que sera sera..

Saturday, August 17, 2013

Nadia Zahari: Dalam Kenangan

Sejak akhir-akhir ni, semakin ramai Allah ambil pulang ke pangkuanNya. Terbaru, seorang lagi kawan sekolah WH, Nadia Syazwani binti Zahari, dipanggil pulang pada Sang Pencipta, petang 16 Ogos 2013 akibat kemalangan jalan raya.

Allahurabbi. WH tahu dah lewat malam  semalam akibat terputus talian internet. Terpaku lama di atas tilam, bagaikan tak percaya. Dalam hati bacakan al-Fatihah berterusan diselang-selikan dengan doa, "Allahummaghfirlaha warhamha wa'aafiha wa'fu 'anha."

Pagi tadi WH gagahkan juga diri untuk memandu pulang ke Shah Alam menziarahi jenazah.

Alhamdulillah, perjalanan lancar. Sebaik tiba di rumah arwah, ramai yang telah berkumpul, suasana begitu sayu. Saat melangkah kaki masuk ke ruang rumah, keadaan sangat penuh, WH hanya berdiri di hadapan pintu, membacakan al-Fatihah dan sedikit doa. Hanya melihat jenazah dari jauh, WH tak sanggup nak masuk ke sisi jenazah.

Lebih kurang jam 8.30 pagi, jenazah dibawa ke masjid berhampiran untuk disolatkan. WH tak mahu ketinggalan, bergegas mengambil wudhuk dan berdiri dalam saf.. Usai solat, doa dibacakan.Allah, suasana sangat hiba, kedengaran esak tangis kecil mengaminkan bacaan doa. Paling memilukan hati WH,saat imam mengungkapkan doa "Allahummaghfirlaha warhamha wa'aafiha wa'fu 'anha" yang diulang beberapa kali. Terlalu sebak. Mengalir deras air mata. Menjadi saksi pemergian seorang kawan yang kita kira baik peribadinya.

Insya Allah, perginya husnul khaatimah, dalam keadaan dia teguh menyebarkan dakwah melalui peribadi dan fotografi.

Semoga Allah terima semua amal kebajikannya di dunia.
Semoga Allah mengampunkan segala dosa lalunya.

Buat keluarga almarhumah, moga Allah titipkan sejuta kekuatan buat meredhakan qadha' dan qadar Allah ini..

Al-Faatihah.

P/s: Maaf, WH hanya menaip melalui tab, yang mungkin banyak berlaku kesilapan dan tiada gambar.

Bagi yang belum mengenali arwah, boleh search nama komersial arwah, Nadia Zahari untuk semua page arwah.




.:: Tinggalkan Debunga Di Sini ::.

Popular Posts

.:: Ding Dong ::.

Get widget here