Thursday, December 22, 2011

Crying Without Tears....

Rasa sedih sangat sampai tak boleh nak mengalirkan air mata...

Sampai kena carik cerita sedih semata-mata nak mengalirkan air mata.... 

Namun, tetap juga terasa kering mata ni....

Kenapa?? "Tak tahu..."

Walau dekat, terasa sangat jauh...
Apatah lagi bila jauh.....
Macam bulan, macam bintang....
Tak mungkin pernah tercapai oleh tangan...

Yang dirasa, tak mampu diluah...
And now, I'm just crying without tears....




p/s: Terasa sangat melalut.. Tapi ni lah rasa dalam hati......... Mahu terus menyendiri....... T____________T

Friday, December 9, 2011

Tiba di penghujung, Disember 2011..


Disember tiba lagi..

Benar, kali ini, segalanya hampir tiba ke hujungnya...
Ada hujung yang menceriakan...
Ada juga hujung yang memberi duka...

Disember 2011...

Bagi mereka, ini penghujung sebuah perjalanan yang panjang...
Setelah bergelut hampir 6 tahun, akhirnya mereka tiba di pengakhiran...
Tempoh perjuangan bernama pengajian ini memberi sejuta pengertian buat mereka...

Shakina, Madihah, Ainun, Jannah, Kak Latifah & Kak Fadilah...
Semoga penghujung ini memberi sebuah permulaan baru yang hebat untuk semua...
Jadikan penghujung ini sesuatu yang sangat bermakna dalam hidup kalian...

Tahniah in advance untuk pengakhiran sebuah pengalaman yang kita kongsi bersama...
Semoga semuanya baik-baik di luar sana...

Disember 2011...

Juga menyaksikan pengakhiran 13 episod program realiti Solehah...
Sebuah program yang membuka mata, minda dan hati kita semua...
Betapa kita semua mampu melakukan apa sahaja selagimana ada kekuatan dan pengharapan pada Yang Esa..
Biar pengakhirannya bukanlah pengakhiran sebuah perjalanan dakwah.. Tetapi, permulaan bagi sebuah perjuangan para mujahidah Solehah di medan REALITI dunia...

Buat Shazni & Kak Suhaili...
Tahniah kerana berani menyahut cabaran di awalnya..
Tahniah kerana bertabah melalui liku-liku di dalamnya...
Tahniah juga kerana berjaya mengakhirinya biar duka menghantui dan menghambat hati...

Disember 2011...

Garisan penamat yang menggembirakan buat mereka...
Mengakhiri sebuah perjalanan solo dengan ijab dan qabul yang mulia...
Memulakan sebuah perjalanan bersama di dalam suka dan duka...

Buat mereka: Hanisah & Shafiq,
Barakallahu lakum barakatan hasanah....
Semoga berbahagia ke akhirnya...
Selamat membina sebuah perjalanan bersama mawaddah wa rahmah daripada-Nya...

Namun, Disember 2011 ini...
Masih ada yang masih berlari menuju garisan penamat...

Nadiah, Izzatul, Farhana & Cik Wardah sendiri....
Perjalanan masih berbaki 6 bulan lagi...
Semoga kita semua tabah dan beroleh kekuatan sepertimana mereka..
Semoga kita semua beroleh kejayaan sepertimana mereka...
Semoga perjuangan kali ini terisi dengan pelbagai keceriaan, pelajaran dan pengajaran buat kita...
Biar perjalanan ini menjadi sebuah perjalanan yang tak dapat kita lupakan selamanya...
Dan teruslah semangat! Teruslah kuat!

Walau apa pun yang telah, sedang dan bakal terjadi, Disember 2011 ini sangat bermakna buat diri ini...
Terima kasih buat semua yang pernah terlukis dalam lakaran kehidupan seorang Aqilah...
Syukur dipanjat buat Yang Esa, untuk sebuah perjalanan yang penuh pengalaman, pengajaran, bimbingan dan kasih-sayang selama lebih 23 tahun ini... Segalanya hanyalah demi untuk membina sebuah titi menuju kepada-Mu.. Biar berhayun dilambung ombak ujian, ia masih mampu terus dibina dari masa ke masa...
Dengan izin-Mu, pasti akan tiba saat itu juga suatu hari nanti... Aku yakin dengan janji-Mu...

p/s: Kekuatan itu tak datang berlari-lari, tapi ia ada pada kita sambil berlalu perlahan... Bergantung pada kita, sama ada mahu memegangnya atau membiar ia terus berlalu hingga hilang dari pandangan....

Wednesday, November 30, 2011

"Nak jodoh dari siapa?? Syaitan?? Jin?? Allah??"


JODOH DARI SYAITAN 

-->lelaki dan perempuan yang berjalan berpegangan tangan dan menuju ke arah kemaksiatan. Apabila si perempuan tadi mengandung, barulah si lelaki tadi menikahi perempuan tersebut.

JODOH DARI JIN

--> lelaki yang menyukai seorang perempuan yang tidak menyukai dirinya, lalu dibomohkan dan disihirkan perempuan itu untuk setuju berkahwin dengan lelaki tadi.

JODOH DARI ALLAH

--> pandangan 2 pasang mata iaitu lelaki dan perempuan sehingga menusuk ke dalam jiwa. Lalu,lelaki itu pun masuk meminang perempuan tadi. Perempuan tadi menerimanya. Mereka bernikah dan bercinta selepas itu kerana cinta selepas kahwin adalah satu2nya cinta yang diredhai ALLAH. Bercinta sampai ke syurga. Itulah yang digelar "Syurga Cinta" tanpa berlakunya sebarang bentuk kemaksiatan.



Haaa... Cik Wardah yakin, mesti korang semua biasa dah jumpa dengan kata-kata kat atas tu kan??

Ada beberapa persoalan timbul dalam fikiran cik Wardah.. Yelah, sepanjang belajar ilmu Usuluddin ni, memang tak pernah lagi ada topik-topik yang macam ni...

1. Betul ke ada jodoh dari syaitan?? Dari jin??


2. Boleh ke syaitan dan jin bagi jodoh kat kita??


3. Kalau boleh, samakah taraf mereka dengan Allah Yang Satu??

Peeps... Tolonglah... Jangan sebarkan perkara-perkara yang boleh merosakkan aqidah tanpa penjelasan yang sewajarnya... Kami yang betul-betul belajar spesifik tentang aqidah pon boleh terjejas kepada terpesongnya aqidah dengan isu-isu dan perbincangan-perbincangan yang timbul.. Apatah lagi mereka yang tak mendalami ilmu ni...

Dalam Surah al-Ikhlas, Allah dah terangkan, siapa sebenarnya Dia..

"Katakanlah (Muhammad), Dialah Allah Yang Esa. Allah tempat meminta segala sesuatu. (Allah) tidak beranak dan tidak pula diperanakkan. Dan tidak ada sesuatu yang setara dengan Dia." (Ayat 1-3)

 Jelas.. Nyata.. Dan terang.. Tiada keraguan... Siapa-siapa yang rasa ada keraguan, cek balik Rukun Iman yang pertama tu ya....

  • Allah Yang Esa
  • Allah tempat meminta segala sesuatu
  • Tidak ada sesuatu yang setara dengan Dia

Ada juga terbaca post yang menerangkan maksud tersirat yang sebenarnya mahu disampaikan.. Dan pada cik Wardah, kata-kata ini jika mahu disebarkan, perlu diiringi dengan penjelasan maksud sebenar.. Eh, bukan perlu lagi, ni dah tahap WAJIB dah ni...

So, cik Wardah nak datangkan pendapat cik Wardah sikit lah..

- Untuk Jodoh Dari Syaitan... Sebenarnya, syaitan ni kalau kita tengok balik sejarah permulaan penciptaan Nabi Adam a.s, syaitan ni dah memang berjanji depan Allah Azza wa Jalla untuk menyesatkan manusia untuk bersama-sama dengan diorang dalam neraka... So, apa-apa pun yang berlaku yang buruk atas dunia ni, hanyalah kerana tiada atau lemahnya iman seseorang itu, terutamanya Muslim.. Mereka akan mudah tergoda dengan hasutan syaitan..

-Untuk Jodoh Dari Jin pula... Hurm... Yang ni langsung tak logik lah kot... Jin ni kan, Allah dah sebut dalam Al-Quran:


"Aku tidak ciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka beribadah kepada-Ku" 
(Az-Zariyat: Ayat 56) 

Jadi, jin dan manusia ni, tujuan diciptakan sama sahaja... Iaitu untuk beribadah kepada Allah.. Jadi, logik ke nak kata, ada jodoh dari jin???

- Jodoh dari Allah... Okey, yang ini, memang tiada kompromi... Tiada perbalahan atau hujah lagi yang perlu dibentangkan.. Since Allah menciptakan manusia, Dia juga telah menyiapkan semua tentang manusia itu.. Rezekinya, umurnya, jodohnya, mautnya, sakitnya, susahnya, senangnya, laparnya, kenyangnya dan setiap saat tentang kehidupan manusia tu..

Kesimpulannya:

  • Setiap sesuatu yang berlaku atas bumi ini, sejak dari zaman Nabi Adam a.s sehinggalah berlakunya Hari Kiamat adalah dengan KUASA ALLAH... Dengan IZIN ALLAH... 
  • Kalau nak kata syaitan menghasut manusia melakukan maksiat, itu pun adalah dengan IZIN Allah.. Kalau Allah tak izinkan pon, takkan manusia itu termakan hasutan syaitan..
  • Kalau pula nak kata jin itu merasuk manusia, juga HANYA dengan IZIN Allah.. Kalau tiada izin-Nya, maka takkan berjayalah jin tu merasuk manusia itu...
  • So, lepas ni, jangan semudah-mudahnya kita labelkan sesuatu itu dari selain Allah terutama sekali yang berkaitan dengan AQIDAH....

Rasanya, cukup dah ni nak explain apa yang terbuku di hati.. Kalau ada yang tak jelas, ataupun yang cik Wardah salah, boleh lah komen-komen ye.... :)

p/s: Allah memberi apa yang manusia perlukan.. Jika yang kamu inginkan itu termakbul, maka itulah yang kamu perlukan.. Ataupun, ia adalah ujian menguji tahap keimanan dan kesyukuran kamu pada-Nya... Walau apa yang terjadi, ucaplah Alhamdulillah.. Kerana di sebaliknya, pasti ada sesuatu yang terbaik untuk diri kita... :)

Sunday, November 20, 2011

November; Day 20: "20112011..."

Congrats untuk mereka yang melangsungkan perkahwinan hari ini ye... Including my schoolmates; Jamilah & Fatimah.. And also Puan Fairuz; one of my besties.. ^_^

Untunglah boleh kahwin dah.. Hukhukhuk..

Mode: Jeles!! Cuma dapat soalan je: "Bila nak ikut wedding sekali??" -_-"

Wedding abang Madihah; CAC, UIAM
Tumpang makan lunch free je petang tadi.. Terima kasih daun keladi.... Lain kali Madi kahwin, jemput la kami lagi... ;)

Kek pengantin
Haha.. Pergi kenduri kahwin, tak ambil gambar pengantin.. Kak Tip la ni, ada ke dia lupa bawak 16MP dia... Huhu...

Pelamin... 
Okey, ambik berkat sket... Sempat lagi bergaduh ngan Kak Tip and Cik Muslimah siapa kahwin dulu.. Haha.. That sweet memories will remain, insya Allah... :)

p/s: Bermain-main dengan warna pelangi... Cantik!! ^_^

Monday, November 14, 2011

November; Day 13: "Jangan suka nak merajuk lagi ye.."

Hehe... 23 tahun??

"Sweet lagi ke??" Boleh laa..

"Maintain cute okeh??" Hehehe.. Insya Allah.....

"Makan banyak-banyak, biar cepat besar ye...." Erk?? Tak cukup besar lagi ke?? ^__^

"Dah makin bertambah usia, nampak muda eh??" Hehehe... 

"Dah tua setahun dah ni.. Cepat-cepat lah kahwin ye.." Amiiinnnnnnnnn.. Insya Allah, doakan mudah lah ye.. :)







































"Dah makin tua ni, jangan suka nak merajuk lagi ye..." Erk?? Erm.... Baiklaahh.. -_-"

HAPPY BELATED BIRTHDAY, CIK AQILAH WARDAH!! ^__^


Wednesday, November 9, 2011

November; Day 9: "Awak.. Nak berkenalan boleh???" (Facebook)

Log In Facebook....

1 New Friend Request....
(Tak popular, sebab tu satu je..)

Confirm Friend Request....

Tiba-tiba.... Pop-up Message keluar......

"Salam.."

"Wassalam.."

"Asal mana??"

-Ewah-ewah orang ni... Tak boleh baca sendiri kat profile ke?? -_-"

"Kenapa nak tahu??"

"Sebab nak berkenalan dengan awak lah..."

"Kenapa??" Malas lah nak jawab soalan ni....

"Saya sorang... So, nak carik teman lah...."

-_-"



Facebook pon da boleh jadi medium carik jodoh skarang ni... Tapi, apakah ia sekadar 'memanfaatkan' kewujudan facebook, atau mengambil kesempatan di atas 'kuasa' penggunaan facebook, atau pun, facebook itu benar-benar boleh dijadikan medium untuk tujuan tersebut??

Walau apapun, tak kiralah lelaki atau perempuan, berhati-hati lah ye... Niat dalam hati manusia, Allah sahaja yang tahu... Baik buruknya tujuan orang terhadap kita atau orang lain pon, tiada satu pon makhluk Allah yang mengerti melainkan dengan izin-Nya juga...

Jangan mudah terpedaya, jangan mudah terpesona... Apa pun yang telah, sedang dan bakal berlaku, semuanya dalam ketentuan Allah jua... Kita makhluknya hanya mampu merancang, dan memohon petunjuk serta berserah kepada-Nya semata... Insya Allah, apa yang diberi, adalah yang terbaik... Untuk kita belajar, untuk kita menilai.... Siapa sebenarnya kita, makhluk kerdil yang hina di bumi ini...

Allahu A'lam...

p/s: Kadang cuba mahu menidakkan, mahu menafikan... Namun, harus juga menghadapinya... Dear self, be strong, and face it... Whatever the result would be, please make sure, it will never let you down... BittaufiQ self! 

Tuesday, November 8, 2011

November; Day 8: "Hujan Semakin Lebat..."

Kadang-kadang,
panas tak sampai ke petang...

Bila mendung menjelma,
tanda matahari mula sembunyi...

Awan hitam pula meneduhi,
membawa 'kegelapan' melitupi sinaran mentari...

Summer Rain by Julkusiowa

Titis air mula merintik..
membawa kebasahan, kesegaran pada bumi..

Hati berbisik...
"Sebentar lagi, pasti muncul pelangi.."

Merenung terus ke luar jendela,
menanti-nanti bilakan titis hujan berhenti..

Seminit....
Dua minit...
Tiga minit...

Satu jam berlalu....
Rintik hujan semakin lebat...
Tiada tanda munculnya pelangi...

Jendela ditutup......
Hati berlagu sepi..
"Tak mungkin muncul pelangi... Hujan semakin lebat.."

p/s: Berhenti mencari pelangi... Hujan, terus basahi diri.. Agar aku bisa sembunyikan tangis ini...

Monday, November 7, 2011

November; Day 4, 5 & 6 (Combined) : "Seindah Pelangi Itu.. "

Orang kata, pelangi muncul selepas hujan...


Tapi, tengah hari tu, tengah panas, tengah terik...
Kami nampak pelangi... 

Dan, pelangi hari itu, masih kekal di ingatan..
Dengan harapan, hari ini, dan seterusnya, akan kekal indah...

Seindah PELANGI itu..... ^_^

Terima kasih, PELANGIku.... 


Thursday, November 3, 2011

November; Day 3: "Awak.... Nak jadi sahabat saya tak??"

Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi S.A.W. bersabda:

"Seseorang insan adalah terikut-ikut dengan adat kebiasaan sahabatnya. Maka hendaklah kamu melihat dengan siapa kamu bersahabat."
(Riwayat al-Tirmizi dan al-Hakim)


Dalam hidup, kita tak lari dari persahabatan.. Bukan senang hendak mencari sahabat yang sesuai dengan diri kita.. Apatahlagi yang boleh menerima kita seadanya... Orang kata, sahabat semasa suka, di mana-mana pon kita boleh cari... Tapi, sahabat waktu duka, tak semuanya bersedia..

Tak ramai yang sudi korbankan masa hanya untuk menemankan seorang sahabat makan tengah hari...
Tak ramai yang sudi korbankan wang ketika sahabatnya keciciran dompet di jalanan...
Tak ramai yang sudi korbankan telinga hanya untuk menadah luahan hati dan perasaan seorang sahabat yang berduka...



Dalam satu hadith lain; daripada Abdullah bin Amr r.a., Nabi S.A.W. bersabda:

"Sahabat yang terbaik di sisi Allah adalah sahabat yang paling banyak berbuat baik kepada sahabatnya."
(Riwayat Ahmad dan al-Tirmizi)


Memberi yang terbaik tidak semestinya mengeluarkan segala-gala yang kita miliki hanya untuk menawan hati manusia... Cukup dengan akhlak, cukup dengan usaha kita berada di sisi mereka sewaktu mereka berduka atau kesusahan, sudah banyak memberi erti pada hidup seseorang...


Lagu Sahabat dendangan Devotees, untuk semua yang bergelar sahabat.. ^_^

Oh ya.. Satu lagi video untuk tatapan bersama....


Kihkihkih... ^_^ Me and friends on the TV.. Lalalala~ Anyway, esok, semua sahabat cik Wardah akan pulang ke kampung halaman masing-masing.. Selamat bercuti!! Lot's of love from me!! Selamat bercuti!! ^__^ Masih meneruskan perjuangan untuk kertas terakhir... BittaufiQ self!! :)

p/s: Dah ada jawapan?? Sudi nak jadi sahabat saya tak?? ^_^

Wednesday, November 2, 2011

November; Day 2: "Ustaz Kena Buatan Orang.."

Rabu, 2 November, telah termaktub sejak beberapa minggu yang lalu bahawa pada tarikh ini, satu article review untuk subjek Contemporary Issues in Usuluddin perlu dihantar dan juga peperiksaan pertengahan semester untuk subjek Islam and Modern Ideologies akan dijalankan.. Lebih mengejutkan apabila minggu lepas, Ustaz Tilawah mengumumkan bahawa pada tarikh ini juga perlu melangsaikan segala hutang-piutang hafazan surah dengan ustaz, atau, tiada markah untuk anda...

Al-kisah, malam sebelumnya (malam semalam laa) cik Wardah sangat bertungkus-lumus menyelesaikan article review yang perlu dihantar pada jam 10 pagi.. Dalam sibuk berusaha, kepala tak lari dari memikirkan peperiksaan yang akan dijalankan pada sebelah petang, masih belum terusik sedikit pon notanya... Tak kurang juga memikirkan tiga surah yang perlu diperdengarkan bacaan pada jam 9 pagi.. Namun, sedikit pon tidak merasa gentar atau bimbang.... Hampir jam 4 pagi, selesai menamatkan article review, dan terus menutup laptop dan suis lampu untuk tidur...

Pagi itu, sejam awal dari waktu yang dijadualkan untuk kelas, iaitu pukul 8 pagi, cik Wardah dah menghidupkan enjin kenderaan dan meluncur laju menuju ke kampus... Dalam kereta, sambil menanti jam 9, terus berusaha melancarkan hafalan surah al-Muddaththir... Dalam hati, redha jika ustaz hanya mahu mengambil markah setakat hari ni... 10 min sebelum jam 9, kaki menghayunkan langkah menuju ke kelas... Setelah beberapa lama menanti dengan penuh debaran, maka. tibalah ustaz di muka pintu..

Namun, kesemua kami terdiam sambil terkesima... Ustaz datang dengan memakai penutup mulut (yang macam doktor tu..) seraya berkata: "Siapa yang buat solat hajat minta saya sakit ni??" 

Semua diam.... Ustaz berjalan menuju ke mejanya sambil menyambung: "Markah hafazan awak, saya amik setakat yang ada je..."

Cik Wardah berkata: "Alaaa Ustaz... Kitorang belum putus asa lagi..." Kerana teringat ustaz pesan Isnin lepas, "Jangan putus asa.."

Ustaz tiba-tiba bercerita... 

"Ada suatu kisah, seorang pelajar menggunakan ilmu yang salah terhadap gurunya.. Al-kisah, pelajar ini memang tahu dan pandai sejenis ilmu tuju-tuju ni... Dan dia adalah pelajar baru di sekolah ni.. Suatu hari, sang guru berkata: 'Siapa tak bawa buku, berdiri atas meja..' Pelajar ni tadi, belum sempat beri penjelasan, disuruh berdiri atas meja.. Dia marah sangat dengan guru tadi, dan berdendam... Balik tu, dia buat solat hajat dan gunakan ilmu tuju-tuju tadi dan ditujukan pada sang guru... Setelah itu, sang guru, demam 3 hari... Tapi, pelajar tadi fail paper Matematik untuk SRP dia..."



Ustaz diam.... Dan memandang tepat ke arah cik Wardah dengan wajah yang berkata: 'Awak ke yang buat solat hajat??'.... Dengan lajunya, cik Wardah menggeleng.. "Tak... Tak ustaz... Bukan kitorang..." "Oh, bukan eh?? Baguslah macam tu.. Okey, tak apa... Saya bagi awak can, sampai lepas raya... Saya tak larat... Awak sign attendance, lepas tu boleh balik.."

"Shukran ustaz.. Selamat hari raya.." Cam biasa laa, cik Wardah kan... Loyar buruk.. KihKihKih... 

Pengajaran yang kita boleh ambil dari kisah ini, tak kira siapa jua yang buat kita marah, yang menyakiti kita, jangan sekali-kali kita membalasnya dengan perbuatan syirik... Mungkin di dunia Allah tak balas, tapi di akhirat nanti, pasti takkan terlepas... Apatah lagi pada seorang guru yang telah banyak berkorban untuk kebaikan kita... Tak berkat ilmu yang kita belajar, maka sia-sia sahaja bertahun-tahun menghabiskan wang membayar yuran... 

Ingatlah, antara semua dosa yang dilakukan manusia, dosa mensyirikkan Allah adalah yang paling besar dan takkan dapat pengampunan Allah... Na'udzubillahi min zalik...

Caranya mudah sahaja... Selalu muhasabah diri.. Jangan letak diri kita lebih daripada orang lain... Kerana pasti ada yang meletakkan diri mereka lebih dari diri kita.. Jadi, apa beza kita dengan orang-orang yang kita pandang rendah??? Allah dah berfirman, tak ada yang membezakan sesama manusia itu kecuali dengan taqwa.. 

Oh, dah jam 8.40 malam.. Harus berundur, mempersiapkan diri untuk peperiksaan esok... All da best self!! ^_^

p/s: "That because I wanna you to smile.. And to always keep smiling.." (Love is in the air...) 

Tuesday, November 1, 2011

November; Day 1: "Jangan Marah Sayang.."

Daripada Abdullah bin Umar r.a., Nabi S.A.W. bersabda:

"Tiada hamba yang meneguk air lalu mendapat ganjaran yang lebih besar di sisi Allah daripada hamba yang meneguk air menahan kemarahan kerana Allah"
(Riwayat Ibn Majah)

Alhamdulillah, sejak mengikut jejak langkah Yaya, pagi-pagi lagi membiasakan diri menekan butang radio IKIM.fm di telefon bimbit bagi memotivasikan diri di pagi hari sebelum mehidupkan enjin kereta menuju ke dewan kuliah.... 




Pagi ni, dalam slot Motivasi Pagi kelolaan Imam Muda Ashraf, mengingatkan kita supaya jangan lekas marah... Katanya, jika kita ingin melihat baik atau buruknya akhlak seseorang, ialah apabila dia marah.. (Oh, terkena sebijik ke muka cik Wardah.. :D) Dalam banyak-banyak sifat mazmumah (sifat yang keji), marah ni dah kira tergolong dalam sifat yang paling tinggi lah kemazmumahannya.. Hehehe... 

Tapi, jangan pula kita anggap, bila kita ni dikategorikan sebagai panas baran, cepat naik darah, kita dah terlambat untuk berubah... Dah tak ada kesempatan untuk mengubat sifat marah tu....

Dalam hadith yang lain, Nabi ada menunjuk cara bagaimana melenturkan kemarahan itu... Kata Nabi, sekiranya berdiri, maka duduk lah... Jika sedang duduk, berbaring lah... Jika baring juga masih belum dapat membuang rasa marah itu, maka berwudhuklah... Sesungguhnya, sifat marah itu seperti api, jadi, dengan berwudhuk, seolah-olah memanggil bomba untuk memadamkan kebakaran... ^_^

Mudahkan?? Tak pakai wang pon... Mulakan sikit-sikit, insya Allah, lama-lama akan terdidik.... 

Imam Ashraf kemudiannya menyebut hadith Nabi S.A.W yang bermaksud:

Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi S.A.W. bersabda: "Bukanlah orang gagah itu, orang yang kuat bertinju. Akan tetapi orang yang gagah adalah orang yang dapat mengawal diri ketika marah."
(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Tak dinafikan, manusia ni lemah hatinya.. Kadang-kadang, orang kata, "sabar aku ada batasnya.."
Ya, betul.. Tapi, haruslah belajar mendidik diri agar tidak terus terbuai dengan rasa marah itu... Selagi nyawa belum ditarik, selagi itu, masih sempat kita merubah diri menjadi yang terbaik... Insya Allah, jalan kebaikan itu akan sentiasa dipermudahkan-Nya... Hanya perlu kuatkan diri... ^_^

Semoga berjaya semua!! ^__^

p/s: Mood exam... Good luck dear self... Good luck Fasihah... Good luck all!! 

And It Is November!! :)

Assalamu'alaikum..... ^_^

Tidur jam 10.00 malam pada 31 Oktober 2011..
Bangun tidur, baca mesej...

"Happy November month.."

Oh.... I missed the last hours of October! And its November already...
Well, that's life!

Banyak event November ni.. Tak sabar rasanya... ^_^

NOVEMBER, please, be nice to me...



Apa pun, sebelum tiba saat-saat membahagiakan, mari selesaikan saat-saat yang memeritkan dahulu... 
Mid-terms, review & memorizing the surahs...

Hehe.. Insya Allah, dipermudahkan semua...
Berkat sokongan cik YAYA, ya!! Pasti boleh!! ^__^

Harus kurangkan tidur minggu ni... Banyak-banyak bangun malam.. Hehehe..

Minggu depan, dah Eid Adha & cuti pertengahan semester..
Boleh rehat la puas-puas... Erk?? Yeke?? Well, we'll see.... :)

Anyway, November, I LOVE YOU!! ^__^

Nyte peeps!! ;)

p/s: Cuti seminggu bermakna......... Oh, Jumaat, jadilah hari yang paling best!! Okeh?? ;) (love)

Sunday, October 23, 2011

"Al-amru Bil Ma'ruf, Wan Nahyi 'Anil Munkar"

Assalamu'alaikum...

Pagi hujung minggu, masih termangu-mangu berfikir aktiviti hari ni..
Musim peperiksaan pertengahan semester sudah tiba... Assignment pula bertalu-talu tiba...

Allah al-Musta'an...

Semalam, hari Sabtu, sempat membeli- belah di Carefour.. Keluar jam 2 petang, pulang jam 3 petang...
Sekejap?? Biasalah, petanda wang hampir ke angka membimbangkan... Hehe..

Setibanya di mahallah, singgah di cafe untuk mengisi perut.. Awalnya mahu pekena keropok lekor atau pisang goreng barangkali... Akhirnya, nasi lemak menjadi pilihan.. Hahaha.. Laaaaapaaaaaarrrrrr~  Kehkehkeh....

Oh ye, bersama-sama semalam ialah cik Yaya & cik Muslimah.... Seketika terkilas siaran yang terpapar di televisyen ialah rancangan Ustazah Pilihan di Astro Oasis... Beberapa orang pelajar lelaki turut kelihatan mengisi perut di meja sebelah... Walaupun hanya beberapa meja sahaja yang dipenuhi, suasana cafe terasa hangat... Mana taknya, pelajar lelaki tadi sedang sibuk mengulas dan mengomen rancangan realiti yang terpapar..

Tak kurang juga kami bertiga.. Biar apa yang kami bincangkan menjadi rahsia perbualan kami.. Hehehe... Korang tak tau apa yang kitorang tau.. :D

Perbualan diteruskan dengan fesyen dan pemakaian Muslimah hari ni.. Hurm... Rata-rata hari ni, isu fesyen, menutup aurat dan shari'ah semakin luas diperkatakan... Ingin mengulas panjang, isu ini sudah terpapar di hampir semua laman sosial... Anda sendiri pernah lihat, pernah baca...

Isu ini timbul dalam perbualan kami apabila Muslimah mula menyebut tentang pemakaian tudung seperti biarawati Kristian.. Okey, kami semua pakai tudung yang disebutkan.. Namun, pada pendapat kami, wanita dan muslimah itu sendiri yang memilih untuk memakai tudung dengan cara yang macam tu... Contoh mudah, menggunakan pin untuk mengikat tudung hingga menampakkan bentuk leher... Cara yang ini ya, kami bertiga tak menafikan yang ianya kelihatan seperti biarawati Kristian tersebut... Namun, kami tetap menegaskan bahawa ia adalah pilihan wanita dan muslimah itu sendiri!

Perbincangan diteruskan apabila kami masing-masing mengimbau soalan yang dikemukakan oleh Prof. Maryani kepada Amie Sofia dalam rancangan Solehah episod 5 yang lepas, iaitu berkenaan dengan pemakaian tudung sebagai fesyen.. Dengan tegasnya, Amie Sofia menjawab bahawa ia adalah sesuatu yang TIDAK RELEVAN memandangkan ia adalah tuntutan agama yang telah TERMAKTUB dalam al-Quran dan TIADA KERAGUAN langsung mengenai tuntutan dan kewajipan ini.... 

Namun, Amie Kemudiannya memetik kata-kata Bahasa Inggeris, "FAKE IT, THEN YOU MAKE IT" dan mengulas, sekiranya, mereka yang menjadikan tudung ini hanya fesyen semata, sama-sama kita semua mendoakan agar, yang hanya fesyen membawa satu kesedaran dan hidayah Allah agar ia berubah menjadi suatu tuntutan yang wajib mereka amalkan... Allah itu Maha Luas Rahmat-Nya.. Dan jika Dia berkehendak, yang mustahil akan tetap menjadi realiti... Allahu Akbar...

Akhirnya, cik Yaya tiba-tiba mengeluarkan suatu penyataan yang sangat menarik minat cik Wardah.... Apa katanya?? Katanya....

"Perbanyakkan al-Amru bil Ma'ruf, berbanding an-Nahyi 'Anil Munkar..



Tak pernah selama ni cik Wardah mendengar kata-kata seperti ni.. Mengikut kefahaman cik Wardah, apa yang cuba disampaikan ialah, memang kita melihat hari ini, terlalu banyak masalah sosial yang berleluasa.. Namun, kebanyakan ulasan diambil dari perspektif negatif... Sekali-sekala, cuba kita ubah pandangan kita di sisi positif pula.... Berbalik pada isu pemakaian tudung tadi... Jika menjadikan tudung tadi sebagai hanya suatu fesyen barulah wanita-wanita muslimah tadi berubah memakai tudung, biarkan... Adakah kita mahu apabila mereka dimomokkan dengan pemakaian tudung seperti itu mereka rasa seperti biarawati Kristian menjadikan mereka langsung tidak mahu mengenakan tudung?? Adakah kita mahu lebih ramai lagi wanita muslimah di luar sana yang masih ego untuk mengenakan tudung?? 

Mungkin kebanyakan pernyataan cik Wardah dalam entri ni seolah-olah untuk memberi alasan untuk membetulkan apa yang cik Wardah lakukan.. Namun, sekali-sekala, kita harus buka minda kita untuk berfikir dan menyelesaikan masalah dengan cara di luar kotak... Agar jalan penyelesaian dapat ditemui dari pelbagai sudut yang berbeza...

Allahu A'lam....  Mungkin anda ada pandangan yang berbeza, jangan segan untuk komen... Biar kita semua buka minda kita dan terima segala macam mungkin penyelesaian untuk sesuatu masalah.. Insya Allah.... 

p/s: Baru lepas breakfast, lapar lagi.. Oh perut, stop singing pleasssseee~  

Thursday, October 20, 2011

Ahli Syurga vs Ahli Neraka

Assalaaaamu'alaikum!! ^__^

Apa khabar semua?? Di pagi yang indah ini, sambil menghirup udara nyaman dan segelas Nescafe, dengan kegembiraan kelas dibatalkan, cik Wardah menyenamkan jari-jemari yang dah gemuk ini di papan kekunci... Hehehe... Anda ada kelas?? Tak apa, boleh baca after kelas yeee...~ ;)

Okey, kisah ahli syurga dan ahli neraka... Cerita ni dapat dari seorang ustaz... Ya, ustaz cik Wardah leee... Semester ni, amik subjek tilawah.. Bayangkanlah, dah tahun 4, baru nak amik tilawah... Haha.. Alhamdulillah jugak lah amik tilawah di tahun 4 ni.. Huduh bebenor rupanya cara cik Wardah ni baca al-Quran... (Agak-agak sendiri laa... Hehehe..) Ustaz ni memang suka bebenor bercerita... Kisah-kisah pulak memang kadang-kadang sebijik kena kat batang hidung ni haaa~ Malu.. Malu.. ;)

Jadi al-kisahnya, ahli syurga dan ahli neraka ni, masing-masing cuba hendak melihat keadaan dan suasana di tempat pihak bertentangan... Ahli syurga nak tengok neraka, ahli neraka nak tengok syurga... Tapi, sepertimana  Allah telah menetapkan, ahli neraka takkan pernah dapat menjejak atau mendekati pintu syurga, begitu jugaklah di sebaliknya...



Jadi, setelah berbincang dan bermesyuarat, maka ahli neraka dan ahli syurga pon bersepakat untuk membina sebuah jambatan yang dapat menghubungkan ahli syurga dan ahli neraka.... Ahli syurga akan membina jambatan dari syurga sehingga hampir dengan titik yang akan mendekatkan jarak syurga kepada neraka, dan ahli neraka juga begitu... 

Maka, setelah beberapa lama, telah kelihatanlah jambatan yang dibina dari neraka oleh ahli neraka, hingga hampir ke titik di mana hampir dengan jambatan yang akan dibina oleh ahli syurga... Akan tetapi, hampa dan kecewanya ahli neraka apabila melihat, tiada langsung rangka jambatan yang dibina dari syurga... Mereka jadi tertanya-tanya, apakah sebabnya yang menyebabkan jambatan tersebut tidak dibina...

Jadi, mereka pon menghubungi ahli syurga...

"Roger- roger ahli syurga... Kenapa tak bina jambatan? Ada apa-apa masalah? Tiada bahan? Tak cukup kakitangan??

Ahli syurga pon menjawab....

"Bukan-bukan... Kenapa kita nak langgar larangan Allah? Kan Allah dah kata, ahli neraka takkan pernah boleh masuk syurga, macam tu jugak ahli syurga takkan pernah masuk neraka.. Jadi, buat apa kita nak susah-susah bina jambatan tu??"

Ahli neraka yang mendengar terasa bengang, marah dan murka... Maka, disebabkan mereka telah membina jambatan tersebut, mereka hendak juga menjengah ke dalam syurga, melihat nikmat-nikmat yang Allah dah kurniakan pada ahli syurga... 

Dan, apabila mereka beramai-ramai naik ke jambatan tersebut, maka, jambatan yang dibina itu dengan tidak semena-menanya, runtuh dan mereka semua kembali jatuh ke dalam neraka Jahannam........................

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

JADIIIIIIIIII, kesimpulan yang ustaz buat daripada kisah ni, ahli-ahli syurga kan terdiri daripada ustaz-ustaz, ustazah-ustazah.... Kata ustaz, dulu ayah mertua beliau adalah seorang guru besar... Jadi, menurut pengalaman ayah mertua beliau nih, kalau di sekolah, yang paling tak berdisiplin adalah ustaz-ustazah.. Selalu datang lambat... (Realiti ini memang boleh dilihat ye...) Namun, ustaz-ustazah ni juga adalah golongan yang paling pandai bercakap... Paling hebat berpidato....

Contoh ustaz bagi, ustaz-ustazah ni sokmo lah bagi ceramah tentang Surah Al-'Asr.. Tau kan?? 

"Demi masa.. Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian.. Kecuali bagi mereka yang beriman dan yang beramal soleh.. Dan mereka yang saling berpesan-pesan dengan kebenaran dan mereka yang saling berpesan-pesan dengan kesabaran" (Al-'Asr: 1-3)

Jaga masa, jangan lewat, tepati masa, bla... Bla.. Bla.... Tapi, bila ada ceramah, mereka datang lambat... Langsung tak menepati dengan apa yang mereka sampaikan.. Na'udzubillahi min zalik.... 

Kesimpulan yang lainnya, ahli neraka ni pula terdiri daripada arkitek-arkitek, jurubina-jurubina dan jurutera-jurutera yang tidak amanah dalam pekerjaan mereka... Yang bila di dunia, bina bangunan tak cukup simen lah, sambil lewa, ambil riba' dan lain-lain... Sebab tu lah jambatan tu runtuh... Hehehehe....

Jadi, pengajaran yang boleh kita ambil daripada kisah ni ialah mempraktikkan konsep amanah dalam apa jua pekerjaan yang kita lakukan....

Dalam hadith Nabi S.A.W. yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a., Nabi S.A.W. telah bersabda:

"Tunaikanlah amanah kepada orang yang memberi amanah kepada engkau dan janganlah kamu mengkhianati orang yang mengkhianati kamu.."
(Riwayat Abu Daud dan al-Tarmizi)

Walau siapa pun kita ni, kepercayaan itu sangat penting dalam kehidupan kita.. Tak kira kita ni baik ke jahat ke, 'alim ke jahil ke, besar ke kecik ke... Dalam kita melayari hidup, pasti akan ada seseorang yang paling kita percaya.. Pasti ada... Dan bila kepercayaan itu disalahgunakan, kita menjadi kecewa, kita menjadi hampa... Jadi, dengan itu, kita hendaklah bermula dengan diri sendiri... Jadi amanah, dan pegang kepercayaan orang pada kita dengan betul-betul... Jangan sampai suatu hari nanti, kita menjadi punca hilangnya kepercayaan orang terhadap manusia lain... Allahu a'lam... ^_^

Dah cukup lah menaip, panjang sangat dah ni.... Nak pergi kampus pula.... Ceria-ceria semua!! ^_^

p/s: Cerita di atas hanya mitos mungkin... Untuk menggambarkan realiti manusia hari ini.. Ambil iktibar, sama-sama muhasabah diri.. :)

Friday, October 14, 2011

Bila Rindu......

 Kembali ke institusi pengajian bermakna kembali juga ke waktu sibuk.. Waktu di mana saat-saat diisi dengan pelbagai aktiviti... 

Kebetulan, semalam bersamaan dengan Khamis, 13 Oktober 2011, ada kuiz Statistik.. Malangnya, malam sebelumnya, akibat sakit yang tidak tertahan, cik Wardah melayari mimpi agak awal, seawal jam 8.30 malam.. Alhamdulillah, terjaga jam 3 pagi.. Kesempatan tak dilepaskan untuk memulakan persediaan untuk kuiz.. 

Hamdan lillah sekali lagi... Bila Allah menggerakkan hati untuk membuka laptop bagi melayari internet... Dan, setelah berkira-kira perbezaan waktu Malaysia-Mesir, cik Wardah berkesempatan juga untuk berbual dengan seorang sahabat melalui Yahoo Messenger! 

Sarah Farhana.. ^_^
Tak disangka-sangka.. Kehadiran cik Wardah di alam maya turut dinantikan oleh beliau... Perbualan dimulakan dengan bertanya khabar... Okeyh, rasa pelik plak bahasa skema sangat nih.. Hehehe...

Tak ada maknanya lah nak skema-skema sangat... Orang tau dah cam mana cik Wardah ni.. Kalau bab mengarut, bab melalut, memang expert!! ^_ ^

Saat teguran dibalas oleh insan di sana, perasaan happy sangat!! Setelah lama memencilkan diri, Alhamdulillah, tak sia-sia rasanya dapat online pagi tu... 

Ada sesuatu yang ingin dikongsi bersama.. Baik dari cik Wardah sendiri, mahupun cik Sarah.. Biar apa yang dikongsikan menjadi rahsia... Namun, di pagi itu menyaksikan peristiwa pertumpahan air mata...

Terasa kerinduan membuak-buak... Rindu pada seorang sahabat yang jauh di mata.. Tetapi, cinta dan kasih tidak akan pernah terbatas oleh jarak... Bila ada rasa tak senang hati, bila ada rasa lemah, bila ada rasa memerlukan, insan pertama yang terlintas adalah beliau.. 

Air mata yang tumpah pagi tu seolah-olah melahirkan sepuluh juta rasa hati yang lama tersimpan... Seribu juta perasaan yang terpendam.. Walau tak semua yang terluahkan, sedikit sebanyak ia membantu... Membantu melegakan sedikit hati yang gusar dan gelisah.... Alhamdulillah... 

Sara, Dila & Anies
Thanx Sarah.. Untuk waktu-waktu bersama.... Terutama pagi tu... Rasa kan nak jumpa?? Menangis sama-sama... Waktu taip entri ni pon, meleleh-leleh air mata.. Banyak nak cite... Banyak nak cakap... Kalaulah tiket kapal terbang tu murah je, memang sanggup jugak la nak naik flight selalu.. Hehe..

Apapon, jaga diri, jaga hati, jaga iman... Belajar rajin-rajin... Makan banyak-banyak... (Ada orang cakap, aku dah kurus~ Jels tak? Jeles tak? ) Doa banyak-banyak jugak... Sila sebut nama saya penuh-penuh.. Hehehe

Jumpa lagi after 10 months ye... Insya Allah... As for myself, jangan bimbang... Insya Allah, ada yang sentiasa jaga.. Yang tak pernah jemu menjaga.. Yang tak pernah abai untuk 'melihat' & 'mendengar'.. :)

p/s: Untuk dia yang tak pernah lelah mendengar segala keluhan karut dari cik Wardah, thanx for everything.. Hamdan lillah... 

Oh hati.. You are strong enough to bear.. Please note that dear... 

Wednesday, October 12, 2011

27th IIUM Convocation: TAHNIAH!!! ^__^

Assalamu'alaikum! ^_^

Alhamdulillah, berkesempatan menekan-nekan kekunci laptop hari ni... 

Riang-ria Majlis Konvokesyen ke-27 Universiti Islam Antarabangsa Malaysia pada 8-10 Oktober 2011 yang lalu masih terasa... Kini, seolah-olah merindukan suasana itu lagi... Merindukan mereka yang telah 'pergi' menyusur jalan kehidupan di luar Taman Ilmu dan Budi ini...

Alhamdulillah juga, seramai 4 orang ahli G14 telah bergelar graduan untuk tahun ini.. Alhamdulillah... Cik Wardah tumpang gembira untuk semua... Bercucuran air mata kegembiraan saat melihat Hajar juga mengalirkan air mata.. Alhamdulillah... Syukur ya Allah.. Atas segalanya..... :')

Seawal jam 10 pagi lagi dah tunggu para graduan keluar dari dewan.. ^_^
1st graduan yang kelihatan.. Hajar Aisyah... ^_^
Setelah bergelut... Akhirnyaaa. ketemu juga dengan ahli Solehah ni.. Alhamdulillah... Shazni Haji Muda.. ^__^
Pon payah juga nak dicari di tengah-tengah lautan manusia... Kak Nik Normaheran... ^__^
Alhamdulillah... Selesai sudah... Semoga semua beroleh pekerjaan yang terbaik secepat mungkin, insya Allah... Oh ya! Gambar Kak Zhafarina tak ada dalam simpanan.. 

Tahniah untuk semua!! Cik Wardah sayang semua!! ^__^ Doakan kami yang masih berbaki di sini... :)

Tumpang gembira untuk kesemua 4 ribu (approximate) graduan UIAM di Majlis Konvokesyen yang ke-27... Ramai sangat.. Yang terjumpa, yang tak terjumpa.. Semua sekali.. TAHNIAH!! ^_^

p/s: Nak bunga banyak-banyak jugak tahun depan.. ^__^ Fasihah Supian!! :D

Saturday, October 1, 2011

"Saya Seorang Pemandu.."

Assalaamu'alaikum.... ^__^ Apa khabar semua??

Lamaaaaaaa dah update entri baru.. Hikhik..
Maklumlah, sibuk dengan kelas dan aktiviti-aktiviti di kampus... Maaflah, memang cik Wardah bukan 'penduduk diam..' Hehehe...

Alhamdulillah... Dah 3 minggu semester baru bermula....
Dan dah 3 minggu jugak bergelut dengan kelas-kelas, kerja-kerja, aktiviti print-photostat, makan-makan, jalan-jalan (yang ni paling best!).. Ada je geng yang nak ajak jalan... In fact, kalo weekend je, memang tak adalah kat bilik.. Hehehehe~ Pastu, balik pulak tengah-tengah malam... Sampai-sampai bilik, konfem tido terus... Hehehehe~

Hamdan lillah, syukur sangat pada Allah, berjaya jugak cik Wardah menempuh tahun keempat bersamaan tahun akhir di UIAM nih... Makin lama di sini, makin banyak muka baru... Makin terasa berda di bumi asing..
Hahaha... ----> Kata-kata seorang senior yang terasa semakin tua.. ^__^

Dan di tahun akhir ni menyaksikan bahawa, cik Wardah adalah the only driver untuk .:: Geng 14 ::. 
Excluded Jannah sebab dia married... Hikhikhik....

Oh yee.. Last Friday berkesempatan melihat bayi Jannah.. Itu pun, dia yang bawak datang UIA... Hehehehe~



Okeh... Sila abaikan wajah pemegang bayi tu... Stress melampau, tu yang teruk sangat jadik tu.. :D
Comelkaann??? Nama baby ni, Faqeehah.. Hehehe.. Baik, tak nangis-nangis pon... Diam je.. Hehehehe~

Okey, back to the fact that, I am a driver now.. Wahh~ Dapat gaji kee?? Hahaha... Well, setiap weekend je dah kena tempah.. Hahaha.. Siap kena tulis dalam jadual lagi tau! Supaya tak redundant... Bahaha~ Gaya pemandu hebat je.. Bla bla bla... 

Yang penting, setiap minggu, hari Jumaat, jam 6.00 petang hingga 12.00 malam, jadual cik Wardah telah ditempah sejak 23 September 2011 sehingga sekurang-kurangnya Disember 2011 nanti.. Wow!! 

Kenapa? Kenapa?? Hehehe... Setiap Jumaat, insya Allah, cik Wardah akan membawa rakan-rakan dan sahabat-sahabat ke TV Al-Hijrah yang terletak berhampiran Masjid Negara untuk menyaksikan secara langsung, rancangan realiti Solehah... Haha.. Rajin sangat kan?? 

Bukan apa, nak bagi sokongan pada dua orang rakan cik Wardah, Tuan Nor Shazni & Wan Suhaili supaya mereka lebih semangat dan tak putus asa menempuh ujian-ujian dan kritikan manusia...

Teringat bila Kak Elly (Wan Suhaili) cakap mengulas pandangan manusia dan pandangan Allah... 

Katanya:

"Jika kita melakukan sesuatu dengan niat mendapatkan perhatian manusia, nescaya, apabila kita mendapat kritikan atau kejian, serta-merta kita akan lemah, tak sanggup lagi nak menempuh dan menyambung perjuangan.. Namun, apabila kita melakukan hanya untuk mendapatkan redha Allah, insya Allah, sepanjang perjalanan dan perjuangan, Allah akan tetap bersama-sama kita, melindungi kita dari sebarang perkara yang akan menyebabkan kita jatuh dan kalah dengan dunia... Jadi, apa pun yang kita buat, jangan lupa untuk terus berdoa supaya Allah lindungi hati kita dari bisikan syaitan yang memesongkan niat kita dari-Nya.."

Subhanallah... Sungguh indah kata-kata beliau... Episod kedua Solehah... Kak Elly menyebut dalam jawapannya, "Allah tidak melihat kepada rupa kamu mahupun jasad kamu, tetapi Dia melihat kepada apa yang di hati kamu..

Berada di bawah pentas Solehah, melihat kepada aktiviti-aktiviti dan kesungguhan mereka, terasa kerdilnya diri ni berbanding mereka yang sanggup menyahut cabaran untuk dididik, dikritik dan membaiki segala kelemahan diri di samping mempersiapkan diri menjadi pendakwah wanita yang berjaya menarik hati-hati remaja hari ni, insya Allah....

Berlinang jugak air mata mendengar nasihat-nasihat dari Ustaz Abdullah dan Ustaz Don Danial dalam menjadi seorang wanita yang solehah... Kesempatan pula bertemu dengan Ustaz Abdullah di kedai makan berhampiran UIA, beliau berpesan, "Masuklah siri dua nanti.. Ustaz jadi panel.." Gelak besar kitorang.. Ustaz, ustaz... :)


Walauapapun, doa cik Wardah semoga mereka kesemua sepuluh finalis mampu untuk menempuh dan bertahan dengan segala ujian dan cabaran... Insya Allah, cik Wardah akan cuba ke sana membawa sahabat-sahabat yang lain bersama setiap minggu, insya Allah.....

Well, untuk yang masih berjuang di bumi UIA, jom!! Tingkatkan diri... Belajar rajin-rajin!! GoGo GENG!! 

^___^


Ahaa! Mungkin akan kembali sepi selepas ini... Belajar belajar dan belajar... :D

p/s: "You can count on me like 123, I'll be there... And I know when I need it I can count on you like 432, and You'll be there... Cause that's what friends are supposed to do..." 

Rasa sangat bertuah ada bodyguard sem nih... ^_^ tQ my bodyguard!! :D

Friday, September 16, 2011

"Jangan tengok aku kat TV!!"

Assalamu'alaikum!! ^_^

Selamat pagi semua... Entri pendek.. Tengah stress translatekan buku...
Oh, payah juga ya orang-orang translate buku-buku Tasawwuf dari Bahasa Arab ke Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan bahasa-bahasa lain.. Penggunaan gaya bahasa sangat penting!! Apapun, pengalaman berharga! Sambil-sambil isi poket.. ;)

Rabbana yassir wa la tu'assir...

By the way, apa cerita terhangat sekarang ni ya??

Tengok sendiri lah ya!! ^___^


Okey, wajah di atas, wajah sahabat saya!! Masih ingat entri yang INI??? Haa.. Inilah yang cik Wardah maksudkan.... ;) Ramai-ramai tengok ya.. ^__^

p/s: "Kawan-kawan artis pon popular jugak.." Kata cik Ana.. Haha..

-Terlalu penat dengan kelas-kelas yang baru bermula... Belum menemui rentak untuk semester ni.. Harap dipermudahkan semuanya, insya Allah... Pray for me keyh! ;)

Thursday, September 8, 2011

Hantaran Wanita Sekarang Mahal?? Tak Kahwin La Macam Ni.... -_-"

Assalamu'alaikum!!
Alhamdulillah, dah 4 hari cik Wardah & family menjalankan puasa 6.. Yang paling best puasa 6 kali ni, bila makan sahur & buka semua ayah cik Wardah yang sediakan... Tak percaya?? Moh terai datang umah tengok... Haaa~ Hari ni menu berbuka, ayam letak jawatan masak rendang.. Uhuhu~ Mantaap..! ;)

Hari ni, agak terlewat sedikit menghadap Mr. Acer untuk melayari internet.. Maklumlah, tinggal kurang 3 hari lagi hendak menjejakkan kaki semula ke bumi UIA.. Jadi, terlalu banyak persiapan yang perlu disiapkan.. Ada lebih kurang limaploh beg lah jugak nak hangkut.. :D Bimbang tayar kereta je tak mampu nak tampung.. :D Ok, tipu je.. 

Tapi, dalam beberapa hari yang tinggal ni jugaklah member-member ajak datang rumah, open house sana-sini.. Huiiihh~ Tak duduk diam cik Wardah di rumah... Asal siang je vroom! Asal siang je vroom!! Ahaks! ;)

Okeh, back to the topic up there.. Sejak hari tu (tak tau lah hari apa.. :D), hari-hari orang duk bincang pasal kahwin.. Aigoo~ Memang dah musim nak fikir tentang kahwin kot kan.. Maklumlah, dah makin tua... Siap bicara tentang umur dapat anak.. Tapi, betul lah jugak... Orang sekarang kan cepat tua.. Banyak penyakit pula tu.. Tak macam nenek & nenek-nenek sedara cik Wardah.. Masing-masing masih gagah perkasa mengacau rendang di hari raya yang lepas.. Uihhh.. Tabik! Tabik! ^_^


Wewwiiittt!! Siapa nak kahwin?? Angkat tangan!! ;) Hehehe.. Sama-samalah kita berdoa agar dipercepatkan & dipermudahkan Allah.... Amiiiin.. ^_^

Kesinambungan daripada perbincangan tentang kahwin ini, dua tiga hari ni, korang perasan tak, banyak sangat status pasal kahwin keluar kat facebook... Yang paling banyak sekali kuar, yang macam nih...

‎"Aku terima nikahnya dgn si dia binti si ayah dia dengan mas kahwinnya RM..”

Bunyi macam senang ? nah ni erti sebenar dia :

“Aku tanggung dosa-dosa si dia dari ibu bapanya, apa saja dosa yang dia buat,dari dedah aurat hingga ke tinggalnya solat, aku tanggung dan bukan lagi ibu bapanya tanggung, dan aku tanggung semua dosa bakal anak-anak aku. Kalau gagal, maka aku fasik, dayus & aku rela masuk neraka dan malaikat Zabaniyah melibas aku hingga pecah badan aku”

Haaa.. Perasan kan?? Kan?? Kebanyakannya, memang orang lelaki lah yang post kan benda nih.. Huhu.. 
Haaa.. Takut tak? Takut taakk??!
Sebenarnya, perkara ni patut disedarkan lama dahulu.. Walau begitu, Alhamdulillah, dengan adanya quote yang macam ni, harap-harap yang lelaki ni ambil iktibarlah ye, insya Allah.. 

Tak lama lepas tu... Keluar plak yang macam nih...

Nilai Hantaran Kahwin Mengikut Harga Purata Terkini dan Status Pelajaran di Seluruh Semenanjung :-
UPSR,PMR/SRP : RM1,000 - RM3,000
SPM : RM3,000 - RM8,000
STPM/DIPLOMA : RM8,000 - RM12,000
DEGREE : RM12,000 - RM15,000
... 2ND DEGREE/MASTER : RM15,000 - RM20,000
PHD : RM20,000 - RM30,000
*igt nih, kaum lelaki kena kumpul duit banyak byk kalau nak isteri bekerjaya dan pandai..

Terbaca yang ni kat wall seorang kahwin... Perbincangan hangat mula berlaku.. Ewah-ewah, kemain lagi hantaran zaman sekarang ye... Nak ikut pulak tahap-tahap pendidikan seorang wanita.. Ish-ish... 

Mula lah kaum lelaki dah gelabah nak fikir carik duit hantaran lah, duit mahar lah, duit kenduri la...
Pesanan ikhlas dari cik Wardah.... Bukan nak sokong lelaki or nak bahan wanita ye.. 

Kan Nabi S.A.W dah pesan.......

"Daripada 'Aisyah, Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Sesungguhnya nikah yang paling besar keberkatannya ialah yang paling mudah (rendah) maharnya.” (Hadis riwayat Al-Baihaqiy)

"Daripada 'Aisyah, Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Setengah daripada keberkatan wanita ialah mudah peminangannya dan mudah maharnya.” (Hadis riwayat Al-Baihaqiy)" 

Dah nak bimbang apa?? Ini dah terang-terang termaktub sejak 1400 tahun dahulu.. Bimbang dengan peredaran zaman?? Beza zaman dahulu dengan zaman sekarang?? Islam yang dibawa Nabi dulu dengan Islam sekarang beza ke?? Solat yang Nabi ajar dulu, dengan solat kita sekarang, lain ke??

Jangan duk bimbang sangat.. Usaha, doa & tawakal tu lebih penting... Minta Allah permudahkan semuanya, insya Allah, tak ada apa yang perlu dibimbangkan... :)

Nabi S.A.W pon dah pesan; 

Perempuan itu dinikahi karena empat faktor; yaitu agama, martabat, harta dan kecantikannya. Pilihlah perempuan yang baik agamanya. Jika tidak, niscaya engkau akan menjadi orang yang merugi (HR Bukhari dan Muslim)

Haa.. Dah nak ikut pesan siapa lagi kalau bukan Kekasih Allah?? Okey?? Jangan bimbang-bimbang sangat lagi... 

Dah cukup pesanan untuk lelaki.. Untuk wanita pula.. Dah tahu harga barang semua naik sekarang ni.. Jangan duk demand sangat lah pakai barang-barang branded sangat.. Kita dah tahu dah, orang perempuan ni, kalau pakai beg tu, bukannya sampai 2, 3 tahun... Kejap je, tak sampai 2, 3 minggu nanti dah nak beli beg baru.. Tu belum kasutnya, emasnya, bajunya... Kan?? So, fikirkan masa hadapan.. Nak bergaya tak salah, tapi jangan pegang kata-kata; "Biar papa asal bergaya..

Zaman sekarang tak boleh dah ikutkan kata-kata tu.. Fikir-fikirlah tentang bakal suami yang nak menyara kita nanti.. Jangan bila dah kahwin dengan hantaran puluh-puluh ribu, duk hutang keliling pinggang pulak lepas kahwin.. Na'udzubillah... Okey?? Bertolak-ansur tu lebih baik.. Insya Allah, manfaat untuk diri, keluarga dan masa hadapan nanti.. ;)

Akhir kata, mencegah lebih baik dari merawat... Nak dunia ke nak akhirat?? ^_^

p/s: Kahwin.. Kahwin.. Kahwin.. Hahaha... 

Wednesday, September 7, 2011

Wordless Wednessday #7


















p/s: Credits to Siput Sedut a.k.a Sarah Farhana & Encik Addy Fitri.. ^________^

Tuesday, September 6, 2011

Sesat



Terasa sesat jauh di tengah lautan manusia..
Segalanya serba tak kena...
Bicara ku....
Perbuatan ku...
Perasaan ku....

Seolah ada yang hilang...
Apa?
Entah... Tak pasti...

Walau dikelilingi manusia,
tetap terasa kosong..

Ada yang hilang...
Tapi apa??

Atau, aku sendiri yang tersesat??

I NEED HELP.... T_T

Skandal.. OoOo SkandaL

Assalamu'alaikum!! ^_^

Sila ceria di pagi-pagi hari... Senyum seindah suria yang membawa cahya..~ 

Fullemaakk.. Pagi-pagi dah nyanyi.. Mimpi ape tah malam tadi ek... :D
Haha.. Semalam, dengan baik hati dan sweetnya, encik Atokk telah mensudikan diri mencarikkan calon untuk cik Wardah.. OMAI~ That's why la this morning nak nyanyi-nyanyi... :D Okeh, jangan nak perasan dulu.. Belum pon confirm lagik... Hehehe...

Sepatutnya entri ni keluar malam tadi.. Tapi, akibat keterlaluan excited akan kesudian encik Atokk, maka terus lah offline masuk tido.. Hehe... 

SKANDAL.. Apa itu skandal ek?? Ada siapa-siapa yang tahu?? Nak ceritakan kat cik Wardah takk?? ^__^
Dah sakit jiwa ke cerita pasal skandal nih??

Anda semua pernah tak ada skandal?? Cuba angkat tangan sikit siapa yang pernah ada tuuu?? :D Basically, skandal ni berkaitan dengan CINTA... 

Share your love by Lilyfly06
Setau cik Wardah la kan.. Orang main skandal-skandal ni taim sekolah-sekolah dulu jek.. Kalau dah dewasa ada lagi ke?? Tak tahu la teman aih.... Ni semua pasal skulmet-skulmet cik Wardah lah... Boleh pulak malam tadi depa duk komen-komen kat MukaBuku pasal skandal-skandal nih... Bangga lak tu punya skandal...

Yang paling best, kes skandal ni berlaku dalaman kalangan geng sendirik.. Muahahaha~ Adakah cik Wardah terlibat sama?? Hahaha.. Tak dapek den nak larik aih.... Den ni skandal paling pemalu.... Tapi anda semua jangan lah fikir kitorang ni jahat ke gedik ke ngada-ngada ke.. Ni semua kes SINGLE lagik lah ni.. Hahaha.. Skandal pon boleyh~ ^___^

Reunion ex-Batch Aliran Agama SMKS18 (Batch 01-05) 2011 by Roy Ruhaify
Haaa.. Ce teka.. Ce tekaa... Yang manakah skandal-skandal yang terlibat?? Muahahaha~
Amboii~ Gelak sakan kamu cik Wardah... Diorang ni klako tak hingat... Can't wait to see them again this Friday, insya Allah...

Teringat Encik Amirul pernah berkata, "Dah bertahun-tahun kita tinggalkan sekolah.. Tapi, kita still duduk sama-sama kat sini lagi kan?? Membincangkan macam-macam.." Serius cik Wardah rasa macam terharu betul mendengarkan ayat beliau.. Al-maklumlah, beliau, cik Wardah & lain-lain ada yang berhijrah lepas tingkatan 3... Ada pula yang dah tingkatan 4 baru menjejak di sekolah tersebut.. Paling kagum, mereka yang sangat setia di situ.. 

Dalam tempoh itu, macam-macam dah berlaku... Yang dah kahwin, yang dah keja, yang tak keja, yang dah keluar negara, tak kurang juga mereka yang telah pergi menghadap Ilahi... Innalillahi wa inna ilaiHi rooji'un.. -sebak- al-Faatihah....

Allah.. Sebak bila teringat peristiwa yang meragut nyawa seorang sahabat... Moga arwah di kalangan mereka yang beriman dan mendapat rahmat Allah.. Amiin.. insya Allah... Terlalu banyak kenangan... Terlalu banyak....... 

Sebuah persahabatan yang tersangat berharga... Takkan ternilai dengan intan permata.. Takkan pernah terganti dengan seluruh dunia juga..... 

Namun, janji Allah itu pasti.. Takkan terlewat, takkan terawal.. Mereka telah mendahului kita.. Dan kita?? Pasti akan menjejaki mereka... 

Saat ini juga terkenang nasihat Ustaz Sa'er... Katanya, "Jagalah pemakanan kamu.. Usia muda tak menjamin kamu akan hidup hingga tua.. Ya, saya cakap sebab saya dah kena.. Saya tak mahu kamu semua jadi macam saya.." Allahu Akbar... Rasa tak tertahan air mata nak menitis... Pesanan seorang guru.. Yang dulu suaranya menggegar sekolah.. Yang dulu tegasnya menggoncang hati-hati... Namun, kini.....

Ustaz yang berkerusi roda
Saat beliau muncul dibawa anak lelakinya ke ruang tamu, Sarah mula menitiskan air mata.. Sebak melihat beliau... Namun, suatu perkembangan yang lebih baik berbanding sewaktu cik Wardah menjenguk beliau di ICU dahulu... Ustaz dah boleh bergurau.. Sempat juga cik Wardah berpesan pada ustaz sebelum pulang, "Ustaz, jangan lupa tau..." "Lupa apa??" Balas beliau... "Jangan lupa doakan saya kahwin cepat.." Hahahaha.... Ustaz, ustazah (isteri Ustaz) & anak perempuannya turut gelak bersama.. Alangkah indahnya ukhuwwah di saat kita saling mendoakan yang terbaik sesama kita.. Insya Allah.. Yang terbaik untuk semua.. ^__^

Waaahh.. Tak sedar dah berjam-jam menaip entri ni, tak siap-siap.. Al-maklum, sempat tido, pegi hantar adik kat KTM Shah Alam, tersebak pula dengan kenangan... Huhu.. Siap lari tajuk lagi.. Hahaha~ Mahap.. Mahap.....

Tapi, begitulah hidup... Bermula dengan pertemuan, mencipta rasa... Membina sebuah memori berlandaskan perjuangan.. Pahit, manis, suka & duka... Semuanya mengajar erti kehidupan... Tak mengenal muda atau tua, kacak atau kurang cantik.. Semuanya terjahit di hati.. Agar jahitan tak tanggal, kami mereka impian bersama.. Biar tercantum antara hati-hati.. Hanya Allah mengerti, persahabatan ini, ingin ku bawa menjadi saksi, di waktu perhimpunan abadi, agar kami tak terpisah lagi.... Allahumma Ameen.. Berkati perjuangan kami, membawa cinta sejati, menuju akhirat abadi... Insya Allah..... T__T 

p/s: Semalam ada orang cakap saya comel.. Muahahaha~ Atokk, carik kan cepat-cepat.. :D

.:: Tinggalkan Debunga Di Sini ::.

Popular Posts

.:: Ding Dong ::.

Get widget here