Thursday, June 30, 2011

... Jangan Kau Lupa, Kerana Aku Menyayangimu ...



Sering engkau katakan, “Tiada yang mahu
Aku tersenyum, “Pasti ada.. Cuma kau tak tahu
Sering engkau titip, “Doakan aku
Ya sahabat..  Tak kan pernah aku lupa…

Hari demi hari, rintihan kau masih begitu
Namun, mungkin kau lupa, bagaimana dengan perasaanku??
Masih menunggu, menunggu dan terus menunggu…

Sahabat, apa daya hati ini
Bukan niat ingin terluka
Terkadang, ia pinta disapa
Bertanya khabar tentang sejuta rasa

Dinihari itu, aku tersedar
Betapa aku kejam, membiar kau rasa berdosa..
Lalu ku tadah ke langit..
Ya Allah, perkenankan segala permintaannya.. Kerana, aku menyayanginya..

Sekian lama memendam rasa…
Aku tersenyum, aku tertawa…
Aku gembira melihat kau bahagia…
Kau bersedih aku juga terasa..
Sabarlah…”  Hanya itu yang terkata..

Maafkan aku sahabat, kira aku bukan pendengar setia…
Maafkan aku sahabat, andai bicaraku menggores rasa…

Sepintas hati merasa, seuntai doa ku kirim..
Buatmu di kejauhan, agar sentiasa dibimbing..

Maafkan aku sahabat,
Andai kau ketemu, 
Jangan kau lupa,
Kerana aku menyayangimu..


(Cik Aqilah Wardah; 30 Jun 2011)

p/s: Maafkan cik Wardah terpaksa meluah di sini... Andai 'kau' baca, cik Wardah minta maaf... Tak mampu meluah dengan berdepan... Mungkin kerana 'peristiwa itu', kita menjadi renggang.. Tapi, cik Wardah nak beritahu, cik Wardah tak pernah jemu... Sekali lagi, maafkan cik Wardah.... 

Wednesday, June 29, 2011

... Aku Merindumu ...



Dan bulan tersenyum di bawah ranting malam

Membawa hangatnya rindu pada sang bintang

Sepoi angin di kegelapan

Mengusik nyanyian sang malam 

Pada malam ia mengadu

Pada pagi ia merayu

Adakah bulan masih tersenyum

Layaknya sang bayi lelap di pangkuan ibu

Hanya rindu yang dapat terukir

Di baris cahaya kunang-kunang 

Malam gelap tanpamu

Aku merindumu..

(el-Khadef)

Tuesday, June 28, 2011

... Terima Kasih untuk si Dia ...

Assalamu'alaikum... ^_^
Selamat petang semua!! Hikhik... Poyo je ceria... Padahal dalam hati gundah-gulana nih... Huhuuhuhu~
Okey, sebelum apa-apa, jom kita layan lagu kat bawah ni jap.... Mesti dengar sebelum baca ayat seterusnya!! ^_^



Dah puas dah?? Kalau belum puas lagik, sila tekan sahaja butang play sambil membaca yang seterusnya.. Huhuhu~ Kala dengar lagu ni, mesti tersedu-sedan menangis... Syahdu sangat bait-bait lirik lagu nih...

Paling tersentuh dekat part:
"Tapi aku khuatir, ketika menghadap-Mu.. Tidak pula pandai, beradab dengan-Mu... Aku mula bimbang, kalau aku derhaka... Dalam ketaatan...... Bukan rahmat dari-Mu yang ku dapat...." 
SobSob... Stroooooooooottt!! Apa nak cakap? Kadang-kadang kita tak sedar pon salah silap yang kita buat... Kalau pon tak melukakan orang lain, mesti efek kat diri sendiri jugak... Contohnya, makan banyak-banyak sampai kembung perut... Dah tu perut korang kan, mana plak orang lain nak terluka... Lainlah kalau yang korang makan kasi licin tu, orang lain yang punya... Kihkihkih.....

Hari ni, cik Wardah dapat teguran... Dari siapa?? Ntah.. Cik Wardah pon tak kenal dia siapa.... Nama dia pon cik Wardah tak tahu.... Tapi, teguran dia, sangat tertusuk kat hati ni.. Huhuhu~

SobSob.. Jadi, entri ni, special untuk si Dia yang cik Wardah tak kenal.. Hahaha... Anda tahu anda siapa.. ^_^

Yang paling utama.... Hamdan Lillah... Yang menemukan cik Wardah dengan insan-insan hebat ni.. Dari setiap mereka, banyak benda cik Wardah belajar.. Daripada seorang yang suka huha-huha, dah kurang sket dah huha-huha... Daripada yang suka melagho tak tentu pasal, dah banyak isi masa dengan benda-benda yang bermanfaat... Dan, daripada yang keras hati, dah jadik lembut hati... Skit je tak banyak.... Garang tetap garang!! Hahahaha~

Okeyh... Ini sahaja untuk petang ni.... Haha.. Dah tak ada kerja kat library ni sampai boleh wat entri mengarut ni.. Kehkehkeh... ^__^

p/s: Tak tahu siapa?? Okeh.. Okeh.. Bagi hint sket... ^_^ "Mengarut tu lah yang menghidupkan blog kamu.." Ahaaa!! Dah tahu?? ^_^

... Cinta Perlu Berkorban?? Non-sense Okeyh!! ...

Assalamu'alaikum!!

Huahuahuahuahuaaaaaaaaaaaargghhh!! Takleh tido~ SobSobSob... :(

Dah la tak boleh tido, pastu nak mengarut pasal cinta pulak malam-malam nih... Ekekekek...
Sori, cik Wardah dilamun cinta... Hahahaha~
Dengan siapa?? RAHSIA okeyh!! ^__^

Okeh, sila jangan perasan sangat memalam buta nih.. Esok kerja ye.. Hikhikhik..

Haaa.. Mabok apa eh nak cerita cinta malam-malam nih?? Semuanya sebab kepala yang pening memikirkan cinta yang tak sudah-sudah mengganggu kehidupan hati manusia nih... Cewahhh!! ^__^




Tu dia haaa... Masjid dalam satu malam... Ada ke yang sanggup?? ^_^

Kalau bercinta, perlu pengorbanan ke?? Pengorbanan yang macam mana ek?? Kompius ah... Huhu~
Jom-jom tengok kisah-kisah di bawah... Rasional atau tak rasional pengorbanan yang dituntut dalam kisah memasing...

Kisah 1:

Ada seorang pelajar IIUM nih... Kisah ni, cik Wardah dengar dari seorang geng, yang juga dengar dari seorang kaunselor ternama di IIUM.. Hahaha... TIPU!! 
Kisah mengenai seorang gadis yang dinikahkan usai peperiksaan akhir di semester akhir.. Ni memang betul-betul habis exam tu dia punya tarikh nikah... Dalam perancangan sang suami untuk ke luar negara... Tak ingat pula atas sebab kerja atau menyambung pelajaran...

Okeyh... Tiba hari keputusan diumumkan, Allah nak uji si gadis ini tadi... Satu daripada subjek yang diambil telah GAGAL!! Tapi, oleh kerana beliau adalah pelajar di semester akhir, maka, beliau hanya perlu RESIT atau ambil semula paper tersebut.. Maksudnya, soalan yang samalah okey~ Huhu..

Sekali lagi, Allah nak uji keimanan dan keyakinan gadis ini, dia masih GAGAL untuk LULUS dalam peperiksaan matapelajaran tersebut..

Si gadis resah... Ini petanda bahawa, beliau perlu 'extend' satu lagi semester untuk menamatkan pembelajarannya sekaligus mendapatkan sijil tamat belajar beliau...
Esok, lusa beliau perlu berangkat mengikuti suami ke perantauan... Ahh.. Beliau pergi menemui kaunselor ternama tadi dan cuba untuk merungkai masalah beliau....

Akhirnya, tidak dapat tidak, beliau terpaksa jua beralah... Menamatkan mimpi dan cita-cita demi mentaati seorang suami... Okeyh, rasa nak menangis kali pertama dengar cerita nih.. Pihak A&R IIUM terpaksa menukar status beliau kepada "tidak tamat" or yang seumpamanya kerana beliau tidak hadir melapor untuk semester terakhir tersebut.. Adeh.. Lupa dah term dia apa.... Huhu..

4 tahun belajar di IIUM seakan berkecai berterbangan seakan debu-debu pasir di gurun sahara... Aiwaah~ Hahahaha... POYO!

Kisah 2:

Ohohohoho.. Kisah yang ni, masih belum tamat... 
Kisah sang Gadis belajar di bumi Anbiya'..... Sang Jejaka pula gigih mencarik wang demi meminang si Gadis tadi.. Hakhakhak.. Geli cik Wardah ucapkan ayat nih.. Huhuhu~

Kita semua tau, belajar di dalam negeri sahaja makan ribuan Ringgit Malaysia, apatah lagi yang di luar Malaysia... Tabik spring kat si Gadis yang berusaha sedaya-upaya meneruskan pelajaran biar melalui peristiwa pahit yang melanda bumi itu awal tahun ini...

Malangnya, akibat terlalu inginkan berkahwin, sang jejaka telah membuat suatu petisyen..
Kita kahwin?? Awak berentilah belajar kat sana tuh.. Belajar kat sini je.. Lagipun, dekat sikit....
Okeyh, ayat dia bukan macam tu pon.. cik Wardah reka sendiri je.. Kehkehkeh... Tapi lebih kurang lah hasrat sang jejaka tu macam tu...

Hehehe~ cik Wardah mengamuk okeyh... Baik jangan bayangkan... Huhuhu.. Ada ke patut... Mak ayah orang tu punya lah keluarkan ribu-riban nak hantar anak tu pegi belajar kasik pandai... Dia plak senang-senang je nak suh berenti...

Si Gadis ni memang dalam dilema lah kan.. Cik Wardah bagi nasihat senang je:
Kalau dia nak suruh berenti jugak, tinggalkan aje.... Mak ayah ko susah payah kerja kot nak hanta ko sampai sana... Biar cukup makan pakai segala.. Dah-dah abaikan je.. Nak exam kan?? Sila exam dengan betul-betul okeyh... Ko kawen ngan siapa pon, aku tak kesah... Tapi, tolonglah jangan wat benda-benda yang hancurkan harapan mak ayah kau dan adik kau yang comel itu okeh... I sayang you lebih tau sebab you paling jauh sekali! Huhuhu~
Kisah 3:

Cik Wardah dah pon berkorban.. Hahahaha~ Demi masa depan sendiri okeyh!! ^_^

Hahaha.... Poyo lagik cik Wardah... Okeyh, dua situasi berbeza dengan masalah yang sama!!

Haih, macam-macam kisah di dunia....

Untuk si Gadis dalam Kisah 1, moga syurga untukmu kerana taat pada sang suami...
Untuk Sayangku di Kisah 2, ingatlah, kasih ibu membawa ke syurga, setia ayah tidak bertepi, cinta Allah kekal abadi... Apapun, cik Wardah sentiasa doakan ko okeyh!! Huhu~

Kesimpulannya, cinta memang perlukan pengorbanan!! Ya!! PERLU!!

Tapi, biarlah pengorbanan tu seiring dengan kehendak syara'... Sesuai dengan pengorbanan ibu dan ayah... 

Yang penting, sentiasa sandarkan pada Allah, mohon petunjuk sebenar-benar dengan Allah.. Insya Allah, takkan sia-sia... ^_^

p/s: Yaaww~ Bunga-bunga perasan berputik lagik.. Kehkehkeh... ^_^

Monday, June 27, 2011

... Tak Boleh Ke?? Cikfu Hakim Kata, Boleh Je ...

Assalamu'alaikum... ^__^

Hahaha.. pinjam nama Cikfu Hakim kejaaapppp....

Hari ni mood kemalasan sebanyak okeyh...
Apa-apa pon, entri ringkas je nih... Nak buat explanation sket... ^__^

Tengah hari tadi, usha jap Shoutbox macam biasa.... Then, terlihat ini:


Haa.. Korang nampak tak apa yang cik Wardah nak tunjuk?? ^_^

Cik Mish mengadu tak leh nak komen kat belog cik Wardah.. Hari tu pon, ada jugak cik Fasihah komen benda yang sama....
Meh-meh, cik Wardah explain... ^_^


Nampak tak kat gambar atas nih?? Footer entri post... Tak ada tulis 0 comment, or 2000 comments pon kan??

Padahallll, sebenarnya........ Ada comments tau kat entri tuh..... Cuba tengok gamba bawah ni...


Ada 3 comments kat situ... Cik Wardah pon pelik sebenar nya.. Kenapa ek jadik macam tuh??

Okey, kita pegi plak next picture....


Haaa... Ada kan tulis situ 4 comments???


Yang ni pulak 6 comments.....

Rupa-rupanya kan.... Bijak jugak belog cik Wardah ni.... Komen-komen yang bawah dari 4, dia tak klua pon tulisan bilangan komen tuh... Tapi, once bilangan komen tu reached 4, terus dia kelua.. Hakhakhak... Cik Wardah pon tak faham kenapa....

Cumanya, yang boleh cik Wardah cakap, kalau tak nampak tulisan 0 comments- 3 comments tuh, anda semua boleh lalukan cursor kat tempat kosong sebelah waktu entri tu dipost kan... Nanti muncullah tulisan tersebut... Hehehe~

Faham kan??

Atau pun, kalau tak berjaya jugak, klik aje dekat post title tuh... Nanti ada lah keluar dekat bawah entri tu, komen-komen, and klik kat tulisan 'Post comment'... Hehehe....

Okeh, itu sahaja.. Selamat Mencuba & Mengomen!! ^_^

p/s: Sedikit happy okeyh... Yang dinanti muncul hari ni... Walau cuma perasan sendiri.. Ahaks!! ^___^

Sunday, June 26, 2011

... Segmen: Pencarian Mega Bloglist ...

Assalaaaaaaaamu'alaikum!!! ^_____^

Okeyh, hari ini terlebih rajin sudah untuk join segmen ye.... ^__^

Segmen kali ni, cik Wardah terbaca kat blog BANGKU KOSONG, dan dianjurkan oleh Chegu Zubir.. Erk, baru hari ni cik Wardah kenal blog ni okeyh... ^_^



Cik Wardah nak jadi satu daripada "Bloglist Mega" ni sebab nak carik jodoh.. Ahaks!! Bleyh tak?? Ekekekekek... :p

Nama Glemer (perasan!!) : cik Wardah... 
Nama Lain: Cik Aqilah Wardah... (tak ada beza pon... lalalala~)

Url Blog: http://www.wardatulfirdaus.blogspot.com

Okeyh, siap!! Berminat?? Klik kat gambau banner atas tuh okeyh.. ^________^

p/s: Masih menanti sesuatu yang tak pasti... Hanya berPERASAN sendiri.. Ekekekekek... :p

... Bila Cik Wardah Jadi Ustazah Aqilah ...

Sedang enak dibuai mimpi kala petang Jumaat yang sunyi sepi, tiba-tiba..... Zrettt!! Zrettt!! Zrettt!!

"Haiyaakkk.. Siapa pulak nih??"

Tertera nama 'Ustaz Faizal' di skrin telefon... Aiwaaah~ Apakah?? 

"Assalamu'alaikum...." Kompem denga suara baru bangun tido.. Huhuhu~

"Wa'alaikumussalam... Aqilah ada di mana??"

"Kat rumah, ustaz.. Ada apa ek??" 

"Besok Aqilah kerja tak??"

"Haaa.. Kerja... Kerja..." 

"Pukul berapa masuk kerja??" Aiwaah... Banyak sangat soklan pendek nih..

"9.30 ustaz.." 

"Okey, boleh tak Aqilah datang pukul 8.30?? Gantikan ustaz... Kelas tahfiz dengan kelas Bahasa Arab??"

"Oh.. Haaa.. Insya Allah... Boleh.. Boleh..." Dalam hati, adoyaiii~ kena bangun awal.... HakHakhak...

Maka, dengan bangganya, pagi tadi bangun lah awal... Siap mandi, mundar-mandir kat ruang tamu, bebel-bebel kat adik, puji-puji mak...... Tap!! Pukul 8.05 pagi... 

"Eh? Da lambat!!" Adik dan kawannya dah menanti untuk dihantar ke sekolah... Adess... Kompem tak sempat 8.30 nih... Huhuhu..

Drift punya drift, 8.30pagi dapatlah jejak kat MRR2 arah Sg Buloh-Ampang... Tapiiiiiiiiiiiiiiiiiiii.......

Streeeeeeeeeeeeeetttt!! JEMMMM!!! Panjang kot...... Hari Sabtu pagi jem, apa hal nya nih?? Duk bebel-bebel, nyanyi-nyanyi sambil memandu 5cm/jam, akhirnya, berjayalah sampai di masjid jam 9.10 pagi.. Pehh!! Lambat tak ingat.. Huhuhu~

Masuk-masuk je library..... Aik?? Gelap gulita lah pulak... Masuk bilik kuliyyah, eh, ada ustaz plak.. Hihi~ Jalan ke depan Bilik Muslimat.. Fuhh~ Mujur gak nampak Ustazah Aqilah.... Eh?? Nama sama pulak.. Hehehehe~

Maka, setelah meminta maaf dan mengexplainkan yang patut- patut, anak-anak murid Ustazah Aqilah a.k.a cik Wardah pon ikutlah masuk dalam library semula... Haish...

Mereka ni semua nakal tak hingat!! Jom tengok gelagat diorang dalam kelas cam mana.....

Duduk ramai-ramai macam Geng Mafia haaa~

Kenapa tah dia ni duduk sorang-sorang.. Gaduh ke?? ^_^ Nama dia ni... Erm... Erm... Apa ek?? Haaa.. Danial!!

Tengok yang perempuan, elok je haa duduk diam-diam menghafal... Huhuhu~

Yang ni pon boleh tahan nakalnya.. Haish..

Yang dua orang kat belakang tu pon NAKAL jugak.. 

Erk?? Ada makhluk asing jugak lam kelas ustazah.... Leh tak masuk lam senarai makhluk asing Shada??? 

Pening ustazah Aqilah layan diorang ni... Mau tak nya.. Ustazah Aqilah yang sorang lagi pesan, kena lima ayat sorang.. Yang diorang ni bijak sangat mengelat, nak 2 baris lah, 3 baris lah.. Haiyaakkk!!

Then, masa diorang duk sibuk menghafal, ustazah Aqilah cakap, siapa tak tasmi' tak boleh balik... Huhuhuhuiiiii~ Depa tak heran pulak tuh... Mentang-mentang lah ustazah Aqilah kecik.... -_-"

Dah habis tasmi' diorang semua pi serbu nasi lemak kat luar.. Alhamdulillah, hari ni nasik free... Kalo tidak, terbang duit ustazah Aqilah nak kena belanja.. Huhuhu~ Bukan kedekut, tapi gaji belum masuk lagik... Hehehe~

Moh tengok gelagat diorang yang kebuluran.. Huhuhu~


Adam... Garu-garu kepala makan... Hihihi

Alim.. Comel sesangat!! ^_^

Adib Hizqiel.... Banyak celoteh!! Hihihi

Asyik buli ustazah je dia nih.. -_-"

Tak siap-siap makan lagik.... Da 10.40 dah... huhu~

Alim lagik... Sori lah, sangat comel... Hehehehe

Suka sangat dengar dia celoteh... Ingat lagi, hari tu, masuk-masuk library je.. "Eh, ustazah ada FB jugak?? Add lah saya..." Haha.. Comell!! ^_^

Haha.. Samo lak mimik muka.. Hakhakhak

Okeyh tak jadi pakwe??? ^__________^

Hehehehe~
Sekian hari cik Wardah jadik Ustazah Aqilah..... Lain kali, dah tau dah cam mane nak handle anak-anak murid nakal camni.... ^___________^

Cikfu Hakim.... Boleh tak cik Wardah jadik Ustazah lepas nih?? Tak garang pooooonnnn~ Kihkihkih....

p/s: Sepatutnya, entri ni semalam lagik pos... Tapi akibat proses peng'upload'an video tak berjaya, maka ia tertangguh.. So Saaaaad~ :( 
Pape pon, seronok jadik Ustazah ni.... Tapi, taknaklah yang mengajar kat sekolah tu... Banyak nau peraturannya... Hikhikhik.. ^_______^

Saturday, June 25, 2011

... Segmen: Lets Learn From The Best | Menyebarkan Salam ...

Assalamu'alaikum... ^___^

Cik Wardah sedang bekerja, tapi tak ada kerja okeyh.. Hihihi...

Sebenarnya, cik Wardah nak buat entri lain.... Tapi, tengah upload video... Dari pagi tadi lagi... Tak siap-siap jugak... Haish.... So, buat sementara tu, duk termenung tengok homepage kat FB, terkeluarlah satu post by cik Nurussalwa Hilmi pemilik blog The Garden of Love.... ^___^

Dengan rasa seronoknya, terus je nak join.. Hehehe.. :)

Eh?? Nak join apa nih??? Haaa.. Moh-moh tengok......
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


Haaa.... Apa sebenarnya segmen ni ek?? Apa yang dimaksudkan dengan 'THE BEST' tuh???

Menurut penganjur, segmen ni dianjurkan untuk kita belajar hadis-hadis Nabi S.A.W. yang berkaitan dengan akhlak Rasulullah S.A.W.... Semoga kita semua dapat ilmu pengetahuan baru dan dapat amalkan bersama-sama.... Semoga juga pihak penganjur dirahmati Allah sentiasa kerana menganjurkan segmen ni, insya Allah... Amiiin.. ^___^

Okey, now.... Cik Wardah nak kongsi satu hadis Rasulullah S.A.W.. Cik Wardah yakin, ramai yang dah tahu tentang hadis ni.. Tapi, nak juga kongsikan, mudah-mudahan menjadi peringatan untuk cik Wardah dan para pembaca semua, insya Allah... ^__^ 

Daripada Abu Hurairah r.a. berkata: Rasulullah S.A.W. bersabda: 

"Demi Tuhan yang diriku di bawah kekuasaan-Nya, kamu tidak akan masuk syurga selagi kamu tidak beriman. Dan kamu tidak akan beriman sehingga kamu saling cinta menyintai. Hendakkah kamu aku tunjukkan satu perkara, jikalau kamu dapat laksanakannya sudah pasti kamu akan menjadi orang yang saling cinta menyintai sesama kamu?? Sebarkanlah salam di antara kamu.."
                                                                                                            (HR Muslim)



Kebetulan betul dalam library ni ada buku kumpulan hadis-hadis yang berkaitan Akhlak Mulia.. Alhamdulillah, dapat jugak dimanfaatkan... :)

Menyebarkan salam ni banyak hikmahnya..... Antaranya: 

Yang pertama, dari lafaz itu sendiri, yakni, "Assalamu 'alaikum" adalah satu doa kepada orang yang kita beri salam tersebut... "Sejahtera ke atas kamu.." Secara tak langsung, kita telah mendoakan kesejahteraan saudara kita itu...

Yang kedua, dengan salam juga kita dapat menenangkan hati sahabat yang gundah gulana... Contohnya, cuba kalau kita nampak kawan kita tengah sedih, then, kita  jerit, "Oittt!! Ko apesal sedih-sedih haaa??" Tak ke nak tercabut jantung sedara kita tuh?? Ish ish... Na'udzubillah.... :) Tapi, kalau kita beri salam, mudah-mudahan, sejuk hati sedara kita dan sedikit terubat jiwa yang berduka lara atas doa kita, insya Allah...

Selain itu, dengan salam juga kita dapat mengeratkan hubungan dengan mereka yang kita kenali & juga menjalinkan hubungan dengan orang yang kita belum kenal... Cuba try.... :)

Jadi, marilah kita sebar-sebarkan salam kepada sesama umat Islam... Insya Allah, dengan sunnah Nabi S.A.W yang kecil ini, akan mendatangkan impak yang besar kepada umat Islam menjadi ummah yang gemilang suatu hari nanti, insya Allah... ^______^

Nak join segmen ni???? Klik SINI


p/s: Memberi salam itu sunnah, tapi menjawab salam itu wajib.... Indah kan Sunnah Baginda S.A.W.?? ^_________^

Tuesday, June 21, 2011

... Kalau Mengantuk Masa Drive, Tido Ajelaaaahhhh ...

Push! Push!! Sorry my dear babies yang cute-mute... Nek terpaksa tolak you all pegi muka surat sebelah... Hikhikhik.. ^__^

Mata memang dah mengantuk tunggu pejam je nih... Tapi, tak boleh nak tido dulu sebab tengah menantikan kehadiran cousin mak sampai... Yelah, kot dia sampai tengok cik Wardah tido tak sedor diri, tak berani plak makcik tuh nak tido kat bilik nih.. Huhuhu... Mak kat bawah pon kompem dah bebel-bebel sebab tak sampai-sampai lagik.. Weeee~

Eh... Anda semua sila jangan ikut nasihat penaja kat atas tuh kalau masih ingatkan yang tersayang... Meh nak share sikit tips nak hilangkan mengantuk waktu drive.... Huhu~ Yelah, cik Wardah kan memandu hari-hari.. kompem la mengantuk pon hari-hari.. Kehkehkeh... ^__^

Tips 1:


Makan!! Haaaaaaaaa~ Anda berentilah kat mana-mana stesen minyak, cik Wardah cadangkan Kedai Mesra Petronas nuh... Murah sikit..... Hikhikhik.... Belilah apa-apa yang patut.... Roti ke, cokelat ke, or apa-apalah.. kalo cik Wardah, suka beli cokelat or Mentos... Hehehehe~ Tapi, kalo dah malas sangat nak bukak seatbelt tuh, bukak je lah cermin tingkap, lalu kat drive-thru mcD ke, A&W ke, order & pay jep.. Wuwuwu~

Kalo boleh makan nasi lemak dalam kereta, cik Wardah pon nak makan... ^__^


Tips 2: 

Lembu?? Nak bawak lembu masok kete plak ke?? Huhuhu~ Of Cos laa TAK... Dah tak betul apa cik Wardah nak bawak lembu masuk kete?? Baik bawak masuk dalam perut.. Kan? Kan?? Kihkihkih... :D
Gambar di atas adalah sejenis model MP3 yang boleh anda semua jadikan salah satu 'teman' memandu anda okeh... ^_^

Yang penting, letak lagu-lagu yang anda tahu, seperti lagu 'Papaku Pulang Dari Kota', lagu 'Negaraku', dan sebagainya supaya anda tak tambah mengantuk dan boleh ikut menyanyi sekali... Tapi, lebih afdhal kalau anda buh zikir-zikir, selawat-selawat atau ayat-ayat Quran ke kan... Alang-alang hilang mengantuk, dapat jugak tambah pahala ye dak... ^__^

Tips 3:


Haaaa.... Yang ni, kompem anda smua boleh lihat di mana-mana.... Tak kira, laki or pompuan, kete besar or kete kecik..... Tapi, cik Wardah nasihat ni suh guna handsfree or headfon kalau nak cakap telefon ye... Jangan pegang-pegang telefon camtu... Membahayakan nyawa anda dan orag lain... Kadang-kadang, makhluk lain pon jadi mangsa jugak.. But, make sure lah yang orang-orang kiri kanan depan belakang tuh nampak anda punya handsfree tuh.. Kalau tak, nanti depa duk kata hangpa duk cakap sorang-sorang... Huhuhu~


Tips 4:


Tips yang ni, bahaya sikit.... Kalau boleh, jangan buat! Kalau boleh?? Erk??!! Hehehe.. Cik Wardah selalu buat yang ni di saat-saat sangat terdesak ja... Contohnya, jalan jem tak gerak-gerak, lepas tu, jeles duk tengok orang dalam kereta sebelah duk bergelak-ketawa dengan hasben memasing.... Poyo-poyo macam mesej-mesej ngan boifren lah kan... Padahal, duk mesej tok siak kat masjid, mintak kuncikan pintu ofis.. Hahahaha~

Tips 5:


Okeh, ni yang last... Kalau dah mengantuk sangat, dah buat yang kat atas tu pon tak jalan jugak, anda tido aje lah... Selesai masalah... Tapi, sila lah berhenti kat mana-mana dulu... Jangan minyak duk tekan, kepala dah duk atas stereng.... Silap haribulan........ Sambung sendiri... ^_^

Hehe... Tips-tips nih memang cikWardah selalu buat pon.. Hehehe.. Sebab tu lah tak segan-silu cik Wardah nak share.. Hehe... Kalau nak rasa 'pengalaman' ngan cik Wardah, sila PM eh.. Hahaha~ Nanti kita boleh terai sesama... Kihkihkih...

p/s: Taip entri ni, daripada makcik tu belom sampai, sampai lah sekarang nih, dia dah tido dengan lenanya... Adeh~ Siput betul cik Wardah ni menaip.. Ngeeee~

... 2011 = 23 ...

Assalamu'alaikum....................!!!!! ^_____________^
Selamat pagi semua!! Ceria! Ceria! Ceria! ^______________________^

Mula-mula rasa sayang sangat nak buat entri baru sebab gambar-gambar bayis tu comel sangat!! ^__^

Hehe.. Tapi, takkan pulak nak simpan bertahun-tahun... Ye dak?? Hehehe... Hape-hape pon, disebabkan semalam cik Wardah tidoq awai, dan pagi ni dah sampai ofis baru on laptop, makanya, cik Wardah dah miss satu perkara yang paling penting sekali!! Adeh... Adeh...... Rasa macam nak kasi debik sebijik kat muka sebab dah ter'miss' perkara penting nih... Wuwu..

Jadi, apakah perkara penting itu?? Ahaks! ^___^ Poyo tak hengat cik Wardah ni.. Wuwuwu~

Perkaranya ialah, hari ni, 21 JUN 2011... Cik Wardah boleh terlupa akan birthday cik BFF cik Wardah ni.. Hikhikhik... Ampun, maaf, sorry, afwan.... Wiwiwiwi....

BFF yang dimaksudkan ialaaaahhhhhhh~

Kena letak gambaq berdua.... Kalo letak sensorang ti, ck Wardah pulak takleh carik makan... :D



OO YEAHHHHH!!!! Pepe.. Kamu dah tua laaaaahhhh.. HikHikHik....... Dah 23 Tahun.... Jadi, dengan ini, saya ingin mengucapkaaaaaannnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn.......



^_____________________________^

Kullun 'Am, wa Ent Fi Khair, insya Allah... Amiiiiin... :)

Hang tau lah cik Wardah ni tak pandai nak bagi ayat bunga-bunga sangat... Sat gi, kalo hang tak meleleh ayaq mata, hang kena jahit baju baru plak.... Hakhakhakhak... :p


Ringkasnya, ucapan cik Wardah..... Semoga dirahmati Allah... Semoga Berbahagia Selalu.... Semoga Murah Rezeki... Semoga Menjadi Insan yang Cemerlang Dunia & Akhirat... Semoga Menjadi Anak yang Solehah... Semoga Menjadi Kakak & Adik yang Mithali... Semoga Dapat Jodoh yang Baik-Baik... Semoga cepat Kahwin... Semoga Menjadi Isteri Solehah... Semoga cepat Dapat Anak... Semoga Menjadi Ibu yang Mithali.... DAN Semoga-semoga yang lain........ Hehehehe.. Ringkas je kan?? :D Eh?? Ada satu lagi!! Semoga Menjadi Presiden Halimatussa'diah yang Cemerlang jugaaa!!! ^______^


Neway, setakat ni, ini je yang termampu untuk Cik Pepe... Lain kali, kita pi berjimba-jimba ek... Hihihi... Rindu kat kamu... Praktikal elok-elok naaa~ Hehehehe.... Ampun maaf sepanjang our friendship nih... Memang banyak pon salahnya kan.. Hehehehe~ 

Again... Happy Birthday Pepe!! ^__^ And, jangan lupa, USAHA TANGGA KEJAYAAN... ^__^

p/s: Siapa-siapa yang dah terberkenan kat dia ni, leh komen eh.. Haha... Dia mencarik jodoh gak cam cik Wardah... Erk?? Yeke.... Hehehehe

.:: Tinggalkan Debunga Di Sini ::.

Popular Posts

.:: Ding Dong ::.

Get widget here