Sunday, July 31, 2011

Hati Saya Dah Lama Tersenyum Untuk Awak...

Saat pertama jumpa,
Saya tak hirau pun tentang awak...

Saya dengar nama awak..
Saya tengok awak..
Tapi, seolah tiada makna...

Tiba-tiba je,
Awak datang...
Macam-macam kita borakkan...
Tak sangka, awak kelakar juga orangnya..

Saya ingat lagi.. 
Hari tu, pagi-pagi lagi dapat mesej dari awak..
Memang lamaaa sangat kita borak..

Awak ingat tak??
Serasa lama sangat dah saya tak happy macam tu..

Lepas tu, tiba-tiba je internet awak buat hal..
Awak pon terus mesej fon saya..
Kita sambung mesej pulak sampai ke petang..

Maghrib tu, saya ingat kita habis dah..
Rupanya, tak...
Sampai ke pagi esoknya saya temankan awak study..

Saya tak sangka saya buat tu untuk awak..
Padahal, kita kenal pun belum sempat 24 jam..

Awak train saya bangun Qiyam..
Awak train saya puasa every week..
Walopon jarang saya buat, tapi saya ingat...

Hari demi hari..
Keadaan jadi makin rumit..
Saya makin sedar...
Saya makin 'terjaga'..


Hati saya...
Dah 'tersenyum' untuk awak...

Hari ni, saya cuma nak awak faham..
Kadang-kadang,
Bila kita sayangkan seseorang,
Lebih baik kalau kita lepaskan dan berjauhan dengan dia..

Bila ada rindu..
Kita doakan dia...
Bila ada cinta..
Kita tambah doa kita..

Walau saya tahu..
Cuma hati saya je yang 'tersenyum'..
Cukup saya tahu,
Awak anggap saya kawan baik awak...
Walaupun saya rasa, saya tak buat baik pun untuk awak...

Saya nak yang terbaik untuk diri saya...
Tapi, saya nak yang lebih baik untuk diri awak....

Biar Allah yang balas semua kebaikan awak untuk saya...
Biar Allah sahaja yang jadi tempat mengadu untuk saya ketika awak tiada..

Saya tak tipu...
Saya tak bohong....

Saya... Cuma berkata jujur...
Saya cuma mampu melafazkan maaf..

Bukan tidak berharga..
Malah terlalu berharga...
Tersangat berharga..

Kalau pun persahabatan kita terhenti di sini..
Doa saya takkan putus.. 
Takkan pernah, insya Allah...

Biarlah semua jadi kenangan...
Yang terbaik, saya ambil, saya amalkan, insya Allah..
Yang buruk?? Tak ada yang buruk... 
Mungkin saya je yang berlebihan...
Akibat dah terasyik dengan 'senyuman'..

Akhirnya, maafkan saya...
Semoga kita masing-masing mencapai apa yang kita impikan...

Terima kasih, untuk segalanya..
Jazakallahu khairan kathiran, abadan abada.. Insya Allah...
Amiiin... 

p/s: Perasaan cinta tu datang dari Allah.. Dan kepada-Nya juga kita balas semula cinta itu.. Allahu A'lam... 

Join lah segmen.. Tak lama je lagi tarikh tutup.. ^__^


Tuesday, July 26, 2011

Setiap Manusia Punya Ilmu yang Berbeza

Assalamu'alaikum.....

Apa khabar semua?? Lama dah rasanya tak mentaip di sini...
Al-maklumlah, sibuk ber"photographing" di Port Dickson.. Ahaks!! 

Hancus lebus Bahasa Melayu cik Wardah... Mahap Cikgu Anuar.. HikHikHik...

Terbaik lah Reunion ex-18 (Aliran Agama Batch 01-05) hari Sabtu & Ahad yang lepas.... 
Disebabkan event macam canggih sangat, jadi, tiadalah gambar yang dari HP cikai a.k.a Sony Ericsson W705 cik Wardah... 
Semua pakat-pakat harap kat kamera-kamera besar a.k.a DSLR yang besar gedabak lagi macam-macam rupa yang ada... HikHikHik... 
Para photographer sekalian dah pakat pula nak tunggu tempoh matang gambar la, edit la, hape laa..
Jadi, terpaksalah bersabar menantikan kemunculan berGIG-GIG gambar tersebut... HeHeHe...

Jadi, entri kali ini, nak sampaikan sebuah cerita... Mari rapat-rapat, dekat-dekat di sini.. Hehehe...

Kisah tentang seorang pelajar bernama Farid... 

_____________________________________________________________

Farid adalah seorang pelajar di sebuah sekolah pondok di kampungnya... Gurunya, Ustaz Halim, seorang yang sangat alim dan warak... Farid suka bertanya kepada Ustaz Halim di samping ingin menguji kebijaksanaan gurunya itu...

Suatu petang, selepas tamat sesi pembelajaran, Farid bertemu dengan Ustaz Halim untuk bertanya kepada gurunya itu..

"Ustaz, boleh saya tanya sesuatu??" Farid memulakan bicara..

Ustaz Halim hanya tersenyum.. Dia tahu, muridnya itu sangat suka menguji ilmunya..

"Ustaz, apakah benda yang satu, tiada duanya??"
Dia menyambung lagi, "Apakah benda yang dua tiada tiganya??"

Ustaz Halim sangat terpegun dengan setiap soalan yang diajukan kerana kali ini soalannya umpama sebuah teka-teki...

Kemudian, Farid bertanyakan soalan yang terakhir, "Apakah benda yang empat, tiada limanya??"

Di akhirnya, Farid menjelaskan, "Ustaz boleh mencari jawapannya selama 3 hari.."

Dalam tempoh 3 hari itu, Ustaz Halim bertungkus-lumus menyelak setiap buku yang dimilikinya bagi mencari jawapan untuk setiap pertanyaan Farid... Tetapi, pencariannya gagal...

Setelah 3 hari berlalu, Farid kembali menemui gurunya untuk mendapatkan jawapan kepada persoalannya yang lalu... Ustaz Halim mengakui bahawa dia tidak berjaya mendapatkan jawapan tersebut..

Sebelum memberikan jawapan, Farid terlebih dahulu memohon maaf sekiranya soalan-soalannya membuatkan gurunya merasa dipermainkan... Farid menyatakan, "Sebenarnya, jawapan itu ada di sekeliling kita.. Sudah pasti, ustaz juga mengetahuinya.."

Tanpa segan-silu, gurunya berkata, "Silakan kamu menjawabnya.."

Farid pun menjelaskan jawapannya, " Jawapan pertama ialah Allah. Ini adalah kerana Allah adalah Tuhan yang satu dan tiada selain daripadanya. Jawapan bagi dua tiada tiganya ialah siang dan malam. Bila siang datang, malam menghilang, begitu juga sebaliknya. Manakala yang empat tiada limanya adalah kitab-kitab yang Allah turunkan untuk Nabi & Rasulnya, iaitu Taurat, Injil, Zabur & Al-Qur'an; dan semuanya sebagai panduan untuk hidup manusia.."

Ustaz Halim tersentak mendengar jawapan.. Dia mengakui bahawa jawapan itu semuanya benar belaka..

Lalu ustaz Halim mengatakan, "Ilmu itu tidak semestinya diberikan oleh guru kepada muridnya.. Ianya boleh datang dari sesiapa sahaja walaupun dari seorang murid kepada gurunya. Saya tidak segan hendak mengambilnya daripada kamu sebagai ilmu untuk diri saya.."

________________________________________________________


Haaa.. Dah baca? Dah baca?? Faham tak?? Hehehe... 

Kesimpulannya, senang je... Setiap daripada kita punya ilmu yang berbeza-beza... Jadi, jangan lokek dan bakhil untuk berkongsi dengan orang lain... Walaupun hanya cara untuk tekan button switch on the light.... Setiap kali orang yang ambil ilmu tu dari kita, kita akan mendapat ganjaran pahala daripada Allah S.W.T.. Insya Allah.... Tapi, itu untuk ilmu yang BAIK sahaja okeyh... Kalo ilmu yang tak baik, maka, ganjaran dosa pula kita dapat.. Na'udzubillah... 

Itu kalau seorang yang kita ajar.. Kalau 20, 30 orang yang kita ajar, insya Allah, berganda-ganda pahalanya.. Nak-nak kalau orang yang kita ajar tu, sampaikan pula kepada orang lain.... Subhanallah....... Nampak tak?? ^__^

Selain daripada tu, jangan merasa rendah diri untuk sampaikan sesuatu ilmu... Biarpun anda bukanlah AHLI dalam sesuatu bidang, ia tidak menjadi SALAH anda jika anda sampaikan ilmu tersebut... Allahu A'lam... Mudah-mudahan, berkat ilmu yang kita belajar...

Pepatah Arab mengatakan, "Ilmu yang tidak diamalkan, ibarat pohon yang tidak berbuah.."

Nampak sia-sia kan kalo kita tanam pokok durian, tapi tak keluarkan buah?? Macam tu jugak lah dengan ilmu kita.... 

Haaa... Jadi, sama-samalah kita sebarkan ilmu yang kita ada.. Mudah-mudahan menjadi manfaat untuk semua, insya Allah....




p/s: Dah join segmen ni?? Klik gambar di bawah untuk join.. ^__^



Friday, July 22, 2011

SEGMEN : ANDAI INI RAMADHAN TERAKHIRKU

Assalaaaamu'alaikum.. ^_______^

Haaaa~ Apa khabarkah semua?? Semenjak dua tiga menjak ni, cik Wardah memang malas betul nak bukak blogger in draft nih.. Apetah lagi nak taip entri... Huhu~ Tapi, mesti bukak jugak la, baca entri-entri dari awak semua.. Hehehe.. Kalo rajin terlebih sikit, keluar la nama cik Wardah kat kotak-kotak komen tu.. Hehehehe...

Aha!! Tinggal lebih kurang 10 hari lagi sebelum tiba bulan Ramadhan... Sudah bersediakah anda??

Bersempena Ramadhan yang bakal tiba ni, tetiba saja cik Wardah bersama dua lagi blogger lain, iaitu al-Hakim & cik Nurussalwa nak buat satu segmen sempena kehadiran Ramadhan kali ini.. Okeh, cik Wardah tompang aje, mereka berdua yang plan... Kihkihkih....

Jom-jom saksikan, apakah segmen itu yeee~ ;)







SYARAT:
1. Buat satu entri tentang perancangan anda untuk mengisi Ramadhan yang akan datang ini andai anda tahu ia adalah RAMADHAN terakhir anda. sertakan juga bersama perubahan yang ingin anda capai di penghujung bulan Ramadhan sebagai pen­­utup entri anda.

(format bebas)



2. publish dan letakkan link anda di entri ini.

3. banner segmen hendaklah dilinkkan ke URL entri ini.
.
4. Segmen ini bermula dari malam ini, iaitu 22 Julai 2011 bersamaan dengan 20 Sya’ban 1432H sehingga 1 Ogos 2011 bersamaan dengan 1 Ramadhan 1432H.




Diharap setiap perancangan dalam entri anda akan dapat dilaksanakan dalam Ramadhan yang mendatang juga memberi manfaat kepada pembaca-pembaca yang lain.


Insya Allah.






Pada penutup segmen ini, setiap link dari blog yang membuat penyertaan akan diterbitkan di ketiga-tiga blog penganjur iaitu PILIHAN HATI, WARDAH HUMAIRA', dan juga di THE GARDEN OF LOVE.

Bersegmen sambil muhasabah diri.

Join yuk! Ajak la sekali kawan-kawan yang lain okeh.... ;)


SELAMAT BERAMAL!!! ^______________^


Terima Kasih.... ^_____________^


p/s: 1st time buat segmen nih.. Ahaks!! ;)
· 

Wednesday, July 20, 2011

TOTALLY Worldless Wednesday #5 ^______________^











Wordless Wednesday #4


__
|     |
|     |
|     |
|     |
|     |
|     |
|     |
__|     |__
\            /
\        /
\    /
\/




p/s: .........................

Monday, July 18, 2011

Apakah Nilai Syukurku??

Ketika Kau ciptakan aku, aku telah berjanji..
Akan mentaati-Mu...
Akan menjalankan setiap perintah-Mu..
Akan meninggalkan segala larangan-Mu...

Namun, Maha Hebat Engkau wahai Penciptaku...
Tatkala aku Kau hantar ke dunia, aku seolah-olah 'terlupa'..
'Terlupa' akan segala janjiku...
'Terlupa' akan segala ucapanku di hadapan-Mu...

Dan begitu benarlah ketika Kau ungkapkan,
"Aku akan ciptakan Khalifah di bumi.."
Lantas, para Malaikat-Mu seakan menolak..
"Mengapa ingin Kau cipta akan sesuatu yang hanya akan merosakkan bumi itu??"
"Sungguh, Aku Maha Mengetahui sesuatu yang kamu tidak tahu..."

Allah.. Allah.. Allah...
Apa lagi yang lebih tinggi dari-Mu??
Siapa lagi yang lebih berkuasa berbanding-Mu??

Tiada... Tiada...
Tiada kekuasaan yang lain selain kuasa-Mu, Allah...
Tiada sesuatu yang bisa menandingi-Mu, Rabb....
Kerana, selain daripada zat-Mu...
Zat yang hanya milik-Mu semata...
Adalah ciptaan-Mu, makhluk-Mu....

Hari ini, setelah hampir 23 tahun,
Kau mengotakan janji-Mu...
Janji memberi kehidupan padaku...
Janji memberi ihsan untuk diriku...
Janji memberikan rezeki kepadaku...
Janji mengurniakan kebahagiaan padaku...

Namun...............
Berapakah janji pada-Mu yang telah aku tunaikan??
Berapakah perintah-Mu yang telah aku laksanakan??
Berapa pula larangan-Mu yang telah aku tinggalkan??


Sungguh... 
Aku tidak tahu ya Allah....
Di dalam selautan nikmat-Mu,
Berapa pula ukuran syukurku atas semua itu??
Apa pula 'hadiah'ku pada-Mu atas segala ihsan-Mu padaku??
Sujudku?? Adakah kerana aku bersyukur??

Aku malu ya Allah...
Malu pada-Mu..
Malu pada makhluk-makhluk-Mu yang taat pada-Mu..
Malu juga pada diriku sendiri..

Aku tidak pandai bersyukur...
Bersyukur untuk semua nikmat kurniaan-Mu...
Nikmat Islam... Nikmat Iman... Nikmat sebuah kembara bernama kehidupan...
Malah, sering pula aku kufur... 

Apakah kerana aku lupa??
Lupa bahawa Kau mampu mengambil segalanya dalam sekelip mata..
Lupa bahawa semuanya hanya pinjaman....
Pinjaman yang tidak akan pernah termampu untuk aku membayarnya....
Selagi aku masih hidup, mahupun setelah aku mati....

Andai pinjaman ini dapat ku hitung, dapat ku nilai dengan mata wang,
Pasti telah aku berusaha sedayaku untuk membayar..
Tetapi tidak... Tidak dahulu... Tidak kini... Tidak juga akan selamanya...

Kini, aku sedar...
"Selautan syukurku, hanyalah setitis nikmat-Mu di bumi.."
Rasa syukurku, tak akan pernah mencukupi nilai nikmat-Mu...

Subhanallah.... Aku bertasbih..
Alhamdulillah.... Aku bertahmid..
Allahu Akbar.... Aku bertakbir..
Laa ilaaha illla Allah.... Aku bertahlil...

Bimbinglah aku.. 
Tuntunlah aku...
Bertatih kepada-Mu...
Dalam menggapai segenggam redha-Mu...
Istajibillahumma du'a'iii... 

Dan juga doa hamba-hamba-Mu yang soleh...
Amiiin.. Ya Rabbal 'Alamiin......

(Cik Aqilah Wardah; 18 Julai 2011; 13:47)

p/s: Takziah buat kawan cik Wardah, Farhan Aminuddin, Atas pemergian bonda tercinta, Dr. Lo'Lo', malam tadi... Semoga almarhumah di tempatkan di kalangan hamba-hamba-Nya yang soleh, insya Allah.... Amiin... Al-Faatihah....

Saturday, July 16, 2011

"Oh Kahwin, Di Mana Kau??"



Assalaaaaamu'alaikum! ^^

Lama betul dah cik Wardah tak menaip kat sini... Sejak gambar singa ketiduran itu disiarkan, memang melekat sampailah ke hari ni... Huhuhu~

Hari ni, sebab rasa ketidaktahanan sudah menjelma, makanya, cik Wardah kembali mensenamkan jari-jemari gemok ni di atas keyboard... 

Juga dengan perasaan kecemburuan yang membara-bara bila member-member semua pergi memanjat Broga Hill yang entah kat mana cik Wardah pon tak tahu, sedangkan cik Wardah terperap dalam library seorang diri.. Ya, tujuan entri ni ditulis adalah untuk mengubat hati yang kesunyian.. Waaah! Gediks betul hari ni.. Hahaha~


Maakkk...! Cik Wardah jatuh cinta?? Sebenarnya..... Ya, cik Wardah jatuh cinta.. Allah, tak habis-habis nak jatuh cinta kan? Kan?? Yelah, segalanya bermula apabila terbaca di sini, sini dan sini.... 

Ni memang dah tak ada kerja... Baca entri pasal cinta je dah nak jatuh cinta.. Hahaha... Jatuh cinta dengan siapa ek?? Hahahaha.. Tu laaah... Memang tak ada pon orang yang nak di'jatuhkan cinta' ini... Kehkeh...

Teringat satu perbualan ngan seorang kawan cik Wardah..

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Cik Wardah: Kak... Cuba tengok sini kejap... [link].. (Link nya dirahsiakan.. Haha :p)
Kakak: Sedang tengok... :)
Cik Wardah: Okeh, nak tunjuk tu je... :p
.
.
.
.
.
.
(Perbualan yang di sini perlu dirahsiakan.. Kot-kot lah tuan punya link tu tau pasal dia... Naya cik Wardah nanti.. Hikhikhik)

Kakak: Dah jatuh hati ke yaang?? :)
Cik Wardah: ...... ^_________^
 Masalahnya kan kak... Saya ni memang dah gatal sangat nak kahwin.. Tapi, tu lah.. Saya takde perasaan kat orang... Perasaan kat kahwin je kak... Hikhikhik...
Kakak: Ah.. Sudaaahh.. Kena carik orang bernama 'kahwin' la tu.... :p
Cik Wardah: Ada ke orang nama macam tuuuuu???? Hahahaha...
Kakak: Yelaah.. Dah Qila kata, Qila ada perasaan kat kahwen je... Kalau lah kawen tu orang, kan senang...... :)
Cik Wardah: Hahaha.. Kan? Senang keje ai...~ Lalalala... 

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Haishh.. Betul jugak kan?? Kalau lah kahwin tu orang... Hahaha.. Senang sangat!! :p

Beberapa hari sebelum itu..... Berbual dengan kak Artis nih, dekat JM Bariyani, Tesco Shah Alam... Terbaik laahh!! TQ Kakak, belanja saya... ^__^ Terhapus sudah idaman terhadap kambing.. Hikhikhik... ^_^

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Cik Wardah: Kak, saya nak kahwin sangat lah kak.... (Sambil suap kambing dalam mulut..)
Artis: Ye ke? Dengan siapa??
Cik Wardah: Tu lah kak.. Kena tunggu tarikhnya lah baru tahu dengan siapa.. :) Tarikhnya dah ada dah.. Cuma, tak tahu lagi dengan siapa...
Artis: Ha?? Hahaha.... Pelamin sume siap tempah dah la??
Cik Wardah: Iye kaakk... Pelamin, hantaran, semua siap dah... Tarikh pon dah ada... Hahaha..
Artis: Dik, jangan cam tu dik... Hahaha...

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Hehe.. Bab mengarut, laju je terlontar kata-kata daripada bibir cute nih.. Haha.. Perasan! 

Bila rasa sunyi, mesti lah perasaan cam ni datang... Dah tak ada kerja, layan perasaan lah kan?? Hehehe... 
Penat.. Penat sangat layan perasaan nih... Nak diluah, tak tahu pada siapa.. Allah je yang setia mendengar.. Nak luah dekat Dia pon tak ada rasa malu... 

Dekat FB, tengok makin hari, makin 'tebal' kad jemputan kahwin.. Ishh, jeles betul cik Wardah.... Senang bebenau diorang ni dapat kahwin kan? Ahaks! Coming soon, my dear Siti Fairuz pulak nak kahwin... Then, Zaidah plak.. Pastu, barulah cik Wardah start berangan-angan nak ada wedding yang macam mana.. Hahahaha~ Gatal... Gatal... Tolonglah jangan nak menggatal sangat cik Wardah oiii~ Hehehehe...

Oooo.. Dah malas nak layan cik Wardah bebel eh?? Yelah.. Yelah... Jom lah, dengar lagu nih.... ^^




Hati yang dahaga
Mengharapkan sinar cinta
Nur kasih-Mu yang sejati
Bahagia kekal abadi


p/s: Hari tu, cik Wardah pergi date dengan Artis nih... Sekali jumpa artis yang ni daaaaa~












Hikhikhik... Tengah message ngan wife kooooottt~ ^^

... Bunga yang Merindu ...


Sempurnakan jerit setangkai bunga
Agar mimpi jangan gelisah


Waktu pagi dibasuh tangisan kecil
Tapi aku tak ingin siapa pun
Mengusik ujung kelopaknya
Kerana setiap titis embun
Adalah suara rintihan riwayat

Kerinduan...

(el-Khadef)

Wednesday, July 13, 2011

Wordless Wednesday.. #3



p/s: zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz~

Monday, July 11, 2011

MERAJUK


Merajuk...
Terasa...
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Dah pegi menyorok... Babai!

p/s: ............

Sunday, July 10, 2011

Bersih Sini, Bersih Sana

Aha!! Assalamu'alaikum... ^_^

Hehehe.. Pagi-pagi dah nak cakap pasal 'bersih'.. Eh, betullah.. Orang bersihkan rumah pagi-pagi kan? Kan?? ^_^




Okey, tak menafikan, memang nak cakap tentang isu BERSIH 2.0 yang baru je berlangsung semalam... 
Cam biasalah, pagi-pagi, bukak FB, bukak blog, baca paper... TV je maintain Al-Hijrah... Hikhikhik~

Memang hangatlah isu BERSIH ni kan.. Nasi goreng mak masak tadi pon, tak sehangat isu BERSIH ni walaupun belum tutup api dapur lagik.. Kat FB, banyak sangat status-status yang menceritakan tentang BERSIH ni... Ada yang marah, ada yang kesal, ada yang sedih, yang gembira pon ada...

Selama ni, cik Wardah cuma membaca sahaja... Melihat, mendengar... Tapi, tak berani nak bersuara lantaran ketidakcukupan ilmu di dada... Uhuhuhu~ Mungkin pandangan cik Wardah ni tak lah sebernas mereka-mereka yang memang mengikuti secara mendalam tentang BERSIH ni.... Allahu A'lam....

Tapi, setiap daripada kita punya pandangan berbeza tentang isu ni... HARUS diingatkan bahawa perkataan-perkataan yang wujud selepas ini, bukanlah untuk menyokong atau menentang mana-mana pihak okeyh... Cik Wardah pon tak decide lagi nak undi parti mana.. HakHakHak.. In fact............ Sila sambung sendiri... :p

Okeyh, back to the topic here.. Sepertimana yang kita ketahui, perhimpunan BERSIH ni, dah lama sangat dah diuar-uarkan oleh pihak berwajip bahawa ia akan diadakan... Macam pelik je ayat nih... Aaaah, tak kisahlah... Huhuhu.... Cik Wardah pon terpaksa kot mintak cuti ngan bos semalam lantaran mak kata "tak payah pegi kerja.." Wuhuuuu~ Apa lagi, sambung tidooooo lah kan~ lalalalala... ^_^

Haaa! Disebabkan kita dah tahu lama tentang perhimpunan BERSIH 2.0 ni, banyak pihak yang sokong, bangkang, itu dan ini... Kalo orang macam cik Wardah ni, mungkin belum cukup 'iman' lagi untuk menyokong atau membangkang mana-mana pihak...

Tapi, banyak jugak lah bincang sikit-sikit dengan mak.... Memang taknak tipulah... Stress kot baca macam-macam info tentang BERSIH ni.... Kita dah tau, mereka nak buat, kalau kita nak halang pon, memang tak ada guna... Sebab, mereka tetap akan buat... Tujuannya, untuk serahkan memorandum je pada Agong... Tapi, apa yang berlaku semalam, memorandum tak sampai kat Agong, kekecohan pula yang berlaku...

Allahu Akbar.... Kenapa jadi macam ni?? Pernah tak terfikir?? Andai pihak-pihak ni bekerjasama (agak mustahil) insya Allah, semua ni tak jadi.... 

Satu je yang terlintas dalam kepala cik Wardah ni... Kenapa tak boleh ek ada yang fikir; "Tak boleh ke kita anggap perhimpunan or perarakan ni macam kita sambut Maulidur Rasul?? Yelaah.. Masa sambutan Maulud Nabi s.a.w tu kan dah ditetapkan jalan-jalan mana boleh lalu... Maknanya, hanya jalan-jalan yang dilalui tu je la yg tutup... Then, mesti ada penguatkuasa yang guide laluan diorang ni kan??"

Haa.. Yang ni cuma cadangan cik Wardah aje lah.. Da lepas baru berani nak cakap... Tak betul sungguh.. Hahahaha.. Kalau kita nak halang, mereka tetap buat.. Then, why not, kita bagi je diorang buat, tapi, guided by certain rules & conditions..... Tanda tangan hitam putih semua pihak... Mana-mana yang melanggar peraturan, boleh lah ditangkap... Ini tak, mula-mula, tak bagi, suruh buat kat stadium, then cancel pulak.... 

Apa daaaa~ Kan menyusahkan semua orang macam tu.... Dah tahu, walau macam mana sekatan dibuat sekalipun, benda mesti bergerak.. Apa nak jadik, jadiklah kata mereka.... Ya, bila sekatan dibuat, bak kata Tuan Guru Nik Aziz, ia akan menambahkan lagi bibit-bibit kebencian dalam hati rakyat... Maka, akan menyusullah lagi perhimpunan-perhimpunan yang lain... Allah... Allah... Allah.... Allah al-Musta'an.... 

Nasihat untuk semua, cukuplah memaki-hamun pihak-pihak berlawanan.. Dah tak larat dah hati ni nak terima & baca semua kutukan-kutukan... Nabi s.a.w. tak ajar kita memaki-hamun... Banyak dah cik Wardah nampak.. Yang soleh-soleh (kat mata cik Wardah laa..) pon sama jugak tiba-tiba jadi pemaki hebat! Allahu Akbar..... Poyo plak rasa nih... huhu~

Rasanya, nak berhentilah.. Taknak cakap banyak-banyak.. Kena tahan nanti.. Huhu~ Dah la tak kahwin lagi... Huhu~

p/s: Rasa nak pegi bermastautin kat luar negara plak.. ACEH ke.. Hahaha...

.:: Tinggalkan Debunga Di Sini ::.

Popular Posts

.:: Ding Dong ::.

Get widget here