Tuesday, August 23, 2011

Wahai Lelaki...

Assalamu'alaikum.. :)
Apa khabar semua?? Alhamdulillah, sedar tak sedar, dah 23 hari kita berada dalam bulan Ramadhan.. 

Macam mana pula dengan pencarian Lailatul Qadr anda?? Masih berusaha?? Mudah-mudahan ya, bertemu kita semua, insya Allah... Baik lah... Selain daripada Lailatul Qadr, apa lagi agaknya ya yang sinonim dengan Ramadhan ni?? Maksudnya, bila kita sebut je bulan Ramadhan, wajib ada perkara ni...

Siapa tahu??? Angkat tangan ye.. 1, 2, 3!! Okeh, tak ada yang angkat... Biar ustazah yang jawab... :p

Selain Lailatul Qadr, umat Islam diwajibkan untuk membayar zakat fitrah bermula awal bulan Ramadhan sehinggalah awal pagi 1 Syawal, sebelum menunaikan solat sunat 'Eid al-Fitr.. Ececeh.. Nak bunyi Arab gak tuh.. Hehehe... :D

Tapi, bukan tentang zakat fitrah yang cik Wardah cuba nak bincangkan hari ini... Tapi, berkaitan dengan pembahagian zakat serta kategori-kategori asnaf yang wajib menerima zakat ini... Apa yang cik Wardah nak cakap pon, bukan lah 'direct' terus tentang pembahagian tersebut, tetapi lebih tentang pengalaman cik Wardah terlibat dalam proses pembahagian tersebut....

Secara jujurnya, cik Wardah tak terlibat pon dalam keseluruhan proses... Cuma diberi amanah untuk menguruskan bahagian pendaftaran bagi mereka-mereka yang layak untuk menerima wang zakat tersebut... 

Oh ye.. Sebelum cerita lebih lanjut, mesti tertanya-tanya kan macam mana cik Wardah ni boleh pulak terlibat dengan proses pembahagian wang zakat ni... Yang sebenarnya, sementara bercuti panjang sejak dari April 2011, cik Wardah telah 'mengabdikan' diri di sebuah pusat sumber yang berada di Masjid al-Mukarramah, Bandar Sri Damansara... Nak tengok tak rupa masjid tuh?? 

Pemandangan dari pintu pagar utama masjid..

Pemandangan dari atas sebuah bukit yang berhadapan dengan masjid...
Amacam?? Cantik taaaakkk?? ^_________^ Seorang kawan pernah datang sini, dan katanya: "Bestnya kak kerja kat sini.. Rasa maca di Cordoba~" Haha.. Gelak je cik Wardah dengo.. :D

Okey, berbalik pada kisah tadi... Di awalnya, pihak masjid telah meminta senarai nama golongan asnaf yang layak menerima zakat daripada pihak Jabatan Agama Islam Selangor dan juga yang telah didaftarkan di Pusat Zakat bagi kawasan Bandar Sri Damansara... Selain itu, pihak pengurusan juga meminta senarai daripada pusat-pusat kebajikan yang berdekatan.. Alhamdulillah, berkat usaha gigih kak Khadijah dan beberapa Muslimat serta ahli jawatankuasa yang lain, selesai segala urusan dan tibalah hari pendaftaran bagi mereka yang akan datang untuk mengambil sumbangan tersebut...

Okey, pada tarikh 22 Ogos 2011 bersamaan 22 Ramadhan 1432H, cik Wardah dan kak Khadijah telah membuka booth di pintu hadapan masjid bagi urusan pendaftaran... Bagi cik Wardah yang pertama kali berhadapan dengan situasi ini, memang sangat-sangat panik... Siapa yang tak panik bila diserbu puluhan orang dalam satu masa... Cuba anda bayangkan keadaan orang nak masuk stadium tengok bola.. Haaa~ Macam tu laah.. "Dah la kecik, cinonet lagik.... Pengsan le kamu sekejap lagi ni..." Usik Hj Rahman...

Dipendekkan cerita, apa yang menyedihkan saya, mereka yang TIDAK TERSENARAI lebih ramai yang datang berbanding mereka yang MEMANG LAYAK untuk terima sumbangan tersebut... Macam manapun, kami tetap menyediakan sejumlah wang untuk 'golongan asnaf' yang sebegitu... 

Dimarah, dimaki, dirayu... Pehhh~ Memang menguji sangat-sangat kesabaran, apatah lagi di bulan puasa..
Bermacam-macam ragam orang yang saya jumpa.. Ada yang mengendong bayi kecil, tak kurang juga warga emas yang membawa cucu-cucu yang masih kecil untuk menagih simpati.. Allahu A'lam bima fi ha'ulais sudur...  

Geram! Ya, bertambah lagi geram cik Wardah bila ada golongan SUAMI, LELAKI, ANAK LELAKI yang cukup sifat, miliki tulang empat kerat, masih gagah, masih kuat, cukup KACAK (abaikan~) untuk menyara hidup anak-anak, isteri, ibu bapa juga diri sendiri turut MERAYU meminta agar diri mereka diberi peluang menerima wang zakat tersebut... 


Haa.. Lebih kurang macam ni la orang nya.. Ahaks! @_@ Angau sebentar~ Hensem~ Hensem~ :D Ekekekek.... Stop cik Wardah!

Wahai lelaki...... Aduh... Kecewa sangat cik Wardah tengok masa tu... Memang cik Wardah nak fokus pada lelaki-lelaki GACAK ni jep... Bayangkan, ada yang datang tu naik Estima, naik Waja, pakai iPhone... Amboi.. Cik Wardah pon pakai Wira mak je.. Henfon pon dah 2 tahun tak tuka-tuka.. Kalau tukar pon, henfon Nokia de torchlight tu.....

Wahai lelaki... Anda sepatutnya tahu tugas dan tanggungjawab anda... Jangan hanya tahu meminta-minta.. Jangan mengajar isteri anda untuk turut meminta sedang anda masih GACAK perkasa.. Jangan ajarkan anak anda untuk meminta-minta... Sepatutnya, anak-anak dididik untuk BERUSAHA.... Bukan bergantung harap pada orang lain.... Kalau nak diikutkan, berapa sangat lah yang mereka dapat daripada wang agihan tersebut.. Cik Wardah yang isi, jadi cik Wardah tahu.....

Malam tu, selesai upacara, ada yang gembira menerima wang... Ada yang muram dan terus  pulang, (mungkin kecewa dengan jumlah wang) tak kurang juga yang kurang berpuas hati... Okey, betulkan.. Bukan KURANG... Tapi, MEMANG TAK puas hati... Sampai sanggup bertelagah dengan ahli jawatankuasa.. Jumpa seorang tak dilayan, dilangkahkan kaki ke AJK yang lain... Oh ye, dengan cik Wardah pon ada..

Kata cik Wadah, ini amanah.. Kami diamanahkan untuk menguruskan begitu, begitu dan begitu.. Lagipon, wang agihan zakat itu bertujuan untuk digunakan di hari raya, bukannya SEUMUR HIDUP! Ya, marah! Sedih! Kecewa! TERUTAMA dengan LELAKI GACAK tadi... Allahu Akbar... Perlu banyak istighfar...

Namun, dalam keletihan, dalam kemarahan, kami semua bersykur.. Hamdan Lillah, kerana semuanya berjalan lancar.. Pembahagian telah disempurnakan.. Ditambah dengan sokongan dan dorongan Dr. Zainuddin dan Dato' Said Molok, yang berterima kasih atas usaha kami... Alhamdulillah, kami berjaya jalankan amanah yang ditanggungkan ke atas kami... 

Untuk golongan LELAKI GACAK tadi, kami semua doakan mereka berubah, diberi hidayah untuk membuka mata seluas-luasnya, insya Allah...

Jadi, nasihat untuk anda-anda semua, terutamanya LELAKI...

  • Mahukah lihat anak-anak, isteri & ibu bapa anda dalam kesusahan?
  • Mahukah lihat mereka meminta-minta??
  • Mahukah lihat mereka dicemuh dan dihina??
Kalau tidak, tunjukkan mereka anda MAMPU!! MAMPU menjadi contoh yang baik untuk masa hadapan yang cerah, insya Allah...

Ahh~ Tak tahu nak bebel apa dah... Tak terluah rasanya apa yang cik Wardah nak sampaikan... Rasa banyak mengarut je ni.. Apa-apa pun, POINT UTAMA ialah; lelaki yang cukup sifat, mampu berusaha, WAJIB berusaha dengan tulang empat kerat dan titik peluh sendiri untuk memberi nafkah yang halal & berkat untuk keluarga.... 

Oh ye, dah nak penghujung Ramadhan ni...

p/s: Beringatlah sebelum terkena... Mencegah lebih baik dari merawat... Kan?? ^_^

Saturday, August 20, 2011

Cik Wardah Terpaksa Walaupon Berat.... Sebab Naaak Sangat!

Assalamu'alaikum!! ^_^

Okeh, marathon entri hari ni.. Tajuk plak tak boleh nak panjang lagik.. Hahaha...

Walaupun tak adalah nak mengharap sangat... Eh, tapi tak tally plak dengan tajuk entri.. Silap! Silap!

Memang teringiiiiiiiiiiiiiin sangat-sangat lah nak dapat mende alah dari Obesi nuh.. Hikhik...
Dengan support daripada beliau juga... Kalau cik Wardah tak dapat, memang akan kejar beliau ke ceruk mana sekalipun! Hehehe.... Siaplah kamu! :p




Cuma, masalahnya..... Erm... Erm.. Masalahnya dekat syarat entri tuh.. Tak patut betul dia mintak...
Ada ke patut... Syaratnya "HARUSLAH BERUNSUR MEMUJI.." Dah lah cik Wardah ni memang 'PANDAI' sangat bab puji-memuji nih... -_-"

Neway, tadi dah pi blajaq sket-sket skill memuji nih.. Hahaha~ Tak tahu lah menjadi or tak.. :D


Dan bilamana Allah menciptakan, Dia mencipta dengan yang sebaik-baiknya..
Maka, wajiblah kita menerimanya...
Tanpa rungutan.. Tanpa kesalan...

Dan di setiap ciptaan yang indah itu..
Tetaplah pujian berbalik kepada Penciptanya..
Juga di setiap ciptaan yang suram itu...
Tetaplah juga pujian diberi kepada Penciptanya..
Ketahuilah...
Di setiap semuanya, 
terselit sejuta makna kehidupan...
terselit seribu pengajaran dan didikan...

Segala pujian hanyalah milik-Nya..
Segala pujian wajiblah untuk-Nya..
Tiada yang lebih layak...
Melainkan Allah yang Esa..
Pemilik segala pujian..

Dialah... AL-HAMID.....

Haaa~ Boleh dikira pujian tak?? Hehe~ Dia cuma cakap berunsur pujian je.. Tak cakap pon untuk dia.. :p
Contoh tu hanya contoh je... Tak thabit pon.. Haha.. Sori lah Encik Adriad.. Manolah cik Wardah bijak bab-bab memuji nih... Huhu~ Memang jarang sangat puji-memuji.. HikHikHik.. ^_^

Neway, Selamat Berhari Raya di perantauan!! ^____^

Anda nak join? Klik gambau di atas! ^_^

p/s: Kak Marjan pon ada tag cik Wardah... OOhh~ Ianya berkaitan melukih-lukih... Mano nak cekau nih.. Hukhukhuk... -_-"

Mungkinkah ini yang terakhir??

Assalamu'alaikum...

Entri kedua hari ini... Sepatutnya, entri bertajuk di atas ditulis lama dahulu.. Haha..
Tapi, akibat kemalasan dan kesibukan yang melanda, entri ditangguh..
Well, ini adalah kisah peribadi.. Haha.. Ada ke patut, cerita hal peribadi kat blog.. (Macam tak pernah je..) 

Okeh... Kisah mengenai dua orang sahabat cik Wardah... Yang mana satu ek?? Erm... Entri ni macam nak emosi jep.. Tengah-tengah cik Wardah ni tengah dilanda musibah hati, mereka pula dilanda musibah lain.. Lalu, tanpa tersedar, cik Wardah juga seolah-olah 'terheret' dalam musibah tersebut..

Haaa.. Bukan terheret apa.. Cuma diminta beri pandangan, kekuatan & semangat je.. Haha.. Bayangkanlah orang yang tengah down, moody lagi demotivated, tiba-tiba je orang datang mintak pandangan bagai.. Huhuhu~ Kalau anda semua, macam mana?? Mesti rasa haru jugak kaan?? ^__^
Tapi, bagi cik Wardah, itu semua cara Allah menghadiahkan kekuatan & keinsafan dalam hati ni.. Cewaaah!! Poyo~ Haha.. Tak tahu ke?? Cik Wardah ni dalam entri je ala-ala sopan-santun lagi budiman.. Huhu.. Ada seorang kawan cik Wardah, dia boleh la pulak cakap cik Wardah ni gila-gila.. Haha.. Pestaim dengar 'pujian' tu dari beliau.. Kehkehkeh... 

Okeh-okeh, berbalik kepada kisah Cik-Cik Sahabat tadi.. Moh le cik Wardah tunjuk sket wajah mereka...

Korang pernah tengok tak mereka di mana-mana?? ^_^
Sepanjang cik Wardah kenal mereka ni, mereka adalah orang-orang yang hebat.. Hebat dari segi apa??
Haaa.. Dari segi ilmunya, dari segi kecekalannya, dari segi sosialnya.. Malah, mereka adalah hebat walau di mana-mana juga mereka berada..! ^_^

Apa lagi yang cik Wardah nak sebut eh? Oh ye... Mengenai 'musibah' mereka dalam membuat pilihan..
Oh~ Pilihan apa?? Nantikan September nanti!! Insya Allah.. Huhu~

Waaa~ Kak Elly & Nonie, tak tahu nak kabo cam mana... Kome berdua memang deserve it.. Please, just go for it my dearests~ Please, just go! Rayuan & paksaan dari sahabat ni... HikHik..

Andai pertemuan hari tu yang terakhir untuk kita, biar Allah temukan kita di syurga-Nya nanti, insya Allah..
Andai pertemuan hari tu yang terakhir untuk kita, biar ia terus tersemat di hati & sanubari kita...
Segala yang berlaku hari tu, walaupun dalam keadaan yg ad-hoc, still, we spent a very precious time together.. Rite?? ^_^

Just remember one thing.. Allah is up there, and always listening to us.. Never leave us alone... Kan?? 

Walauapapon pandangan orang, kita yang melaluinya je yang faham.. Dan saya memahami perjalanan anda berdua untuk sampai ke tahap ini.. Jadi, jangan lepaskan peluang ni..

Walaupon suatu hari nanti, anda berdua 'HARUS' mendelete no phone saya dari phonebook anda berdua, ya, saya akur... Dan akan terus menyokong & mendoakan anda berdua, insya Allah... Selagi hayat dikandung badan.. Insya Allah...

Dan suatu hari nanti, saya akan berkata kepada anak-anak saya, (wah~ anak-anak tu.. Haha): "Huma sodiqatani fil ja'mi'ah fil madhi...(ececeh.. cakap Arab lak tu ngan 'anak-anak'.. Haha~)"

YUPS!! They are my frens; yesterday, today, tomorrow, & always, insya Allah..

GUD LUCK DEARESTS.. Semoga perjalanan & perjuangan kalian dirahmati, diberkati & dipayungi Rahmat & Rahim Allah selalu.. Amiin.. Amiin.. Istajib du'aie haza ya Rabb.. Amiin... :')

Kalian anugerah Allah terhebat untuk diri saya.. Insya Allah, segalanya terlekat di sudur (dada) ini... Insya Allah.... 

p/s: Nak tahu kat mana boleh tengok diorang nih?? Haaa~ Bukak TV Al-Hijrah, channel 114 kat Astro yee... Setiap hari Jumaat, Sabtu & Ahad, jam 8.30 pagi.. Tengok okeyh!! In fact, boleh tengok seawal jam 7.00 pagi lagi untuk siri-siri yang lain.. Sama-sama kita tingkatkan ilmu, insya Allah.. :)

Tak Nak Merokok Bersama Pilihan Hati

Assalamu'alaikum!! ^_^

Lama sudah cik Wardah tak membebel di sini.. Tapi, hari ni tak mau membebel... Just nak support Cikfu dengan meng'join' segmen + kempen beliau.. Jom tengok! ^_^



Nak cerita sikit je.. Kempen ni mengingatkan cik Wardah tentang satu episod rancangan popular Arab; Law Kana Baynana, yang mana mereka meninjau ke kawasan sekitar Gua Hira', ketika Nabi S.A.W mula-mula menerima wahyu dari Allah... Setelah turun dari gunung tersebut, salah seorang ahli rombongan berkata pada pengacaranya; "Hanya satu perkara yang saya mahu katakan.." Lalu beliau menunjukkan puntung rokok, dan mematahkannya... Subhanallah, begitu besar sekali kesan kecintaan beliau pada Rasulullah S.A.W, sehingga Allah S.W.T membukakan pintu hatinya untuk berhenti merokok.. Jazahullahu Khairan Kathira, insya Allah.. 

Jadi, apa pula kata anda?? Slogan cik Wardah:

"Anda cintakan Allah dan Kekasih-Nya?? Berhentilah MEROKOK!!"

So, apa lagi?? Ada yang berkenan nak join segmen nih?? Haa.. Sila Klik gambau di atas! ^_^

p/s: Lama dah belog ni menyajikan perkara-perkara yang tak sepatutnya.. Huhuhu~ Asif jiddan!! 

Monday, August 15, 2011

Ku Intai CintaKu...









Maka kita ciptakan jarak

tak saling ingin mengganggu


hanya memandang dalam kejauhan


kerana tak ingin saling melukai

Dan hanya menyimpan semua kata...


dalam diam...

Wednesday, August 10, 2011

Wordless Wednesday... #6




p/s: Insya Allah, kekal ke syurga-Mu... Berkatilah mereka semua.. Allahumma Ameen... ^_^

Saturday, August 6, 2011

"Ana Rindu........"





لو كان بيننا
سأكون من أفرح الناس في الدنيا

والله, فأنت تعلم أنني في شوق عظيم
الشوق الذي لم أستطيع أن أتكلم
لم أجد أن أقول

يا رب العزة, أريد أن أقابله
كما الصحابة الذين معه من قبل..

يا الله يا مجيب
استجب دعاءي 

أمين, يا رب العالمين..





يا إخوان و أخوات في الإسلام,

صلوا عليه رسول الله صلى الله عليه وسلم


Seandainya Baginda masih di sini,
Aku adalah antara mereka yang paling bergembira di dunia..

Demi-Mu ya Allah, hanya Kau yang tahu..
Betapa aku merindui...
Rindu yang tidak mampu ku luahkan..
Yang tidak dapat aku ungkapkan..

Ya Allah,
Aku ingin sekali bertemunya..
Sebagaimana para Sahabat yang bersama-sama dengannya suatu ketika dahulu..

Ya Allah yang Maha Memperkenankan,
Perkenankan doaku ini..

Amiiin.. Amiin ya Allah... 



Wahai saudara-saudaraku seagama-ku,

BERSELAWATLAH KE ATAS BAGINDA S.A.W.


p/s: Pelik je bunyi bila translate ke BM... T_T
       "Ana rindu ya Rasulallah... Rindu... dan Rindu.."

Tuesday, August 2, 2011

With Love

Walau jauh... Terasa dekat..
Walau tidak bersua... Terasa di depan mata..

Kau ibarat bunga...
Kau selembut sutera...
Kau umpama cahaya...

Saat ku rebah, kau ada...
Saat ku lelah, kau masih setia...

Kini, tiba saat kau merasa...
Namun, masih kau cuba berusaha..
Menyembunyikan sejuta rasa,
yang sedang melanda jiwa...

Adik...
Walau dirimu cuba berahsia..
Allah tak pernah terleka...
Dihitung segala kesabaranmu, melawan setiap rasa...

Adik...
Walau kak cuma manusia biasa...
Kak ingin mencuba...
Mencuba menyelami semua rasa...
Walau kak tahu Allah lebih mengetahui...
Kak tetap ingin mendalami...
Agar kak juga dapat memahami...
Segala rahsia, seribu rasa hati...

Dalam senyum ada derita..
Dalam ketawa ada duka..

Kita semua insan yang lemah...
Ingat lagi, adik kata, "Manusia itu fitrahnya saling memerlukan"..??

Andai adik lemah, pinjamlah kekuatan kak untuk berdiri...
Andai adik rebah, sambutlah tangan kak untuk berpaut...
Andai adik hilang, biar kak usaha untuk mencari...

Insya Allah..
Ukhuwwah yang kita bina, atas dasar cintakan-Nya...
Jadi, mahu ragukan apa??
Ceritalah, jangan berahsia...

Agar tidak resah..
Agar hilang gelisah...




Akhirnya...
From Malaysia With Love,
Untuk yang jauh di perantauan..
Biar ini menjadi teman, pengubat duka di kala rawan...

Allah sentiasa bersamamu, dik..
Kak sentiasa doakanmu....
Insya Allah..
Panjang umur, pasti kita ketemu..
Doakan selalu ye.. 
Amiiin... 

^_____________^



p/s: Macam tak menjadi je... T__T

.:: Tinggalkan Debunga Di Sini ::.

Popular Posts

.:: Ding Dong ::.

Get widget here