Friday, September 16, 2011

"Jangan tengok aku kat TV!!"

Assalamu'alaikum!! ^_^

Selamat pagi semua... Entri pendek.. Tengah stress translatekan buku...
Oh, payah juga ya orang-orang translate buku-buku Tasawwuf dari Bahasa Arab ke Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan bahasa-bahasa lain.. Penggunaan gaya bahasa sangat penting!! Apapun, pengalaman berharga! Sambil-sambil isi poket.. ;)

Rabbana yassir wa la tu'assir...

By the way, apa cerita terhangat sekarang ni ya??

Tengok sendiri lah ya!! ^___^


Okey, wajah di atas, wajah sahabat saya!! Masih ingat entri yang INI??? Haa.. Inilah yang cik Wardah maksudkan.... ;) Ramai-ramai tengok ya.. ^__^

p/s: "Kawan-kawan artis pon popular jugak.." Kata cik Ana.. Haha..

-Terlalu penat dengan kelas-kelas yang baru bermula... Belum menemui rentak untuk semester ni.. Harap dipermudahkan semuanya, insya Allah... Pray for me keyh! ;)

Thursday, September 8, 2011

Hantaran Wanita Sekarang Mahal?? Tak Kahwin La Macam Ni.... -_-"

Assalamu'alaikum!!
Alhamdulillah, dah 4 hari cik Wardah & family menjalankan puasa 6.. Yang paling best puasa 6 kali ni, bila makan sahur & buka semua ayah cik Wardah yang sediakan... Tak percaya?? Moh terai datang umah tengok... Haaa~ Hari ni menu berbuka, ayam letak jawatan masak rendang.. Uhuhu~ Mantaap..! ;)

Hari ni, agak terlewat sedikit menghadap Mr. Acer untuk melayari internet.. Maklumlah, tinggal kurang 3 hari lagi hendak menjejakkan kaki semula ke bumi UIA.. Jadi, terlalu banyak persiapan yang perlu disiapkan.. Ada lebih kurang limaploh beg lah jugak nak hangkut.. :D Bimbang tayar kereta je tak mampu nak tampung.. :D Ok, tipu je.. 

Tapi, dalam beberapa hari yang tinggal ni jugaklah member-member ajak datang rumah, open house sana-sini.. Huiiihh~ Tak duduk diam cik Wardah di rumah... Asal siang je vroom! Asal siang je vroom!! Ahaks! ;)

Okeh, back to the topic up there.. Sejak hari tu (tak tau lah hari apa.. :D), hari-hari orang duk bincang pasal kahwin.. Aigoo~ Memang dah musim nak fikir tentang kahwin kot kan.. Maklumlah, dah makin tua... Siap bicara tentang umur dapat anak.. Tapi, betul lah jugak... Orang sekarang kan cepat tua.. Banyak penyakit pula tu.. Tak macam nenek & nenek-nenek sedara cik Wardah.. Masing-masing masih gagah perkasa mengacau rendang di hari raya yang lepas.. Uihhh.. Tabik! Tabik! ^_^


Wewwiiittt!! Siapa nak kahwin?? Angkat tangan!! ;) Hehehe.. Sama-samalah kita berdoa agar dipercepatkan & dipermudahkan Allah.... Amiiiin.. ^_^

Kesinambungan daripada perbincangan tentang kahwin ini, dua tiga hari ni, korang perasan tak, banyak sangat status pasal kahwin keluar kat facebook... Yang paling banyak sekali kuar, yang macam nih...

‎"Aku terima nikahnya dgn si dia binti si ayah dia dengan mas kahwinnya RM..”

Bunyi macam senang ? nah ni erti sebenar dia :

“Aku tanggung dosa-dosa si dia dari ibu bapanya, apa saja dosa yang dia buat,dari dedah aurat hingga ke tinggalnya solat, aku tanggung dan bukan lagi ibu bapanya tanggung, dan aku tanggung semua dosa bakal anak-anak aku. Kalau gagal, maka aku fasik, dayus & aku rela masuk neraka dan malaikat Zabaniyah melibas aku hingga pecah badan aku”

Haaa.. Perasan kan?? Kan?? Kebanyakannya, memang orang lelaki lah yang post kan benda nih.. Huhu.. 
Haaa.. Takut tak? Takut taakk??!
Sebenarnya, perkara ni patut disedarkan lama dahulu.. Walau begitu, Alhamdulillah, dengan adanya quote yang macam ni, harap-harap yang lelaki ni ambil iktibarlah ye, insya Allah.. 

Tak lama lepas tu... Keluar plak yang macam nih...

Nilai Hantaran Kahwin Mengikut Harga Purata Terkini dan Status Pelajaran di Seluruh Semenanjung :-
UPSR,PMR/SRP : RM1,000 - RM3,000
SPM : RM3,000 - RM8,000
STPM/DIPLOMA : RM8,000 - RM12,000
DEGREE : RM12,000 - RM15,000
... 2ND DEGREE/MASTER : RM15,000 - RM20,000
PHD : RM20,000 - RM30,000
*igt nih, kaum lelaki kena kumpul duit banyak byk kalau nak isteri bekerjaya dan pandai..

Terbaca yang ni kat wall seorang kahwin... Perbincangan hangat mula berlaku.. Ewah-ewah, kemain lagi hantaran zaman sekarang ye... Nak ikut pulak tahap-tahap pendidikan seorang wanita.. Ish-ish... 

Mula lah kaum lelaki dah gelabah nak fikir carik duit hantaran lah, duit mahar lah, duit kenduri la...
Pesanan ikhlas dari cik Wardah.... Bukan nak sokong lelaki or nak bahan wanita ye.. 

Kan Nabi S.A.W dah pesan.......

"Daripada 'Aisyah, Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Sesungguhnya nikah yang paling besar keberkatannya ialah yang paling mudah (rendah) maharnya.” (Hadis riwayat Al-Baihaqiy)

"Daripada 'Aisyah, Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Setengah daripada keberkatan wanita ialah mudah peminangannya dan mudah maharnya.” (Hadis riwayat Al-Baihaqiy)" 

Dah nak bimbang apa?? Ini dah terang-terang termaktub sejak 1400 tahun dahulu.. Bimbang dengan peredaran zaman?? Beza zaman dahulu dengan zaman sekarang?? Islam yang dibawa Nabi dulu dengan Islam sekarang beza ke?? Solat yang Nabi ajar dulu, dengan solat kita sekarang, lain ke??

Jangan duk bimbang sangat.. Usaha, doa & tawakal tu lebih penting... Minta Allah permudahkan semuanya, insya Allah, tak ada apa yang perlu dibimbangkan... :)

Nabi S.A.W pon dah pesan; 

Perempuan itu dinikahi karena empat faktor; yaitu agama, martabat, harta dan kecantikannya. Pilihlah perempuan yang baik agamanya. Jika tidak, niscaya engkau akan menjadi orang yang merugi (HR Bukhari dan Muslim)

Haa.. Dah nak ikut pesan siapa lagi kalau bukan Kekasih Allah?? Okey?? Jangan bimbang-bimbang sangat lagi... 

Dah cukup pesanan untuk lelaki.. Untuk wanita pula.. Dah tahu harga barang semua naik sekarang ni.. Jangan duk demand sangat lah pakai barang-barang branded sangat.. Kita dah tahu dah, orang perempuan ni, kalau pakai beg tu, bukannya sampai 2, 3 tahun... Kejap je, tak sampai 2, 3 minggu nanti dah nak beli beg baru.. Tu belum kasutnya, emasnya, bajunya... Kan?? So, fikirkan masa hadapan.. Nak bergaya tak salah, tapi jangan pegang kata-kata; "Biar papa asal bergaya..

Zaman sekarang tak boleh dah ikutkan kata-kata tu.. Fikir-fikirlah tentang bakal suami yang nak menyara kita nanti.. Jangan bila dah kahwin dengan hantaran puluh-puluh ribu, duk hutang keliling pinggang pulak lepas kahwin.. Na'udzubillah... Okey?? Bertolak-ansur tu lebih baik.. Insya Allah, manfaat untuk diri, keluarga dan masa hadapan nanti.. ;)

Akhir kata, mencegah lebih baik dari merawat... Nak dunia ke nak akhirat?? ^_^

p/s: Kahwin.. Kahwin.. Kahwin.. Hahaha... 

Wednesday, September 7, 2011

Wordless Wednessday #7


















p/s: Credits to Siput Sedut a.k.a Sarah Farhana & Encik Addy Fitri.. ^________^

Tuesday, September 6, 2011

Sesat



Terasa sesat jauh di tengah lautan manusia..
Segalanya serba tak kena...
Bicara ku....
Perbuatan ku...
Perasaan ku....

Seolah ada yang hilang...
Apa?
Entah... Tak pasti...

Walau dikelilingi manusia,
tetap terasa kosong..

Ada yang hilang...
Tapi apa??

Atau, aku sendiri yang tersesat??

I NEED HELP.... T_T

Skandal.. OoOo SkandaL

Assalamu'alaikum!! ^_^

Sila ceria di pagi-pagi hari... Senyum seindah suria yang membawa cahya..~ 

Fullemaakk.. Pagi-pagi dah nyanyi.. Mimpi ape tah malam tadi ek... :D
Haha.. Semalam, dengan baik hati dan sweetnya, encik Atokk telah mensudikan diri mencarikkan calon untuk cik Wardah.. OMAI~ That's why la this morning nak nyanyi-nyanyi... :D Okeh, jangan nak perasan dulu.. Belum pon confirm lagik... Hehehe...

Sepatutnya entri ni keluar malam tadi.. Tapi, akibat keterlaluan excited akan kesudian encik Atokk, maka terus lah offline masuk tido.. Hehe... 

SKANDAL.. Apa itu skandal ek?? Ada siapa-siapa yang tahu?? Nak ceritakan kat cik Wardah takk?? ^__^
Dah sakit jiwa ke cerita pasal skandal nih??

Anda semua pernah tak ada skandal?? Cuba angkat tangan sikit siapa yang pernah ada tuuu?? :D Basically, skandal ni berkaitan dengan CINTA... 

Share your love by Lilyfly06
Setau cik Wardah la kan.. Orang main skandal-skandal ni taim sekolah-sekolah dulu jek.. Kalau dah dewasa ada lagi ke?? Tak tahu la teman aih.... Ni semua pasal skulmet-skulmet cik Wardah lah... Boleh pulak malam tadi depa duk komen-komen kat MukaBuku pasal skandal-skandal nih... Bangga lak tu punya skandal...

Yang paling best, kes skandal ni berlaku dalaman kalangan geng sendirik.. Muahahaha~ Adakah cik Wardah terlibat sama?? Hahaha.. Tak dapek den nak larik aih.... Den ni skandal paling pemalu.... Tapi anda semua jangan lah fikir kitorang ni jahat ke gedik ke ngada-ngada ke.. Ni semua kes SINGLE lagik lah ni.. Hahaha.. Skandal pon boleyh~ ^___^

Reunion ex-Batch Aliran Agama SMKS18 (Batch 01-05) 2011 by Roy Ruhaify
Haaa.. Ce teka.. Ce tekaa... Yang manakah skandal-skandal yang terlibat?? Muahahaha~
Amboii~ Gelak sakan kamu cik Wardah... Diorang ni klako tak hingat... Can't wait to see them again this Friday, insya Allah...

Teringat Encik Amirul pernah berkata, "Dah bertahun-tahun kita tinggalkan sekolah.. Tapi, kita still duduk sama-sama kat sini lagi kan?? Membincangkan macam-macam.." Serius cik Wardah rasa macam terharu betul mendengarkan ayat beliau.. Al-maklumlah, beliau, cik Wardah & lain-lain ada yang berhijrah lepas tingkatan 3... Ada pula yang dah tingkatan 4 baru menjejak di sekolah tersebut.. Paling kagum, mereka yang sangat setia di situ.. 

Dalam tempoh itu, macam-macam dah berlaku... Yang dah kahwin, yang dah keja, yang tak keja, yang dah keluar negara, tak kurang juga mereka yang telah pergi menghadap Ilahi... Innalillahi wa inna ilaiHi rooji'un.. -sebak- al-Faatihah....

Allah.. Sebak bila teringat peristiwa yang meragut nyawa seorang sahabat... Moga arwah di kalangan mereka yang beriman dan mendapat rahmat Allah.. Amiin.. insya Allah... Terlalu banyak kenangan... Terlalu banyak....... 

Sebuah persahabatan yang tersangat berharga... Takkan ternilai dengan intan permata.. Takkan pernah terganti dengan seluruh dunia juga..... 

Namun, janji Allah itu pasti.. Takkan terlewat, takkan terawal.. Mereka telah mendahului kita.. Dan kita?? Pasti akan menjejaki mereka... 

Saat ini juga terkenang nasihat Ustaz Sa'er... Katanya, "Jagalah pemakanan kamu.. Usia muda tak menjamin kamu akan hidup hingga tua.. Ya, saya cakap sebab saya dah kena.. Saya tak mahu kamu semua jadi macam saya.." Allahu Akbar... Rasa tak tertahan air mata nak menitis... Pesanan seorang guru.. Yang dulu suaranya menggegar sekolah.. Yang dulu tegasnya menggoncang hati-hati... Namun, kini.....

Ustaz yang berkerusi roda
Saat beliau muncul dibawa anak lelakinya ke ruang tamu, Sarah mula menitiskan air mata.. Sebak melihat beliau... Namun, suatu perkembangan yang lebih baik berbanding sewaktu cik Wardah menjenguk beliau di ICU dahulu... Ustaz dah boleh bergurau.. Sempat juga cik Wardah berpesan pada ustaz sebelum pulang, "Ustaz, jangan lupa tau..." "Lupa apa??" Balas beliau... "Jangan lupa doakan saya kahwin cepat.." Hahahaha.... Ustaz, ustazah (isteri Ustaz) & anak perempuannya turut gelak bersama.. Alangkah indahnya ukhuwwah di saat kita saling mendoakan yang terbaik sesama kita.. Insya Allah.. Yang terbaik untuk semua.. ^__^

Waaahh.. Tak sedar dah berjam-jam menaip entri ni, tak siap-siap.. Al-maklum, sempat tido, pegi hantar adik kat KTM Shah Alam, tersebak pula dengan kenangan... Huhu.. Siap lari tajuk lagi.. Hahaha~ Mahap.. Mahap.....

Tapi, begitulah hidup... Bermula dengan pertemuan, mencipta rasa... Membina sebuah memori berlandaskan perjuangan.. Pahit, manis, suka & duka... Semuanya mengajar erti kehidupan... Tak mengenal muda atau tua, kacak atau kurang cantik.. Semuanya terjahit di hati.. Agar jahitan tak tanggal, kami mereka impian bersama.. Biar tercantum antara hati-hati.. Hanya Allah mengerti, persahabatan ini, ingin ku bawa menjadi saksi, di waktu perhimpunan abadi, agar kami tak terpisah lagi.... Allahumma Ameen.. Berkati perjuangan kami, membawa cinta sejati, menuju akhirat abadi... Insya Allah..... T__T 

p/s: Semalam ada orang cakap saya comel.. Muahahaha~ Atokk, carik kan cepat-cepat.. :D

Saturday, September 3, 2011

Aku Mahu CINTA Itu

Ku lihat kiri...
Ku lihat kanan...
Mereka semua bergembira......

Gembira dengan cinta...

Kemudian...
Ku lihat kembali ke kiri...
Dan ku toleh semula ke kanan...
Ada yang bersedih..

Bersedih kerana cinta....

Aku??
Aku tunduk ke kotak hati...

Tiada!
Tiada gembira...
Tiada sedih...

Yang ada, hanyalah sunyi....

Adakala, aku rindu...
Adakala, aku pingin...

Pingin sekali punya cinta...
Pingin sekali punya duka...

Terkadang ku pujuk rindu....
Harus sabar menanti...
Harus tabah mengharungi...

TUHAN....
Malam itu aku tewas...
Malam itu aku lemas...

TUHAN....
Sampai bila??
Aku sering bertanya..
Aku bimbang itu menjadikan aku kufur...

Namun, aku hanya manusia biasa...
Biasa dengan perasaan CINTA...
Biasa dengan perasaan RINDU...
Biasa juga dengan perasaan DUKA...

Walau dalam keterbiasaan, aku juga inginkan di luar biasa itu...
Tamakkah aku??

Aku tetap mahu CINTA itu...



p/s: Bila cinta ada, tak pandai nak hargai... Kini yang tinggal hanyalah sunyi.. 

Friday, September 2, 2011

Raya Sana... Raya Sini...

Assalamu'alaikum!! ^_^

Selamat Hari Raya semua!! Belum terlambat lagi kan?? Orang Melayu kan raya sebulan~ ;)

Al-awwal, Hamdan lillahil Hamid, yang sentiasa mendengarkan doa hamba-Nya & memperkenankannya.. Raya kali ni berlangsung dengan lancar... Cik Wardah juga berjaya mengontrol bab makan-makan di hari raya ini.. Huweee~ Berat tak naik.. Berat tak naik... ;)

Ath-thani, poskad ke NZ dah selamat tiba.... Poskad apa ya?? Ha.. Pergi terjah SINI...  ;) Alhamdulillah... :)

Raya tahun ni as usual di Shah Alam sahaja.. Petang raya baru berlari ke Melaka.. Wow! Lari meyh~ Wajib lah pulang ke Melaka ye.. Kat sinilah kutip duhet raya berbukit-bukau~ Lalalala~

Haha.. Apa?? Tak dapat duet raya dah ke?? Aisehh~ Rugilah.... Cik Wardah masih dapat ni.. Alhamdulillah.. ;)

Paling tak tahan bila kat satu rumah tu, kitorang semua nak balik dah.. Makcik tuan rumah tu pon menyeru....

"Wahai budak-budak sekalian... Meh sini nak bagi duhet raya.."

Cik Wardah masa tu terlambat train plak nak salam pasal syok sangat minum air GAS Petronas... Hikhik.. So, lepas seruan tu, kita pon beratur sama lah ye nak salam... Hormat tuan rumah.. ;)

Sampai je turn cik Wardah..... Makcik tu tahan tangan... And........ Tau tak??

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.




Hahaha.. Dapat jugak duet raya.. Ini bukti ye.. :D Nampak budak baju ungu tuh?? Dia darjah 6, tak dapat okeh! Hahaha.. Suka! Suka! Suka!

Dan banyak lagi rumah yang TERLEPAS bagi duet raya kat cik Wardah... Especially, makTeh cik Wardah.. Hahaha.. Dia tergelak bila nengok cik Wardah yang dia bagi duet tuh.. Kihkihkih... Sebelom balik tu, sempat bisik kat telinga makTeh.. "Doakan along kahwin cepat ye makTeh...." MakTeh gelak lagik... Waaa~ Suka lagik!!! ^_____^

Selain duit raya... Tahun ni juga menyaksikan betapa semua orang sudah semakin memBESAR, menDEWASA & menTUA.. Hehe..

Yang dulu kita tengok masih bayi, sekarang dah jadi kanak-kanak...

Yang dulu kita tengok duk main masak-masak, sekarang dah pandai masak.. (Cik Wardah le tuuu~ Lalalala)

Yang dulu kita tengok duk usha awek/pakwe sana-sini, sekarang dah nak kahwin... (Komfem bukan cik Wardah)

Yang dulu kita tengok sihat walafiat, sekarang dah makin kurang sehat, dah makin tua.. PakTeh, MakTeh, MakAndak, PakLang, PakItam, MakItam, Pakwo PakLang, Makwo MakTeh... Dan ramaaai lagik....

Mereka generasi yang hebat!! Tengok PakLang dah tak larat jalan, terasa sedih sangat.. Kena papah lagi.... Tapi masih gagah melayan tetamu yang hadir... Macam tu jugak PakTeh.. Masih gagah mengimami jemaah di masjid.. Alhamdulillah.....

Tak kurang juga yang dulu anak dara, sekarang dah jadik mak dara... Contohnya, macam ni...

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


Hahahaha.... Amani asyik nak suruh MakLong dukong je... Mujur gak MakLong belum ada bayi... KihKihKih....

Apa pun, bila tiba je hari raya, ni lah yang paling best! Jumpa sanak-saudara, yang jauh, yang dah lama tak jumpa.. Macam-macam ragam, bentuk, rupa, kerenah ada.... Jangan kan kata duka di hati, henfon pon takdan dah nak pegang, nak tengok.. Sekali-sekala je jenguk kan.. :D

The cousins yang memang terbaik lah~ ;)

Jalan-jalan raya dua hari memang penat.. Maunya tak penat.. Rumah yang nak disinggah berderet-deret tunggu.. Siap dengan makanan yang bermeja-meja... Nak-nak makanan yang hanya Hari Raya je jumpa.. Hehehe... Pastu, limit satu rumah 15 ke 20 minit je... Tuan rumah siap buat air dah 10 minit.. Nak borak-borak, kenalkan ahli keluarga (yang lebih 20 orang) memang tak cukup masa.. Tu yang semput jep.. Huhuhu~

Sebahagian ahli rombongan di rumah terakhir.. Dah jam 11 malam pon masih gagah bergambar.. :D

Dengan ini, saya sangat bersetuju dengan kenyataan cik Fasihah di SINI yang duit raya tak semestinya untuk budak kecik... Yang dah besar pon, if still nampak kecik masih boleh dapat duet raya.. Hahaha~

Agak-agak berapa tahun lagik eh boleh dapat duit raya?? JengJengJeng....

p/s: Ayah kata, tahun depan dah boleh kahwin! Yess!! Erm.. Masalahnya, nak kahwin dengan siapa nih??      -_-"


Sedang menanti ketibaan kad dari NZ.. ^___^

.:: Tinggalkan Debunga Di Sini ::.

Popular Posts

.:: Ding Dong ::.

Get widget here