Wednesday, November 30, 2011

"Nak jodoh dari siapa?? Syaitan?? Jin?? Allah??"


JODOH DARI SYAITAN 

-->lelaki dan perempuan yang berjalan berpegangan tangan dan menuju ke arah kemaksiatan. Apabila si perempuan tadi mengandung, barulah si lelaki tadi menikahi perempuan tersebut.

JODOH DARI JIN

--> lelaki yang menyukai seorang perempuan yang tidak menyukai dirinya, lalu dibomohkan dan disihirkan perempuan itu untuk setuju berkahwin dengan lelaki tadi.

JODOH DARI ALLAH

--> pandangan 2 pasang mata iaitu lelaki dan perempuan sehingga menusuk ke dalam jiwa. Lalu,lelaki itu pun masuk meminang perempuan tadi. Perempuan tadi menerimanya. Mereka bernikah dan bercinta selepas itu kerana cinta selepas kahwin adalah satu2nya cinta yang diredhai ALLAH. Bercinta sampai ke syurga. Itulah yang digelar "Syurga Cinta" tanpa berlakunya sebarang bentuk kemaksiatan.



Haaa... Cik Wardah yakin, mesti korang semua biasa dah jumpa dengan kata-kata kat atas tu kan??

Ada beberapa persoalan timbul dalam fikiran cik Wardah.. Yelah, sepanjang belajar ilmu Usuluddin ni, memang tak pernah lagi ada topik-topik yang macam ni...

1. Betul ke ada jodoh dari syaitan?? Dari jin??


2. Boleh ke syaitan dan jin bagi jodoh kat kita??


3. Kalau boleh, samakah taraf mereka dengan Allah Yang Satu??

Peeps... Tolonglah... Jangan sebarkan perkara-perkara yang boleh merosakkan aqidah tanpa penjelasan yang sewajarnya... Kami yang betul-betul belajar spesifik tentang aqidah pon boleh terjejas kepada terpesongnya aqidah dengan isu-isu dan perbincangan-perbincangan yang timbul.. Apatah lagi mereka yang tak mendalami ilmu ni...

Dalam Surah al-Ikhlas, Allah dah terangkan, siapa sebenarnya Dia..

"Katakanlah (Muhammad), Dialah Allah Yang Esa. Allah tempat meminta segala sesuatu. (Allah) tidak beranak dan tidak pula diperanakkan. Dan tidak ada sesuatu yang setara dengan Dia." (Ayat 1-3)

 Jelas.. Nyata.. Dan terang.. Tiada keraguan... Siapa-siapa yang rasa ada keraguan, cek balik Rukun Iman yang pertama tu ya....

  • Allah Yang Esa
  • Allah tempat meminta segala sesuatu
  • Tidak ada sesuatu yang setara dengan Dia

Ada juga terbaca post yang menerangkan maksud tersirat yang sebenarnya mahu disampaikan.. Dan pada cik Wardah, kata-kata ini jika mahu disebarkan, perlu diiringi dengan penjelasan maksud sebenar.. Eh, bukan perlu lagi, ni dah tahap WAJIB dah ni...

So, cik Wardah nak datangkan pendapat cik Wardah sikit lah..

- Untuk Jodoh Dari Syaitan... Sebenarnya, syaitan ni kalau kita tengok balik sejarah permulaan penciptaan Nabi Adam a.s, syaitan ni dah memang berjanji depan Allah Azza wa Jalla untuk menyesatkan manusia untuk bersama-sama dengan diorang dalam neraka... So, apa-apa pun yang berlaku yang buruk atas dunia ni, hanyalah kerana tiada atau lemahnya iman seseorang itu, terutamanya Muslim.. Mereka akan mudah tergoda dengan hasutan syaitan..

-Untuk Jodoh Dari Jin pula... Hurm... Yang ni langsung tak logik lah kot... Jin ni kan, Allah dah sebut dalam Al-Quran:


"Aku tidak ciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka beribadah kepada-Ku" 
(Az-Zariyat: Ayat 56) 

Jadi, jin dan manusia ni, tujuan diciptakan sama sahaja... Iaitu untuk beribadah kepada Allah.. Jadi, logik ke nak kata, ada jodoh dari jin???

- Jodoh dari Allah... Okey, yang ini, memang tiada kompromi... Tiada perbalahan atau hujah lagi yang perlu dibentangkan.. Since Allah menciptakan manusia, Dia juga telah menyiapkan semua tentang manusia itu.. Rezekinya, umurnya, jodohnya, mautnya, sakitnya, susahnya, senangnya, laparnya, kenyangnya dan setiap saat tentang kehidupan manusia tu..

Kesimpulannya:

  • Setiap sesuatu yang berlaku atas bumi ini, sejak dari zaman Nabi Adam a.s sehinggalah berlakunya Hari Kiamat adalah dengan KUASA ALLAH... Dengan IZIN ALLAH... 
  • Kalau nak kata syaitan menghasut manusia melakukan maksiat, itu pun adalah dengan IZIN Allah.. Kalau Allah tak izinkan pon, takkan manusia itu termakan hasutan syaitan..
  • Kalau pula nak kata jin itu merasuk manusia, juga HANYA dengan IZIN Allah.. Kalau tiada izin-Nya, maka takkan berjayalah jin tu merasuk manusia itu...
  • So, lepas ni, jangan semudah-mudahnya kita labelkan sesuatu itu dari selain Allah terutama sekali yang berkaitan dengan AQIDAH....

Rasanya, cukup dah ni nak explain apa yang terbuku di hati.. Kalau ada yang tak jelas, ataupun yang cik Wardah salah, boleh lah komen-komen ye.... :)

p/s: Allah memberi apa yang manusia perlukan.. Jika yang kamu inginkan itu termakbul, maka itulah yang kamu perlukan.. Ataupun, ia adalah ujian menguji tahap keimanan dan kesyukuran kamu pada-Nya... Walau apa yang terjadi, ucaplah Alhamdulillah.. Kerana di sebaliknya, pasti ada sesuatu yang terbaik untuk diri kita... :)

Sunday, November 20, 2011

November; Day 20: "20112011..."

Congrats untuk mereka yang melangsungkan perkahwinan hari ini ye... Including my schoolmates; Jamilah & Fatimah.. And also Puan Fairuz; one of my besties.. ^_^

Untunglah boleh kahwin dah.. Hukhukhuk..

Mode: Jeles!! Cuma dapat soalan je: "Bila nak ikut wedding sekali??" -_-"

Wedding abang Madihah; CAC, UIAM
Tumpang makan lunch free je petang tadi.. Terima kasih daun keladi.... Lain kali Madi kahwin, jemput la kami lagi... ;)

Kek pengantin
Haha.. Pergi kenduri kahwin, tak ambil gambar pengantin.. Kak Tip la ni, ada ke dia lupa bawak 16MP dia... Huhu...

Pelamin... 
Okey, ambik berkat sket... Sempat lagi bergaduh ngan Kak Tip and Cik Muslimah siapa kahwin dulu.. Haha.. That sweet memories will remain, insya Allah... :)

p/s: Bermain-main dengan warna pelangi... Cantik!! ^_^

Monday, November 14, 2011

November; Day 13: "Jangan suka nak merajuk lagi ye.."

Hehe... 23 tahun??

"Sweet lagi ke??" Boleh laa..

"Maintain cute okeh??" Hehehe.. Insya Allah.....

"Makan banyak-banyak, biar cepat besar ye...." Erk?? Tak cukup besar lagi ke?? ^__^

"Dah makin bertambah usia, nampak muda eh??" Hehehe... 

"Dah tua setahun dah ni.. Cepat-cepat lah kahwin ye.." Amiiinnnnnnnnn.. Insya Allah, doakan mudah lah ye.. :)







































"Dah makin tua ni, jangan suka nak merajuk lagi ye..." Erk?? Erm.... Baiklaahh.. -_-"

HAPPY BELATED BIRTHDAY, CIK AQILAH WARDAH!! ^__^


Wednesday, November 9, 2011

November; Day 9: "Awak.. Nak berkenalan boleh???" (Facebook)

Log In Facebook....

1 New Friend Request....
(Tak popular, sebab tu satu je..)

Confirm Friend Request....

Tiba-tiba.... Pop-up Message keluar......

"Salam.."

"Wassalam.."

"Asal mana??"

-Ewah-ewah orang ni... Tak boleh baca sendiri kat profile ke?? -_-"

"Kenapa nak tahu??"

"Sebab nak berkenalan dengan awak lah..."

"Kenapa??" Malas lah nak jawab soalan ni....

"Saya sorang... So, nak carik teman lah...."

-_-"



Facebook pon da boleh jadi medium carik jodoh skarang ni... Tapi, apakah ia sekadar 'memanfaatkan' kewujudan facebook, atau mengambil kesempatan di atas 'kuasa' penggunaan facebook, atau pun, facebook itu benar-benar boleh dijadikan medium untuk tujuan tersebut??

Walau apapun, tak kiralah lelaki atau perempuan, berhati-hati lah ye... Niat dalam hati manusia, Allah sahaja yang tahu... Baik buruknya tujuan orang terhadap kita atau orang lain pon, tiada satu pon makhluk Allah yang mengerti melainkan dengan izin-Nya juga...

Jangan mudah terpedaya, jangan mudah terpesona... Apa pun yang telah, sedang dan bakal berlaku, semuanya dalam ketentuan Allah jua... Kita makhluknya hanya mampu merancang, dan memohon petunjuk serta berserah kepada-Nya semata... Insya Allah, apa yang diberi, adalah yang terbaik... Untuk kita belajar, untuk kita menilai.... Siapa sebenarnya kita, makhluk kerdil yang hina di bumi ini...

Allahu A'lam...

p/s: Kadang cuba mahu menidakkan, mahu menafikan... Namun, harus juga menghadapinya... Dear self, be strong, and face it... Whatever the result would be, please make sure, it will never let you down... BittaufiQ self! 

Tuesday, November 8, 2011

November; Day 8: "Hujan Semakin Lebat..."

Kadang-kadang,
panas tak sampai ke petang...

Bila mendung menjelma,
tanda matahari mula sembunyi...

Awan hitam pula meneduhi,
membawa 'kegelapan' melitupi sinaran mentari...

Summer Rain by Julkusiowa

Titis air mula merintik..
membawa kebasahan, kesegaran pada bumi..

Hati berbisik...
"Sebentar lagi, pasti muncul pelangi.."

Merenung terus ke luar jendela,
menanti-nanti bilakan titis hujan berhenti..

Seminit....
Dua minit...
Tiga minit...

Satu jam berlalu....
Rintik hujan semakin lebat...
Tiada tanda munculnya pelangi...

Jendela ditutup......
Hati berlagu sepi..
"Tak mungkin muncul pelangi... Hujan semakin lebat.."

p/s: Berhenti mencari pelangi... Hujan, terus basahi diri.. Agar aku bisa sembunyikan tangis ini...

Monday, November 7, 2011

November; Day 4, 5 & 6 (Combined) : "Seindah Pelangi Itu.. "

Orang kata, pelangi muncul selepas hujan...


Tapi, tengah hari tu, tengah panas, tengah terik...
Kami nampak pelangi... 

Dan, pelangi hari itu, masih kekal di ingatan..
Dengan harapan, hari ini, dan seterusnya, akan kekal indah...

Seindah PELANGI itu..... ^_^

Terima kasih, PELANGIku.... 


Thursday, November 3, 2011

November; Day 3: "Awak.... Nak jadi sahabat saya tak??"

Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi S.A.W. bersabda:

"Seseorang insan adalah terikut-ikut dengan adat kebiasaan sahabatnya. Maka hendaklah kamu melihat dengan siapa kamu bersahabat."
(Riwayat al-Tirmizi dan al-Hakim)


Dalam hidup, kita tak lari dari persahabatan.. Bukan senang hendak mencari sahabat yang sesuai dengan diri kita.. Apatahlagi yang boleh menerima kita seadanya... Orang kata, sahabat semasa suka, di mana-mana pon kita boleh cari... Tapi, sahabat waktu duka, tak semuanya bersedia..

Tak ramai yang sudi korbankan masa hanya untuk menemankan seorang sahabat makan tengah hari...
Tak ramai yang sudi korbankan wang ketika sahabatnya keciciran dompet di jalanan...
Tak ramai yang sudi korbankan telinga hanya untuk menadah luahan hati dan perasaan seorang sahabat yang berduka...



Dalam satu hadith lain; daripada Abdullah bin Amr r.a., Nabi S.A.W. bersabda:

"Sahabat yang terbaik di sisi Allah adalah sahabat yang paling banyak berbuat baik kepada sahabatnya."
(Riwayat Ahmad dan al-Tirmizi)


Memberi yang terbaik tidak semestinya mengeluarkan segala-gala yang kita miliki hanya untuk menawan hati manusia... Cukup dengan akhlak, cukup dengan usaha kita berada di sisi mereka sewaktu mereka berduka atau kesusahan, sudah banyak memberi erti pada hidup seseorang...


Lagu Sahabat dendangan Devotees, untuk semua yang bergelar sahabat.. ^_^

Oh ya.. Satu lagi video untuk tatapan bersama....


Kihkihkih... ^_^ Me and friends on the TV.. Lalalala~ Anyway, esok, semua sahabat cik Wardah akan pulang ke kampung halaman masing-masing.. Selamat bercuti!! Lot's of love from me!! Selamat bercuti!! ^__^ Masih meneruskan perjuangan untuk kertas terakhir... BittaufiQ self!! :)

p/s: Dah ada jawapan?? Sudi nak jadi sahabat saya tak?? ^_^

Wednesday, November 2, 2011

November; Day 2: "Ustaz Kena Buatan Orang.."

Rabu, 2 November, telah termaktub sejak beberapa minggu yang lalu bahawa pada tarikh ini, satu article review untuk subjek Contemporary Issues in Usuluddin perlu dihantar dan juga peperiksaan pertengahan semester untuk subjek Islam and Modern Ideologies akan dijalankan.. Lebih mengejutkan apabila minggu lepas, Ustaz Tilawah mengumumkan bahawa pada tarikh ini juga perlu melangsaikan segala hutang-piutang hafazan surah dengan ustaz, atau, tiada markah untuk anda...

Al-kisah, malam sebelumnya (malam semalam laa) cik Wardah sangat bertungkus-lumus menyelesaikan article review yang perlu dihantar pada jam 10 pagi.. Dalam sibuk berusaha, kepala tak lari dari memikirkan peperiksaan yang akan dijalankan pada sebelah petang, masih belum terusik sedikit pon notanya... Tak kurang juga memikirkan tiga surah yang perlu diperdengarkan bacaan pada jam 9 pagi.. Namun, sedikit pon tidak merasa gentar atau bimbang.... Hampir jam 4 pagi, selesai menamatkan article review, dan terus menutup laptop dan suis lampu untuk tidur...

Pagi itu, sejam awal dari waktu yang dijadualkan untuk kelas, iaitu pukul 8 pagi, cik Wardah dah menghidupkan enjin kenderaan dan meluncur laju menuju ke kampus... Dalam kereta, sambil menanti jam 9, terus berusaha melancarkan hafalan surah al-Muddaththir... Dalam hati, redha jika ustaz hanya mahu mengambil markah setakat hari ni... 10 min sebelum jam 9, kaki menghayunkan langkah menuju ke kelas... Setelah beberapa lama menanti dengan penuh debaran, maka. tibalah ustaz di muka pintu..

Namun, kesemua kami terdiam sambil terkesima... Ustaz datang dengan memakai penutup mulut (yang macam doktor tu..) seraya berkata: "Siapa yang buat solat hajat minta saya sakit ni??" 

Semua diam.... Ustaz berjalan menuju ke mejanya sambil menyambung: "Markah hafazan awak, saya amik setakat yang ada je..."

Cik Wardah berkata: "Alaaa Ustaz... Kitorang belum putus asa lagi..." Kerana teringat ustaz pesan Isnin lepas, "Jangan putus asa.."

Ustaz tiba-tiba bercerita... 

"Ada suatu kisah, seorang pelajar menggunakan ilmu yang salah terhadap gurunya.. Al-kisah, pelajar ini memang tahu dan pandai sejenis ilmu tuju-tuju ni... Dan dia adalah pelajar baru di sekolah ni.. Suatu hari, sang guru berkata: 'Siapa tak bawa buku, berdiri atas meja..' Pelajar ni tadi, belum sempat beri penjelasan, disuruh berdiri atas meja.. Dia marah sangat dengan guru tadi, dan berdendam... Balik tu, dia buat solat hajat dan gunakan ilmu tuju-tuju tadi dan ditujukan pada sang guru... Setelah itu, sang guru, demam 3 hari... Tapi, pelajar tadi fail paper Matematik untuk SRP dia..."



Ustaz diam.... Dan memandang tepat ke arah cik Wardah dengan wajah yang berkata: 'Awak ke yang buat solat hajat??'.... Dengan lajunya, cik Wardah menggeleng.. "Tak... Tak ustaz... Bukan kitorang..." "Oh, bukan eh?? Baguslah macam tu.. Okey, tak apa... Saya bagi awak can, sampai lepas raya... Saya tak larat... Awak sign attendance, lepas tu boleh balik.."

"Shukran ustaz.. Selamat hari raya.." Cam biasa laa, cik Wardah kan... Loyar buruk.. KihKihKih... 

Pengajaran yang kita boleh ambil dari kisah ini, tak kira siapa jua yang buat kita marah, yang menyakiti kita, jangan sekali-kali kita membalasnya dengan perbuatan syirik... Mungkin di dunia Allah tak balas, tapi di akhirat nanti, pasti takkan terlepas... Apatah lagi pada seorang guru yang telah banyak berkorban untuk kebaikan kita... Tak berkat ilmu yang kita belajar, maka sia-sia sahaja bertahun-tahun menghabiskan wang membayar yuran... 

Ingatlah, antara semua dosa yang dilakukan manusia, dosa mensyirikkan Allah adalah yang paling besar dan takkan dapat pengampunan Allah... Na'udzubillahi min zalik...

Caranya mudah sahaja... Selalu muhasabah diri.. Jangan letak diri kita lebih daripada orang lain... Kerana pasti ada yang meletakkan diri mereka lebih dari diri kita.. Jadi, apa beza kita dengan orang-orang yang kita pandang rendah??? Allah dah berfirman, tak ada yang membezakan sesama manusia itu kecuali dengan taqwa.. 

Oh, dah jam 8.40 malam.. Harus berundur, mempersiapkan diri untuk peperiksaan esok... All da best self!! ^_^

p/s: "That because I wanna you to smile.. And to always keep smiling.." (Love is in the air...) 

Tuesday, November 1, 2011

November; Day 1: "Jangan Marah Sayang.."

Daripada Abdullah bin Umar r.a., Nabi S.A.W. bersabda:

"Tiada hamba yang meneguk air lalu mendapat ganjaran yang lebih besar di sisi Allah daripada hamba yang meneguk air menahan kemarahan kerana Allah"
(Riwayat Ibn Majah)

Alhamdulillah, sejak mengikut jejak langkah Yaya, pagi-pagi lagi membiasakan diri menekan butang radio IKIM.fm di telefon bimbit bagi memotivasikan diri di pagi hari sebelum mehidupkan enjin kereta menuju ke dewan kuliah.... 




Pagi ni, dalam slot Motivasi Pagi kelolaan Imam Muda Ashraf, mengingatkan kita supaya jangan lekas marah... Katanya, jika kita ingin melihat baik atau buruknya akhlak seseorang, ialah apabila dia marah.. (Oh, terkena sebijik ke muka cik Wardah.. :D) Dalam banyak-banyak sifat mazmumah (sifat yang keji), marah ni dah kira tergolong dalam sifat yang paling tinggi lah kemazmumahannya.. Hehehe... 

Tapi, jangan pula kita anggap, bila kita ni dikategorikan sebagai panas baran, cepat naik darah, kita dah terlambat untuk berubah... Dah tak ada kesempatan untuk mengubat sifat marah tu....

Dalam hadith yang lain, Nabi ada menunjuk cara bagaimana melenturkan kemarahan itu... Kata Nabi, sekiranya berdiri, maka duduk lah... Jika sedang duduk, berbaring lah... Jika baring juga masih belum dapat membuang rasa marah itu, maka berwudhuklah... Sesungguhnya, sifat marah itu seperti api, jadi, dengan berwudhuk, seolah-olah memanggil bomba untuk memadamkan kebakaran... ^_^

Mudahkan?? Tak pakai wang pon... Mulakan sikit-sikit, insya Allah, lama-lama akan terdidik.... 

Imam Ashraf kemudiannya menyebut hadith Nabi S.A.W yang bermaksud:

Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi S.A.W. bersabda: "Bukanlah orang gagah itu, orang yang kuat bertinju. Akan tetapi orang yang gagah adalah orang yang dapat mengawal diri ketika marah."
(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Tak dinafikan, manusia ni lemah hatinya.. Kadang-kadang, orang kata, "sabar aku ada batasnya.."
Ya, betul.. Tapi, haruslah belajar mendidik diri agar tidak terus terbuai dengan rasa marah itu... Selagi nyawa belum ditarik, selagi itu, masih sempat kita merubah diri menjadi yang terbaik... Insya Allah, jalan kebaikan itu akan sentiasa dipermudahkan-Nya... Hanya perlu kuatkan diri... ^_^

Semoga berjaya semua!! ^__^

p/s: Mood exam... Good luck dear self... Good luck Fasihah... Good luck all!! 

And It Is November!! :)

Assalamu'alaikum..... ^_^

Tidur jam 10.00 malam pada 31 Oktober 2011..
Bangun tidur, baca mesej...

"Happy November month.."

Oh.... I missed the last hours of October! And its November already...
Well, that's life!

Banyak event November ni.. Tak sabar rasanya... ^_^

NOVEMBER, please, be nice to me...



Apa pun, sebelum tiba saat-saat membahagiakan, mari selesaikan saat-saat yang memeritkan dahulu... 
Mid-terms, review & memorizing the surahs...

Hehe.. Insya Allah, dipermudahkan semua...
Berkat sokongan cik YAYA, ya!! Pasti boleh!! ^__^

Harus kurangkan tidur minggu ni... Banyak-banyak bangun malam.. Hehehe..

Minggu depan, dah Eid Adha & cuti pertengahan semester..
Boleh rehat la puas-puas... Erk?? Yeke?? Well, we'll see.... :)

Anyway, November, I LOVE YOU!! ^__^

Nyte peeps!! ;)

p/s: Cuti seminggu bermakna......... Oh, Jumaat, jadilah hari yang paling best!! Okeh?? ;) (love)

.:: Tinggalkan Debunga Di Sini ::.

Popular Posts

.:: Ding Dong ::.

Get widget here