Thursday, November 22, 2012

Segmen BW Cuti-cuti by Emas Putih


Okey, seriusly cuti yang tak dimanfaatkan sepenuhnya.. [sigh]

Sekarang ni, nak join segmen pulak.. Macam dah tak ada kerja lain gamaknya.. 
[-_-]


Klik je pada banner kalau nak join eh... ^_^

Wednesday, November 21, 2012

Bloglist Disember Nurfara Hani



Mabuk agaknya malam ni.. (sehari suntuk tak tido)
Nak join bloglist lah hari ni... Sambil menghabiskan sisa-sisa cuti yang tinggal..
Hehe..


Kali ni, by Cik Nurfara Hani.. Saje scroll kat mana tah tadi, ternampak link ni..
Tengok syarat-syarat pun, simple je..
Tak susah-susah nak pening kepala fikir..

Okey, tak payah taip panjang-panjang sangat kot kan??

:)

Kalau berminat nak join, klik kat banner di bawah ye....



p/s: Comel kan blog dia?? *Jeles*

Monday, November 19, 2012

Ada tangan di atas kita..

Ada rasa, sukar diluah.
Sesaknya dada menahan lelah.

Bukan itu, bukan ini.
Tapi yang satu.

Allahu Rabbii..

:'(


#PrayforGaza

Friday, September 21, 2012

"Sabarlah.. Allah menguji.."


2 hari lagi nak start kerja baru..
Tapi, gaji kerja yang lama still belum dapat lagi..
Serius, ujian sangat berat..
Allah, kuatkan hati ini..

T___T

Tuesday, September 18, 2012

WH bersalin kulit lagi


Semakin hari, makin bercinta nak menaip entri.. Mungkin akibat terlalu lama terperap di rumah dan menyebabkan urat-urat otak bersimpul-simpul untuk mencurahkan idea-idea dan kata-kata..

Dengan ini, memaklumkan bahawa sekian lamanya telah menganggur.. Kira-kira 3 bulan seminggu macam tu lah..
Eh?! Tapi Ramadhan lepas ada kerja sekejap as Receptionist..
Dah sebulan pun tamat kontrak.. Tapi, belum rezeki agaknya.. Gaji yang tak berapa nak banyak tu, belum dapat-dapat lagik..
Huwaaaaa!!!


Oh ye.. Sejak 2 minggu lepas, Alhamdulilah, ada sedikit perkembangan berkenaan karier WH ni.. Setakat ni, ada dah 2 interview WH pergi.. Alhamdulillah, dua-dua tak ada masalah.. Tapi, masih mohon petunjuk dan kekuatan hati lagi ni..
Insya Allah menyusul lagi 1 atau 2 interview lagi dalam waktu terdekat..

Jadi, pelis.. Tolong doakan WH dimudahkan jalan oleh Allah.. Dah banyak sangat berangan-angan sampai separuh jalan.. Lepas tu, teragak-agak pula..

Little Caliphs, Dzul Iman, Atfal-Kids..
Semuanya bukan calang-calang organisasi.. Serius!!

Pendidikan awal kanak-kanak adalah sangat penting!!
Ingat ibu, bapa, parents sekalian... Mendidik anak-anak dengan tarbiyyah islamiyyah bukan suatu pilihan, tapi adalah kemestian


Yang mengajar pun samalah juga.. T_T
Rabbana yassir wa la tu'assir..
PadaMu kami mohon petunjuk, dan lapangkan lah segala urusan dunia kami demi akhirat kami..
Allahumma Amiiiin...

p/s: Tiba-tiba tangan ligat menaip cerpen.. Ada yang nak baca tak?? ^_^
Erk?! Baru perasan, tajuk entri tak melambangkan entri langsung.. Biarlah! Dah malam~

Sunday, September 9, 2012

9 September 2012: Mari kembali ke U!!

Habis dah Syawal baru terasa dan terkuat nak update blog.. 
Hehe..

Hari ni, rata-rata pelajar universiti seluruh Malaysia kembali pulang ke kampus atau rumah sewa masing-masing.. Tak percaya?? Cek wall FB anda... Kan? Kan? 

Sumber
Wah.. Kalau semua universiti dan sekolah kat Malaysia macam ni punya cantik, mesti masing-masing tak ingat nak balik rumah dah kan??

Nak belajar pun tak sesak nafas..

Btw, terasa jugak akan ke'tidakpulang'an sendiri ke Taman Ilmu dan Budi..
Tapi, apalah dayaku, kontrak dah tamat...
Hukhuk..

Untuk adik-adik, junior-junior, kawan-kawan yang masih belajar, teruskan usaha dan semangat anda..
*jealous*

Semoga ada barakah dalam setiap langkah.. Allahumma Aamiiin.. :)

Eh.. Wajah baru.. Saja tukar angin.. ^_^

p/s: Si dia selamat tiba.. MyIIUM katanya.. Alhamdulillah.. :)

Friday, August 17, 2012

Sticky Post: Jom Kembara ke Durham! ;)


Velvet di Durham

Kawan-kawan lain habis baca dah.. 
Cik Wardah beli dah dua minggu, tapi, perap je dulu..
Pagi ni baru buka plastik..

Apapun, cepat-cepat pegi kedai carik.. ;)

To Aisyah: Aku dah beli dah.. Jeles tengok orang lain dah 'sampai' Durham..
Congrats Aisyah.. :)

Wednesday, August 8, 2012

Tuesday, August 7, 2012

Cabaran Sungguh..

Cabaran orang dah bekerja..

Tak sama masa belajar dulu..
Kalau malas, boleh ponteng je kelas...
Cikgu cik Wardah pernah cakap, 
"kalau malas ke, masalah jiwa ke, tak payah datanglah.. buang masa awak je.. Baik awak tidur je kat bilik..."
Memang sungguh lah tak datang kelas.. Kehkehkeh...

Tapi, bila dah kerja ni.. Sedih ke, sakit jiwa macam mana pun, ingat boleh suka-suka nak ponteng kerja??!!
If company sendiri pun, mau bankrupt kot...


Baru hari ni belajar..
Masa datang tadi, tak larat nak bercakap pun..

Alhamdulillah, sekarang, senyum pun tak payah paksa lagi..
Mula-mula memang susah.. Lama-lama, niatkan nak sedekah...
Jadilah mudah.. 

Miss Tee cakap dekat ofismate lain:
"Dia ni, jadi r*********** sangat bagus... Hari-hari, senyuuum je.."

Adoyy.. Tersipu-sipu malu saya.. Dah tu, bukan boleh pun nak masam-masam...
Huhuhu...

Tak sabar nak balik dah nii..


p/s: Ada orang ni dah duk berjam-jam kat sini.. Tak reti nak balik ke?? Takutlaah... T_T

Berhenti Bermimpi



"Konon sibuk mengejar dunia mencari kebahagiaan,
sedang hati masih penuh dengan kecelaruan..
Lalu, bagaimana erti bahagia yang dimaksudkan,
bila hakikat bahagia itu sebenarnya hati yang penuh ketenangan.."

Dalam banyak-banyak perlawanan, dalam melawan hati itu paling susah dan paling payah..
Terutamanya hati sendiri...

Moga Allah terus pimpin hati ini..
Dah terlalu lama berkemudi, masih jauh untuk tiba ke pelabuhan..
Ombak dan taufan dah selalu menghambat hingga hampir tenggelam..

Hari ni, aku nekad..
Mahu terus mencari pulau atau pelabuhan..
Tak mahu lagi terus terawang-awang...

p/s: Mimpi dan fantasi tak selalu jadi realiti.. Sampai bila nak hidup dengan mimpi? Sedangkan masa realiti terus laju berdetik tanpa henti.. Bangkit Aqilah.. Bangkit.. Jangan tidur lagi.. Jangan berkhayal lagi...

Thursday, August 2, 2012

Walau Secubit Garam..

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Pemurah
Assalamu'alaikum dan Selamat pagi semua..

Semoga dalam lindungan Allah selalu, Amiiin, Amiin, Amiiin ya Rabbal 'Alamiiin..


Sebelum terciptanya manusia lagi dah Allah nyatakan dalam surah Al-Baqarah ayat 30, bahawa Dia akan menciptakan khalifah, ya'ni pemimpin di atas bumi ini.. Tapi, sepertimana manusia menciptakan telefon bimbit berserta manualnya, begitulah Allah.. Manusia tak dicipta tanpa panduan, diturunkan Kitab-kitab suci, diutuskan para Rasul dan Nabi, juga pelbagai bantuan lagi bagi mereka meneruskan tugas khalifah di muka bumi. 

Tercipta yang namanya khalifah juga bukan tanpa tujuan.. Di bahu mereka terpikul dengan suatu amanah.. Firman Allah S.W.T.:

"Sesungguhnya Kami telah menawarkan amanah kepada langit, bumi dan gunung-ganang; tetapi semuanya enggan memikul amanat itu dan mereka khuatir tidak akan melaksanakannya (berat), lalu dipikullah amanat itu oleh manusia. Sungguh manusia itu sangat zalim dan bodoh.." [Al-Ahzab: 72]

Berbicara soal tanggungjawab, sesuai dengan hadith Rasulullah S.A.W.:

Daripada Ibn Umar r.a., Nabi S.A.W. bersabda: "Kamu semua adalah pemimpin. Dan kamu semua bertanggungjawab terhadap orang yang dipimpin..." [Riwayat al-Bukhari dan Muslim]

setiap seorang manusia itu adalah seorang pemimpin.. Sekurang-kurangnya, dia adalah pemimpin kepada dirinya sendiri.. Tapi, fokus tanggungjawab yang nak diceritakan di sini ialah, tanggungjawab seorang suami atau ketua keluarga..

Seperti yang disebut di atas, dalam surah al-Ahzab, beratnya sebuah amanah dan tanggungjawab sehinggakan seluruh isi alam menolak untuk memikulnya.. Namun, betapa Allah gambarkan manusia ni zalim dan bodoh, hingga sanggup menerima sesuatu yang telah ditolak semua.. 


Bayangkan, secubit garam dah cukup untuk mengenakkan sebuah masakan.. Tak kiralah, ikan goreng, ayam masak merah mahupun ikan masak singgang.. Betulkan??

Mesti tertanya-tanya, apa sebenarnya kaitan tanggungjawab ketua keluarga dengan garam ni?? Macam dah nak merepek je kan?? Hehe..

Al-kisahnya, mendengar rungutan tentang pasangan yang dah berkahwin, tetapi memilih untuk tinggal bersama ibu bapa.. Akhirnya, ibu dan bapa sendiri yang susah-susah menjaga rumahtangga juga anak-anak, sedangkan pasangan tadi hanya goyang kaki menguruskan hidup sendiri..

Seringkali kita dengar, orang yang berpengalaman ni dikatakan dah pakar dengan asam garam hidup..
Berbalik pada kisah pasangan berkahwin tadi..

Ada suatu pendapat, beliau menyatakan, semestinya pasangan yang baru berkahwin ni tinggal dan belajar untuk hidup dalam rumah sendiri.. Katanya,

"Bila dah duduk rumah sendiri ni, barulah orang tahu, betapa susahnya alam perkahwinan ni.. Dalam rumah lah sebenarnya kita terdidik untuk menunaikan tanggungjawab.. Macam mana nak uruskan sampah hari-hari supaya tak berulat, macam mana nak cari makan untuk anak isteri bila lapar.. Bayangkan garam yang murah tu, kita gunakan untuk setiap makanan.. Ada orang, pantang makanan kurang garam, melenting dia bukan main.. Kan?? Garam untuk ikan goreng, sup ayam, spagetthi.. Cuba kalau orang yang tak bertanggungjawab, garam yang harganya seringgit lebih habis pun dia malas nak pergi beli.. Apa jadi kat lauk-lauk dan makanan tadi?? Pasti terasa tawar kan? Tak sedap kan??"

Macam tu lah nak gambarkan beratnya sesuatu yang bernama tanggungjawab ni... Walaupun hanya untuk secubit garam, kalau tak ada sifat tanggungjawab dalam diri, pasti susah untuk dapat makanan yang enak-enak..

Jadi, mari sama-sama, seluk dalam diri.. Bagaimana diri kita melaksanakan sebuah tanggungjawab yang pasti akan dipersoalkan di akhirat.. Yang dah berlalu, biarkan berlalu.. Jadikan iktibar dan bertaubat pada Allah.. Yang masih ada dan bakal tiba, sama-sama kita usahakan untuk lakukan yang terbaik.. Insya Allah, Dia selalu ada untuk membantu hamba-hamba-Nya..

Wallahu a'lam

p/s: Hati bak serangkak dibungkus.. :)

Tuesday, July 31, 2012

Sayangkan Anak, Tangan-tangankan...

Entri pengubat hari ni... Sudah buat salah di pagi-pagi hari ni.. T___T
Rabbana yassir wa la tu'assir... amiiiiin....


Hari ni, hujan lebat sangat pagi-pagi tadi.. Jalan pun luar biasa jem nya.. Dan, lewat lah juga sampai kat ofis.. Selalu dalam 7.45a.m da sampai, hari ni, pukul 8.00a.m baru sampai.. 

Macam biasa, hari-hari naik Camry berserta driver.. Haaa... Baru seminggu dua kerja dah ada driver.. Weee~ Mula-mula dulu, tak nak naik kereta orang, nak drive sendiri kononnya.. Tapi, mak tak bagi.. Rupanya, ada seribu satu hikmah yang Allah nak selitkan sepanjang perjalanan dalam sebuah Camry.. :)

Pagi ni, dapat satu lagi hikmah kehidupan yang Allah nak ajarkan pada cik Wardah.. Diajarkan melalui seseorang bagaimana sebenarnya menjadi seorang ibu.. 

Beliau adalah seorang yang berkerjaya, dalam masa yang sama, punya sebuah keluarga yang agak besar.. Anak seramai 4 orang pada ketika itu memberi kesukaran pada beliau untuk bekerja, dalam masa yang sama menguruskan rumah tangga di samping menguruskan pendidikan anak-anak...

Peristiwa berlaku ketika mana beliau sedang melipat pakaian di tengah malam sebelum tidur.. Memang dah menjadi rutin harian sebegitu akibat kekangan waktu di siang hari.. Tiba-tiba, suami beliau menegur,

"You ni kan, sibuk sangat melipat pakaian.. Cuba you bayangkan, baju yang you duk sibuk lipat tu, after 5 years, you akan buang kalau dah tak boleh digunakan.. Tapi, anak-anak you, kalau you tak didik betul-betul, tak ajar solat, mengaji dan lain-lain, boleh tak you nak buang diorang after 5 years nanti??"

Subhanallah.. Hebatnya seorang suami yang Allah kirim buat beliau.. Yang mengingatkan dalam kesibukan.. Yang melengkapi dalam kekurangan... (Dalam hati doa dapat juga suami macam tu.. Hehe)

Kan?? Banyak dah kisah-kisah orang yang mendidik anak menjadi orang hebat.. Rencahnya, mudah je.. Tanamkan cinta dalam hati anak-anak yang utuh buat Allah dan Rasul-Nya.. Didik anak-anak dengan tarbiyyah Islamiyyah yang dapat mendindingi anak-anak dari mudah runtuh dengan godaan dunia global... Ajarkan anak-anak kisah Rasul Penghulu Nabi-Nabi S.A.W., akhlak Baginda S.A.W. juga para sahabat... Praktiskan juga bersama mereka.. Insya Allah, ke mana sahaja bumi yang mereka pijak, tarbiyyah inilah yang akan mereka sebarkan.. Berkongsi cinta dengan semua yang mereka temui..

Akhirnya, membentuk baitul Muslim mereka sendiri dan melahirkan Ummah Islamiyyah sehebat Salahuddin al-Ayyubi, Muhammad al-Fateh, Rabiatul Adawiyyah dan barisan ahli syurga yang lain.. 

Kalaupun kita suatu hari sudah bergelar ibu atau ayah, tak punya banyak lagi masa untuk beribadah, niatkan dalam diri menguruskan semuanya kerana Allah.. Yang sukar akan Allah mudahkan, dan semua tu akan terhitung sebagai ibadah jua, insya Allah... 

p/s: Makin dekat penghujung, makin kuat Allah nak uji.. Dalam tu juga, makin Allah buka pintu rezeki.. Alhamdulillah.. :)

Friday, July 27, 2012

Selamat Pagi!! :)

Alhamdulillah, orang kata rezeki Ramadhan kan... 23 Julai lepas yakni 3 Ramadhan, cik Wardah start kerja di Hicom Builders Sdn Bhd di Wisma DRB Hicom, Glenmarie..

Barulah kini ku mengerti perasaan orang dah berkerjaya nih.. Huhuhu.. "Laman Facebook ndak sempat buka.." Haha.. Sungguh naa.. Selalu cek notifications guna handphone je.. Tu pun bila dah sampai rumah.. Maklumlah, website Facebook, twitter and YouTube kena block kat ofis.. Ngehngeh.. Patutlah orang kat ofis ni gila kerja... Ada yang tak keluar-keluar sampai waktu Zuhur.. Ada pulak, yang tak masuk-masuk... Jumpa client, site visit.. Amboii, cik Wardah ni dah lah belajar Usuluddin, tetiba masuk kerja kat HBSB... Rezeki orang kata... :)

So far, Alhamdulillah, semuanya baik-baik sahaja.. Officemates pun sangat lah peramah... Bos?? Haha.. Mula-mula, takut jugak.. Tapi, selepas sehari bergelar 'setiausaha terjun' ni, ehemmm~ Nanti kita cerita panjang... :p

Oh ya, sebenarnya, tiba-tiba rajin nak taip entri pagi-pagi buta ni, ada sebabnya... Ingat lagi tak entri yang ni "Indahnya Pagi di UIAM"?? Hari ni, hari Jumaat, bulan Ramadhan pula tu.. Alhamdulillah, ada tazkirah.. Agaknya, memang setiap Jumaat kot macam ni.. Tak mengapalah, ada juga usahanya untuk beri tazkirah.. Tapi, tazkirahnya sangat lah 'jiwang'.. Hahahaa.. Rasa macam dengar ayat puisi je.. Tapi penuh pengajaran lah... Selesai bacaan tazkirah, ada bacaan doa.. Yang ni yang buat teringat kat UIAM nih.. SobSobSob :'(

Syahdu sangat-sangat dengar.. Rasa nak ulang balik waktu-waktu lambat pi klas sambil tadah tangan waktu drive.. Wallahi, rindu sangat-sangat... T__T


Tak rugi pun kita berdoa pagi-pagi pada Allah.. Moga ada barakah dalam setiap langkah.. Amiiin, ya Rabbal 'Alamiiin.. :)

Selamat bekerja!! ^__________^

p/s: kerja pun ibadah juga... :)

Sunday, July 22, 2012

Bulan Maghfirah, Bulan Barakah



Dah 2 Ramadhan.. Rasanya belum terlambat lagi untuk cik Wardah ucapkan Selamat Berpuasa kan..??
Alhamdulillah, masih merasa kita kemeriahan Ramadhan kali ni... Tapi, jangan beriya-iya sangat untuk meriah dengan Bazar Ramadhan atau main mercun ya...

Rebut peluang untuk istiqamah solat di awal waktu, istiqamah untuk perbanyakkan membaca al-Quran, istiqamah soalat terawih, juga istiqamah untuk berjaga malam... Oh ya!! Bersahur juga ada pahalanya tau!!

Apa lagi yang ada dalam bulan Ramadhan yang tak ada dalam bulan-bulan lain?? Siapa tahu?? Siapa tahu?? :)

Pintu syurga Allah buka seluas-luasnya untuk kita turut merasakan nikmat-nikmat yang terdapat di dalamnya.. Perbanyakkan doa.. Moga-moga Allah ampunkan segala dosa-dosa kita yang lalu dan makbulkan untuk semua permintaan kita... Tapi, jangan kecewa apabila yang kita pinta tak diberi, mungkin ada yang lain yang lebih hebat Allah nak gantikan... :)

Baiklah saudara-saudari sekalian, Selamat Berpuasa dan Beribadah!!! Jadikan bulan Ramadhan bulan tarbiyyah... Moga ada redha dan barakah di setiap langkah.. Amiiin ya Allah.. :))

p/s: Mula kerja esok pagi... What?? Pagi???!!!!!! Kena tido awal lah malam ni... -_-

Tuesday, July 10, 2012

Pencarian Super Bloglist 2nd Half Year 2012 by Blog Fadzmie

Badan belum sihat lagi, tapi beriya-iya nak taip entri.. Walaupun banyak idea dalam kepala, tak mampu juga nak olahkan semua.. Jadi, untuk hilangkan kegianan tangan nak menaip, makanya cik Wardah dengan senang hatinya nak join segmen nih.. Hehehe...


Senang je syarat-syarat penyertaan untuk join... Insya Allah tak bebankan pon... Kalau berminat, klik sini..

Jom join!! :)

p/s: Doakan cik Wardah dapat kerja cepat-cepat.. Dah nak pengsan duk rumah lama-lama..... Hukhukhuk T_T

Sunday, July 8, 2012

Oh My English!



Melihat keletah pelajar 3 Merah dalam rancangan Oh My English! yang disiarkan di Astro TVIQ ni memang sangat mencuit hati... Ditambah pula dengan telatah guru besarnya, Puan Hajar, guru disiplin, Encik Mohd Salleh serta kekacakan guru English, Sir Henry Middleton..!

Sejak disiarkan, rancangan ni memang banyak mendapat sambutan.. Ada yang memuji usaha Astro menerbitkan rancangan sebegini, tak kurang juga yang mengkritik..

Ya, bagi cik Wardah, its awesome!! Eh.. Eh.. Eh... Hehehe... Yelah, hari ni, anak-anak muda especially yang masih di sekolah merasakan susah sangat nak faham dan menguasai Bahasa Inggeris ni.. Jadi, rancangan sebegini dapat menarik minat anak-anak muda untuk mempelajarinya sekaligus menguasainya dengan baik...Yelah, dengan keadaan pasaran sekarang yang sangat mementingkan Bahasa Inggeris dalam apa jua bidang dan lapangan sekalipun..

Sekarang, kita tengok pula yang mengkritik.. Ada yang kata, sepatutnya, terbitkanlah rancangan Oh My Tajwid ke or Oh My Arabic ke... Errrr.. Good idea jugak... Tapi, takkan lah nak guna nama yang sama jugak kan?? Nanti dikatakan meniru, lainlah kalau diterbitkan oleh orang yang sama...

Walau apapun, pada cik Wardah la kan.. Kita tengok anak-anak kita hari ni.. Mereka lebih mudah tertarik dengan hiburan.. Dan melalui hiburan juga lah anak-anak ni ter'tarik' dengan yang lain.. Fuhh~ Susah bila hati dah ter'ikat' dengan hiburan...

Jadi, apa kata penerbit- penerbit di luar sana kan.. Ataupun Muslim-Muslim yang kaya-raya, yang tak tahu nak buat apa dengan duit, boleh lah kerahkan mana-mana tenaga untuk hasilkan rancangan berbentuk hiburan yang mendidik kuasai Bahasa Arab ataupun Tajwid.. Insya Allah, anak-anak akan juga lebih tertarik untuk belajar.. Kan? Kan? Gameshow ke, atau kuiz ke... Tak ada apa yang mustahil dalam dunia ni, melainkan kita sendiri tak berusaha....

Allah takkan sia-siakan hamba-hamba-Nya yang berusaha.. Itu janji daripada-NYa...

p/s: Err... rasa macam ada yang tak kena je dengan entri kali ni.... mode: tak sihat... T_T

Thursday, July 5, 2012

Hargailah Hidupmu..

Hidup ni, maaacam bunga..

Ketika ia mekar, caaaannntikkk sangat..
Sampai masa, ia layu, kita jadi sedih.. Hilang sudah keceriaan..
Tapi, kita tak mengalah.. Kita tanam pula bunga yang baru...
Haa.. Bunga mekar lagi, hati kembali terhibur...

Hidup ni, macam cuaca jugak...
Waktu pagi, cerah sangat bila mentari timbul..
Tapi, tiba-tiba je hujan turun waktu tengah hari...
Kita fikir, hilang sudah keindahan hari tu...
Tak lama, hujan pun berhenti...
Di hujung jalan, kita terlihat jalur berwarna-warni di kaki langit..
Itulah namanya pelangi...



Ada kawan saya kata, hidup kita ni, kadang-kadang macam sinetron..
Kadang kita sedih, kadang kita senang sangat...
Ada pula masa kita kan rasa hampa...
Tapi, hidup kita ni realiti...
Dibelenggu beribu kejadian yang tak pasti... 
Walau apa pun, jangan lah kita terlupa..
Janji Allah tu sememangnya pasti...


Boleh tak saya kata yaaaaang hidup ni maaaacam kita memandu..??
Walau kita memandu di jalan yang sama setiap hari, pasti keadaannya tetap berbeza...
Sekali-sekali kita lalu jalan yang lain, kita akan beri ruang pada diri kita untuk lihat dunia yang berbeza..
Macam tu lah hidup kita...
Walau hari-hari pun kita lakukan perkara yang sama, kerja yang sama, itu tak hadkan kita untuk jadi berbeza dari orang lain...
Setiap sesuatu perkara tu, punya baaaanyak cara untuk kita kendalikannya...


Jadi.. Bunga ke, cuaca ke, sinetron ke atau memandu sekalipun, hidup kita ni cuma sementara..
Apa yang tak ada, kita cuba cari... Apa yang ada, jangan kita lupa untuk syukuri...
Unsur positif atau negatif akan selalu hiasi hari-hari kita...
Manfaatkan yang positif untuk terus maju, ambil yang negatif sebagai cabaran agar tak hanyut dek kedukaan...
Insya Allah, semua akan sentiasa baik-baik sahaja...

Usaha, doa, yakin dan tawakal... BittaufiQ wan Najah!! :)

p/s: Khas buat cik Nur Atiqah Matsahuri.. Sanah helwah.. Sahabat sampai ke syurga, insya Allah..

Tuesday, July 3, 2012

Al-Fatihah

Banyak betul berita dengar hari ni... Radio, TV, internet...

Banyak-banyak isu, cik Wardah terkelu membaca kisah pemergian seorang blogger... Tak banyak yang cik Wardah tahu tentang arwah, mudah kata, belum berkesempatan agaknya berkenalan dengan arwah (rasanya)..

Sesungguhnya, hidup, rezeki, jodoh, ajal & maut adalah ketentuan Allah jua.. Kita hanya mampu berusaha untuk peroleh yang terbaik... Hanya bila tiba masanya, adakah kita bersyukur ataupun takbur...

Takziah buat keluarga arwah Lieynanilaz..

Al-Fatihah

p/s: Bila fikirkan waktu masih ada, bimbang diri terus leka dan lalai... 

Friday, June 22, 2012

Mengetuk-ngetuk si beduk



Iklan kat TV kata: "Siapa kita hari ini, adalah siapa kita di masa lalu.."

Ada juga orang kata: "Bagaimana kita hari ini, itulah cerminan kita di masa hadapan nanti.."

Tapi, Allah dah kata: "....Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu sehingga mereka sendiri mengubah nasib mereka...." (Ar-Ra'du: 11)

Jadi, siapa kita di masa lalu atau hari ini tak menjanjikan pun yang kita akan jadi yang sama selama-lamanya... Selagimana kita yakin dan mahu untuk berubah, berusahalah.. Kerana, "Sodaqallahul 'Azim.."


Yep, ada sesetengah yang bagitahu, susah untuk berubah dan tukar tabiat... Memang tak dinafikan semua tu.. Tapi lupakah kita??

 Pelari pecut terpantas hari ini pun bermula dengan langkah pertama... 
 Qari terbaik dunia pun bermula dengan huruf 'Alif...
 Ben Ashaari pun bermula dengan entri pertama.. Ooops!! ^_^

Kesimpulannya, selagi kita tak MULA dengan yang pertama, selagi tu lah takkan ada kedua tiga empat atau seterusnya... 

So, bagi mereka yang ingin mulakan langkah pertama untuk berubah, cik Wardah nak sarankan sebuah buku... Buku ni cik Wardah beli masa dapat Baucer Buku 1 Malaysia hari tu.. 

Insya Allah, bukunya ringkas dan mudah sangat untuk difahami oleh semua golongan.. Baik kanak-kanak, remaja mahupun dewasa...

Karya Ustaz Pahrol Mohd Juoi, yang menceritakan pelbagai kisah teladan dan pengalaman beliau sendiri... 

Teringat kata-kata seorang lecturer yang digeruni pelajar-pelajar Kuliyyah Ekonomi dan Sains Pengurusan, UIAM; Prof. Dr. Ataul Haq Pramanik:

"God will not help you, if you don't help yourself.."

Dan kerana kata-kata beliau lah saya beroleh B dalam subjek Malaysian Economy.. Kuang Kuang Kuang.. Thank you so much Prof, sebab menjadi sangat menakutkan hingga kami berusaha bersungguh-sungguh... Alhamdulillah.. :)

Btw, bila lagi nak mula kalau bukan sekarang?? Cuba dapatkan dulu buku ni ye.. Insya Allah, sangat bermanfaat.. :)

p/s: Baru tau yang Hilal Asyraf tu muda lagi dari cik Wardah nohh~ Tp, awat dia nak kawin dah?? Jelessss~ T_T

.:: Tinggalkan Debunga Di Sini ::.

Popular Posts

.:: Ding Dong ::.

Get widget here