Friday, August 17, 2012

Sticky Post: Jom Kembara ke Durham! ;)


Velvet di Durham

Kawan-kawan lain habis baca dah.. 
Cik Wardah beli dah dua minggu, tapi, perap je dulu..
Pagi ni baru buka plastik..

Apapun, cepat-cepat pegi kedai carik.. ;)

To Aisyah: Aku dah beli dah.. Jeles tengok orang lain dah 'sampai' Durham..
Congrats Aisyah.. :)

Wednesday, August 8, 2012

Tuesday, August 7, 2012

Cabaran Sungguh..

Cabaran orang dah bekerja..

Tak sama masa belajar dulu..
Kalau malas, boleh ponteng je kelas...
Cikgu cik Wardah pernah cakap, 
"kalau malas ke, masalah jiwa ke, tak payah datanglah.. buang masa awak je.. Baik awak tidur je kat bilik..."
Memang sungguh lah tak datang kelas.. Kehkehkeh...

Tapi, bila dah kerja ni.. Sedih ke, sakit jiwa macam mana pun, ingat boleh suka-suka nak ponteng kerja??!!
If company sendiri pun, mau bankrupt kot...


Baru hari ni belajar..
Masa datang tadi, tak larat nak bercakap pun..

Alhamdulillah, sekarang, senyum pun tak payah paksa lagi..
Mula-mula memang susah.. Lama-lama, niatkan nak sedekah...
Jadilah mudah.. 

Miss Tee cakap dekat ofismate lain:
"Dia ni, jadi r*********** sangat bagus... Hari-hari, senyuuum je.."

Adoyy.. Tersipu-sipu malu saya.. Dah tu, bukan boleh pun nak masam-masam...
Huhuhu...

Tak sabar nak balik dah nii..


p/s: Ada orang ni dah duk berjam-jam kat sini.. Tak reti nak balik ke?? Takutlaah... T_T

Berhenti Bermimpi



"Konon sibuk mengejar dunia mencari kebahagiaan,
sedang hati masih penuh dengan kecelaruan..
Lalu, bagaimana erti bahagia yang dimaksudkan,
bila hakikat bahagia itu sebenarnya hati yang penuh ketenangan.."

Dalam banyak-banyak perlawanan, dalam melawan hati itu paling susah dan paling payah..
Terutamanya hati sendiri...

Moga Allah terus pimpin hati ini..
Dah terlalu lama berkemudi, masih jauh untuk tiba ke pelabuhan..
Ombak dan taufan dah selalu menghambat hingga hampir tenggelam..

Hari ni, aku nekad..
Mahu terus mencari pulau atau pelabuhan..
Tak mahu lagi terus terawang-awang...

p/s: Mimpi dan fantasi tak selalu jadi realiti.. Sampai bila nak hidup dengan mimpi? Sedangkan masa realiti terus laju berdetik tanpa henti.. Bangkit Aqilah.. Bangkit.. Jangan tidur lagi.. Jangan berkhayal lagi...

Thursday, August 2, 2012

Walau Secubit Garam..

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Pemurah
Assalamu'alaikum dan Selamat pagi semua..

Semoga dalam lindungan Allah selalu, Amiiin, Amiin, Amiiin ya Rabbal 'Alamiiin..


Sebelum terciptanya manusia lagi dah Allah nyatakan dalam surah Al-Baqarah ayat 30, bahawa Dia akan menciptakan khalifah, ya'ni pemimpin di atas bumi ini.. Tapi, sepertimana manusia menciptakan telefon bimbit berserta manualnya, begitulah Allah.. Manusia tak dicipta tanpa panduan, diturunkan Kitab-kitab suci, diutuskan para Rasul dan Nabi, juga pelbagai bantuan lagi bagi mereka meneruskan tugas khalifah di muka bumi. 

Tercipta yang namanya khalifah juga bukan tanpa tujuan.. Di bahu mereka terpikul dengan suatu amanah.. Firman Allah S.W.T.:

"Sesungguhnya Kami telah menawarkan amanah kepada langit, bumi dan gunung-ganang; tetapi semuanya enggan memikul amanat itu dan mereka khuatir tidak akan melaksanakannya (berat), lalu dipikullah amanat itu oleh manusia. Sungguh manusia itu sangat zalim dan bodoh.." [Al-Ahzab: 72]

Berbicara soal tanggungjawab, sesuai dengan hadith Rasulullah S.A.W.:

Daripada Ibn Umar r.a., Nabi S.A.W. bersabda: "Kamu semua adalah pemimpin. Dan kamu semua bertanggungjawab terhadap orang yang dipimpin..." [Riwayat al-Bukhari dan Muslim]

setiap seorang manusia itu adalah seorang pemimpin.. Sekurang-kurangnya, dia adalah pemimpin kepada dirinya sendiri.. Tapi, fokus tanggungjawab yang nak diceritakan di sini ialah, tanggungjawab seorang suami atau ketua keluarga..

Seperti yang disebut di atas, dalam surah al-Ahzab, beratnya sebuah amanah dan tanggungjawab sehinggakan seluruh isi alam menolak untuk memikulnya.. Namun, betapa Allah gambarkan manusia ni zalim dan bodoh, hingga sanggup menerima sesuatu yang telah ditolak semua.. 


Bayangkan, secubit garam dah cukup untuk mengenakkan sebuah masakan.. Tak kiralah, ikan goreng, ayam masak merah mahupun ikan masak singgang.. Betulkan??

Mesti tertanya-tanya, apa sebenarnya kaitan tanggungjawab ketua keluarga dengan garam ni?? Macam dah nak merepek je kan?? Hehe..

Al-kisahnya, mendengar rungutan tentang pasangan yang dah berkahwin, tetapi memilih untuk tinggal bersama ibu bapa.. Akhirnya, ibu dan bapa sendiri yang susah-susah menjaga rumahtangga juga anak-anak, sedangkan pasangan tadi hanya goyang kaki menguruskan hidup sendiri..

Seringkali kita dengar, orang yang berpengalaman ni dikatakan dah pakar dengan asam garam hidup..
Berbalik pada kisah pasangan berkahwin tadi..

Ada suatu pendapat, beliau menyatakan, semestinya pasangan yang baru berkahwin ni tinggal dan belajar untuk hidup dalam rumah sendiri.. Katanya,

"Bila dah duduk rumah sendiri ni, barulah orang tahu, betapa susahnya alam perkahwinan ni.. Dalam rumah lah sebenarnya kita terdidik untuk menunaikan tanggungjawab.. Macam mana nak uruskan sampah hari-hari supaya tak berulat, macam mana nak cari makan untuk anak isteri bila lapar.. Bayangkan garam yang murah tu, kita gunakan untuk setiap makanan.. Ada orang, pantang makanan kurang garam, melenting dia bukan main.. Kan?? Garam untuk ikan goreng, sup ayam, spagetthi.. Cuba kalau orang yang tak bertanggungjawab, garam yang harganya seringgit lebih habis pun dia malas nak pergi beli.. Apa jadi kat lauk-lauk dan makanan tadi?? Pasti terasa tawar kan? Tak sedap kan??"

Macam tu lah nak gambarkan beratnya sesuatu yang bernama tanggungjawab ni... Walaupun hanya untuk secubit garam, kalau tak ada sifat tanggungjawab dalam diri, pasti susah untuk dapat makanan yang enak-enak..

Jadi, mari sama-sama, seluk dalam diri.. Bagaimana diri kita melaksanakan sebuah tanggungjawab yang pasti akan dipersoalkan di akhirat.. Yang dah berlalu, biarkan berlalu.. Jadikan iktibar dan bertaubat pada Allah.. Yang masih ada dan bakal tiba, sama-sama kita usahakan untuk lakukan yang terbaik.. Insya Allah, Dia selalu ada untuk membantu hamba-hamba-Nya..

Wallahu a'lam

p/s: Hati bak serangkak dibungkus.. :)

.:: Tinggalkan Debunga Di Sini ::.

Popular Posts

.:: Ding Dong ::.

Get widget here