Saturday, August 17, 2013

Nadia Zahari: Dalam Kenangan

Sejak akhir-akhir ni, semakin ramai Allah ambil pulang ke pangkuanNya. Terbaru, seorang lagi kawan sekolah WH, Nadia Syazwani binti Zahari, dipanggil pulang pada Sang Pencipta, petang 16 Ogos 2013 akibat kemalangan jalan raya.

Allahurabbi. WH tahu dah lewat malam  semalam akibat terputus talian internet. Terpaku lama di atas tilam, bagaikan tak percaya. Dalam hati bacakan al-Fatihah berterusan diselang-selikan dengan doa, "Allahummaghfirlaha warhamha wa'aafiha wa'fu 'anha."

Pagi tadi WH gagahkan juga diri untuk memandu pulang ke Shah Alam menziarahi jenazah.

Alhamdulillah, perjalanan lancar. Sebaik tiba di rumah arwah, ramai yang telah berkumpul, suasana begitu sayu. Saat melangkah kaki masuk ke ruang rumah, keadaan sangat penuh, WH hanya berdiri di hadapan pintu, membacakan al-Fatihah dan sedikit doa. Hanya melihat jenazah dari jauh, WH tak sanggup nak masuk ke sisi jenazah.

Lebih kurang jam 8.30 pagi, jenazah dibawa ke masjid berhampiran untuk disolatkan. WH tak mahu ketinggalan, bergegas mengambil wudhuk dan berdiri dalam saf.. Usai solat, doa dibacakan.Allah, suasana sangat hiba, kedengaran esak tangis kecil mengaminkan bacaan doa. Paling memilukan hati WH,saat imam mengungkapkan doa "Allahummaghfirlaha warhamha wa'aafiha wa'fu 'anha" yang diulang beberapa kali. Terlalu sebak. Mengalir deras air mata. Menjadi saksi pemergian seorang kawan yang kita kira baik peribadinya.

Insya Allah, perginya husnul khaatimah, dalam keadaan dia teguh menyebarkan dakwah melalui peribadi dan fotografi.

Semoga Allah terima semua amal kebajikannya di dunia.
Semoga Allah mengampunkan segala dosa lalunya.

Buat keluarga almarhumah, moga Allah titipkan sejuta kekuatan buat meredhakan qadha' dan qadar Allah ini..

Al-Faatihah.

P/s: Maaf, WH hanya menaip melalui tab, yang mungkin banyak berlaku kesilapan dan tiada gambar.

Bagi yang belum mengenali arwah, boleh search nama komersial arwah, Nadia Zahari untuk semua page arwah.




Tuesday, August 13, 2013

"Nenek dah takde"

3 Ogos 2013; 25 Ramadhan 1434H

Pukul 10.00 pagi.

Sedang brsiap-siap untuk ke pusat membeli-belah (feeling-feeling nak raya dah). Sedang memakai tudung, jari tercucuk pin tudung. Hati dah rasa tak sedap. Duit tak cukup ke ha nanti? Atau, tak sempat nak buka puasa rumah Nu'man nanti? 

Pukul 10.10 pagi.

Turun ke pejabat kondo untuk bayar sewa tag parking kereta. Hati terus rasa tak sedap.

Pukul 10.25 pagi.

Mulakan pemanduan, slow je, sebab cermin sisi sebelah kiri dah longgar, bila-bila masa boleh jatuh. Tapi, hati masih yakin boleh jalan sebab malam semalam dah bawak pergi Tesco, selamat, Alhamdulillah.

Baru 10 meter jalan, pap!! Cermin jatuh. Allahu. Hentikan kereta, pegi kutip balik cermin tadi. (Bolehlah bayangkan WH terkedek-kedek kutip cermin jatuh tepi jalan). Dengan ala-ala Parkinson, cuba pasang balik cermin tu, Alhamdulillah tak berderai semua, kira boleh tengok jalan lagi la. Agak-agak ada lah 40 saat kat tepi jalan tu. 

Siap pasang, teruskan perjalanan, sambil dalam hati debar-debar kalau cermin jatuh lagi. Dengan kelajuan maksimum 40km/j, lambat jugak lah nak masuk MRR2 depan Flamingo tuh. 2 minit masuk Flamingo, dapat call dari ayah.

"Hello.."

"Along, kau dekat mana?"

"Baru nak keluar ni? Kenapa?"

"Nenek pengsan, dekat Kg Baru"

Dalam hati, erk. Pengsan? Kg Baru? Macam tak boleh nak hadam. Kenapa kat Kg Baru? Macam mana boleh pengsan?

"Orang kat sana dah telefon ambulans dah, telefon henfon nenek, ada pada neksu."

"Oh, okey." Talian diputuskan.

Terus dial nombor nenek. 

"Hello, ni neksu ni."

"Haa, ni along. Hospital mana?"

"HKL"

Allah, dalam hati banyak-banyak baca al-Faatihah. Panik! Hilang arah sekejap.

Call Hilmi. "Siap cepat, kita kena pergi HKL, nenek pengsan."

Dalam hati, "Dah sampai masa nenek agaknya. Innaa lillahi wa innaa ilaihi raaji'un."
Berkecamuk fikiran.

Dengan keadaan kereta, tak berani bawak laju, agak lewat sampai di HKL. Tiba di wad kecemasan, nampak Tok Hamdan, bersama anak dan menantunya di luar pintu, di belakang ambulans. Terus park kereta, agak jauh. Sampai di wad kecemasan, mencari-cari kelibat Nenek Ani dan Neksu. Masa salam dengan Nenek Ani, dia bisik, "Nenek dah tak ada."

Allahu Akbar. Masa dia dah sampai. Innaa lillahi wa innaa ilaihi raaji'un.

*Sebak jap*

Beberapa ketika kemudian, Neksu cerita. Diorang baru balik dari Chow Kit, beli lauk untuk hari raya. Dalam hati dah tak mengerti, "Nenek janji dengan Along nak pergi esok.."

Duduk sbelah Nek Ani. Dia bagi rantai nenek. Merembes terus air mata. "Nenek dah letak nama Along sebagai penama akaun Tabung Haji minggu lepas" Satu perkara yang nenek suruh rahsiakan. Minggu lepas. Nenek sihat lagi. Nenek masih ceria, layan kerenah anak cucu buka puasa. Nenek masakkan semua. 

Bangun, berdiri sebelah Hilmi. "Nenek dah takde." Terlihat merah mata dia. Menangis, mungkin. Al-Faatihah berulang-ulang kali dibacakan. Seketika kemudian, jenazah nenek dibawa keluar, setelah doktor di situ bercakap dengan Dr Alias Tajuddin, anak nenek, di telefon bimbit milik nenek. Tegas katanya, tak perlukan bedah siasat. Kaku di tepi katil, tak tahu apa perlu dibuat. Jururawat datang dan serahkan buku Yaasin. 

Ya. Baca Yaasin. Duduk di tepi katil dan bacakan Yaasiin. Beberapa saat, Hilmi datang. Dia tak tinggalkan sisi jenazah nenk pun. Setia di situ bacakan Yaasin, mungkin. Allah.

"Kaklong, minta alamat." "Kaklong, telefon ayah." 

Along nak duk tepi nenek. :'(

Pukul 11.45 pagi.

Jenazah dibawa ke bilik mayat, untuk urusan perpindahan ke Shah Alam. Jenazah akan dibawa ke sana, rumah kami. Dr Alias dan keluarga masih di Temerloh, bersiap-siap. 

Dengan keadaan kenderaan, WH minta Hilmi temankan hingga Shah Alam, tolong jadi cermin sisi untuk WH. Hari Sabtu, beberapa hari sebelum Eid, keadaan Kuala Lumpur agak sesak. Perjalanan ke Shah Alam agak membimbangkan, jem, tukar laluan mengikut DUKE. Dalam perjalanan, Dr Alias telefon minta tunggu. Jadi, sekitar jam 2.40 petang baru tiba di Shah Alam.

Tiba di rumah, sanak-saudara semua dah tunggu. Suasana agak hiba, ramai yang masih belum boleh percaya. Keluarga Dr. Alias, terus ke ruang tengah, ke sisi jenazah. Kedengaran satu suara, "Anaknya doktor, tapi waktu nak pergi, doktor lain yang sahkan kematian."

Allahu akbar! Kalau memang paksu yang terdengar mesti sayu. Mesti sedih.

Ya Allah, ampunkan dosa-dosa nenek. Terimalah segala amalan dan kebajikannya ya Allah.

Pukul 3.15 petang, jenazah dibawa terus ke masjid untuk dimandikan, dikapankan dan disembahyangkan.

WH masuk bilik mandi mayat. Saat tu, Allah je yang tahu dalam hati ni. 

Nenek, pertama kali kami semua tengok nenek terbaring macam tu. 
Pertama kali kami tengok nenek tak berdaya seperti tu.
Semua yang ada kata, "Macam tidur je dia."

Allahu Akbar. Kalau itu tandanya perginya Husnul Khaatimah, Alhamdulillah, ya Allah.
Waktu mandikan, WH macam hilang arah, tak tahu buat apa. 

"Basuhkan muka dia, bersihkan mulut, hidung, mata, telinga."
WH sapu muka nenek. "Nenek.. Pertama kali Along sapukan muka nenek. Dulu waktu kecil, nenek jaga semua cucu nenek. Nenek mandikan, nenek pakaikan baju, nenek belikan baju. Hingga saat akhir pun, nenek tak lupa dengan kita semua. Hari ini, pertama kali. Pertama kali kita yang uruskan nenek. Mak mandikan, paksu jiruskan air, along dan angah pakaikan baju untuk nenek. Ayah sapukan minyak wangi untuk nenek."

Allahummaghfirlaha warhamha..

Sementara tunggu waktu Asar, tahlil dibacakan. Ramai. Alhamdulillah. Waktu solat Asar, masjid penuh. Apa lagi waktu solatkan jenazah. Ayah yang imamkan. Kedengaran suara sebak ayah, hingga beberapa ketika, bacaan ayah terhenti kerana terlalu sebak.

Allahummaghfirlaha warhamha wa'aafiha wa'fu 'anha..

Selesai solat jenazah, kami semua ke kubur.

Untuk kesekian kalinya, kami lihat wajah nenek. WH dengan adik-adik tak sempat sampai sebelum tanah dikambus.

Talkin dibacakan, doa dipanjatkan. Semoga dosa nenek diampunkan, semoga amalan nenek diterima.

Kubur sebelah nenek, yang tengah tu, arwah jiran WH yang meninggal sehari sebelum

AL-FAATIHAH.

P/s: Pertama kali beraya tanpa nenek. Hanya kuih-kuih raya yang nenek sediakan yang ada. Even sampai hari ni pun, bila bercakap tentang nenek, seolah-olahnya nenek masih ada. Nenek, tetap hidup dalam hati kami, insyaa Allah. 

Pada semua yang dah membantu pada hari itu, terima kasih banyak-banyak dari WH sekeluarga. Moga Allah balas kebaikan anda semua berlipat kali ganda, untuk amalan di bulan Ramadhan. Amiiin yaa Mujib.

Kisah di sebalik pemergian nenek, biarlah hanya dari mulut kami. Moga sahaja nenek telah ampunkan kesalahan orang itu sebelum dia pergi.  

Thursday, May 2, 2013

Untitled

Tak tahu nk taip ape..

Dilema..

Perasaan..

Kerja..

Rumah tangga...... eh? Ade rumah dh ke?? :D

Ok, berkorban.. Semua sekali....


Friday, April 26, 2013

Menghijab Hati

Lama tak menaip.. Banyak nak tulis, tapi selalu taknak tulis.. Haha..

Okey, abaikan!

Tarik nafas, hembussssssss! Huh!

Okey, lama dah pendam perasaan.. Tak pandai nak luah perasaan..
Takut kalau kita meluah, situasi jadi parah.. Tapi bile pendam, luka jadi nanah..

Allah.. Allah.. Allah... Allah.. :'(

Zikir terus dalam hati.. Biar hati tak cakap-cakap lagi..

Off.

.:: Tinggalkan Debunga Di Sini ::.

Popular Posts

.:: Ding Dong ::.

Get widget here