Friday, April 6, 2012

Indahnya Pagi di UIAM...

Alhamdulillah, bangun awal hari ni... (Tu pon sebab ada exam malam ni... Hahaha)

Tiba-tiba je nak puji pagi kat UIA kan?? kehkehkeh..

Yelah, sejak rektor UIAM bertukar tangan ni, ada satu perubahan yang berlaku di pagi hari di UIA ni.. Siapa-siapa yang belajar kat UIA mesti tahu.. Kan? Kan??

Setiap pagi kan, kira-kira jam 8.30 pagi tu, mesti ada bacaan doa dari masjid UIA... Oleh kerana kedudukannya yang terletak di tengah-tengah struktur binaan bangunan UIA, maka bacaan doa itu boleh didengari ke seluruh pelusuk UIA.. Termasuklah dari bangunan Mahallah Halimatus Sa'adiah yang terletak di ceruk nih...

Tambah indah lagi, kalau kita on the way ke kelas, walaupun dalam keadaan terkocoh-kocoh dah lambat, walau dalam keadaan beg berat tak hingat, masih ramai yang menadah tangan untuk mengaminkan doa tersebut ketika berjalan... (Maksudnya, tak semua la pun yang buat..)

Subhanallah.. Suka sangat tengok pemandangan ni, sampai terharu, bergenang-genang air mata...

Semoga aje usaha ni berterusan.. Biar indahnya pagi, akan berkekalan hingga ke petang seterusnya ke malam...

Ya Rahman, Ya Rahim, berkatilah bumi UIAM ini... Amiiiin..... ^_^

p/s: sambung study plak... 

4 comments:

azam said...

alhamdulillah....... :)

FasiHaH SupiaN said...

betul!setuju sgt...

NooR AzLen BinTi HaRoN said...

assalammualaikum

alhamdulillah..seronoknya...rindu nak ke uia lagi^_^

deno said...

mesti seronokkan dpt belajar kat sana, deno dpt tawaran blaja kat situ jugak tp kena tolak sbb masalah kesihatan...

.:: Tinggalkan Debunga Di Sini ::.

Popular Posts

.:: Ding Dong ::.

Get widget here