Monday, January 9, 2012

Bila Syukur Tak Lagi Bermakna...

Petang tadi, terjumpa ruangan "Nukilan Solehah- Amie Sofea Ahmad" dalam Metro Ahad sementara tunggu kereta siap dibasuh... Dah lama dengar tentang ruangan ni, namun baru petang tadi berkesempatan, alhamdulillah.. Nampak sangat kan lama tak baca paper?? Hehehe....

Semenjak program realiti Solehah mengambil tempat di TV Al-Hijrah pada setiap malam Jumaat, alhamdulillah, banyak sungguh hati yang tertarik... Terutamanya di kalangan gadis-gadis remaja yang baru hendak mengenal dunia, gadis-gadis remaja yang sedang mencari-cari jalan dan sinar hidup... Ibu-ibu yang sedang mencari-cari calon menantu, tak lupa juga pada jejaka-jejaka terinta-intai bakal isteri.. 

Apatah lagi buat diri, apabila dua rakan sekaligus menjadi Finalis untuk program tersebut... Satu-satunya pengajaran dan pelajaran yang kita boleh ambil daripada rancangan ini ialah erti syukur...

Syukur secara am adalah perbuatan berterima kasih kita kepada yang lain untuk sesuatu yang diberi atau pertolongan...
Dalam Islam pula, syukur mesti dipanjatkan ke hadrat Ilahi yakni Allah, Tuhan sekalian alam... Segala apa yang kita miliki hari ini, adalah atas kurnian-Nya yang tak pernah lepas walau sesaat pun untuk memberi kesenangan untuk hamba-hamba-Nya melayari hidup sebagai khalifah.. 

Sedar atau tidak, betapa susahnya kita ni sebagai manusia hendak bersyukur.. Hendak belajar bersyukur je dah susah, apatahlagi hendak ikhlas bersyukur...

Antara sebab kita semua manusia wajib bersyukur:

1. Kita ni dilahirkan sebagai Muslim... Dapat terus hidup, dididik, dibesarkan dan insya Allah mati juga dalam keadaan kita sebagai Muslim...

2. Nikmat yang terus-menerus Allah beri walau kita kufur sekalipun dengan nikmat-nikmat itu.. Ramai yang berbangga dengan kerja keras dan penat lelah mereka mendapatkan harta setinggi Everest, hidup seindah kristal... Tapi terlupa bahawa itu semua atas izin-Nya... Malah dengan bongkaknya berkata segalanya tiada kaitan dengan Yang Maha Memberi, "aku sendiri yang berusaha".. Na'udzubillah..

3. Solat kita hanya 5 waktu... Kalau lah solat kita seperti yang Allah tetapkan pertama kali dalam peristiwa Isra' Mi'raj yang sebanyak 50 waktu itu tak dikurangkan, pasti kita tidak perolehi pelbagai gajet dan teknologi penuh canggih hari ini... Bagaimana mampu kita miliki?? Andai tempoh waktu setiap solat itu hanya 5-10min.. Habis baca doa je dah masuk waktu solat yang seterusnya.. Yang 5 tu pon, masih liat kan??

4. Al-Quran dan Sunnah dah sedia ada, tinggal kita nak baca dan amalkan je.. Tak perlu sesusah zaman Saidina Abu Bakr r.a. yang berusaha mengumpul semula wahyu Allah, untuk dibukukan... Tak payah nak sibuk-sibuk tafsir semula ayat-ayat mutashabihaat yang punya pelbagai makna untuk kita fahami maksud yang tepat.. Banyak dah kitab tafsir dalam pelbagai bahasa... Tinggal buka dan baca je...

5. Pintu taubat Allah buka seluas-luasnya... Sebesar mana pon dosa kita, selagi kita sedar dan mahu berubah, tidak mahu mengulangi silap kita, Allah akan tetap terima... Biar kita terus ulang, bertaubat dan ulang lagi, Allah tak pernah bosan hendak mendengar dan menerima taubat kita... 

6. Janji Allah itu pasti... Janji Allah semua yang hidup akan mati kecuali Yang Maha Hidup.. Terbukti Nabi S.A.W juga wafat apabila tiba masanya... Janji Allah yang beramal soleh akan mendapat ganjaran syurga, terbukti sudah daripada kisah-kisah dalam Sirah.. Sahabat-sahabat Rasululllah S.A.W., serikandi-serikandi Muslimah... So, kalau Allah kata perempuan baik-baik tu untuk lelaki yang baik dan sebaliknya, maka janji Allah tu tak perlu lagi kita nak pertikaikan.. (Tetiba je masuk bab ni kan..)

Ini cuma sebab-sebab yang kita semua boleh fikir dengan logik akal kita.. Kalau nak mendalami lebih dalam lagi sebab-sebab ni, nescaya, lebih ramai lagi yang akan terpesong iman dan aqidah mereka.. Tak percaya??? Try blaja subjek usuluddin ye.. :)

Teringat perbincangan dengan beberapa sahabat... Manusia sangat mudah untuk bersabar bila ditimpa sesuatu ujian, tetapi, lupa untuk bersyukur bila berjaya melepasi ujian tersebut... Bila difikirkan, memang betul pun kata-kata tersebut... 

Jom sama-sama kita fikirkan dan muhasabah diri kita okeyh.. :)

p/s: Politik hangat diperkatakan di sana-sini... PRU da dekat, sendiri tak daftar lagi.. Ooops!!

2 comments:

Unknown said...

Cik Aqilah g daftar undi..nanti senang nak undi..

HanisLazimAndTheShaklee said...

;)

.:: Tinggalkan Debunga Di Sini ::.

Popular Posts

.:: Ding Dong ::.

Get widget here