Saturday, February 11, 2012

Biar pahitnya madu realiti....

Dalam yang tersurat, terlalu banyak tersirat yang didiamkan..
Terlalu banyak hati berkata-kata, namun tak terdaya mulut untuk bersuara...

Takut?? Ya..
Takut menjadi pandangan buruk sekeliling..
Takut mendapat kejian seluruh alam..

Kau tahu tak apa yang aku rasa??

"Tak.."

Ya, aku juga.. Aku juga tak tahu apa yang kau rasa..

Pernah aku idamkan, takluki puncak tertinggi dunia..
Pernah juga aku mimpikan, miliki takhta buatan emas..

Kini aku sedar.. Impian dan mimpi bukan semudah menata realiti...
Kau dan aku harus terus bergelut..
Kau dan aku mesti sentiasa berusaha..

Hingga kini, aku masih setia mengharung arus..
Di mana impian dan mimpi bukan lagi satu inspirasi...

Aku harus sedar... Biar hati terhiris, biar luka terguris, realiti sememangnya begitu..
Aku takkan dapat memahami hikmahnya tanpa realiti..
Aku mesti bangun dari mimpi...
Biar pahit madu realiti, pasti ada manisnya nanti...

Aku pernah punya impian.. Aku masih miliki harapan..
Kau dan aku mesti selalu bangkit...
Bangkit menggadai hati, untuk selalu redha ketentuan Ilahi..

Ilahi??

Ya.. Tuhanku.. Tuhan engkau.. Tuhan mereka...
Jangan takbur dengan Dia.. Jangan bongkak dengan Dia..
Itu yang kau, aku dan mereka belajar..

Tapi, tak semua kita praktikkan apa yang kita ketahui..
Ya, aku juga... Selalu aku butakan hati hanya ingin puaskan keinginan..

Aku tak mahu lagi begitu..
Biar jalan memang selalu berliku, kau dan aku mesti bersatu..

Perjuangan takkan pernah berakhir jika kita tak pernah memulakan...
Ayuh sahabat.. Ayuh teman.. Ayuh kasih..
Kita mulakan perjalanan ini...

Dengan nama Allah.. Kita bertemu di penghujung nanti, insya Allah....

Cik Aqilah Wardah
11 Februari 2012; 0812
UIAM.

1 comment:

Fasihah Supian said...

Amin.....moga terus mendamba kasih DIA..

.:: Tinggalkan Debunga Di Sini ::.

Popular Posts

.:: Ding Dong ::.

Get widget here