Saturday, March 3, 2012

Jika hendak berubah, berubahlah kerana...........

Suatu petang di Masjid UIAM, Gombak...

Dua orang sahabat sedang berehat usai solat Zuhur...

Salah seorangnya membelek-belek tudung labuh yang baru sahaja dibeli buat sang ibu..
Sementara seorang lagi sedang bersiap untuk menghadiri perbincangan yang telah dijadualkan...

Perbualan ringan antara keduanya berkaitan dengan pertemuan jodoh dan perubahan diri ke arah yang lebih baik...

Ya, kalau kita boleh perhatikan, rata-rata hari ini, remaja sangat sensitif dengan isu jodoh...
Semuanya mahu yang terbaik untuk diri dan bakal keluarga mereka...

Si gadis inginkan seorang Imam yang mampu membimbing dirinya serta bakal anak-anaknya di kemudian hari...
Manakala sang teruna idamkan gadis yang solehah, patuh pada aturan syariat, tak kurang juga ramai yang idamkan gadis Muslimah yang bertudung labuh mahupun yang berpurdah..

Seiring dengan janji Allah S.W.T. dalam surah an-Nur, ayat ke-26:
(Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan- perempuan yang baik.
Ayat ini menjadi pegangan anak muda hari ini untuk dijadikan panduan dalam mereka mencari  jodoh untuk diri mereka kelak...

Oh, tidak.. Jangan salah faham dahulu.. Adakah saya menafikan akan janji Allah yang di atas ini???
Na'udzubillahi min zalik... Mendusatakannya adalah sesuatu yang paling gerun untuk dilakukan.. Namun, untuk mendalami maksud saya dengan lebih lanjut, mari kita perhatikan pula petikan hadith Nabi S.A.W. yang ini pula:
Dari Amirul Mu’minin, Abi Hafs Umar bin Al Khottob radiallahuanhu, dia berkata: Saya mendengar Rasulullah saw bersabda : Sesungguhnya setiap  perbuatan tergantung niatnya.  Dan  sesungguhnya  setiap  orang  (akan dibalas)berdasarkan apa yang dia niatkan. Siapa yang hijrahnya karena (ingin mendapatkan keridhaan) Allah dan Rasul-Nya, maka hijrahnya kepada (keridhaan) Allah dan Rasul-Nya. Dan siapa yang hijrahnya karena dunia yang dikehendakinya atau karena wanita yang ingin dinikahinya maka hijrahnya (akan bernilai sebagaimana) yang dia niatkan.
 Dan saya yakin, ayat terakhir dalam hadith di atas sangat jelas dan mudah difahami oleh saya dan anda juga....

Dalam peristiwa Sirah yang tercatat, seorang pemuda telah berkehendak menikahi akan seorang wanita... Sebagai syaratnya, pemuda ini haruslah menyertai pasukan Baginda S.A.W. untuk berperang (kurang pasti nama perang).. Maka, setelah pulangnya beliau setelah perang tamat, wanita tadi bersetuju untuk menikahi pemuda tersebut...

Jadi, jelaslah bahawa ketikamana pemuda tersebut menyertai pasukan perang Rasulullah S.A.W., tujuannya bukanlah kerana beliau ingin menyertainya, tetapi hanya kerana ia menjadi syarat agar beliau dapat menikahi wanita tadi...

Jadi, pada pendapat anda semua, bolehkah kita samakan peristiwa sirah ini dengan kehendak dan impian remaja hari ini??

Pada saya, ya.. Walau dalam keadaan dan zaman yang berbeza, asal niatnya boleh dikatakan menyerupai... Jadi, anda mahu berhijrah kerana ingin dapatkan pasangan soleh/solehah, atau hijrahmu itu LiLLahi Ta'ala???
Tepuk dada, tanya iman.... Hendak berhijrah, tak usah terburu-buru... Hendak belajar memasak sahaja perlu pengalaman yang berbulan-bulan, malah mungkin juga bertahun-tahun... Inikan pula untuk mendalami dan memahami maksud tersirat di sebalik penciptaan manusia sebagai khalifah di bumi Allah ini...

Ini nasihat saya buat diri dan juga anda-anda semua... Kadang-kala, luangkanlah masa untuk merenung sebentar... Adakah perkahwinan yang anda inginkan hanya semata-mata melahirkan sebuah Baitul Muslim yang dirancang atau membentuk dan mendidik sebuah generasi punyai cinta seteguh Rabi'atul Adawiyah juga sebuah ummah miliki kekuatan, kebijaksanaan juga keimanan sehebat Salahuddin al-Ayyubi??? Wallahu A'lam... Renungan bersama, insya Allah, ada manfaatnya....

p/s: Bimbang diri belum bersedia menjadi 'guru' walau hati berkeras mahu memiliki... 

2 comments:

Fasihah Supian said...

Hmm, tanya diri semula, nak kawin sebab apa sebenarnya?

Puan Nurussalwa said...

hehe.. tahu pun..
:P

.:: Tinggalkan Debunga Di Sini ::.

Popular Posts

.:: Ding Dong ::.

Get widget here