Friday, March 2, 2012

Nikmat + Ujian = HIDUP

Suatu tengah hari, di kafedotmakansedap..

3 orang sahabat leka berbual-bual sambil makan-makan tanpa menghiraukan keadaan sekeliling yang semakin ramai dipenuhi orang..

Tajuk perbualan untuk gadis yang rasa sentiasa remaja tentulah... "KAHWIN".. Ya, betul tu!

Sahabat 1: "Ada seorang junior ni tanya... Kenapa ada perempuan baik, yang solehah, alim, wara', tetap juga dapat lelaki yang kurang baik?? Panas baran ke, tak solat ke... Sedangkan, dalam al-Quran, Allah dah janji, perempuan yang baik-baik untuk lelaki yang baik-baik juga.. Dan begitulah sebaliknya..." [Rujuk Surah An-Nur: 26]

Sahabat 2 mengangguk-anggukkan kepala tanda memahami persoalan yang diutarakan, sementara Sahabat 3 sedang leka menyuap nasi ke dalam mulut... (Lapar sangat lah tu)

Jeda seketika....

Sahabat 2: "Betul, tak dinafikan ada juga kes-kes macam ni kan?? Tapi, sebenarnya.. Kejadian macam ni nak tunjukkan betapa Allah tu Maha Berkuasa ke atas sesuatu... Dan Dia mampu melakukan apa sahaja mengikut kehendak-Nya pada sesuatu masa... Kalau masa tu Dia nak turunkan hujan, maka turunlah hujan... Kalau saat tu Dia mahu gagalkan rancangan kita, maka gagallah rancangan kita.."

Dua sahabat yang lainnya mengangguk-anggukkan kepala tanda faham dan setuju...

Sahabat 2 menyambung: "Selain daripada ayat perempuan baik untuk lelaki baik tadi, ada banyak lagi ayat lain yang membicarakan tentang janji Allah.. Contoh paling mudah untuk kes macam ni, ayat kun fayakun.. [Boleh rujuk surah Yaasin: 82]... Bilamana Allah berkata Kun (Jadilah), maka akan terjadilah sesuatu... Begitulah di sebalik penciptaan langit dan bumi, serta kronologi kisah hidup manusia dari zaman Adam a.s. sehinggalah ke akhir waktu nanti... Jadi, kita tak boleh salahkan takdir yang dah Allah tetapkan untuk hidup kita.."

Moral of the story: Hidup kita ni, dah banyak sangat nikmat Allah bagi... Kalau nak kata hidup kita Allah timpakan ujian setiap saat, maka ingat lah, setiap saat itu jugalah ada satu nikmat yang Allah titipkan.. Iaitu: Hidup.. Bilamana kita masih rasa akan sesuatu yang bernama HIDUP, maka, itulah nikmat terbesar yang Allah beri untuk setiap yang bergelar kehidupan... Hanya bagaimana cara kita menjalankan hidup itulah sebenarnya uijan buat kita.. Wallahu A'lam....

Untuk lebih lanjut, rujuk SINI

p/s: Kisah telah diolah-olah menjadi lebih drama... Kihkihkih.. ^_^

2 comments:

FasiHaH SupiaN said...

agree.........

Faizal Ismail said...

kerana kita HAMBA , maka layaklah kita diuji oleh DIA.

.:: Tinggalkan Debunga Di Sini ::.

Popular Posts

.:: Ding Dong ::.

Get widget here