Tuesday, May 15, 2012

Perginya, tak kembali lagi..

Alhamdulillah....Hari ni, segalanya telah selesai...Assignments, quizzes, presentations...
Hanya tinggal hari-hari peperiksaan yang bakal menjelang lebih kurang 10 hari lagi...

Setibanya di bilik, fikiran tertanya-tanya mahu berbuat apa.... Study?? Masih letih lagi..
Oh ya, teringat pertemuan di cafe tadi... Lantas jari menekan-nekan papan kekunci telefon menaip sesuatu... Lantas dihantar ke sang penerima...

"Happy Birthday, Lia"

Sedang berfikir, tangan pula pantas menekan butang 'on' pada laptop.. Menonton barangkali...
Setelah cerita dipasang, mata terpandang pada Broadband yang sedia tersambung pada laptop..
Connection disambung... Browser Chrome diklik.... Bookmarks dicari... Di antara senarai laman web yang di'bookmark'kan, hati tertarik pada satu pautan....

Blog sahabat lama yang mencatatkan satu peristiwa penting dalam hidup kami... Titisan air mata menitis dengan berderas... Lidah terus-menerus membacakan Surah al-Fatihah....

Hati berkata, hari ini, ramai yang gembira meraikan ulangtahun kelahiran... Sedang ramai yang sedang bertarung dengan kematian... Malah ramai juga yang lebih dahulu pergi meninggalkan hidup....

Berkaitan kisah pautan tadi... Wallahi, terkenang peristiwa kurang 4 tahun itu, hati menjadi sangat pedih.. Teringat betapa aku menangguhkan untuk menghubungi arwah... Tak pernah terdetik di hati saat itu, "jika aku tangguhkan lebih lama, mungkin aku tak berpeluang lagi..."

Saat ini, biar berjuta kali mengenangkan pemergian arwah, tak pernah sekalipun terlepas mengulang kembali 'video' detik waktu di zaman persekolahan dahulu...

Baru-baru ini, ku terima lagi pemergian seorang guru ku di Sekolah Rendah Agama dahulu... Kali terakhir aku bertemu arwah, sekitar setahun yang lalu.. Sewaktu aku dan adik-adikku menghadiri Pesta Buku Peringkat Selangor yang diadakan di bangunan SACC, Shah Alam... Alhamdulillah, biar ku tahu arwah mungkin kabur ingatan beliau tentang diriku, tapi aku sangat mengingati arwah.. Beliau guru yang mengajar mata pelajaran 'Khat' dan 'Sirah' ketika aku darjah 6 (2000) juga guru kelas ku pada tahun 1998...

Semoga Allah mencurahkan rahmat-Nya kepada mereka yang dekat dengan ku yang telah lebih dahulu pergi menghadapNya... Saudara-maraku, guru-guruku, sahabat-sahabatku....

Mungkin kerana di akhir semester, di akhir pengajian, hati mudah terusik dengan perpisahan... Sama ada yang sementara, mahupun selamanya...

Bagi yang berkesempatan membaca post ini, sudilah kiranya untuk mensedekahkan al-Fatihah untuk mereka....

AL-FATIHAH

p/s: T______T

1 comment:

Faizal Ismail said...

moga semangat arwah ada pada semangat orang muda .

.:: Tinggalkan Debunga Di Sini ::.

Popular Posts

.:: Ding Dong ::.

Get widget here