Sunday, July 8, 2012

Oh My English!



Melihat keletah pelajar 3 Merah dalam rancangan Oh My English! yang disiarkan di Astro TVIQ ni memang sangat mencuit hati... Ditambah pula dengan telatah guru besarnya, Puan Hajar, guru disiplin, Encik Mohd Salleh serta kekacakan guru English, Sir Henry Middleton..!

Sejak disiarkan, rancangan ni memang banyak mendapat sambutan.. Ada yang memuji usaha Astro menerbitkan rancangan sebegini, tak kurang juga yang mengkritik..

Ya, bagi cik Wardah, its awesome!! Eh.. Eh.. Eh... Hehehe... Yelah, hari ni, anak-anak muda especially yang masih di sekolah merasakan susah sangat nak faham dan menguasai Bahasa Inggeris ni.. Jadi, rancangan sebegini dapat menarik minat anak-anak muda untuk mempelajarinya sekaligus menguasainya dengan baik...Yelah, dengan keadaan pasaran sekarang yang sangat mementingkan Bahasa Inggeris dalam apa jua bidang dan lapangan sekalipun..

Sekarang, kita tengok pula yang mengkritik.. Ada yang kata, sepatutnya, terbitkanlah rancangan Oh My Tajwid ke or Oh My Arabic ke... Errrr.. Good idea jugak... Tapi, takkan lah nak guna nama yang sama jugak kan?? Nanti dikatakan meniru, lainlah kalau diterbitkan oleh orang yang sama...

Walau apapun, pada cik Wardah la kan.. Kita tengok anak-anak kita hari ni.. Mereka lebih mudah tertarik dengan hiburan.. Dan melalui hiburan juga lah anak-anak ni ter'tarik' dengan yang lain.. Fuhh~ Susah bila hati dah ter'ikat' dengan hiburan...

Jadi, apa kata penerbit- penerbit di luar sana kan.. Ataupun Muslim-Muslim yang kaya-raya, yang tak tahu nak buat apa dengan duit, boleh lah kerahkan mana-mana tenaga untuk hasilkan rancangan berbentuk hiburan yang mendidik kuasai Bahasa Arab ataupun Tajwid.. Insya Allah, anak-anak akan juga lebih tertarik untuk belajar.. Kan? Kan? Gameshow ke, atau kuiz ke... Tak ada apa yang mustahil dalam dunia ni, melainkan kita sendiri tak berusaha....

Allah takkan sia-siakan hamba-hamba-Nya yang berusaha.. Itu janji daripada-NYa...

p/s: Err... rasa macam ada yang tak kena je dengan entri kali ni.... mode: tak sihat... T_T

2 comments:

Oh My English said...

Entri yang menarik! Terima kasih atas sokongan anda! Oh My English!

yana yani said...

http://lyanna95.blogspot.com/2012/07/10-random-question-ramadhan-by-yana-yani.html

jom join segmen yana

.:: Tinggalkan Debunga Di Sini ::.

Popular Posts

.:: Ding Dong ::.

Get widget here