Monday, January 2, 2012

2012: Sejarah Itu Kenangan, Masa Depan Itu Lukisan

Beberapa hari di akhir 2011, kami terkenang dan mengenang...
Walau telah beberapa lama pemergian itu, seolah-olah terasa seperti semalam...

Namun, pagi terakhir 2011 itu, kami menerima sebuah lagi pemergian nun jauh di kampung..
Demikianlah janji-Nya: "Setiap yang hidup itu pasti akan mati.."

Malam akhir 2011, majoriti penduduk Malaysia rata-rata menghadirkan diri ke pelbagai program-program hebat yang dianjurkan pelbagai pihak...
Sebagai penduduk setia Bandar Anggerik, Dataran Shah Alam dan I-City tu bukanlah satu jarak yang jauh dari tempat tinggal cik Wardah...
Program bersama Ustaz Azhar Idrus mendapat perhatian luar biasa apabila lebih 70,000 hadirin menyertainya bagi mengisi masa menanti detik ketibaan 2012.. Alhamdulillah, jika begini hangat sambutannya, harapannya, bukanlah sekadar tinggi nombor yang hadir, malah juga yang terTARIK hatinya, dan menerima seruan yang dibawa, insya Allah....

Walaupun agak terkilan tak dapat bersama, namun, bersama-sama keluarga pastinya tak kurang menarik dan indah.. 
Majlis aqiqah untuk dua puteri yang dilahirkan pada Julai & 11 November 2011 yang lalu diadakan sebagai tanda syukuran untuk anugerah terindah ini...

Untuk Puteri Khairah Qaleesya & Nur Aleesya Soffea, moga hadirnya kalian menjadi penawar dan penghibur hati keluarga...
Moga hadirnya kalian, menjadi bukti & saksi kebesaran Allah Azza wa Jalla...

Qaleesya & Soffea
Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar... Dalam kehangatan bunyi-bunyian dan pancaran-pancaran bunga api malam tu, kami beramai-ramai membincangkan pelbagai isu semasa..... Dari satu kepada satu yang lain....
Alhamdulillah, Allah masih pelihara kami daripada terjerumus ke arah yang negatif...

Sebentar tadi, terbaca status seorang schoolmate akan kerinduannya terhadap masa lalu, masa sekolah...
Ya, rindu... Peralihan tahun 2011 kepada 2012, menambahkan lagi jarak waktu kami meninggalkan alam penuh keriangan & pengajaran tersebut....

Kini, setiap daripada kami telah jauh mengejar dan mencapai cita-cita sendiri, di seluruh pelusuk dunia...
Allah al-Azim... Betapa besarnya cita-cita kami dahulu, betapa hebatnya rencana kami dahulu... Namun, Allah lebih mengetahui di mana hebatnya seseorang hamba-Nya... 

Begitulah cik Wardah.. Yang akhirnya melibatkan diri dalam bidang Usuluddin.. Kelihatan agak mudah berbanding yang lain, namun, setiap bidang itu ada kepayahannya masing-masing...
Menceburi bidang ini ternyata lebih membuka minda & hati cik Wardah betapa hari ini kita sangat terpengaruh dan terdedah dengan pelbagai ideologi Barat dalam kita sedar ataupun tidak... 

Berada dalam era globalisasi, menjadikan ruang dan jarak itu lebih sempit dan singkat, memudahkan lagi penyebaran-penyebaran negatif ini... Di sinilah pentingnya peranan mengukuhkan dan memantapkan aqidah dalam diri kita... Kerana itu lah di akhir doa kita, seringlah panjatkan:

"Ya Tuhan kami, janganlah pesongkan hati-hati kami, setelahmana Kau telah memberi hidayah kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami rahmat-Mu, sesungguhnya, Engkaulah Maha Pemberi Kurnia..."

Akhir kata, semoga 2012 ini menjadikan kita lebih baik daripada semalam dan lebih teguh menghadapi hari esok.... Insya Allah.... 

p/s: Azam nak kahwin lah tahun ni... Bleh tak?? Hehehehe~ ^__^ (Ohh, next paper 13 hb nanti... Last paper hari tu, 30hb.. So, cuti dolu lah!! ;))

1 comment:

al_hakim said...

wuyoo..header baru nampak

.:: Tinggalkan Debunga Di Sini ::.

Popular Posts

.:: Ding Dong ::.

Get widget here