Saturday, September 16, 2017

Alone





I have been strong, alone, for so long.
I can stand no longer.

Sunday, November 1, 2015

Saya Seorang Guru Tadika

Beberapa hari ini, terasa sangat terhimpit dengan masalah kewangan. Kerjaya guru tadika memang tak menjanjikan gaji yang beribu-ribu. Tapi inilah jalan yang kami pilih.
Beberapa hari ini juga, rakan-rakan guru bercerita. Kawan yang kerja sebagai peguam, dah naikkan banglo dua tingkat di kampung. Kawan-kawan zaman belajar, berbual tentang membeli rumah. Yang lagi seorang pula, sering diasak pertanyaan, “dah berisi ke belum?” setelah setahun berumah tangga.
Aku sendiri pernah ditanya, “kenapa kau tak mohon pekerjaan menggunakan kelulusan kau?” kalau ikut emosi, macam-macam ayat aku dah siap sedia dalam kepala.
Jadi, beberapa hari ni, aku memilih untuk membaca. Untuk menenangkan hati yang gundah-gulana. Setelah beberapa hari, aku masih tak bertemu ketenangan. Perasaan masih dihenyak kedukaan.
Jadi, pagi tadi, sebelum ke sekolah, aku rembat satu buku lagi sebab tahu dah tak ada apa-apa nak dibuat di sekolah. Sampai di sekolah, baru aku tengok tajuk buku. Haha. ‘Bedtime Stories Sentap’.
Lepas sarapan, aku habiskan bacaan Esc. oleh Budak Tomato. Kemudian, baru aku baca sehelai demi sehelai Bedtime Stories. Masuk bab ketiga, yakni juz ketiga, ayat yang dipilih penulis ialah ayat daripada surah al-Baqarah ayat 286:
لا يكلف الله نفسا إلا وسعها لها ما كسبت وعليها ما اكتسبت.. إلى آخر الآية.
Maksudnya: Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya.
Klise kan? Beberapa kali aku ulangkan ayat ni dan penerangan oleh penulis. Lalu akhirnya aku bersuara,
“Weh (bukan nama sebenar, haha), kau kena hafaz ayat nih. Surah al-Baqarah, ayat 286.”
“Kenapa?”
“Bila nanti orang tanya kau lagi, “dah ada isi ke belum”, kau bacakan ayat ni. Dengan maksud dia sekali kau bacakan.” Ketawa. “Cantik sangat ayat ini. Mula-mula Allah pujuk, lepas tu Allah bagi warning, lepas tu Dia ajar pulak doa untuk kita. (Sila rujuk ayat penuh). Kalau makcik-makcik tu nak bising juga, sekurangnya kita dah baca doa tu menunjukkan kita ikhlas dan redha dengan takdir Allah ni”.


Begitulah, dalam hati aku juga akui sendiri. Hati aku juga terubat. Memanglah gaji aku sedikit, tapi aku perasan. Setiap kali aku niat nak belanja anak-anak murid aku sesuatu, walaupun terasa sesaknya dompet masa tu, Allah selalu ganti dengan yang berganda-ganda. Selalu. Apalagi setiap kali aku dengar jeritan “ yeay!” seorang-seorang bila dapat makan roti (biasanya makan biskut semata), dapat main lego (sebab selalu belajar, tulis, baca, stress kot!), dapat menari (sebab diorang memang jenis terkinja-kinja tak boleh duduk diam).
فبأي آلآء ربكما تكذبان.


Pernah sekali, waktu solat zuhur, selesai aku bagi salam kedua, terdengar budak bertiga berborak di luar.
“Eh, teacher mana ek?”
“Oh, teacher baru nak baca doa”.
Sebaknya, lain macam aku rasa. Antara sebabnya, aku agak tertekan, masih ada beberapa anak murid yang belum lancar bacaannnya.
Hari tu, aku doa pada Allah, “ya Allah, aku tahu aku bukan guru terbaik untuk anak-anak muridku. Walaupun bacaan mereka belum lancar, jadikanlah setiap huruf yang mereka kenal kerana aku, jadi jalan buat mereka mengenalMu. Jadikanlah setiap ayat yang mereka tahu baca kerana aku, jadi asbab mereka untuk lebih dekat denganMu. Dan jadikanlah setiap yang aku ajarkan mereka keranaMu, sebagai kemudahan untuk aku ke syurgaMu”.
Pengalaman ini hadiah terbaik pernah hadir dalam hidup aku. Siapa-siapa yang pernah terjun dalam bidang ini kerana Allah akan merasa manisnya berjuang mengajar membaca untuk anak-anak ini.
Tapi, akhirnya, aku sendiri juga tewas. Dalam desakan ekonomi yang semakin menyesakkan, aku akhirnya mengalah. Tuntutan kehidupan harus juga aku utamakan. Dunia ini mungkin aku akan tinggalkan. Selamanya. Tak pasti. Andai Allah kurniakan suami yang kaya-raya, mungkin aku akan terjun semula. Amiiin. Doakanlah!
Dedikasi ini buat semua rakan-rakan guru pendidikan awal kanak-kanak seluruh Malaysia. Yang pernah, dan masih di dalam bidang ini. Yaya, Ana, Nisreen, Farra, Kak Ummi, Ecah, Dayah, Kak Yana, Kak Mar, Ain, Nazirah, Kak Ema, Kak Aina, Mira, Su, dan lain-lain yang tak tersebut namanya.
Tak lupa juga untuk Kak Ira, Encik Zohri dan Puan Marlya. Tokoh-tokoh hebat dalam bidang ini, Ustazah Isfadiah (bekas pensyarah yang megajar aku di CFS IIUM, Puan Sabariah Faridah (of Little Caliphs yang begitu menginspirasikan termasuk para pelatihnya) dan Ibu Zahrah (of Tadika Ceria az-Zahrah yang juga banyak memberi tunjuk dan ajar). Dan aku takkan lupa satu nama ini, Almarhum En Ezry (of Smart Tadris, Smart Reader Kids HQ) yang juga banyak menginspirasikan aku walau cuma beberapa minit berbual bersama.
اللهم اغفرله وارحمه.
Kalau Allah tak campakkan kita semua kat jalan ni, kita pun mungkin sama macam orang lain. Pandang rendah dengan profesyen ini.
Dan teristimewa tentulah buat anak-anak murid yang pernah aku ajarkan, nak disebutkan tak tersebut seorang-seorang. Mereka terlalu istimewa. Istimewa letaknya di dalam hati dan di dalam doa.
Juga buat para ibu bapa yang banyak menyumbang, memahami dan bekerjasama dengan aku sepanjang jalan ini.
الحمدلله على كل نعمة.
22102015
Teacher Aqilah.
Shah Alam.

Saturday, January 11, 2014

Singgah Sebentar

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamu'alaikum w.b.t.
Weehee, lama dah WH tak berhati nak jenguk dan update blog.
Busy kononnya. Haha.

Btw, alhamdulillah WH dah mendaftar sebagai pelajar semula untuk bulan September lepas. Hehe. Dah jadi postgraduate student sekarang ni. Hehe.
So, busy dengan dunia pelajar lah kononnya.

Alhamdulillah, exam dah selesai, sekarang bercuti lah pulak. Cuma masih belum ada perancangan je nak habiskan cuti. Mungkin nak cari kerja kot. Siapa-siapa yang nak offer kerja kosong pada WH, sila-silalah ya. Hehe.

Nak cerita macam-macam, tapi tak rajin nak menaip. Haha.

Oklah, right now, my adik-adik nak buat kek batik. WH sebagai pemantau, kena duk dapur perati mereka buat kerja. Huhu.

Sampai ketemu lagi! ;)

Ps: Que sera sera..

Saturday, August 17, 2013

Nadia Zahari: Dalam Kenangan

Sejak akhir-akhir ni, semakin ramai Allah ambil pulang ke pangkuanNya. Terbaru, seorang lagi kawan sekolah WH, Nadia Syazwani binti Zahari, dipanggil pulang pada Sang Pencipta, petang 16 Ogos 2013 akibat kemalangan jalan raya.

Allahurabbi. WH tahu dah lewat malam  semalam akibat terputus talian internet. Terpaku lama di atas tilam, bagaikan tak percaya. Dalam hati bacakan al-Fatihah berterusan diselang-selikan dengan doa, "Allahummaghfirlaha warhamha wa'aafiha wa'fu 'anha."

Pagi tadi WH gagahkan juga diri untuk memandu pulang ke Shah Alam menziarahi jenazah.

Alhamdulillah, perjalanan lancar. Sebaik tiba di rumah arwah, ramai yang telah berkumpul, suasana begitu sayu. Saat melangkah kaki masuk ke ruang rumah, keadaan sangat penuh, WH hanya berdiri di hadapan pintu, membacakan al-Fatihah dan sedikit doa. Hanya melihat jenazah dari jauh, WH tak sanggup nak masuk ke sisi jenazah.

Lebih kurang jam 8.30 pagi, jenazah dibawa ke masjid berhampiran untuk disolatkan. WH tak mahu ketinggalan, bergegas mengambil wudhuk dan berdiri dalam saf.. Usai solat, doa dibacakan.Allah, suasana sangat hiba, kedengaran esak tangis kecil mengaminkan bacaan doa. Paling memilukan hati WH,saat imam mengungkapkan doa "Allahummaghfirlaha warhamha wa'aafiha wa'fu 'anha" yang diulang beberapa kali. Terlalu sebak. Mengalir deras air mata. Menjadi saksi pemergian seorang kawan yang kita kira baik peribadinya.

Insya Allah, perginya husnul khaatimah, dalam keadaan dia teguh menyebarkan dakwah melalui peribadi dan fotografi.

Semoga Allah terima semua amal kebajikannya di dunia.
Semoga Allah mengampunkan segala dosa lalunya.

Buat keluarga almarhumah, moga Allah titipkan sejuta kekuatan buat meredhakan qadha' dan qadar Allah ini..

Al-Faatihah.

P/s: Maaf, WH hanya menaip melalui tab, yang mungkin banyak berlaku kesilapan dan tiada gambar.

Bagi yang belum mengenali arwah, boleh search nama komersial arwah, Nadia Zahari untuk semua page arwah.




Tuesday, August 13, 2013

"Nenek dah takde"

3 Ogos 2013; 25 Ramadhan 1434H

Pukul 10.00 pagi.

Sedang brsiap-siap untuk ke pusat membeli-belah (feeling-feeling nak raya dah). Sedang memakai tudung, jari tercucuk pin tudung. Hati dah rasa tak sedap. Duit tak cukup ke ha nanti? Atau, tak sempat nak buka puasa rumah Nu'man nanti? 

Pukul 10.10 pagi.

Turun ke pejabat kondo untuk bayar sewa tag parking kereta. Hati terus rasa tak sedap.

Pukul 10.25 pagi.

Mulakan pemanduan, slow je, sebab cermin sisi sebelah kiri dah longgar, bila-bila masa boleh jatuh. Tapi, hati masih yakin boleh jalan sebab malam semalam dah bawak pergi Tesco, selamat, Alhamdulillah.

Baru 10 meter jalan, pap!! Cermin jatuh. Allahu. Hentikan kereta, pegi kutip balik cermin tadi. (Bolehlah bayangkan WH terkedek-kedek kutip cermin jatuh tepi jalan). Dengan ala-ala Parkinson, cuba pasang balik cermin tu, Alhamdulillah tak berderai semua, kira boleh tengok jalan lagi la. Agak-agak ada lah 40 saat kat tepi jalan tu. 

Siap pasang, teruskan perjalanan, sambil dalam hati debar-debar kalau cermin jatuh lagi. Dengan kelajuan maksimum 40km/j, lambat jugak lah nak masuk MRR2 depan Flamingo tuh. 2 minit masuk Flamingo, dapat call dari ayah.

"Hello.."

"Along, kau dekat mana?"

"Baru nak keluar ni? Kenapa?"

"Nenek pengsan, dekat Kg Baru"

Dalam hati, erk. Pengsan? Kg Baru? Macam tak boleh nak hadam. Kenapa kat Kg Baru? Macam mana boleh pengsan?

"Orang kat sana dah telefon ambulans dah, telefon henfon nenek, ada pada neksu."

"Oh, okey." Talian diputuskan.

Terus dial nombor nenek. 

"Hello, ni neksu ni."

"Haa, ni along. Hospital mana?"

"HKL"

Allah, dalam hati banyak-banyak baca al-Faatihah. Panik! Hilang arah sekejap.

Call Hilmi. "Siap cepat, kita kena pergi HKL, nenek pengsan."

Dalam hati, "Dah sampai masa nenek agaknya. Innaa lillahi wa innaa ilaihi raaji'un."
Berkecamuk fikiran.

Dengan keadaan kereta, tak berani bawak laju, agak lewat sampai di HKL. Tiba di wad kecemasan, nampak Tok Hamdan, bersama anak dan menantunya di luar pintu, di belakang ambulans. Terus park kereta, agak jauh. Sampai di wad kecemasan, mencari-cari kelibat Nenek Ani dan Neksu. Masa salam dengan Nenek Ani, dia bisik, "Nenek dah tak ada."

Allahu Akbar. Masa dia dah sampai. Innaa lillahi wa innaa ilaihi raaji'un.

*Sebak jap*

Beberapa ketika kemudian, Neksu cerita. Diorang baru balik dari Chow Kit, beli lauk untuk hari raya. Dalam hati dah tak mengerti, "Nenek janji dengan Along nak pergi esok.."

Duduk sbelah Nek Ani. Dia bagi rantai nenek. Merembes terus air mata. "Nenek dah letak nama Along sebagai penama akaun Tabung Haji minggu lepas" Satu perkara yang nenek suruh rahsiakan. Minggu lepas. Nenek sihat lagi. Nenek masih ceria, layan kerenah anak cucu buka puasa. Nenek masakkan semua. 

Bangun, berdiri sebelah Hilmi. "Nenek dah takde." Terlihat merah mata dia. Menangis, mungkin. Al-Faatihah berulang-ulang kali dibacakan. Seketika kemudian, jenazah nenek dibawa keluar, setelah doktor di situ bercakap dengan Dr Alias Tajuddin, anak nenek, di telefon bimbit milik nenek. Tegas katanya, tak perlukan bedah siasat. Kaku di tepi katil, tak tahu apa perlu dibuat. Jururawat datang dan serahkan buku Yaasin. 

Ya. Baca Yaasin. Duduk di tepi katil dan bacakan Yaasiin. Beberapa saat, Hilmi datang. Dia tak tinggalkan sisi jenazah nenk pun. Setia di situ bacakan Yaasin, mungkin. Allah.

"Kaklong, minta alamat." "Kaklong, telefon ayah." 

Along nak duk tepi nenek. :'(

Pukul 11.45 pagi.

Jenazah dibawa ke bilik mayat, untuk urusan perpindahan ke Shah Alam. Jenazah akan dibawa ke sana, rumah kami. Dr Alias dan keluarga masih di Temerloh, bersiap-siap. 

Dengan keadaan kenderaan, WH minta Hilmi temankan hingga Shah Alam, tolong jadi cermin sisi untuk WH. Hari Sabtu, beberapa hari sebelum Eid, keadaan Kuala Lumpur agak sesak. Perjalanan ke Shah Alam agak membimbangkan, jem, tukar laluan mengikut DUKE. Dalam perjalanan, Dr Alias telefon minta tunggu. Jadi, sekitar jam 2.40 petang baru tiba di Shah Alam.

Tiba di rumah, sanak-saudara semua dah tunggu. Suasana agak hiba, ramai yang masih belum boleh percaya. Keluarga Dr. Alias, terus ke ruang tengah, ke sisi jenazah. Kedengaran satu suara, "Anaknya doktor, tapi waktu nak pergi, doktor lain yang sahkan kematian."

Allahu akbar! Kalau memang paksu yang terdengar mesti sayu. Mesti sedih.

Ya Allah, ampunkan dosa-dosa nenek. Terimalah segala amalan dan kebajikannya ya Allah.

Pukul 3.15 petang, jenazah dibawa terus ke masjid untuk dimandikan, dikapankan dan disembahyangkan.

WH masuk bilik mandi mayat. Saat tu, Allah je yang tahu dalam hati ni. 

Nenek, pertama kali kami semua tengok nenek terbaring macam tu. 
Pertama kali kami tengok nenek tak berdaya seperti tu.
Semua yang ada kata, "Macam tidur je dia."

Allahu Akbar. Kalau itu tandanya perginya Husnul Khaatimah, Alhamdulillah, ya Allah.
Waktu mandikan, WH macam hilang arah, tak tahu buat apa. 

"Basuhkan muka dia, bersihkan mulut, hidung, mata, telinga."
WH sapu muka nenek. "Nenek.. Pertama kali Along sapukan muka nenek. Dulu waktu kecil, nenek jaga semua cucu nenek. Nenek mandikan, nenek pakaikan baju, nenek belikan baju. Hingga saat akhir pun, nenek tak lupa dengan kita semua. Hari ini, pertama kali. Pertama kali kita yang uruskan nenek. Mak mandikan, paksu jiruskan air, along dan angah pakaikan baju untuk nenek. Ayah sapukan minyak wangi untuk nenek."

Allahummaghfirlaha warhamha..

Sementara tunggu waktu Asar, tahlil dibacakan. Ramai. Alhamdulillah. Waktu solat Asar, masjid penuh. Apa lagi waktu solatkan jenazah. Ayah yang imamkan. Kedengaran suara sebak ayah, hingga beberapa ketika, bacaan ayah terhenti kerana terlalu sebak.

Allahummaghfirlaha warhamha wa'aafiha wa'fu 'anha..

Selesai solat jenazah, kami semua ke kubur.

Untuk kesekian kalinya, kami lihat wajah nenek. WH dengan adik-adik tak sempat sampai sebelum tanah dikambus.

Talkin dibacakan, doa dipanjatkan. Semoga dosa nenek diampunkan, semoga amalan nenek diterima.

Kubur sebelah nenek, yang tengah tu, arwah jiran WH yang meninggal sehari sebelum

AL-FAATIHAH.

P/s: Pertama kali beraya tanpa nenek. Hanya kuih-kuih raya yang nenek sediakan yang ada. Even sampai hari ni pun, bila bercakap tentang nenek, seolah-olahnya nenek masih ada. Nenek, tetap hidup dalam hati kami, insyaa Allah. 

Pada semua yang dah membantu pada hari itu, terima kasih banyak-banyak dari WH sekeluarga. Moga Allah balas kebaikan anda semua berlipat kali ganda, untuk amalan di bulan Ramadhan. Amiiin yaa Mujib.

Kisah di sebalik pemergian nenek, biarlah hanya dari mulut kami. Moga sahaja nenek telah ampunkan kesalahan orang itu sebelum dia pergi.  

Thursday, May 2, 2013

Untitled

Tak tahu nk taip ape..

Dilema..

Perasaan..

Kerja..

Rumah tangga...... eh? Ade rumah dh ke?? :D

Ok, berkorban.. Semua sekali....


Friday, April 26, 2013

Menghijab Hati

Lama tak menaip.. Banyak nak tulis, tapi selalu taknak tulis.. Haha..

Okey, abaikan!

Tarik nafas, hembussssssss! Huh!

Okey, lama dah pendam perasaan.. Tak pandai nak luah perasaan..
Takut kalau kita meluah, situasi jadi parah.. Tapi bile pendam, luka jadi nanah..

Allah.. Allah.. Allah... Allah.. :'(

Zikir terus dalam hati.. Biar hati tak cakap-cakap lagi..

Off.

Thursday, November 22, 2012

Segmen BW Cuti-cuti by Emas Putih


Okey, seriusly cuti yang tak dimanfaatkan sepenuhnya.. [sigh]

Sekarang ni, nak join segmen pulak.. Macam dah tak ada kerja lain gamaknya.. 
[-_-]


Klik je pada banner kalau nak join eh... ^_^

Wednesday, November 21, 2012

Bloglist Disember Nurfara Hani



Mabuk agaknya malam ni.. (sehari suntuk tak tido)
Nak join bloglist lah hari ni... Sambil menghabiskan sisa-sisa cuti yang tinggal..
Hehe..


Kali ni, by Cik Nurfara Hani.. Saje scroll kat mana tah tadi, ternampak link ni..
Tengok syarat-syarat pun, simple je..
Tak susah-susah nak pening kepala fikir..

Okey, tak payah taip panjang-panjang sangat kot kan??

:)

Kalau berminat nak join, klik kat banner di bawah ye....



p/s: Comel kan blog dia?? *Jeles*

Monday, November 19, 2012

Ada tangan di atas kita..

Ada rasa, sukar diluah.
Sesaknya dada menahan lelah.

Bukan itu, bukan ini.
Tapi yang satu.

Allahu Rabbii..

:'(


#PrayforGaza

Friday, September 21, 2012

"Sabarlah.. Allah menguji.."


2 hari lagi nak start kerja baru..
Tapi, gaji kerja yang lama still belum dapat lagi..
Serius, ujian sangat berat..
Allah, kuatkan hati ini..

T___T

Tuesday, September 18, 2012

WH bersalin kulit lagi


Semakin hari, makin bercinta nak menaip entri.. Mungkin akibat terlalu lama terperap di rumah dan menyebabkan urat-urat otak bersimpul-simpul untuk mencurahkan idea-idea dan kata-kata..

Dengan ini, memaklumkan bahawa sekian lamanya telah menganggur.. Kira-kira 3 bulan seminggu macam tu lah..
Eh?! Tapi Ramadhan lepas ada kerja sekejap as Receptionist..
Dah sebulan pun tamat kontrak.. Tapi, belum rezeki agaknya.. Gaji yang tak berapa nak banyak tu, belum dapat-dapat lagik..
Huwaaaaa!!!


Oh ye.. Sejak 2 minggu lepas, Alhamdulilah, ada sedikit perkembangan berkenaan karier WH ni.. Setakat ni, ada dah 2 interview WH pergi.. Alhamdulillah, dua-dua tak ada masalah.. Tapi, masih mohon petunjuk dan kekuatan hati lagi ni..
Insya Allah menyusul lagi 1 atau 2 interview lagi dalam waktu terdekat..

Jadi, pelis.. Tolong doakan WH dimudahkan jalan oleh Allah.. Dah banyak sangat berangan-angan sampai separuh jalan.. Lepas tu, teragak-agak pula..

Little Caliphs, Dzul Iman, Atfal-Kids..
Semuanya bukan calang-calang organisasi.. Serius!!

Pendidikan awal kanak-kanak adalah sangat penting!!
Ingat ibu, bapa, parents sekalian... Mendidik anak-anak dengan tarbiyyah islamiyyah bukan suatu pilihan, tapi adalah kemestian


Yang mengajar pun samalah juga.. T_T
Rabbana yassir wa la tu'assir..
PadaMu kami mohon petunjuk, dan lapangkan lah segala urusan dunia kami demi akhirat kami..
Allahumma Amiiiin...

p/s: Tiba-tiba tangan ligat menaip cerpen.. Ada yang nak baca tak?? ^_^
Erk?! Baru perasan, tajuk entri tak melambangkan entri langsung.. Biarlah! Dah malam~

Sunday, September 9, 2012

9 September 2012: Mari kembali ke U!!

Habis dah Syawal baru terasa dan terkuat nak update blog.. 
Hehe..

Hari ni, rata-rata pelajar universiti seluruh Malaysia kembali pulang ke kampus atau rumah sewa masing-masing.. Tak percaya?? Cek wall FB anda... Kan? Kan? 

Sumber
Wah.. Kalau semua universiti dan sekolah kat Malaysia macam ni punya cantik, mesti masing-masing tak ingat nak balik rumah dah kan??

Nak belajar pun tak sesak nafas..

Btw, terasa jugak akan ke'tidakpulang'an sendiri ke Taman Ilmu dan Budi..
Tapi, apalah dayaku, kontrak dah tamat...
Hukhuk..

Untuk adik-adik, junior-junior, kawan-kawan yang masih belajar, teruskan usaha dan semangat anda..
*jealous*

Semoga ada barakah dalam setiap langkah.. Allahumma Aamiiin.. :)

Eh.. Wajah baru.. Saja tukar angin.. ^_^

p/s: Si dia selamat tiba.. MyIIUM katanya.. Alhamdulillah.. :)

Friday, August 17, 2012

Sticky Post: Jom Kembara ke Durham! ;)


Velvet di Durham

Kawan-kawan lain habis baca dah.. 
Cik Wardah beli dah dua minggu, tapi, perap je dulu..
Pagi ni baru buka plastik..

Apapun, cepat-cepat pegi kedai carik.. ;)

To Aisyah: Aku dah beli dah.. Jeles tengok orang lain dah 'sampai' Durham..
Congrats Aisyah.. :)

Wednesday, August 8, 2012

Tuesday, August 7, 2012

Cabaran Sungguh..

Cabaran orang dah bekerja..

Tak sama masa belajar dulu..
Kalau malas, boleh ponteng je kelas...
Cikgu cik Wardah pernah cakap, 
"kalau malas ke, masalah jiwa ke, tak payah datanglah.. buang masa awak je.. Baik awak tidur je kat bilik..."
Memang sungguh lah tak datang kelas.. Kehkehkeh...

Tapi, bila dah kerja ni.. Sedih ke, sakit jiwa macam mana pun, ingat boleh suka-suka nak ponteng kerja??!!
If company sendiri pun, mau bankrupt kot...


Baru hari ni belajar..
Masa datang tadi, tak larat nak bercakap pun..

Alhamdulillah, sekarang, senyum pun tak payah paksa lagi..
Mula-mula memang susah.. Lama-lama, niatkan nak sedekah...
Jadilah mudah.. 

Miss Tee cakap dekat ofismate lain:
"Dia ni, jadi r*********** sangat bagus... Hari-hari, senyuuum je.."

Adoyy.. Tersipu-sipu malu saya.. Dah tu, bukan boleh pun nak masam-masam...
Huhuhu...

Tak sabar nak balik dah nii..


p/s: Ada orang ni dah duk berjam-jam kat sini.. Tak reti nak balik ke?? Takutlaah... T_T

Berhenti Bermimpi



"Konon sibuk mengejar dunia mencari kebahagiaan,
sedang hati masih penuh dengan kecelaruan..
Lalu, bagaimana erti bahagia yang dimaksudkan,
bila hakikat bahagia itu sebenarnya hati yang penuh ketenangan.."

Dalam banyak-banyak perlawanan, dalam melawan hati itu paling susah dan paling payah..
Terutamanya hati sendiri...

Moga Allah terus pimpin hati ini..
Dah terlalu lama berkemudi, masih jauh untuk tiba ke pelabuhan..
Ombak dan taufan dah selalu menghambat hingga hampir tenggelam..

Hari ni, aku nekad..
Mahu terus mencari pulau atau pelabuhan..
Tak mahu lagi terus terawang-awang...

p/s: Mimpi dan fantasi tak selalu jadi realiti.. Sampai bila nak hidup dengan mimpi? Sedangkan masa realiti terus laju berdetik tanpa henti.. Bangkit Aqilah.. Bangkit.. Jangan tidur lagi.. Jangan berkhayal lagi...

Thursday, August 2, 2012

Walau Secubit Garam..

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Pemurah
Assalamu'alaikum dan Selamat pagi semua..

Semoga dalam lindungan Allah selalu, Amiiin, Amiin, Amiiin ya Rabbal 'Alamiiin..


Sebelum terciptanya manusia lagi dah Allah nyatakan dalam surah Al-Baqarah ayat 30, bahawa Dia akan menciptakan khalifah, ya'ni pemimpin di atas bumi ini.. Tapi, sepertimana manusia menciptakan telefon bimbit berserta manualnya, begitulah Allah.. Manusia tak dicipta tanpa panduan, diturunkan Kitab-kitab suci, diutuskan para Rasul dan Nabi, juga pelbagai bantuan lagi bagi mereka meneruskan tugas khalifah di muka bumi. 

Tercipta yang namanya khalifah juga bukan tanpa tujuan.. Di bahu mereka terpikul dengan suatu amanah.. Firman Allah S.W.T.:

"Sesungguhnya Kami telah menawarkan amanah kepada langit, bumi dan gunung-ganang; tetapi semuanya enggan memikul amanat itu dan mereka khuatir tidak akan melaksanakannya (berat), lalu dipikullah amanat itu oleh manusia. Sungguh manusia itu sangat zalim dan bodoh.." [Al-Ahzab: 72]

Berbicara soal tanggungjawab, sesuai dengan hadith Rasulullah S.A.W.:

Daripada Ibn Umar r.a., Nabi S.A.W. bersabda: "Kamu semua adalah pemimpin. Dan kamu semua bertanggungjawab terhadap orang yang dipimpin..." [Riwayat al-Bukhari dan Muslim]

setiap seorang manusia itu adalah seorang pemimpin.. Sekurang-kurangnya, dia adalah pemimpin kepada dirinya sendiri.. Tapi, fokus tanggungjawab yang nak diceritakan di sini ialah, tanggungjawab seorang suami atau ketua keluarga..

Seperti yang disebut di atas, dalam surah al-Ahzab, beratnya sebuah amanah dan tanggungjawab sehinggakan seluruh isi alam menolak untuk memikulnya.. Namun, betapa Allah gambarkan manusia ni zalim dan bodoh, hingga sanggup menerima sesuatu yang telah ditolak semua.. 


Bayangkan, secubit garam dah cukup untuk mengenakkan sebuah masakan.. Tak kiralah, ikan goreng, ayam masak merah mahupun ikan masak singgang.. Betulkan??

Mesti tertanya-tanya, apa sebenarnya kaitan tanggungjawab ketua keluarga dengan garam ni?? Macam dah nak merepek je kan?? Hehe..

Al-kisahnya, mendengar rungutan tentang pasangan yang dah berkahwin, tetapi memilih untuk tinggal bersama ibu bapa.. Akhirnya, ibu dan bapa sendiri yang susah-susah menjaga rumahtangga juga anak-anak, sedangkan pasangan tadi hanya goyang kaki menguruskan hidup sendiri..

Seringkali kita dengar, orang yang berpengalaman ni dikatakan dah pakar dengan asam garam hidup..
Berbalik pada kisah pasangan berkahwin tadi..

Ada suatu pendapat, beliau menyatakan, semestinya pasangan yang baru berkahwin ni tinggal dan belajar untuk hidup dalam rumah sendiri.. Katanya,

"Bila dah duduk rumah sendiri ni, barulah orang tahu, betapa susahnya alam perkahwinan ni.. Dalam rumah lah sebenarnya kita terdidik untuk menunaikan tanggungjawab.. Macam mana nak uruskan sampah hari-hari supaya tak berulat, macam mana nak cari makan untuk anak isteri bila lapar.. Bayangkan garam yang murah tu, kita gunakan untuk setiap makanan.. Ada orang, pantang makanan kurang garam, melenting dia bukan main.. Kan?? Garam untuk ikan goreng, sup ayam, spagetthi.. Cuba kalau orang yang tak bertanggungjawab, garam yang harganya seringgit lebih habis pun dia malas nak pergi beli.. Apa jadi kat lauk-lauk dan makanan tadi?? Pasti terasa tawar kan? Tak sedap kan??"

Macam tu lah nak gambarkan beratnya sesuatu yang bernama tanggungjawab ni... Walaupun hanya untuk secubit garam, kalau tak ada sifat tanggungjawab dalam diri, pasti susah untuk dapat makanan yang enak-enak..

Jadi, mari sama-sama, seluk dalam diri.. Bagaimana diri kita melaksanakan sebuah tanggungjawab yang pasti akan dipersoalkan di akhirat.. Yang dah berlalu, biarkan berlalu.. Jadikan iktibar dan bertaubat pada Allah.. Yang masih ada dan bakal tiba, sama-sama kita usahakan untuk lakukan yang terbaik.. Insya Allah, Dia selalu ada untuk membantu hamba-hamba-Nya..

Wallahu a'lam

p/s: Hati bak serangkak dibungkus.. :)

Tuesday, July 31, 2012

Sayangkan Anak, Tangan-tangankan...

Entri pengubat hari ni... Sudah buat salah di pagi-pagi hari ni.. T___T
Rabbana yassir wa la tu'assir... amiiiiin....


Hari ni, hujan lebat sangat pagi-pagi tadi.. Jalan pun luar biasa jem nya.. Dan, lewat lah juga sampai kat ofis.. Selalu dalam 7.45a.m da sampai, hari ni, pukul 8.00a.m baru sampai.. 

Macam biasa, hari-hari naik Camry berserta driver.. Haaa... Baru seminggu dua kerja dah ada driver.. Weee~ Mula-mula dulu, tak nak naik kereta orang, nak drive sendiri kononnya.. Tapi, mak tak bagi.. Rupanya, ada seribu satu hikmah yang Allah nak selitkan sepanjang perjalanan dalam sebuah Camry.. :)

Pagi ni, dapat satu lagi hikmah kehidupan yang Allah nak ajarkan pada cik Wardah.. Diajarkan melalui seseorang bagaimana sebenarnya menjadi seorang ibu.. 

Beliau adalah seorang yang berkerjaya, dalam masa yang sama, punya sebuah keluarga yang agak besar.. Anak seramai 4 orang pada ketika itu memberi kesukaran pada beliau untuk bekerja, dalam masa yang sama menguruskan rumah tangga di samping menguruskan pendidikan anak-anak...

Peristiwa berlaku ketika mana beliau sedang melipat pakaian di tengah malam sebelum tidur.. Memang dah menjadi rutin harian sebegitu akibat kekangan waktu di siang hari.. Tiba-tiba, suami beliau menegur,

"You ni kan, sibuk sangat melipat pakaian.. Cuba you bayangkan, baju yang you duk sibuk lipat tu, after 5 years, you akan buang kalau dah tak boleh digunakan.. Tapi, anak-anak you, kalau you tak didik betul-betul, tak ajar solat, mengaji dan lain-lain, boleh tak you nak buang diorang after 5 years nanti??"

Subhanallah.. Hebatnya seorang suami yang Allah kirim buat beliau.. Yang mengingatkan dalam kesibukan.. Yang melengkapi dalam kekurangan... (Dalam hati doa dapat juga suami macam tu.. Hehe)

Kan?? Banyak dah kisah-kisah orang yang mendidik anak menjadi orang hebat.. Rencahnya, mudah je.. Tanamkan cinta dalam hati anak-anak yang utuh buat Allah dan Rasul-Nya.. Didik anak-anak dengan tarbiyyah Islamiyyah yang dapat mendindingi anak-anak dari mudah runtuh dengan godaan dunia global... Ajarkan anak-anak kisah Rasul Penghulu Nabi-Nabi S.A.W., akhlak Baginda S.A.W. juga para sahabat... Praktiskan juga bersama mereka.. Insya Allah, ke mana sahaja bumi yang mereka pijak, tarbiyyah inilah yang akan mereka sebarkan.. Berkongsi cinta dengan semua yang mereka temui..

Akhirnya, membentuk baitul Muslim mereka sendiri dan melahirkan Ummah Islamiyyah sehebat Salahuddin al-Ayyubi, Muhammad al-Fateh, Rabiatul Adawiyyah dan barisan ahli syurga yang lain.. 

Kalaupun kita suatu hari sudah bergelar ibu atau ayah, tak punya banyak lagi masa untuk beribadah, niatkan dalam diri menguruskan semuanya kerana Allah.. Yang sukar akan Allah mudahkan, dan semua tu akan terhitung sebagai ibadah jua, insya Allah... 

p/s: Makin dekat penghujung, makin kuat Allah nak uji.. Dalam tu juga, makin Allah buka pintu rezeki.. Alhamdulillah.. :)

Friday, July 27, 2012

Selamat Pagi!! :)

Alhamdulillah, orang kata rezeki Ramadhan kan... 23 Julai lepas yakni 3 Ramadhan, cik Wardah start kerja di Hicom Builders Sdn Bhd di Wisma DRB Hicom, Glenmarie..

Barulah kini ku mengerti perasaan orang dah berkerjaya nih.. Huhuhu.. "Laman Facebook ndak sempat buka.." Haha.. Sungguh naa.. Selalu cek notifications guna handphone je.. Tu pun bila dah sampai rumah.. Maklumlah, website Facebook, twitter and YouTube kena block kat ofis.. Ngehngeh.. Patutlah orang kat ofis ni gila kerja... Ada yang tak keluar-keluar sampai waktu Zuhur.. Ada pulak, yang tak masuk-masuk... Jumpa client, site visit.. Amboii, cik Wardah ni dah lah belajar Usuluddin, tetiba masuk kerja kat HBSB... Rezeki orang kata... :)

So far, Alhamdulillah, semuanya baik-baik sahaja.. Officemates pun sangat lah peramah... Bos?? Haha.. Mula-mula, takut jugak.. Tapi, selepas sehari bergelar 'setiausaha terjun' ni, ehemmm~ Nanti kita cerita panjang... :p

Oh ya, sebenarnya, tiba-tiba rajin nak taip entri pagi-pagi buta ni, ada sebabnya... Ingat lagi tak entri yang ni "Indahnya Pagi di UIAM"?? Hari ni, hari Jumaat, bulan Ramadhan pula tu.. Alhamdulillah, ada tazkirah.. Agaknya, memang setiap Jumaat kot macam ni.. Tak mengapalah, ada juga usahanya untuk beri tazkirah.. Tapi, tazkirahnya sangat lah 'jiwang'.. Hahahaa.. Rasa macam dengar ayat puisi je.. Tapi penuh pengajaran lah... Selesai bacaan tazkirah, ada bacaan doa.. Yang ni yang buat teringat kat UIAM nih.. SobSobSob :'(

Syahdu sangat-sangat dengar.. Rasa nak ulang balik waktu-waktu lambat pi klas sambil tadah tangan waktu drive.. Wallahi, rindu sangat-sangat... T__T


Tak rugi pun kita berdoa pagi-pagi pada Allah.. Moga ada barakah dalam setiap langkah.. Amiiin, ya Rabbal 'Alamiiin.. :)

Selamat bekerja!! ^__________^

p/s: kerja pun ibadah juga... :)

.:: Tinggalkan Debunga Di Sini ::.

Popular Posts

.:: Ding Dong ::.

Get widget here