Telah tiba saat waktu kau tinggalkan kami
Kerana takdir Yang Maha Esa telah menetapkan
Sedih rasanya hati ini bila mengenangkan
Kau sahabatku, kau teman sejati.......
Entah berapa kali dah ucapan Innalillahi wa inna ilaihi roji'un terucap malam ni...
Tak terkira sudah bacaan al-Fatihah dialunkan...
Ya Allah... sesungguhnya, janji-Mu itu pasti...
Tempatkan arwah di kalangan hamba-hamba-Mu yg beriman dan soleh...
Ampunkan segala dosa-dosanya dan terimalah segala amalan sepanjang hidupnya...
Dia lebih dahulu pergi menemui-Mu...
Jadikanlah pemergiannya satu peringatan dan amaran buat kami yang masih menongkah arus dunia..
Amiiiin Ya Rabbal 'Alamin..
Al-Fatihah buat Abdul Hakim bin Kamal pemilik blog Telordibasuh yang lebih dahulu pergi dijemputNya..
p/s: pemergiannya sangat dirasai, peninggalannya terus dihargai...
1 comment:
Assalamualaikum,
al-Fatihah. moga Allayarham ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.
terasa bila seorang blogger pergi, kita baca entry satu sama lain dan kat situ juga kita kenal.
Post a Comment