Wednesday, May 4, 2011

Umur Dah Meningkat.. Perlu Segera Carik Jodoh??

Da musim-musim graduasi ni, mula la soalan-soalan:

"Dah ade pakwe ke?"
"Bila nak kahwin?"

menghiasi bibir-bibir, facebook, SMS malah emel-emel juga...

Tak kurang jugak kad kahwin yang melambak-lambak dalam peti surat tu..

Bila da macam ni kejadiannyaaa... 
Mula la perasaan bergelora... 
Fikiran pulak asyik la melayang-layang......




Jodoh? Jodoh tu apa??
Boleh jumpa kat pasar malam tak??
Kat Giant? Kat Tesco??

Oh.... Susahnya nak carik jodoh sekarang ni...

Memilih sangat?? Tak lah...
Jual mahal?? Tak ada apa yang nak dijualkan....


Siapa yang taknak kahwin?

Erti hadith: “Apabila berkahwin seseorang hamba, maka telah sempurnalah sebahagian dari agamanya, maka hendaklah ia bertaqwa kepada Allah dalam sebahagian yang lain” ( Al-Hakim : Shohih menurut Al-Hakim dan Ibn Hajar, Talkhis al-Khabir, 2/16 ; Dhoif menurut As-Suyuti, Al-Jami’ as-Shoghir , 2/168)

Kalo tengok zaman sekarang ni, bab kahwin ni laa yang paling orang suke sebab mengikut Sunnah Nabi katanya... Bab kahwin je sunnah, kahwin je sunnah... Nak ikut sunnah je kawen...  

Tapi, nak carik jodoh yang mengikut Sunnah susaaaah sangat.. 

Okey, da mula nak merapu-rapu pulak ni....


Sering terbayang-bayang, terfikir-fikir, siapa lah hamba Allah ni...

Kawan Wardah cakap:
"Kalo nak orang yang selalu tahajjud malam, kita kena la rajin tahajjud jugak.."


Tapi.... Wardah pulak suka sangat tido... :D
Mak kawan Wardah pernah cakap:
"Esok, bila enkorang da kawen, enkorang, laki enkorang dgn anak-anak enkorang tidoooooooo la sampai ke tengah hari.."


Adeh! Sebijik mak dia bagi.. Huhu..


Tapi, bila difikir-fikirkan, ada betulnya jugak cakap mak dia tu..
Tapi, bukan ke tido satu nikmat yg paling tak terhingga sekali?? :D


Wardah... Pesan orang tua-tua jangan dilawan.. hehehe..
Baik.. Baiklah makcik... Wardah denga, Wardah ingat pesan makcik... :))


Insya Allah, akan cuba diamalkan sedaya mampu..  Cewaaaahhh!!!


Eh, da melalut sampai ke mana dah ni haaa...


Musim cuti ni, ramai betul la yang nak akhirkan zaman bujang...
Kawen sana, tunang sini...


~sigh~


Wardah pulak, tak jumpa-jumpa jodoh lagi nih.. hehehe~


Da gatal sangat nak berlaki ni haaaa~ :D


Nak carik yang tahajjud malam, asyik tido lambat je, nak tahajjud macam mana... :D
Nak carik yang kaya, asyik bangun lambat je, macam mana rezki nak masuk.... :D
Nak carik yang rajin, hang pon pemalas Cik Wardah oooiii~ :D


Adeh.. Adeh... Umur da makin meningkat sangat-sangat ni... Huhu...
Kalo yang kat UIA nuh, yang tinggal semua yang muda-muda..
Al-maklumlah, yang lain semua da nak grad laa, da berpunya laaa..
Tak kurang jugak laa yang dah kawin, beranak-pinak bagai...


Paling best, bila yang da berpunya tu, mesti cinta hati dia pegi belaja bukan calang-calang tempat...
Mesir, Manchester, Saudi, India... peggghh!!


Dah tu, gadis-gadis yang belajar kat Malaysia ni cam mane..
Oh ye!! Carik jugak la yang belajar dekat luar begara kan? kan?


Eh.. Tapi, selalunya, yang belajar kat luar negara tu dah berpunya jugak laaaa....


~sigh~


Walauapapun, segalanya dah tertulis di atas sana.. Doa, usaha dan tawakal kepadaNya dan redha dengan segala ketentuanNya.. 


Ya Allah, kurniakanlah kami pasangan-pasangan dan zuriat-zuriat yang menjadi penyejuk hati kami, dan jadikanlah kami pemimpin di kalangan orang-orang yang bertaQwa.. 


Amiiiiin...


p/s: nak kerja dekat mana lah cuti 4 bulan ni... ada kerja kosong tak??

4 comments:

HAZWAN17 said...

ibu ibu bapak-bapak
siapa yang punya anak bilang aku
hehe lagu cari jodoh by wali band....
semoga jumpa jodoh ye hehe

al_hakim said...

kak qiqi@wrdah..lame tak degr cite..dh cuti ye?eh2..takkan tak de calon lagi..=P

najihah sahami said...

alahai sayammm! miss u!

nnti kalau jmpa jodoh yg baik terus kawen eh. ajak mish sekali p kenduri.

:)

HonEyBuNNy said...

jodoh ohh jodoh....

insya alah akan ada jugak nanti kan..;_)

.:: Tinggalkan Debunga Di Sini ::.

Popular Posts

.:: Ding Dong ::.

Get widget here