Tuesday, August 23, 2011

Wahai Lelaki...

Assalamu'alaikum.. :)
Apa khabar semua?? Alhamdulillah, sedar tak sedar, dah 23 hari kita berada dalam bulan Ramadhan.. 

Macam mana pula dengan pencarian Lailatul Qadr anda?? Masih berusaha?? Mudah-mudahan ya, bertemu kita semua, insya Allah... Baik lah... Selain daripada Lailatul Qadr, apa lagi agaknya ya yang sinonim dengan Ramadhan ni?? Maksudnya, bila kita sebut je bulan Ramadhan, wajib ada perkara ni...

Siapa tahu??? Angkat tangan ye.. 1, 2, 3!! Okeh, tak ada yang angkat... Biar ustazah yang jawab... :p

Selain Lailatul Qadr, umat Islam diwajibkan untuk membayar zakat fitrah bermula awal bulan Ramadhan sehinggalah awal pagi 1 Syawal, sebelum menunaikan solat sunat 'Eid al-Fitr.. Ececeh.. Nak bunyi Arab gak tuh.. Hehehe... :D

Tapi, bukan tentang zakat fitrah yang cik Wardah cuba nak bincangkan hari ini... Tapi, berkaitan dengan pembahagian zakat serta kategori-kategori asnaf yang wajib menerima zakat ini... Apa yang cik Wardah nak cakap pon, bukan lah 'direct' terus tentang pembahagian tersebut, tetapi lebih tentang pengalaman cik Wardah terlibat dalam proses pembahagian tersebut....

Secara jujurnya, cik Wardah tak terlibat pon dalam keseluruhan proses... Cuma diberi amanah untuk menguruskan bahagian pendaftaran bagi mereka-mereka yang layak untuk menerima wang zakat tersebut... 

Oh ye.. Sebelum cerita lebih lanjut, mesti tertanya-tanya kan macam mana cik Wardah ni boleh pulak terlibat dengan proses pembahagian wang zakat ni... Yang sebenarnya, sementara bercuti panjang sejak dari April 2011, cik Wardah telah 'mengabdikan' diri di sebuah pusat sumber yang berada di Masjid al-Mukarramah, Bandar Sri Damansara... Nak tengok tak rupa masjid tuh?? 

Pemandangan dari pintu pagar utama masjid..

Pemandangan dari atas sebuah bukit yang berhadapan dengan masjid...
Amacam?? Cantik taaaakkk?? ^_________^ Seorang kawan pernah datang sini, dan katanya: "Bestnya kak kerja kat sini.. Rasa maca di Cordoba~" Haha.. Gelak je cik Wardah dengo.. :D

Okey, berbalik pada kisah tadi... Di awalnya, pihak masjid telah meminta senarai nama golongan asnaf yang layak menerima zakat daripada pihak Jabatan Agama Islam Selangor dan juga yang telah didaftarkan di Pusat Zakat bagi kawasan Bandar Sri Damansara... Selain itu, pihak pengurusan juga meminta senarai daripada pusat-pusat kebajikan yang berdekatan.. Alhamdulillah, berkat usaha gigih kak Khadijah dan beberapa Muslimat serta ahli jawatankuasa yang lain, selesai segala urusan dan tibalah hari pendaftaran bagi mereka yang akan datang untuk mengambil sumbangan tersebut...

Okey, pada tarikh 22 Ogos 2011 bersamaan 22 Ramadhan 1432H, cik Wardah dan kak Khadijah telah membuka booth di pintu hadapan masjid bagi urusan pendaftaran... Bagi cik Wardah yang pertama kali berhadapan dengan situasi ini, memang sangat-sangat panik... Siapa yang tak panik bila diserbu puluhan orang dalam satu masa... Cuba anda bayangkan keadaan orang nak masuk stadium tengok bola.. Haaa~ Macam tu laah.. "Dah la kecik, cinonet lagik.... Pengsan le kamu sekejap lagi ni..." Usik Hj Rahman...

Dipendekkan cerita, apa yang menyedihkan saya, mereka yang TIDAK TERSENARAI lebih ramai yang datang berbanding mereka yang MEMANG LAYAK untuk terima sumbangan tersebut... Macam manapun, kami tetap menyediakan sejumlah wang untuk 'golongan asnaf' yang sebegitu... 

Dimarah, dimaki, dirayu... Pehhh~ Memang menguji sangat-sangat kesabaran, apatah lagi di bulan puasa..
Bermacam-macam ragam orang yang saya jumpa.. Ada yang mengendong bayi kecil, tak kurang juga warga emas yang membawa cucu-cucu yang masih kecil untuk menagih simpati.. Allahu A'lam bima fi ha'ulais sudur...  

Geram! Ya, bertambah lagi geram cik Wardah bila ada golongan SUAMI, LELAKI, ANAK LELAKI yang cukup sifat, miliki tulang empat kerat, masih gagah, masih kuat, cukup KACAK (abaikan~) untuk menyara hidup anak-anak, isteri, ibu bapa juga diri sendiri turut MERAYU meminta agar diri mereka diberi peluang menerima wang zakat tersebut... 


Haa.. Lebih kurang macam ni la orang nya.. Ahaks! @_@ Angau sebentar~ Hensem~ Hensem~ :D Ekekekek.... Stop cik Wardah!

Wahai lelaki...... Aduh... Kecewa sangat cik Wardah tengok masa tu... Memang cik Wardah nak fokus pada lelaki-lelaki GACAK ni jep... Bayangkan, ada yang datang tu naik Estima, naik Waja, pakai iPhone... Amboi.. Cik Wardah pon pakai Wira mak je.. Henfon pon dah 2 tahun tak tuka-tuka.. Kalau tukar pon, henfon Nokia de torchlight tu.....

Wahai lelaki... Anda sepatutnya tahu tugas dan tanggungjawab anda... Jangan hanya tahu meminta-minta.. Jangan mengajar isteri anda untuk turut meminta sedang anda masih GACAK perkasa.. Jangan ajarkan anak anda untuk meminta-minta... Sepatutnya, anak-anak dididik untuk BERUSAHA.... Bukan bergantung harap pada orang lain.... Kalau nak diikutkan, berapa sangat lah yang mereka dapat daripada wang agihan tersebut.. Cik Wardah yang isi, jadi cik Wardah tahu.....

Malam tu, selesai upacara, ada yang gembira menerima wang... Ada yang muram dan terus  pulang, (mungkin kecewa dengan jumlah wang) tak kurang juga yang kurang berpuas hati... Okey, betulkan.. Bukan KURANG... Tapi, MEMANG TAK puas hati... Sampai sanggup bertelagah dengan ahli jawatankuasa.. Jumpa seorang tak dilayan, dilangkahkan kaki ke AJK yang lain... Oh ye, dengan cik Wardah pon ada..

Kata cik Wadah, ini amanah.. Kami diamanahkan untuk menguruskan begitu, begitu dan begitu.. Lagipon, wang agihan zakat itu bertujuan untuk digunakan di hari raya, bukannya SEUMUR HIDUP! Ya, marah! Sedih! Kecewa! TERUTAMA dengan LELAKI GACAK tadi... Allahu Akbar... Perlu banyak istighfar...

Namun, dalam keletihan, dalam kemarahan, kami semua bersykur.. Hamdan Lillah, kerana semuanya berjalan lancar.. Pembahagian telah disempurnakan.. Ditambah dengan sokongan dan dorongan Dr. Zainuddin dan Dato' Said Molok, yang berterima kasih atas usaha kami... Alhamdulillah, kami berjaya jalankan amanah yang ditanggungkan ke atas kami... 

Untuk golongan LELAKI GACAK tadi, kami semua doakan mereka berubah, diberi hidayah untuk membuka mata seluas-luasnya, insya Allah...

Jadi, nasihat untuk anda-anda semua, terutamanya LELAKI...

  • Mahukah lihat anak-anak, isteri & ibu bapa anda dalam kesusahan?
  • Mahukah lihat mereka meminta-minta??
  • Mahukah lihat mereka dicemuh dan dihina??
Kalau tidak, tunjukkan mereka anda MAMPU!! MAMPU menjadi contoh yang baik untuk masa hadapan yang cerah, insya Allah...

Ahh~ Tak tahu nak bebel apa dah... Tak terluah rasanya apa yang cik Wardah nak sampaikan... Rasa banyak mengarut je ni.. Apa-apa pun, POINT UTAMA ialah; lelaki yang cukup sifat, mampu berusaha, WAJIB berusaha dengan tulang empat kerat dan titik peluh sendiri untuk memberi nafkah yang halal & berkat untuk keluarga.... 

Oh ye, dah nak penghujung Ramadhan ni...

p/s: Beringatlah sebelum terkena... Mencegah lebih baik dari merawat... Kan?? ^_^

4 comments:

al_hakim said...

cantik masjid tu..btw kacak mcm sy la.haha

FARISZ@AZ.Com said...

Bila lihat gambar masjid yang pertama , teringat beberapa tahun lalu ada program kerjasama dengan pihak masjid tersebut untuk raikan remaja. Teringat juga roti canai dan nasi kandar di kedai yang berhampiran masjid tu. ~Comment lari tajuk~

Bila cakap permasalahan bab zakat , ia bukan saja berlaku di Malaysia malah wujud dinegara lain seperti di Mesir.

Kesedaran perlu dipupuk dan bantuan dan didikan untuk berniaga juga perlu diberikan.

Kadang-kala sebilangan golongan yang malas berusaha bukan saja perlu "dijentik" tapi perlu "ditarik tangan" mereka dengan lemah lembut.

Semoga mampu bersabar dengan golongan tersebut.

fa-in said...

Cantiknya masjid tu..! tak pernah pergi lagi.
Kdg2 yg org yg memang layak terima itu lah yg tidak datang ambil sumbangan sbb diorang rasa masih boleh berusaha keras cari sejumlah wang.
dibandingkan dgn org yg tidak tersenarai, tak sepatutnya buat camtu.

bertuah la cik wardah ada pengalaman macam ni.
p/s:belum kerja lagi, abah yg tolong byr kan zakat fitrah :)

Lun said...

esok da raya. huh. rindu kat ramadhan :(

.:: Tinggalkan Debunga Di Sini ::.

Popular Posts

.:: Ding Dong ::.

Get widget here