Wednesday, November 30, 2011

"Nak jodoh dari siapa?? Syaitan?? Jin?? Allah??"


JODOH DARI SYAITAN 

-->lelaki dan perempuan yang berjalan berpegangan tangan dan menuju ke arah kemaksiatan. Apabila si perempuan tadi mengandung, barulah si lelaki tadi menikahi perempuan tersebut.

JODOH DARI JIN

--> lelaki yang menyukai seorang perempuan yang tidak menyukai dirinya, lalu dibomohkan dan disihirkan perempuan itu untuk setuju berkahwin dengan lelaki tadi.

JODOH DARI ALLAH

--> pandangan 2 pasang mata iaitu lelaki dan perempuan sehingga menusuk ke dalam jiwa. Lalu,lelaki itu pun masuk meminang perempuan tadi. Perempuan tadi menerimanya. Mereka bernikah dan bercinta selepas itu kerana cinta selepas kahwin adalah satu2nya cinta yang diredhai ALLAH. Bercinta sampai ke syurga. Itulah yang digelar "Syurga Cinta" tanpa berlakunya sebarang bentuk kemaksiatan.



Haaa... Cik Wardah yakin, mesti korang semua biasa dah jumpa dengan kata-kata kat atas tu kan??

Ada beberapa persoalan timbul dalam fikiran cik Wardah.. Yelah, sepanjang belajar ilmu Usuluddin ni, memang tak pernah lagi ada topik-topik yang macam ni...

1. Betul ke ada jodoh dari syaitan?? Dari jin??


2. Boleh ke syaitan dan jin bagi jodoh kat kita??


3. Kalau boleh, samakah taraf mereka dengan Allah Yang Satu??

Peeps... Tolonglah... Jangan sebarkan perkara-perkara yang boleh merosakkan aqidah tanpa penjelasan yang sewajarnya... Kami yang betul-betul belajar spesifik tentang aqidah pon boleh terjejas kepada terpesongnya aqidah dengan isu-isu dan perbincangan-perbincangan yang timbul.. Apatah lagi mereka yang tak mendalami ilmu ni...

Dalam Surah al-Ikhlas, Allah dah terangkan, siapa sebenarnya Dia..

"Katakanlah (Muhammad), Dialah Allah Yang Esa. Allah tempat meminta segala sesuatu. (Allah) tidak beranak dan tidak pula diperanakkan. Dan tidak ada sesuatu yang setara dengan Dia." (Ayat 1-3)

 Jelas.. Nyata.. Dan terang.. Tiada keraguan... Siapa-siapa yang rasa ada keraguan, cek balik Rukun Iman yang pertama tu ya....

  • Allah Yang Esa
  • Allah tempat meminta segala sesuatu
  • Tidak ada sesuatu yang setara dengan Dia

Ada juga terbaca post yang menerangkan maksud tersirat yang sebenarnya mahu disampaikan.. Dan pada cik Wardah, kata-kata ini jika mahu disebarkan, perlu diiringi dengan penjelasan maksud sebenar.. Eh, bukan perlu lagi, ni dah tahap WAJIB dah ni...

So, cik Wardah nak datangkan pendapat cik Wardah sikit lah..

- Untuk Jodoh Dari Syaitan... Sebenarnya, syaitan ni kalau kita tengok balik sejarah permulaan penciptaan Nabi Adam a.s, syaitan ni dah memang berjanji depan Allah Azza wa Jalla untuk menyesatkan manusia untuk bersama-sama dengan diorang dalam neraka... So, apa-apa pun yang berlaku yang buruk atas dunia ni, hanyalah kerana tiada atau lemahnya iman seseorang itu, terutamanya Muslim.. Mereka akan mudah tergoda dengan hasutan syaitan..

-Untuk Jodoh Dari Jin pula... Hurm... Yang ni langsung tak logik lah kot... Jin ni kan, Allah dah sebut dalam Al-Quran:


"Aku tidak ciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka beribadah kepada-Ku" 
(Az-Zariyat: Ayat 56) 

Jadi, jin dan manusia ni, tujuan diciptakan sama sahaja... Iaitu untuk beribadah kepada Allah.. Jadi, logik ke nak kata, ada jodoh dari jin???

- Jodoh dari Allah... Okey, yang ini, memang tiada kompromi... Tiada perbalahan atau hujah lagi yang perlu dibentangkan.. Since Allah menciptakan manusia, Dia juga telah menyiapkan semua tentang manusia itu.. Rezekinya, umurnya, jodohnya, mautnya, sakitnya, susahnya, senangnya, laparnya, kenyangnya dan setiap saat tentang kehidupan manusia tu..

Kesimpulannya:

  • Setiap sesuatu yang berlaku atas bumi ini, sejak dari zaman Nabi Adam a.s sehinggalah berlakunya Hari Kiamat adalah dengan KUASA ALLAH... Dengan IZIN ALLAH... 
  • Kalau nak kata syaitan menghasut manusia melakukan maksiat, itu pun adalah dengan IZIN Allah.. Kalau Allah tak izinkan pon, takkan manusia itu termakan hasutan syaitan..
  • Kalau pula nak kata jin itu merasuk manusia, juga HANYA dengan IZIN Allah.. Kalau tiada izin-Nya, maka takkan berjayalah jin tu merasuk manusia itu...
  • So, lepas ni, jangan semudah-mudahnya kita labelkan sesuatu itu dari selain Allah terutama sekali yang berkaitan dengan AQIDAH....

Rasanya, cukup dah ni nak explain apa yang terbuku di hati.. Kalau ada yang tak jelas, ataupun yang cik Wardah salah, boleh lah komen-komen ye.... :)

p/s: Allah memberi apa yang manusia perlukan.. Jika yang kamu inginkan itu termakbul, maka itulah yang kamu perlukan.. Ataupun, ia adalah ujian menguji tahap keimanan dan kesyukuran kamu pada-Nya... Walau apa yang terjadi, ucaplah Alhamdulillah.. Kerana di sebaliknya, pasti ada sesuatu yang terbaik untuk diri kita... :)

1 comment:

.:: Tinggalkan Debunga Di Sini ::.

Popular Posts

.:: Ding Dong ::.

Get widget here