Tuesday, November 8, 2011

November; Day 8: "Hujan Semakin Lebat..."

Kadang-kadang,
panas tak sampai ke petang...

Bila mendung menjelma,
tanda matahari mula sembunyi...

Awan hitam pula meneduhi,
membawa 'kegelapan' melitupi sinaran mentari...

Summer Rain by Julkusiowa

Titis air mula merintik..
membawa kebasahan, kesegaran pada bumi..

Hati berbisik...
"Sebentar lagi, pasti muncul pelangi.."

Merenung terus ke luar jendela,
menanti-nanti bilakan titis hujan berhenti..

Seminit....
Dua minit...
Tiga minit...

Satu jam berlalu....
Rintik hujan semakin lebat...
Tiada tanda munculnya pelangi...

Jendela ditutup......
Hati berlagu sepi..
"Tak mungkin muncul pelangi... Hujan semakin lebat.."

p/s: Berhenti mencari pelangi... Hujan, terus basahi diri.. Agar aku bisa sembunyikan tangis ini...

3 comments:

Ihsan Arifin said...

pelangi malu nak muncul sebab ada orang intip dia ;)

hanaahmad said...

belum tibanya masa pelangi munculkan diri buat kamu. dia ada, cuma belum mahu. :)

Cik_Shiqah said...

cik wardah,
mendalam sungguh maksudnya. buat saya terfikir-fikir sndiri.. huhu~

.:: Tinggalkan Debunga Di Sini ::.

Popular Posts

.:: Ding Dong ::.

Get widget here