Tuesday, November 1, 2011

November; Day 1: "Jangan Marah Sayang.."

Daripada Abdullah bin Umar r.a., Nabi S.A.W. bersabda:

"Tiada hamba yang meneguk air lalu mendapat ganjaran yang lebih besar di sisi Allah daripada hamba yang meneguk air menahan kemarahan kerana Allah"
(Riwayat Ibn Majah)

Alhamdulillah, sejak mengikut jejak langkah Yaya, pagi-pagi lagi membiasakan diri menekan butang radio IKIM.fm di telefon bimbit bagi memotivasikan diri di pagi hari sebelum mehidupkan enjin kereta menuju ke dewan kuliah.... 




Pagi ni, dalam slot Motivasi Pagi kelolaan Imam Muda Ashraf, mengingatkan kita supaya jangan lekas marah... Katanya, jika kita ingin melihat baik atau buruknya akhlak seseorang, ialah apabila dia marah.. (Oh, terkena sebijik ke muka cik Wardah.. :D) Dalam banyak-banyak sifat mazmumah (sifat yang keji), marah ni dah kira tergolong dalam sifat yang paling tinggi lah kemazmumahannya.. Hehehe... 

Tapi, jangan pula kita anggap, bila kita ni dikategorikan sebagai panas baran, cepat naik darah, kita dah terlambat untuk berubah... Dah tak ada kesempatan untuk mengubat sifat marah tu....

Dalam hadith yang lain, Nabi ada menunjuk cara bagaimana melenturkan kemarahan itu... Kata Nabi, sekiranya berdiri, maka duduk lah... Jika sedang duduk, berbaring lah... Jika baring juga masih belum dapat membuang rasa marah itu, maka berwudhuklah... Sesungguhnya, sifat marah itu seperti api, jadi, dengan berwudhuk, seolah-olah memanggil bomba untuk memadamkan kebakaran... ^_^

Mudahkan?? Tak pakai wang pon... Mulakan sikit-sikit, insya Allah, lama-lama akan terdidik.... 

Imam Ashraf kemudiannya menyebut hadith Nabi S.A.W yang bermaksud:

Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi S.A.W. bersabda: "Bukanlah orang gagah itu, orang yang kuat bertinju. Akan tetapi orang yang gagah adalah orang yang dapat mengawal diri ketika marah."
(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Tak dinafikan, manusia ni lemah hatinya.. Kadang-kadang, orang kata, "sabar aku ada batasnya.."
Ya, betul.. Tapi, haruslah belajar mendidik diri agar tidak terus terbuai dengan rasa marah itu... Selagi nyawa belum ditarik, selagi itu, masih sempat kita merubah diri menjadi yang terbaik... Insya Allah, jalan kebaikan itu akan sentiasa dipermudahkan-Nya... Hanya perlu kuatkan diri... ^_^

Semoga berjaya semua!! ^__^

p/s: Mood exam... Good luck dear self... Good luck Fasihah... Good luck all!! 

2 comments:

al_hakim said...

jangan nak syg2 sgt la..haha..gud luck jugak kak wardah..hohoh

FasiHaH SupiaN said...

good luck kak qiqi..

.:: Tinggalkan Debunga Di Sini ::.

Popular Posts

.:: Ding Dong ::.

Get widget here