Sunday, November 28, 2010

.:: kAu peRGi JuA ::.

assalamu'alaikum dan selamat malam semua.. :))
apa khabar?? lama sudah tak ketemu.. hihi..
wardah bz betol 2, 3 hari ni...
tak sempat nak hapdate belog..... sori ye... 

entri kali ni, cerita yg agak sedih la berlaku baru-baru ni...
kat rumah wardah ni, ada lebih kurang 8 ekor kucing sebelum kejadian sedih ini berlaku...
satu fakta y anda semua perlu tahu, wardah sangat TAKUT akan kucing ya.. 
macam mana wardah boleh hidup dengan 8 ekor kucing nih??
haaaa..... mana boleh nak duduk diam kalo ada 8 ekor kucing kan..
kalo diorang dekat aje, alamatnya, satu kampung la tau wardah ada kat rumah.. hihi..
walo time tido pon, wardah sanggup terjaga daripada biarkan diorang dekat-dekat, hidu-hidu, gigit-gigit, gesel-gesel dan sifat lain kucing.. hihi..

okey, tapi kali ni, nak cerita pasal seekor kucing kesayangan dalam rumah ni ya... haaa... macam mana agak-agaknya rupa dia ek?? 
JENGJENGJENG...
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

haa... itu si fahmi dan si Kuning!! okey, gamba tak berapa baeks since Sony W705 wardah belum lagi dibaiki ye... cukuplah anda semua tau yg Kuning merupakan seekor kucing berwarna putih bertompok kuning..
of course la betina.. hihi..
okey, kisah Kuning bermula kira-kira hampir 2tahun lepas bila dia ikut salah seorang adik wardah, Faris balik dari masjid.... dia tetap ikut walopon ditinggalkan beberapa kali..
jadi, kitorang semua pon ambil keputusan nak 'menambah' koleksi kucing-kucing kat rumah ni.. hihihi..

okey, cukup dengan sejarah Kuning ye.. hihi..
then, bila Kuning da cukup umur kan, biasala, gatal-gatal, miang-miang kucing, sampailah musim mengawan Cik Kuning ni kan... hihihi
okey, disebabkan wardah ni jarang duduk kat rumah, nak-nak plak tak berapa nak berani dengan Cik Kucing, so, tak berapa nak tau la kan berapa lama yg dia ni dah bunting..

tau-tau je, balik rumah lepas final exam, da 2minggu rupa-rupanya Kuning telah melahirkan....
nak tengok rupa her new Kittens??
okey, get ready ye..
*
*
*
*
1
*
*
*
*
2
*
*
*
*
3
*
*
*
*

haaa.. comel tak? comel tak?? hihi...
sebenanya, ini kali kedua Kuning melahirkan..
and, the kittens are much-much prettier than the olders.. huhuhu..
ada 4 ekor semuanya... satu kale putih, dua kale oren, 1 lagi kale putih oren, macam kuning... ngeee~


pandai tau diorang ni posing-posing nak ambil gambar..


tido ulak die-die nih... 

okey, itu kisah 2 minggu lepas kelahiran diorang ni..
tapi, setelah 2 minggu kemudian, satu kejadian menggemparkan berlaku...
last Friday, bangun-bangun pagi je, seekor daripada kale oren tu da kekerasan.... 
okey, mati la maksudnya... sebelum ni, dia takde pulak tunjuk tanda-tanda nak 'meninggalkan'...

memang kecoh sangat la pagi tu kan... pagi-pagi tu, adik-adik wardah pegi la cungkil-cungkil tanah kat depan rumah nak kuburkan dia.. sebenanya, kat kawasan tanah tu, dah lebih kurang 9 kubur kucing ada kat situ..
semua kucing yg kitorang bela la...
kebanyakannya mati disebabkan virus yg popular di kalangan kucing..
tak tau la nama dia apa.. virus ni biasanya menyerang anak-anak kucing yg baru lahir, yg mahir masih menyusu dan yg seumpama dengannya lah..

disebabkan ni dah second time kitorang deal dengan virus nih, so, da faham la apa perlu kita buat kan..
dalam pukul 11, wardah ngan 2 adik pon bawak la anak-anak kucing yg tinggal (3 ekor) pergi klinik haiwan..


tengok la rupa diorang ni masa dalam kereta..
memang agak koto la.. since, virus ni akan sebabkan diorang ni berak cirit-birit tak kira masa..
da la agak koto, bau diorang, pergggggggggghhhhhhh!!!!!
tak sanggup kitorang bukak air-cond and rela la kitorang bukak tingkap saja....
pastu, bising-bising "meow-meow-meow-meow-meow-meow"
panjat-panjat sangkar tu macam dalam gambar tu.. hihihi..

dalam masa 5 minit je, kitorang da sampai kat klinik haiwan tu.. (aik, dekat je rupanya..)


haa.. ni la 'muka depan' klinik hewan tuh.. lokasinya, di Seksyen 15, Shah Alam, kat simpang masuk sebelum Balai Polis Seksyen 15 tuh.. okey, orang Shah Alam mesti tau...

masuk-masuk, tanya la kat MakGuard tu..

MakCik, kat mana klinik??
Klinik dah tutop dik.. hari ni hari jumaat, klinik tutop pukul 11..
Oh, yeke MakCik, terima kasih... :)

pulas habis-habis stereng kereta nak kelua.. singgah lagi kat MakGuard tadi...
tanye lagi..

MakCik, petang ni, klinik bukak tak?? (Harapan tinggi)
Tak jugak dik..
Esok?? (Sabtu)
Lagi tak bukak 

hampa betol kitorang.. pikir punya pikir... macam mana nak buat ye..
lambat-lambat, mati la anak-anak kucing ni.. huish..
so, kitorang takde pilihan laen, terpaksa bawak jugak kucing-kucing tu pegi klinik haiwan lain..
kalo tadi klinik kerajaan, then, kita bawak pulak diorang pegi klinik swasta yg mana, kosnya mungkin akan mahal.. walopon cuak-cuak macam tak cukup duit, kitorang redah jugak la... hohohoho...

terus je wardah drive pergi Seksyen 13, area Giant besar dekat-dekat Stadium Shah Alam..
pusing punya pusing, wardah memang tak pernah pergi area tu without parents, so, memang tak mahir sangat la jalan kat situ.... dekat 30min jugak la pusing-pusing kat situ..
and,tibe-tibe je: haaaa... situ-situ.... adik wardah da nampak..

alhamdulillah...... da jumpa pon... jam da hampir pukul 12 tengah hari..
takut jugak klinik tu tutop sebab hari tu hari jumaat, mesti doktor nak pegi solat jumaat kan.. hihihihi...

alhamdulillah, sampai je turn our kittens, kitorang pon masuk...
OMG!!!!! the doctor is sooooooooooooooooooooo handsome!!
huhu.. tak dapat nak snap gamba doktor tu sebab handsome sangat, sampai gigil-gigil.. hahaha...

doktor just suapkan tiga-tiga ekor kucing tu ubat cacing, then bagi lagi 1 botol ubat cacing dan 1 botol antibiotik for kittens.. da sampai masa nak wat bayaran...
dup dap dup dap....
*
*
*
semua sekali, RMM20 sahaja..
fuhhhhh...
lega rasanya...

Okey doktor, saya nak beli pasir untuk kucing sekali..
Kalo pasir yg biasa, RM25.. kita ada pasir lain yg ada bau-bau wangi, RM23..
Oh.. kita amik yg bau-bau la.. murah sikit.. huhuhu.. amik yg bau ros... wahhh... romantik sungguh kucing-kucing ni bila da besar nanti.. hahaha
hahahaha... okey, semua sekali RM43..

balik, balik... jom balik... hihihi.....
*
*
*
*
*

leps asar je, hujan lebat-selebatnya...... oh!! si putih is dying....

Bawak dia masuk cepat, bagi dia susu...

wardah da menggeletar da... memang da lembik betol si putih ni...
bagi dia minum susu HL yg low fat tu, guna picagari je...
respon yg baik... dia minum jugak walopon sikit...
setiap 30 minit, kitorang bagi dia minum susu..

alhamdulillah, dia da boleh gerak-gerak, jalan-jalan sikit...



anak panah merah tu tunjukkan si putih... kenapa letak teddy bear kat situ??
sebab, putih ni tengah basah-basah and sejuk-sejuk.. 
mak dia pulak taknak dekat ngan dia.. pelik betul.. huhuhu

keesokkan paginya, kami jumpa si putih sudah pon kekerasan..
oh putih..... setelah apa yg kami lakukan for the whole day, Tuhan telah tetapkan ajalnya.. tanpa sesiapa pon menyedari.. namun, si putih, kau tetap dalam kenangan..
first time wardah pegang seekor kucing sambil dodoi-dodoikan dia..
itupon, sebab dia da lembik, tak mampu melawan, dan mencakar.. hihihi


tinggal la dua ekor ni saja anak kucing yang tinggal....
alhamdulillah, da makin sehat...da boleh lari-lari dalam rumah...


tengok ni, nak panjat- panjat keluar dari sangkar...


yg ni plak, marah ke orang nak amek gamba..?? hihi

sekarang ni, kitorang tengah menanti kelahiran lagi seekor kucing betina yg merupakan satu-satunya anak Kuning yg hidup utk kelahirannya yg pertama dulu..

Hitam name dia.. erm.. kalo tengok dari rupa dia, memang orang tak berkenan.. hihi
tapi, nak tengok jugak la anak-anak dia macam mana kan... kot-kotla gen bapak dia kuat lagi.. hihi..

okey, selamat malam you all... :))

p/s: kalo anda semua rasa-rasa macam part yg dah nak bawah-bawah tu macam ala-ala da tak cergas, nak cepat habis je, memang pon.. hihi.. lapa la.. nak pegi buat roti bakar dulu.. nak jugak?? ha, cepat-cepat jom ikut wardah pegi dapur.. :D

3 comments:

deefaLya~ said...

wuwuwuuw.sdey nye. tinggal dua jek lg. hmmm. tape2. yg dua tuh the cutest one kan.hehhehe.

+d.O.Y.A.h+ said...

comeyyyy

waRDah @ QiQi said...

@deefaLya
hihi.. haah, the cutest & the strongest... :))

@doyah
hihi... kalo tgk btol2 lagi comey.. :))

.:: Tinggalkan Debunga Di Sini ::.

Popular Posts

.:: Ding Dong ::.

Get widget here