Friday, July 8, 2011

Assalamu'alaikum | Think Big Dream High

Pehhh~ Cakap orang putih... Hikhikhik.... ^_^

Bangun pagi-pagi hari ni, (pagi sangat lah kannn... hakhakhak) terus bukak TV Al-Hijrah... Melekat di hati you.... ^_^


Terpampang wajah Iwan, alaaa yang nyanyi dangdut dulu tuh~ Alhamdulillah, dah dapat hidayah Allah S.W.T. dan menggunakan medan muzik untuk berdakwah.... Moga Allah mudahkan jalannya, insya Allah...

Then, perbincangan diteruskan dengan topik: "Cabaran Peguam Muda".. Ohohoooiii~ Lawyer, ade legal firm sendiri tau.... Muda lagik plak tu... Kagum sungguh! Selalunya, kalau cakap pasal undang-undang ni, memang malas cik Wardah amik port... Hehehe... Tapi................ Yang dia undang tu, ex- students UIA plakkkk.. Hahaha.. Memang melekat jap lah kan?? Keluar lah gamba-gamba mereka ketika menuntut di UIA dulu....

Dan-dan tu jugak cik Wardah nyanyi.... "IIUM.... is to realize, the meaning of RAHMATAN LIL 'ALAMIN..." Fasihah kompem tau lagu nih!! HikHikHik... ^_^ Fasihah... Jangan pura-pura tak tau.. Hahahaha.. :p

Terpaku sebentar di depan TV.. Waaahh.. Agak-agak esok, cik Wardah berjaya cam tu tak?? Uhuhuhu~ Insya Allah, pasti boleh!! ^_^ Serius bangga betol dengan kejayaan pelajar-pelajar UIA.. Ooopss!! Sori ek, agak bias di situ... Hikhik.. 

Then, last sekali, dia undang seorang pakar motivasi.... Dato'... Dato'... Erm.... Tak ingatlah.... Tajuk topik: "Think Big, Dream High".. Tak dengar sangat dia bincang tentang apa... Tapi, tertarik dengan satu cadangan Dato' nih tadi... Beliau mencadangkan bahawa setiap daripada keluarga Muslim, melahirkan seorang profesional.. Tak kira lah dalam bidang apa pun, yang penting PROFESIONAL...

Wahh.. Hebat jugak cadangan tu kan?? Antara kesan melahirkan profesional ni, secara tak langsung, dapat menaikkan taraf sosial keluarga tersebut... Mungkin agak 'Sivil' di situ... 

Daripada pandangan cik Wardah, selain menaiktarafkan sosial keluarga, secara tak langsung, menaiktarafkan juga Umat Islam nih.. Yelah, kalau kita lihat hari ni, yang pakar-pakar banyaknya, non-Muslim kan???

Kesimpulannya, cik Wardah sangat menyokong cadangan beliau!! Ye! Ye! Mari sokong!! ahaks!! ^_^
Tapi, jangan lupa aspek kerohanian... Barulah namanya, "PROFESIONAL MUSLIM".. Eh.. Eh... "PROFESIONAL MUKMIN" lagi best kot... Ye dak?? Hehehe~

Anak-anak perlu dididik dengan agama dari kecil.. Bak kata pepatah, "Melentur buluh biar dari rebungnya.." Betul ke tak ek pepatah tu?? Haaa... Kenapa?? Sebab, ketika masih kecil, anak-anak ni, hatinya masih lembut.. Masih mahu mendengar kata... Dan mudah melekat apa yang diajar padanya.. Betul tak?? ^_^
Ambillah contoh dan iktibar dari orang-orang Yahudi, yang mengajar anak-anak mereka sejak dalam kandungan lagi.... Mereka mendidik anak-anak ini supaya membenci umat Islam... Sebab tu mereka melahirkan generasi yang akhirnya berjaya mendukung bangsa mereka...

Allahu Akbar, tak mustahil Umat Islam tak boleh berjaya.. Kan?? Insya Allah.... Bak lagu UNIC tu,

"Umat Islam harus cemerlang, hari ini, mesti lebih baik dari semalam..... Jangan buang masa, siapa kata kita tidak boleh.. Kita ada Allah Maha Kuasa, kita punya kuasa tenaga.. Doa sebagai senjata.. Umat Islam SENTIASA BOLEH!!"

Hehehe.. Makin hilang suara cik Wardah nyanyi-nyanyi.. Hikhik... Okeh, okeh.. Dah habis point nak cakap.. Hehehe... Selamat hari Jumaat!! Yang lelaki, jangan tak pegi solat Jumaat pulak... Yang berniaga, berhenti meniaga bila dah azan kedua ye... HARAM hukumnya tau.. Allah dah sebut dalam al-Quran kan??? ^__^

p/s: Nak berfikir besar dan bermimpi tinggi mulai hari ini... ^_^

4 comments:

Ayuni said...

bagus kn tv al hijrah, teruskan menonton!

Sunah Sakura said...

jom jadi mukmin professional!

Fasihah Supian said...

marilah kita sama2 kak wardah ku sayang :)

Dato' Mohammad@ Mat Hassan bin Esa said...

salam wardina,

saya telah menulis mengenai topik yang minat tersebut..

sila layari www.aakampung.blogspot.com untuk membaca topik berkenaan

Sekian

.:: Tinggalkan Debunga Di Sini ::.

Popular Posts

.:: Ding Dong ::.

Get widget here