Friday, July 1, 2011

... "Sebab Acik Kan Dah Kawen" ...

Assalaaaamu'alaikum.. ^_^
Selamat Pagi dan Salam Jumaat... Oppps!! Dah hari Jumaat?? Aiwaahh~ 
Jumaat tanda cuti!! Hikhikhik... ^__^

Dah makan? Dah mandi?? Hehehehe~

Bangun pagi-pagi tadi ingatkan kena pergi kerja... Rupa-rupanya, hari ni Jumaat...
So, memang ada fikir nak sambung tido lah kan... Hehehehe...
Jadi, tidur atau tidak?? Jengjengjeng! Sila jangan fikirkan.. Hahaha..

Semalam, macam biasalah kan, lepas Asar, masuk ofis semula, untuk sambung sampai pukul 5.30, sebelum waktu pulang... Dekat ofis cik Wardah ni, ada sekumpulan kanak-kanak yang memang hari-hari datang ofis.. Oh ye, ofis cik Wardah adalah sebuah pusat sumber kecil yang menyediakan perkhidmatan komputer secara percuma... Dan, kanak-kanak ni, memang datang situ untuk guna komputer, of course lah.. Manalah diorang nak baca buku-buku Tasawwuf, Fiqh (dalam Bahasa Arab), apatah lagi Tafsir Qur'an.. 

Okey, salah seorang kanak-kanak nih, dia masuk-masuk je:

   "Eh, Acik... Kena tulis nama eh??"
   " Kena lah.. Macam biasa... Acik ko panggil?? Sikit punya cute nih, Acik??"

Haa... nak tau dia jawab apa??
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

   "Sebab... Acik kan dah kahwin....."

Hakhakhakhakhak... Nak berguling cik Wardah kat situ tau takkkkk???!!! Muka cik Wardah ni ada muka orang dah kahwin kee??? Grrrrr! Haiyyaaaakkkk!! Ini budak haaaa~ Adesssss..... Terus je lepas tu kemas-kemas nak balik rumah... Tak tahan gelak... Huhuhu~


Kalau cik Wardah dah kahwin, siapa lah 'suami' cik Wardah tu ye?? Hahaha.... Gelak-gelak lagik... Aigooo~

Oh yee... Di kesempatan ini, cik Wardah nak ucapkan tahniah kepada my dear ahli Geng 14; Shazni Haji Muda, Hajar Aisyah & kak Zhafarina yang telah menamatkan sesi pembelajaran mereka di IIUM dalam bidang masing-masing... Alhamdulillah, moga keputusan nanti adalah keputusan yang terbaik sepanjang 3 tahun mengemudi 'sampan' seorang pelajar... Selamat menempuh 'kehidupan sebenar' di luar sana.... Insya Allah, ada semua adalah orang hebat... Cik Wardah sayaaaang semua!! All da best!! Doaku mengiringi kalian... ^__^

p/s: Adeh... Hari ni tak ada nasi lemak... SobSobSob.. Rasanya pagi tadi nampak.. Ni dah tak ada...  Takkan kucing tu dah makan??? -_-"

2 comments:

al_hakim said...

acik ke mak cik?keh2..

FasiHaH SupiaN said...

tak lame lah tue...hahaha

.:: Tinggalkan Debunga Di Sini ::.

Popular Posts

.:: Ding Dong ::.

Get widget here