Thursday, June 30, 2011

... Jangan Kau Lupa, Kerana Aku Menyayangimu ...



Sering engkau katakan, “Tiada yang mahu
Aku tersenyum, “Pasti ada.. Cuma kau tak tahu
Sering engkau titip, “Doakan aku
Ya sahabat..  Tak kan pernah aku lupa…

Hari demi hari, rintihan kau masih begitu
Namun, mungkin kau lupa, bagaimana dengan perasaanku??
Masih menunggu, menunggu dan terus menunggu…

Sahabat, apa daya hati ini
Bukan niat ingin terluka
Terkadang, ia pinta disapa
Bertanya khabar tentang sejuta rasa

Dinihari itu, aku tersedar
Betapa aku kejam, membiar kau rasa berdosa..
Lalu ku tadah ke langit..
Ya Allah, perkenankan segala permintaannya.. Kerana, aku menyayanginya..

Sekian lama memendam rasa…
Aku tersenyum, aku tertawa…
Aku gembira melihat kau bahagia…
Kau bersedih aku juga terasa..
Sabarlah…”  Hanya itu yang terkata..

Maafkan aku sahabat, kira aku bukan pendengar setia…
Maafkan aku sahabat, andai bicaraku menggores rasa…

Sepintas hati merasa, seuntai doa ku kirim..
Buatmu di kejauhan, agar sentiasa dibimbing..

Maafkan aku sahabat,
Andai kau ketemu, 
Jangan kau lupa,
Kerana aku menyayangimu..


(Cik Aqilah Wardah; 30 Jun 2011)

p/s: Maafkan cik Wardah terpaksa meluah di sini... Andai 'kau' baca, cik Wardah minta maaf... Tak mampu meluah dengan berdepan... Mungkin kerana 'peristiwa itu', kita menjadi renggang.. Tapi, cik Wardah nak beritahu, cik Wardah tak pernah jemu... Sekali lagi, maafkan cik Wardah.... 

4 comments:

Sunah Sakura said...

sedihnya..moga wardah dengan sahabat kembali rapat macam dulu2...

syarifahsidrus said...

persahabatan itu indah andai bertemu dan berpisah kerana allah :)
sesungguhnya doa sahabat sedang sahabatnya itu tidak mengetahui adalah doa yang dimakbulkan :)

FasiHaH SupiaN said...

sahabat.........

hmm, doakan dia kak wardah :)

waRDah a.k.a QiQi said...

@sunah..

sedih sangat masa wat entri nih.. hehehe.... amiiin.. terima kasih.. ^_^

@syarifahsidrus...

betul tu... insya Allah, persahabatan ini kerana Allah.. :)

@fasihah...

sama2 ye kita doakan... moga rahmat Allah sentiasa utk beliau, insya Allah.. ^_^

.:: Tinggalkan Debunga Di Sini ::.

Popular Posts

.:: Ding Dong ::.

Get widget here