Wednesday, June 15, 2011

Kalau Dapat Isteri Tak Solehah, Macam Mana??

Ececeh...... Asal boleh nak wat entri pasal isteri lah, kahwin lah... Hikhikhik...

Biasalah, duk dekat library yang banyak buku nih kan, macam-macam lah Wardah cekau... Jap-jap amik buku Tasawwuf... Jap lagi amik buku Tafsir... Bila ngantuk, bukak buku Hadis plak... (Dalam ni memang ada buku-buku agama je.. Kalo Wardah baca novel, maknanya bawak dari rumah ye... Sanggup!! :D) Tapi, paling selalu, buku-buku sal kahwin lah, family lah... Nak tambah ilmu kononnya.... Kalo lah mak or ayah baca nih, kompem lah kan, gelak besar sambil bebel panjang diorang... Ada hati konon nak kahwin, bangun tido pon mak kejutkan lagi... Huhuhuhu~

Haaa~ Semalam, Wardah duk cekau buku nih:


Karya Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat & Hasmariza Md Hashim... Sebab utama tertarik dengan buku ni ialah, tajuk dia... Ce tengok betul-betul... Hehehehehe~

BUNGA KEBAHAGIAAN 
"...anugerah sekebun bunga dari taman iman; inilah kebahagiaan sebenar.."

Suka sangat dengan tagline tuh, or watsoever it is called... Ecececeh~ Cakap omputih... Wuwuwuwu.... Buku ni ada 22 Bab semuanya... Tapi, tak lalu lah nak kupas setiap bab tuh... Cuma tertarik dengan Bab 2: Isteri Solehah Idaman Suami.... Yawww~ Ehem.... Ehem... Sapa nak jadi isteri solehah???? Meh sini... Meh sini.... Baca sini naaaa~ Sebelum tu, bab ni dimulakan dengan sabda Rasulullah S.A.W.:

"Wanita itu dinikahi kerana empat perkara. Kecantikannya, keturunannya, hartanya atau kerana agamanya. Tetapi pilihlah yang beragama supaya dirimu selamat"
                                                                                                                (H.R. Bukhari & Muslim)

Hadith ni Nabi S.A.W. sebut menggunakan bahasa dan perkataan yang jelas serta mudah difahami... Tuan Guru sebut dalam buku ni "Sekiranya baik agamanya, faktor-faktor lain seperti keturunan, kecantikan dan ketampanan serta hartanya akan baik juga."

Jom kita tengok sifat-sifat Isteri Solehah yang Tuan Guru senaraikan:

  1. Membatasi pandangan hanya pada suami. Dia puas dengannya dan tidak memandang selainnya, tidak membanding-bandingkannya dengan orang lain serta tidak mengharapkan perhatian daripada orang lain selain daripada suaminya.
  2. Membataskan aktiviti-aktiviti hariannya di luar rumah, menghadkan masa di luar rumah kecuali apabila ada alasan syarak yang menghalalkan dia berbuat demikian.
  3. Bersegera meminta maaf meskipun dirinya dizalimi.
  4. Memenuhi hak-hak suami dengan baik, mengasuh dan mendidik anak-anak dengan baik serta memenuhi hak kedua-duanya dengan baik.
  5. Berusaha supaya tampil menarik setiap masa. Penampilannya cantik, aromanya wangi, tutur katanya lembut dan memikat dan baik tingkah lakunya.
  6. Berusaha untuk tidak memperlihatkan hal-hal yang tidak disukai suaminya.
  7. Menghindari perkara-perkara yang boleh merosakkan penampilannya sebagai seorang wanita yang cantik, kerana wanita diciptakan untuk berhias cantik.
  8.  Memberikan penghormatan kepada suami dengan sesuatu yang membahagiakan dan menyenangkan hatinya.
  9. Pandai memasak serta pandai menjaga kebersihan diri, anak-anak dan rumah tangga.
  10. Cerdas dan cermat dalam bertindak, berbicara dan meminta.
  11. Sabar, berani dan cekap dalam melaksanakan tanggungjawab rumah tangga. 
  12. Menghantar suami ke depan pintu setiap kali suami berangkat ke tempat kerja, menyambutnya setiap kali dia pulang, berterima kasih di atas pemberiannya dan selalu mendoakan kebaikannya.
Tu diaaaaaaaa~ Panjang list... Wardah yakin ramai naa yang kat luaq sana gadis-gadis a.k.a calon-calon isteri solehah yang memenuhi kriteria-kriteria di atas... Except Wardah naaa~ Paling tak boleh tu lah... Yang nomboq 9 nuh.... Pi lah scroll balik kat atas nuh... Hukhukhuk.. Saja ja duk bold, kasik senang hangpa nampak.. Tu lah, mak ajaq bukan nak dengaq.. Duk dapoq ja, makan... Pi dapoq ja, isi perot... Mak masak, tak tengok pon.. Huhuhuhu~

Eh? Tetiba je dah transform jadik orang utara naaa~ Hikhikhik.... Tukaq balik.. Tukaq balik... Ehem.. Ehem! Haaa.. Dah tukar, dah tukar.. Hehehehe~

Okey, back to the MAIN topic here.. Wardah yakin, Wardah pasti, (ni sebab dah duk disogok dengan jejaka-jejaka carik isteri solehah la ni..) ramai je lelaki-lelaki yang kat luar sana, especially yang ilmu agamanya tinggi dan banyak, demi menjaga batas-batas pergaulan serta melahirkan generasi ummat Muhammad yang soleh dan solehah mereka mengimpikan juga gadis-gadis solehah sebagai sayap kiri perjuangan mereka.... Tabik springgggggg dengan golongan macam ni.... Uihh~ Kalo Wardah pon dapat suami cam ni, ehem... Tak termintak apa-apa lagi dah... Erk??? Yeke?? Hehehe~ Tapi, tu pon KALAU kannn~ Hehehehe..

Erm.. Persoalannya ialah, andailah kan, jejaka-jejaka imam muda ni, dapat isteri yang TAK solehah, macam cik Wardah ni... Macam mana ek?? Yelah... Selalu jugak fikir... Jejaka-jejaka yang Wardah kenal ni semua mengimpikan isteri solehah.. Kalau gadis-gadis yang kurang solehah tu, siapa yang boleh bimbing mereka untuk jadi solehah?? (Tuju pada diri sendiri.. ahaks!!)

Terhengat lah suatu kisah dalam kelas Bahasa Arab yang dikelolai oleh Ustaz B.. Tak hengat pulak masa tu belajar topik apa yang sampai dia keluarkan statement.. "Antum ni semua (sambil tunjuk pada lelaki-lelaki berkopiah ala-ala ustaz) sepatutnya kahwin dengan perempuan-perempuan yang duk tepi-tepi jalan, yang ala-ala minah rempit tu.." 

Ohooooohoooiiii!! Memanglah gadis-gadis a.k.a ustazah-ustazah dalam kelas tuh hangen kan... Awatlah ustaz nih?? Jadi, dengan beraninya, cik Wardah bersuara, "Habis tu, kitorang ni, nak kahwin dengan siapa??" Ceh, konon-kononnya masa tu alim lagik, pakai tudung labuh jahit tengah youu~ Laa ni, mana duk sumbat pon tak tau.. Huhuhu~ 

Then, dengan slamba gadaknya ustaz tuh jawab, "Haaaaa.. Itulah peranan antunna semua untuk jadi isteri KEDUA, KETIGA dan KEEMPAT..."

ERKKK??!! Apakah????????? 

Biau bebenau lah ustaz ni haaa~ Nak menangis rasanya cik Wardah masa tu... Apa yang ustaz ni fikir pon tak tahu.... Tapi, berdasarkan cerita beliau, beliau pon kahwin dengan seorang Gadis yang kurang dari segi agamanya... Katanya cabaran untuk dia mendidik isteri dia tu jadi isteri solehah... 

Sekilas~ Rasa nak tabik ngan ustaz pon ada... Tapi tu lah, statement kene jadi isteri kedua tu, tak boleh blah btol... Hukhuk...

So, kat sini Wardah nak tanya, apa pendapat awak semua?? Kalau yang lelaki, apa pendapat awak semua kalau dapat isteri yang kurang solehah ni?? Adakah awak semua akan menyesal?? Or redha dengan taqdir Allah dan usahakan untuk didik isteri tu jadi yang solehah untuk awak dan muslimah solehah untuk agama??

Bagi yang gadis pula, kalau ditakdirkan Allah, dapat suami yang kurang soleh, macam mana??

p/s: Kadang-kadang Allah hilangkan mentari... Dia datangkan pula hujan dan kilat.. Kita bertanya-tanya, ke mana perginya mentari??? Rupa-rupanya Dia nak datangkan pelangi yang indah menggantikan mentari.. Selalu ingat pesan sahabat, Allah tak beri apa yang kita mahu, sebaliknya Allah beri kita apa yang kita perlu... Dan keperluan itu sentiasa lebih baik dari kehendak... Allahu Ta'ala A'lam...... ^___^

10 comments:

al_hakim said...

fuh..bce sampai habis ni..hehe..hurm..tak tau la nak ckp mcm mane..mmg kita mendambakan yg terbaik walupun diri kitatak terbaik..hurm..jadi soleh dan solehah same2 la sennag cite..

Siti Fatimah said...

entri yg best :) yg penting kt kn solehah dulu baru dapat yg soleh :D ye dak??

Cik Aqilah Wardah said...

@hakim: aigooo~ kantoi dah sblom ni baca x habis.. :p

btul2, same2 jadik soleh, solehah naa~ :)

@kak ct: betol2.... hehehe~ lame tak lepak sesame.... :)

nur farahin binti sulaiman said...

nak jdi isteri solehah la nanty wardah.. heheh..insyaAllah

Anonymous said...

Assalamualaikum, saya terpanggil untuk memberi ‘penawaran’ pandangan sebab ada ‘permintaan’ di sini. :) Baik lelaki mahupun perempuan, kita jangan give up kalau jodoh tidak menjadi seperti yang diharapkan. Cuma perlu fikir bahawa ianya adalah ujian Allah SWT ke atas hamba2-Nya. Dia nak tahu sejauh mana level keyakinan, keimanan & kesabaran kita kepada-Nya. Rujuk firman Allah Surah al-Baqarah, ayat 155 (Saya boleh je copy & paste makna ayat ni tapi better lagi kalau Cik Wardah usaha cari & beritahu saya maknanya jika benar Cik Warah berusaha untuk mengetahui makna ayat ini dan ayat seterusnya). :)

Dan bila jadi macam ini, maka kena berikhtiar. Jangan serahkan segala urusan hidup ini kepada Allah semata-mata tanpa berusaha. Kena guna akal yang sempurna ini, fikirkan cara terbaik untuk mencapai keinginan yang dihajatkan. So, kenalah aja fighting!!" :P Araso?? Kamu boleh rujuk firman Allah Surah ar-Ra'd, ayat 11. Tapi jangan lupa istiqomah dalam berdoa dan bertawakal kepada-Nya.

Firman Allah Surah Ali Imran, ayat 139 dan Surah al-Hijr, ayat 56 pun ada kaitan dengan jawapan saya.

Kena ingat, perceraian adalah dihalalkan tetapi dibenci oleh Allah. So, jangan fikir nak bercerai .

P/s: Mmmm.. Saya rasa macam membalas pandangan orang yang ada masalah rumahtangga je padahal orangnya belum kahwin lagi.. Aigoooo~~ :D

Astaghfirullah al azeem.

Cik Aqilah Wardah said...

@ En/ Cik Anonymous....

Wa'alaikumussalam...... :)

Subhanallah....... ^__^

Pendapat yang bernas!! :)

Tu lah yang cik Wardah ni selalu fikir... Kadang2, kita nakkan sesuatu, sesuai dgn kehendak kita....
Tapi, kita jugak selalu tak dapat yg kite nak...

insya Allah, ayat2 tu nnt, cik Wardah tengok n cek smula ye.. :)

Lengkap sungguh pendapat di atas.. Rasa nak menangis... sob3x...
Terharu sangat-sangat....

Erm.. Rumah tangga ye...... Mane bleh cite kat cni kalo da kawen.... Hikhikhik...

Doakan cik Wardah ye...
TQ.. tQ dan tQ lagik!! ^___________^

Anonymous said...

Bijak pemikiran kamu. Hal rumahtangga sebaiknya menjadi rahsia antara suami & isteri. Tidak boleh dikongsi dengan umum.

InshaAllah, saya akan doakan kamu bertemu lelaki yang soleh. :)

Saya percaya ramai wanita tidak suka dimadukan. Tapikan, sekadar bertanya, kalaulah jodoh Cik Wardah dengan lelaki yang soleh dan dah berumah tangga pula macam mana?..

Apa pandangan Cik Wardah?

Cik Wardah mungkin tidak terfikir hal yang ini. Abaikan kalau tidak berkenan dengan soalan ini. Tiada paksaan. :)

Cik Aqilah Wardah said...

^_____^

Alhamdulillah, Allah bg akal yg bijak mcm ni... Kdg2 trsalah guna jugak.. Astaghfirullah..... :)

Amiiiin.... Shukran.... :)

Hehe.. Poligami? Bermadu?? Ohhhhh yeah!! Memang betul wanita ni ramai yg tak suka poligami...

Rata-rata yg sy lihat hari ni, bukan semua, ingin berpoligami akibat mengikut nafsu yg teringin isteri muda, cantik dan belia atas nama mengikut sunnah..

Walhal, kalo kita semak semula kitab sejarah bilamana kaum lelaki diizin syara' utk berkahwin sehingga 4, atas dasar apa? Rasululllah S.A.W. berkahwin dgn wanita yg hampir semuanya adalah janda yg kematian suami... Itu adalah dengan tujuan utk menjaga dan melindungi wanita2 tersebut, bukanlah kerana nafsu seperti tuduhan2 kafir laknatullah utk menghina Baginda S.A.W.

Oh... Panjang lebar sudah... Tiba utk pandangan cik Wardah.... Andai cik Wardah yg menghadapi situasi tersebut, Allahu Ta'ala a'lam bi haza.. hahaha...

Takut nak bercakap... Andai si lelaki soleh, disenangi isterinya dgn tiada sedikit pun keraguan si suami akan mengabaikan tggjwb, y not... :D waahhh~ Na'udzubillah.. takut bile bercakap mcm ni, bila kene hidung, lain pula cerita... ^__^

Jamal Rafaie said...

Suami isteri kena belajar bersama-sama dalam soal berumah tangga.. Salah silap kena sama2 ubah.. Cewahh.. (macam motivator yg dah kawen plak)

Cik Aqilah Wardah said...

@jamal...

laaaa.... belum kawen lagi ke rupenye?? ekekekekek.. :p

.:: Tinggalkan Debunga Di Sini ::.

Popular Posts

.:: Ding Dong ::.

Get widget here