Saturday, July 16, 2011

"Oh Kahwin, Di Mana Kau??"



Assalaaaaamu'alaikum! ^^

Lama betul dah cik Wardah tak menaip kat sini... Sejak gambar singa ketiduran itu disiarkan, memang melekat sampailah ke hari ni... Huhuhu~

Hari ni, sebab rasa ketidaktahanan sudah menjelma, makanya, cik Wardah kembali mensenamkan jari-jemari gemok ni di atas keyboard... 

Juga dengan perasaan kecemburuan yang membara-bara bila member-member semua pergi memanjat Broga Hill yang entah kat mana cik Wardah pon tak tahu, sedangkan cik Wardah terperap dalam library seorang diri.. Ya, tujuan entri ni ditulis adalah untuk mengubat hati yang kesunyian.. Waaah! Gediks betul hari ni.. Hahaha~


Maakkk...! Cik Wardah jatuh cinta?? Sebenarnya..... Ya, cik Wardah jatuh cinta.. Allah, tak habis-habis nak jatuh cinta kan? Kan?? Yelah, segalanya bermula apabila terbaca di sini, sini dan sini.... 

Ni memang dah tak ada kerja... Baca entri pasal cinta je dah nak jatuh cinta.. Hahaha... Jatuh cinta dengan siapa ek?? Hahahaha.. Tu laaah... Memang tak ada pon orang yang nak di'jatuhkan cinta' ini... Kehkeh...

Teringat satu perbualan ngan seorang kawan cik Wardah..

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Cik Wardah: Kak... Cuba tengok sini kejap... [link].. (Link nya dirahsiakan.. Haha :p)
Kakak: Sedang tengok... :)
Cik Wardah: Okeh, nak tunjuk tu je... :p
.
.
.
.
.
.
(Perbualan yang di sini perlu dirahsiakan.. Kot-kot lah tuan punya link tu tau pasal dia... Naya cik Wardah nanti.. Hikhikhik)

Kakak: Dah jatuh hati ke yaang?? :)
Cik Wardah: ...... ^_________^
 Masalahnya kan kak... Saya ni memang dah gatal sangat nak kahwin.. Tapi, tu lah.. Saya takde perasaan kat orang... Perasaan kat kahwin je kak... Hikhikhik...
Kakak: Ah.. Sudaaahh.. Kena carik orang bernama 'kahwin' la tu.... :p
Cik Wardah: Ada ke orang nama macam tuuuuu???? Hahahaha...
Kakak: Yelaah.. Dah Qila kata, Qila ada perasaan kat kahwen je... Kalau lah kawen tu orang, kan senang...... :)
Cik Wardah: Hahaha.. Kan? Senang keje ai...~ Lalalala... 

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Haishh.. Betul jugak kan?? Kalau lah kahwin tu orang... Hahaha.. Senang sangat!! :p

Beberapa hari sebelum itu..... Berbual dengan kak Artis nih, dekat JM Bariyani, Tesco Shah Alam... Terbaik laahh!! TQ Kakak, belanja saya... ^__^ Terhapus sudah idaman terhadap kambing.. Hikhikhik... ^_^

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Cik Wardah: Kak, saya nak kahwin sangat lah kak.... (Sambil suap kambing dalam mulut..)
Artis: Ye ke? Dengan siapa??
Cik Wardah: Tu lah kak.. Kena tunggu tarikhnya lah baru tahu dengan siapa.. :) Tarikhnya dah ada dah.. Cuma, tak tahu lagi dengan siapa...
Artis: Ha?? Hahaha.... Pelamin sume siap tempah dah la??
Cik Wardah: Iye kaakk... Pelamin, hantaran, semua siap dah... Tarikh pon dah ada... Hahaha..
Artis: Dik, jangan cam tu dik... Hahaha...

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Hehe.. Bab mengarut, laju je terlontar kata-kata daripada bibir cute nih.. Haha.. Perasan! 

Bila rasa sunyi, mesti lah perasaan cam ni datang... Dah tak ada kerja, layan perasaan lah kan?? Hehehe... 
Penat.. Penat sangat layan perasaan nih... Nak diluah, tak tahu pada siapa.. Allah je yang setia mendengar.. Nak luah dekat Dia pon tak ada rasa malu... 

Dekat FB, tengok makin hari, makin 'tebal' kad jemputan kahwin.. Ishh, jeles betul cik Wardah.... Senang bebenau diorang ni dapat kahwin kan? Ahaks! Coming soon, my dear Siti Fairuz pulak nak kahwin... Then, Zaidah plak.. Pastu, barulah cik Wardah start berangan-angan nak ada wedding yang macam mana.. Hahahaha~ Gatal... Gatal... Tolonglah jangan nak menggatal sangat cik Wardah oiii~ Hehehehe...

Oooo.. Dah malas nak layan cik Wardah bebel eh?? Yelah.. Yelah... Jom lah, dengar lagu nih.... ^^




Hati yang dahaga
Mengharapkan sinar cinta
Nur kasih-Mu yang sejati
Bahagia kekal abadi


p/s: Hari tu, cik Wardah pergi date dengan Artis nih... Sekali jumpa artis yang ni daaaaa~












Hikhikhik... Tengah message ngan wife kooooottt~ ^^

4 comments:

al_hakim said...

gatal sgt dah ni.huu..mcm kenal je artis tu..in team ka

cik nurussalwa said...

bahaya kak ni.. nak kawen tunggu saya balik malaysia ye.. nak tolong2 sekali..
#hihik~

FasiHaH SupiaN said...

memang patut suh mak ayah carikan pasangan.....

tomato said...

hihi p kawen lekaih ;p

.:: Tinggalkan Debunga Di Sini ::.

Popular Posts

.:: Ding Dong ::.

Get widget here