Tuesday, July 26, 2011

Setiap Manusia Punya Ilmu yang Berbeza

Assalamu'alaikum.....

Apa khabar semua?? Lama dah rasanya tak mentaip di sini...
Al-maklumlah, sibuk ber"photographing" di Port Dickson.. Ahaks!! 

Hancus lebus Bahasa Melayu cik Wardah... Mahap Cikgu Anuar.. HikHikHik...

Terbaik lah Reunion ex-18 (Aliran Agama Batch 01-05) hari Sabtu & Ahad yang lepas.... 
Disebabkan event macam canggih sangat, jadi, tiadalah gambar yang dari HP cikai a.k.a Sony Ericsson W705 cik Wardah... 
Semua pakat-pakat harap kat kamera-kamera besar a.k.a DSLR yang besar gedabak lagi macam-macam rupa yang ada... HikHikHik... 
Para photographer sekalian dah pakat pula nak tunggu tempoh matang gambar la, edit la, hape laa..
Jadi, terpaksalah bersabar menantikan kemunculan berGIG-GIG gambar tersebut... HeHeHe...

Jadi, entri kali ini, nak sampaikan sebuah cerita... Mari rapat-rapat, dekat-dekat di sini.. Hehehe...

Kisah tentang seorang pelajar bernama Farid... 

_____________________________________________________________

Farid adalah seorang pelajar di sebuah sekolah pondok di kampungnya... Gurunya, Ustaz Halim, seorang yang sangat alim dan warak... Farid suka bertanya kepada Ustaz Halim di samping ingin menguji kebijaksanaan gurunya itu...

Suatu petang, selepas tamat sesi pembelajaran, Farid bertemu dengan Ustaz Halim untuk bertanya kepada gurunya itu..

"Ustaz, boleh saya tanya sesuatu??" Farid memulakan bicara..

Ustaz Halim hanya tersenyum.. Dia tahu, muridnya itu sangat suka menguji ilmunya..

"Ustaz, apakah benda yang satu, tiada duanya??"
Dia menyambung lagi, "Apakah benda yang dua tiada tiganya??"

Ustaz Halim sangat terpegun dengan setiap soalan yang diajukan kerana kali ini soalannya umpama sebuah teka-teki...

Kemudian, Farid bertanyakan soalan yang terakhir, "Apakah benda yang empat, tiada limanya??"

Di akhirnya, Farid menjelaskan, "Ustaz boleh mencari jawapannya selama 3 hari.."

Dalam tempoh 3 hari itu, Ustaz Halim bertungkus-lumus menyelak setiap buku yang dimilikinya bagi mencari jawapan untuk setiap pertanyaan Farid... Tetapi, pencariannya gagal...

Setelah 3 hari berlalu, Farid kembali menemui gurunya untuk mendapatkan jawapan kepada persoalannya yang lalu... Ustaz Halim mengakui bahawa dia tidak berjaya mendapatkan jawapan tersebut..

Sebelum memberikan jawapan, Farid terlebih dahulu memohon maaf sekiranya soalan-soalannya membuatkan gurunya merasa dipermainkan... Farid menyatakan, "Sebenarnya, jawapan itu ada di sekeliling kita.. Sudah pasti, ustaz juga mengetahuinya.."

Tanpa segan-silu, gurunya berkata, "Silakan kamu menjawabnya.."

Farid pun menjelaskan jawapannya, " Jawapan pertama ialah Allah. Ini adalah kerana Allah adalah Tuhan yang satu dan tiada selain daripadanya. Jawapan bagi dua tiada tiganya ialah siang dan malam. Bila siang datang, malam menghilang, begitu juga sebaliknya. Manakala yang empat tiada limanya adalah kitab-kitab yang Allah turunkan untuk Nabi & Rasulnya, iaitu Taurat, Injil, Zabur & Al-Qur'an; dan semuanya sebagai panduan untuk hidup manusia.."

Ustaz Halim tersentak mendengar jawapan.. Dia mengakui bahawa jawapan itu semuanya benar belaka..

Lalu ustaz Halim mengatakan, "Ilmu itu tidak semestinya diberikan oleh guru kepada muridnya.. Ianya boleh datang dari sesiapa sahaja walaupun dari seorang murid kepada gurunya. Saya tidak segan hendak mengambilnya daripada kamu sebagai ilmu untuk diri saya.."

________________________________________________________


Haaa.. Dah baca? Dah baca?? Faham tak?? Hehehe... 

Kesimpulannya, senang je... Setiap daripada kita punya ilmu yang berbeza-beza... Jadi, jangan lokek dan bakhil untuk berkongsi dengan orang lain... Walaupun hanya cara untuk tekan button switch on the light.... Setiap kali orang yang ambil ilmu tu dari kita, kita akan mendapat ganjaran pahala daripada Allah S.W.T.. Insya Allah.... Tapi, itu untuk ilmu yang BAIK sahaja okeyh... Kalo ilmu yang tak baik, maka, ganjaran dosa pula kita dapat.. Na'udzubillah... 

Itu kalau seorang yang kita ajar.. Kalau 20, 30 orang yang kita ajar, insya Allah, berganda-ganda pahalanya.. Nak-nak kalau orang yang kita ajar tu, sampaikan pula kepada orang lain.... Subhanallah....... Nampak tak?? ^__^

Selain daripada tu, jangan merasa rendah diri untuk sampaikan sesuatu ilmu... Biarpun anda bukanlah AHLI dalam sesuatu bidang, ia tidak menjadi SALAH anda jika anda sampaikan ilmu tersebut... Allahu A'lam... Mudah-mudahan, berkat ilmu yang kita belajar...

Pepatah Arab mengatakan, "Ilmu yang tidak diamalkan, ibarat pohon yang tidak berbuah.."

Nampak sia-sia kan kalo kita tanam pokok durian, tapi tak keluarkan buah?? Macam tu jugak lah dengan ilmu kita.... 

Haaa... Jadi, sama-samalah kita sebarkan ilmu yang kita ada.. Mudah-mudahan menjadi manfaat untuk semua, insya Allah....




p/s: Dah join segmen ni?? Klik gambar di bawah untuk join.. ^__^



3 comments:

Fasihah Supian said...

betul tu kak........sama macam memberi nasihat, tak perlu tunggu seorang ulama' untuk memberi nasihat dan menegur...

Admin said...

Ilmu itu ilham dari Allah, boleh dari sesiapa sahaja termasuk dari orang yang bukan seagama dengan kita. :)

Siapa pun berhak ditegur dan menegur asalkan ianya bertujuan baik.

Puan Nurussalwa said...

aha. suke!
nanti ajar wa bahasa arab ye?
tq!
(^_^)

.:: Tinggalkan Debunga Di Sini ::.

Popular Posts

.:: Ding Dong ::.

Get widget here