Sunday, July 10, 2011

Bersih Sini, Bersih Sana

Aha!! Assalamu'alaikum... ^_^

Hehehe.. Pagi-pagi dah nak cakap pasal 'bersih'.. Eh, betullah.. Orang bersihkan rumah pagi-pagi kan? Kan?? ^_^




Okey, tak menafikan, memang nak cakap tentang isu BERSIH 2.0 yang baru je berlangsung semalam... 
Cam biasalah, pagi-pagi, bukak FB, bukak blog, baca paper... TV je maintain Al-Hijrah... Hikhikhik~

Memang hangatlah isu BERSIH ni kan.. Nasi goreng mak masak tadi pon, tak sehangat isu BERSIH ni walaupun belum tutup api dapur lagik.. Kat FB, banyak sangat status-status yang menceritakan tentang BERSIH ni... Ada yang marah, ada yang kesal, ada yang sedih, yang gembira pon ada...

Selama ni, cik Wardah cuma membaca sahaja... Melihat, mendengar... Tapi, tak berani nak bersuara lantaran ketidakcukupan ilmu di dada... Uhuhuhu~ Mungkin pandangan cik Wardah ni tak lah sebernas mereka-mereka yang memang mengikuti secara mendalam tentang BERSIH ni.... Allahu A'lam....

Tapi, setiap daripada kita punya pandangan berbeza tentang isu ni... HARUS diingatkan bahawa perkataan-perkataan yang wujud selepas ini, bukanlah untuk menyokong atau menentang mana-mana pihak okeyh... Cik Wardah pon tak decide lagi nak undi parti mana.. HakHakHak.. In fact............ Sila sambung sendiri... :p

Okeyh, back to the topic here.. Sepertimana yang kita ketahui, perhimpunan BERSIH ni, dah lama sangat dah diuar-uarkan oleh pihak berwajip bahawa ia akan diadakan... Macam pelik je ayat nih... Aaaah, tak kisahlah... Huhuhu.... Cik Wardah pon terpaksa kot mintak cuti ngan bos semalam lantaran mak kata "tak payah pegi kerja.." Wuhuuuu~ Apa lagi, sambung tidooooo lah kan~ lalalalala... ^_^

Haaa! Disebabkan kita dah tahu lama tentang perhimpunan BERSIH 2.0 ni, banyak pihak yang sokong, bangkang, itu dan ini... Kalo orang macam cik Wardah ni, mungkin belum cukup 'iman' lagi untuk menyokong atau membangkang mana-mana pihak...

Tapi, banyak jugak lah bincang sikit-sikit dengan mak.... Memang taknak tipulah... Stress kot baca macam-macam info tentang BERSIH ni.... Kita dah tau, mereka nak buat, kalau kita nak halang pon, memang tak ada guna... Sebab, mereka tetap akan buat... Tujuannya, untuk serahkan memorandum je pada Agong... Tapi, apa yang berlaku semalam, memorandum tak sampai kat Agong, kekecohan pula yang berlaku...

Allahu Akbar.... Kenapa jadi macam ni?? Pernah tak terfikir?? Andai pihak-pihak ni bekerjasama (agak mustahil) insya Allah, semua ni tak jadi.... 

Satu je yang terlintas dalam kepala cik Wardah ni... Kenapa tak boleh ek ada yang fikir; "Tak boleh ke kita anggap perhimpunan or perarakan ni macam kita sambut Maulidur Rasul?? Yelaah.. Masa sambutan Maulud Nabi s.a.w tu kan dah ditetapkan jalan-jalan mana boleh lalu... Maknanya, hanya jalan-jalan yang dilalui tu je la yg tutup... Then, mesti ada penguatkuasa yang guide laluan diorang ni kan??"

Haa.. Yang ni cuma cadangan cik Wardah aje lah.. Da lepas baru berani nak cakap... Tak betul sungguh.. Hahahaha.. Kalau kita nak halang, mereka tetap buat.. Then, why not, kita bagi je diorang buat, tapi, guided by certain rules & conditions..... Tanda tangan hitam putih semua pihak... Mana-mana yang melanggar peraturan, boleh lah ditangkap... Ini tak, mula-mula, tak bagi, suruh buat kat stadium, then cancel pulak.... 

Apa daaaa~ Kan menyusahkan semua orang macam tu.... Dah tahu, walau macam mana sekatan dibuat sekalipun, benda mesti bergerak.. Apa nak jadik, jadiklah kata mereka.... Ya, bila sekatan dibuat, bak kata Tuan Guru Nik Aziz, ia akan menambahkan lagi bibit-bibit kebencian dalam hati rakyat... Maka, akan menyusullah lagi perhimpunan-perhimpunan yang lain... Allah... Allah... Allah.... Allah al-Musta'an.... 

Nasihat untuk semua, cukuplah memaki-hamun pihak-pihak berlawanan.. Dah tak larat dah hati ni nak terima & baca semua kutukan-kutukan... Nabi s.a.w. tak ajar kita memaki-hamun... Banyak dah cik Wardah nampak.. Yang soleh-soleh (kat mata cik Wardah laa..) pon sama jugak tiba-tiba jadi pemaki hebat! Allahu Akbar..... Poyo plak rasa nih... huhu~

Rasanya, nak berhentilah.. Taknak cakap banyak-banyak.. Kena tahan nanti.. Huhu~ Dah la tak kahwin lagi... Huhu~

p/s: Rasa nak pegi bermastautin kat luar negara plak.. ACEH ke.. Hahaha...

4 comments:

Anonymous said...

Ni terlebih kurang cakap ni.. Saya mesti tahan kamu... Jumpa kamu di masjid esok.. :P

Anonymous said...

Kenapa pilih ACEH?.. Nak jumpa Wali 'Kitab Cinta' eh?.. Ooooooo can not, can not.. Hahaha..

al_hakim said...

hurm..sy rasa kalau nak buat bersih ni tak salah..cumenye ada yg salah buat..tu yg jadi tak betul tu..

Fasihah Supian said...

betul...jomlah pergi luar negara jom kak.....


sy pun gitu juga,takmau sebelah mana2, kat malaysia ni, islam sesama islam bergaduh tentang politik....hmm...

.:: Tinggalkan Debunga Di Sini ::.

Popular Posts

.:: Ding Dong ::.

Get widget here