Wardah Humaira'
Saturday, September 16, 2017
Sunday, November 1, 2015
Saya Seorang Guru Tadika
Beberapa hari ini, terasa sangat terhimpit dengan masalah kewangan. Kerjaya guru tadika memang tak menjanjikan gaji yang beribu-ribu. Tapi inilah jalan yang kami pilih.
Beberapa hari ini juga, rakan-rakan guru bercerita. Kawan yang kerja sebagai peguam, dah naikkan banglo dua tingkat di kampung. Kawan-kawan zaman belajar, berbual tentang membeli rumah. Yang lagi seorang pula, sering diasak pertanyaan, “dah berisi ke belum?” setelah setahun berumah tangga.
Aku sendiri pernah ditanya, “kenapa kau tak mohon pekerjaan menggunakan kelulusan kau?” kalau ikut emosi, macam-macam ayat aku dah siap sedia dalam kepala.
Jadi, beberapa hari ni, aku memilih untuk membaca. Untuk menenangkan hati yang gundah-gulana. Setelah beberapa hari, aku masih tak bertemu ketenangan. Perasaan masih dihenyak kedukaan.
Jadi, pagi tadi, sebelum ke sekolah, aku rembat satu buku lagi sebab tahu dah tak ada apa-apa nak dibuat di sekolah. Sampai di sekolah, baru aku tengok tajuk buku. Haha. ‘Bedtime Stories Sentap’.
Lepas sarapan, aku habiskan bacaan Esc. oleh Budak Tomato. Kemudian, baru aku baca sehelai demi sehelai Bedtime Stories. Masuk bab ketiga, yakni juz ketiga, ayat yang dipilih penulis ialah ayat daripada surah al-Baqarah ayat 286:
لا يكلف الله نفسا إلا وسعها لها ما كسبت وعليها ما اكتسبت.. إلى آخر الآية.
Maksudnya: Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya.
Klise kan? Beberapa kali aku ulangkan ayat ni dan penerangan oleh penulis. Lalu akhirnya aku bersuara,
“Weh (bukan nama sebenar, haha), kau kena hafaz ayat nih. Surah al-Baqarah, ayat 286.”
“Kenapa?”
“Bila nanti orang tanya kau lagi, “dah ada isi ke belum”, kau bacakan ayat ni. Dengan maksud dia sekali kau bacakan.” Ketawa. “Cantik sangat ayat ini. Mula-mula Allah pujuk, lepas tu Allah bagi warning, lepas tu Dia ajar pulak doa untuk kita. (Sila rujuk ayat penuh). Kalau makcik-makcik tu nak bising juga, sekurangnya kita dah baca doa tu menunjukkan kita ikhlas dan redha dengan takdir Allah ni”.
Begitulah, dalam hati aku juga akui sendiri. Hati aku juga terubat. Memanglah gaji aku sedikit, tapi aku perasan. Setiap kali aku niat nak belanja anak-anak murid aku sesuatu, walaupun terasa sesaknya dompet masa tu, Allah selalu ganti dengan yang berganda-ganda. Selalu. Apalagi setiap kali aku dengar jeritan “ yeay!” seorang-seorang bila dapat makan roti (biasanya makan biskut semata), dapat main lego (sebab selalu belajar, tulis, baca, stress kot!), dapat menari (sebab diorang memang jenis terkinja-kinja tak boleh duduk diam).
فبأي آلآء ربكما تكذبان.
Pernah sekali, waktu solat zuhur, selesai aku bagi salam kedua, terdengar budak bertiga berborak di luar.
“Eh, teacher mana ek?”
“Oh, teacher baru nak baca doa”.
Sebaknya, lain macam aku rasa. Antara sebabnya, aku agak tertekan, masih ada beberapa anak murid yang belum lancar bacaannnya.
Hari tu, aku doa pada Allah, “ya Allah, aku tahu aku bukan guru terbaik untuk anak-anak muridku. Walaupun bacaan mereka belum lancar, jadikanlah setiap huruf yang mereka kenal kerana aku, jadi jalan buat mereka mengenalMu. Jadikanlah setiap ayat yang mereka tahu baca kerana aku, jadi asbab mereka untuk lebih dekat denganMu. Dan jadikanlah setiap yang aku ajarkan mereka keranaMu, sebagai kemudahan untuk aku ke syurgaMu”.
Pengalaman ini hadiah terbaik pernah hadir dalam hidup aku. Siapa-siapa yang pernah terjun dalam bidang ini kerana Allah akan merasa manisnya berjuang mengajar membaca untuk anak-anak ini.
Tapi, akhirnya, aku sendiri juga tewas. Dalam desakan ekonomi yang semakin menyesakkan, aku akhirnya mengalah. Tuntutan kehidupan harus juga aku utamakan. Dunia ini mungkin aku akan tinggalkan. Selamanya. Tak pasti. Andai Allah kurniakan suami yang kaya-raya, mungkin aku akan terjun semula. Amiiin. Doakanlah!
Dedikasi ini buat semua rakan-rakan guru pendidikan awal kanak-kanak seluruh Malaysia. Yang pernah, dan masih di dalam bidang ini. Yaya, Ana, Nisreen, Farra, Kak Ummi, Ecah, Dayah, Kak Yana, Kak Mar, Ain, Nazirah, Kak Ema, Kak Aina, Mira, Su, dan lain-lain yang tak tersebut namanya.
Tak lupa juga untuk Kak Ira, Encik Zohri dan Puan Marlya. Tokoh-tokoh hebat dalam bidang ini, Ustazah Isfadiah (bekas pensyarah yang megajar aku di CFS IIUM, Puan Sabariah Faridah (of Little Caliphs yang begitu menginspirasikan termasuk para pelatihnya) dan Ibu Zahrah (of Tadika Ceria az-Zahrah yang juga banyak memberi tunjuk dan ajar). Dan aku takkan lupa satu nama ini, Almarhum En Ezry (of Smart Tadris, Smart Reader Kids HQ) yang juga banyak menginspirasikan aku walau cuma beberapa minit berbual bersama.
اللهم اغفرله وارحمه.
Kalau Allah tak campakkan kita semua kat jalan ni, kita pun mungkin sama macam orang lain. Pandang rendah dengan profesyen ini.
Dan teristimewa tentulah buat anak-anak murid yang pernah aku ajarkan, nak disebutkan tak tersebut seorang-seorang. Mereka terlalu istimewa. Istimewa letaknya di dalam hati dan di dalam doa.
Juga buat para ibu bapa yang banyak menyumbang, memahami dan bekerjasama dengan aku sepanjang jalan ini.
الحمدلله على كل نعمة.
22102015
Teacher Aqilah.
Shah Alam.
Subscribe to:
Posts (Atom)
.:: Tinggalkan Debunga Di Sini ::.
Popular Posts
-
assalamu'alaikum.. :)) dalam masa sejam saja rajin sangat nak wat dua entri... oh.... entri kali ni khas untuk seorang cikgu yg wardah b...
-
assalamu'alaikum dan selamat malam semua.. :)) malam masih muda okey... wuwuwuwu...... sejak balik dr melaka hari tu, memang payah nk t...