Wednesday, December 1, 2010

.:: Dilema Wanita Bujang: Nak Belajar Masak Atau Nak Cari Imam?? ::.


assalamu'alaikum.. :)) da solat? da dinner??
haa.. kalo da sudah semua, jom baca artikel ni... sesuai untuk lelaki dan juga perempuan ya.. tajuk saja nak kasik gempak.. :D


_____________________________________________________________________

KALAU PEREMPUAN TAK TAHU MEMASAK...SALAH KE?TAPI MACAM MANA KALAU LELAKI TAK BOLEH JADI IMAM???



Kalau perempuan tidak boleh memasak, dikutuk dan disuruh belajar. 

Kalau lelaki tak boleh jadi imam kita kata okay saja.

Jangan diperbesarkan nanti mereka terasa hati.

"Apalah perempuan, tak pandai masak siapa nak  kahwin dengan awak!"

Begitulah kata rakan sejawat lelaki pada seorang anak dara, juga rakan sejawat kami.

Maka jawaplah si gadis ayu itu yang dia tidak sempat belajar memasak sebab dari kecil tidak digalakkan keluarga sebaliknya di suruh menumpukan perhatian pada pelajaran saja.

Setelah tinggal di asrama, peluang pulang ke rumah terhad dan tidak sempat turun ke dapur membantu ibunya.

''Habis sekarang kenapa tidak belajar?" 

Tanya sang lelaki lagi dengan penuh semangat.

''Sedang belajarlah ni tetapi selain sibuk dengan  kerjaya saya juga sibuk belajar agama, jadi  belajar memasak tetap tidak diutamakan!" 

Begitu jawab si gadis yang membuatkan lelaki tadi menggeleng-geleng kepala.

Baginya tidak sempurna seorang wanita jika tidak tahu memasak. 

Wanita sepatutnya buat begitu juga.

Syarat utama menjadi suami mesti boleh menjadi imam.

Walau ada yang kata, jika itu syaratnya bermakna makin ramai wanita yang hidup bujang seumur hidup.

Lelaki meletakkan kebolehan wanita di dapur sebagai perkara utama dan ungkapan hendak memikat suami, perlu pikat seleranya sering diguna pakai.

Tidak kiralah jika wanita itu berpelajaran atau berjawatan tinggi dan penyumbang utama kewangan dalam rumahtangganya.

Sekarang bukan asing lagi gaji isteri lebih tinggi daripada suami.

Namun kedudukan suami sebagai raja tidak pernah dilupa walau dia tidak mengambil inisiatif mempelajari ilmu menjadi imam.

Ilmu bermain video game di komputer mereka rasa lebih perlu.

Kalau tidak tahu memasak disuruh belajar dan sesudah belajar perlu handal.

Jika handal bukan setakat masak untuk keluarga sendiri, kalau boleh perlu boleh memasak untuk tiga pasukan bola. Begitulah standard yang telah ditetapkan.

Bolehkah kita meletakkan undang-undang itu kepada lelaki juga? 

Kalau tidak pandai jadi imam, belajarlah.

Mula-mula jadi imam kepada keluarga sendiri, sudah terror boleh mengimam satu taman perumahan juga.

"Sibuk suruh kita handal memasak, mereka tu bolehkah jadi imam?"

Dengus teman wanita yang lain.

Betul juga ya? Berapa kerat lelaki yang menjadikan sembahyang jemaah di rumah bersama anak isteri sebagai agenda utama, selain keperluan memenuhi pelbagai seleranya?

Maka bertanyalah wanita kini kepada beberapa lelaki tentang kebolehan yang satu ini.

Ternyata ramai yang menjawab tidak confident menjadi imam sebab takut bacaan al-Fatihah tidak sempurna, salah tajwid atau pun dia merasakan isterinya lebih handal.

Ada yang kata lebih elok dia dan isteri sembahyang sendiri-sendiri.

Ada juga menjawab, rasa kelakar pula apabila dirinya yang rugged menjadi imam.

Isu ini sepatutnya kita beratkan sepertimana masyarakat memberatkan wanita perlu pandai memasak jika mahu bersuami.

Lelaki juga harus boleh menjadi imam supaya kewibawaan mereka sebagai ketua keluarga tidak goyah atau menjadi mangsa 'queen control'.

Kalau tidak pandai, belajarlah sekarang. Jika wanita disuruh belajar, apa salahnya lelaki!
___________________________________________________

So, apa pendapat korang?? Memasak dan menjadi imam memang la 2 perkara yg berbeza.. tapi, bagi wardah macam lelaki dan perempuan, masing-masing ada kelebihan dan kekurangan masing-masing.... sebab tu Allah perintahkan lelaki berkahwin dengan wanita... bukan sebaliknya.... :D

kalo isteri tak pandai masak, you all para suami still boleh pegi kedai mamak mintak roti tisu untuk share dua orang sebab nak jimat duit..

tapi, kalo suami tak boleh jadi imam, takkan la isteri nak pegi carik imam kat masjid atau surau pulak...
dah sah-sah isteri tak boleh keluar rumah tanpa izin suami, inikan pulak nak carik imam laen.. mau masok akhbar Metro muka depan nanti.. hihihi..

oh.. terasa ada kekasaran di situ.. mintak maaf ya.. emo pulak.. :D

tak semestinya you all kena masuk Rancangan Imam Muda untuk jadi imam.. Cukuplah anda mampu jadi imam untuk yg tersayang a.k.a. isteri you all, mak ayah you all, adik-adik, kakak-kakak and abang-abang you all.. (adoyy.. knapa terasa gedik sangat bahasa ni?? )

tak perlu pon hafal surah al-Baqarah untuk dibaca dalam sesuatu solat.. tapi kalo mampu lagi bagus... :)

jadi, di sini, wardah ingin mewakili wanita-wanita bujang laen untuk meluahkan perasaan terdendam terpendam sekian lama di hati kitorang ni..

" Abang-abang sekalian, kami bukanlah pandai sangat memasak.. tapi, kami boleh belajar.. buku resepi banyak sangat.. bila nak masak, bukak sajalah buku tu.. tapi, bila masa abang nak jadi imam untuk solat subuh, takkan lah abang nak bukak buku untuk baca do'a Qunut.."

betul tak apa yg wardah cakap?? kalo wardah, nak carik suami, bukan yg banyak hartanya, cukuplah untuk menampung diri, isteri dan anak-anak nanti.. bukan jugak yg ada paras rupa, cukup sekadar sejuk hati wardah dan mak ayah supaya tak risau nanti ada wanita laen yg terpikat.. apatah lagi mencarik yg pandai menanam tebu di pinggir bibir, sebabnya, kalo dia janji nak tolong kemaskan dapur lepas kita memasak, akhirnya, silap haribulan, kereta dia pon disuruhnya kita basuh.. hihi..

walau apa pon, entri ni wardah tulis bukan nak menghentam sesiapa.. tapi, sekadar menasihati diri wardah sendiri dan rakan-rakan semua.. :))

akhir kata, JOM BELAJAR MEMASAK DAN BELAJAR JADI IMAM!! LATIH DIRI ANDA MULAI SAAT INI...

terasa poyo betul diri ini.. hehehe... setelah berkobar-kobar tulis entri ni, wardah rasa lapar pulak.. nak gi makan dulu sekejap.. nanti wardah start blogwalking ya.. siap-siapkanlah apa yg patot untuk wardah.. wahh!! demand... hehehe...

p/s: teringat zaman-zaman sekolah dulu... setiap ketua dorm akan jadi imam solat Zuhur setiap hari Jumaat sebab pelajar lelaki semua pegi masjid luar untuk solat Jumaat.. :)

21 comments:

ILA HonEyBuNNy said...

alamak....kena blaja masak neh...xpndai..heheh

Cik Aqilah Wardah said...

@honeybunny... sempat lagi nk blaja.. :)

jaya jr said...

betol2..bile duk hostel paling senang nak blajar mnde2 ni..hehe

Cik Aqilah Wardah said...

@jaya.. suke kan duk hostel?? kamu duk mahallah mane kt Uia?? cewah!! bajet nk dtg jengok plak kan?? hihihi

yayaf said...

suka (:

Cik Aqilah Wardah said...

@yaya omar.. suka jugak.. :D

aima in luv said...

yahhh,, btol2,, laki kena teror jadik imam,, pompuan kena teror masak.. bahgia rumah tangga

Cik Aqilah Wardah said...

@aima in luv.. barulah rumah tangga bahagia.. insya Allah.. :))

Hakimi Reza said...

hohoho~~nakal suka entri ni

cam terasa jer ni~~hakhakhak

Mohd Hazwan said...

saya pandai jadi imam hehe

Cik Aqilah Wardah said...

@nakal... eh3x.. terasa pulak ke?? rasa kepsi ke??
:D

@hazwan17... ehem2.. kite ade satu calon di sini ye.... :D

suria lekatlekit said...

sesuatu yang melekit datang kesini.. Artikel yg menarik

Cik Aqilah Wardah said...

@the lekat lekit story... waahhh.. ape ek yg melekit tu?? gula2 ke?? :D tQ dtg.. :)

YanaHime said...

Waaa...ayat berbisa utk guys...sokong jugak benda ni

Cik Aqilah Wardah said...

@eliyana... tQ.... pengajaran wat kite jugak tau.. :)

KABAKOGA said...

Hmm..,ade hrapan.,

Cik Aqilah Wardah said...

@kabakoga.. sentiasa ada harapan.. tp, harapan yg mane yg dimaksudkan ye?? :D

Syahida Baharuddin said...

menarik la wardah..
pasni sape komenkite xreti msk..
kite nk tnyer blik die reti ke jd imam..
hehe

Cik Aqilah Wardah said...

@adihays... hehe.. gud3x.. kalo die jawab reti, awk kene blaja masak tau.. :D

ahmad endo said...

kena blaja jadi jugak....hehehe

Cik Aqilah Wardah said...

@ahmad endo.. belaja jgn tak belaja.. :)

.:: Tinggalkan Debunga Di Sini ::.

Popular Posts

.:: Ding Dong ::.

Get widget here