Monday, June 13, 2011

... Hati, Akal & Fizikal ...

Hari-hari kita dengar kat radio, tengok kat TV, baca kat suratkhabar, jumpa kat internet... Masalah sosial di Malaysia semakin menjadi-jadi... Sana-sini cerita didedahkan tentang masalah-masalah yang melanda masyarakat Malaysia.. Institusi kekeluargaan pon bukan lagi sebuah institusi yang selamat lagi... Macam omputih cakap "Home Sweet Home".. Hari ni, banyak sangat dah rumah keluarga yang tak lagi selamat didiami dan diduduki.... Buktinya?? Berapa ramai dah anak gadis yang diperkosa ahli keluarga sendiri?? Berapa ramai dah manusia yang dicederakan dan dibunuh oleh ahli keluarga sendiri??


Google

Google
Google
Entri kali ni serius?? Ya, serius.. Masalah sosial yang berleluasa hari ni sangat serius... Tanggungjawab bukan lagi  di bahu pemimpin semata.. Bukan lagi di bahu mufti seorang..... Ia tanggungjawab setiap individu yang ada kat bumi Malaysia ni... Wahhh~ Kau, cakap macam hebat je kan?? Hakhakhak.. (nak gelak jugak.. lalalala~) Ayat macam nak buat karangan fakta je.. Huhuhu...

Tadi, duk baca novel Damai, sebuah novel gabungan tiga buah ceritera karangan Saidatul Saffaa, Noor Suraya & Syud..... Actually, lama dah beli novel nih, baru je nak baca.. Hehehehe...

Google
Baru baca kisah pertama, Damai, yang mengisahkan pengembaraan seorang gadis ke negara Sultan Muhammad al-Fateh, Turki, bagi menyiapkan tesisnya tentang pemerintahan Khalifah Uthmaniyyah.... Sampai ke satu bab, dibicarakan tentang ayat daripada surah ke-29, al-Ankabut, ayat yang kedua.... Jom tengok, apa ayatnyaa....

Maksudnya: Apakah manusia mengira bahwa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan, "Kami telah beriman", dan mereka tidak diuji??

Haaa... Ayat ni menunjukkan bahawa insan mana yang tak diuji setelah dia beriman..... Bermula detik pertama anda mengucapkan syahadah,


أشهد أن لا إله إلا الله و أشهد أن محمدا رسول الله

Maksudnya: Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan selain Allah, dan aku bersaksi bahawa Muhammad itu pesuruh Allah.

pasti akan ada siri ujian yang Allah beri untuk mereka yang beriman untuk menguji, sejauh mana tahap keimanan dan kepercayaan seseorang terhadap shahadah yang telah mereka ucapkan.. Biasanya, mualllaf atau mereka yang baru memeluk Islam merasakan ujian yang Allah beri terlalu berat untuk mereka tanggung...

Mulalah keluar ungkapan-ungkapan seperti: "Macam ni ke peluk Islam?? Itu susah, ini susah.. Itu tak boleh, ini tak boleh.." Na'udzubillahi min zalik... 

Rasa cam dah melalut sangat dah ni.. Huhuhu~ Okeh, okeh.. Back to the topic... Hehehe...

Secara amnya, ujian atau dugaan Allah pada umat Islam spesifiknya terbahagai kepada tiga jenis.... Iaitu: Hati, Akal & Fizikal....

Wardah nak discuss yang pertama ialah ujian fizikal... Jenis ujian ni seperti yang kita sedia maklum, ditimpakan ke atas umat-umat yang terdahulu... Contohnya, kaum Nabi Allah, Hud a.s, 'Ad, yang mana diceritakan secara terperinci dalam surah Hud.....

“Dan kepada kaum ‘Ad (Kami utus) saudara mereka Hud. Ia berkata, “Hai kaumku, sembahlah Allah, sekali-kali tidak ada bagimu Tuhan selain Dia. Kamu hanyalah mengada-adakan saja.”
“Hai kaumku, aku tidak meminta upah kepadamu bagi seruanku ini. Upahku tidak lain hanyalah dari Allah yang telah menciptakanku. Maka tidakkah kamu memikirkan(nya)?”
Dan (dia berkata): ”Hai kaumku, mohonlah ampun kepada Tuhan-mu, lalu bertobatlah kepada-Nya, niscaya Dia menurunkan hujan yang sangat deras atasmu dan Dia akan menambahkan kekuatan kepada kekuatanmu, dan janganlah kamu berpaling dengan berbuat dosa.”
Kaum ‘Ad berkata: ”Hai Hud, kamu tidak mendatangkan kepada ka-mi suatu bukti yang nyata, dan kami sekali-kali tidak akan mening-galkan sembahan-sembahan kami karena perbuatanmu, dan kami tidak akan sekali-kali mempercayai kamu. Kami tidak mengatakan melainkan bahwa sebagian sembahan kami telah menimpakan pe-nyakit gila atas dirimu.”
Hud menjawab: “Sesungguhnya aku bersaksi kepada Allah dan saksikanlah olehmu sekalian bahwa sesungguhnya aku berlepas diri dari apa yang kamu persekutukan, dari selain-Nya, sebab itu jalan-kanlah tipu dayamu semuanya terhadapku dan janganlah kamu memberi tangguh kepadaku. Sesungguhnya aku bertawakal kepada Allah Tuhanku dan Tuhanmu. Tidak ada suatu binatang melata pun melainkan Dia-lah yang memegang ubun-ubunnya. Sesungguhnya Tuhanku di atas jalan yang lurus.
Jika kamu berpaling, maka sesungguhnya aku telah menyampaikan kepadamu apa (amanat) yang aku diutus (untuk menyampaikan)nya kepadamu. Dan Tuhanku akan mengganti (kamu) dengan kaum yang lain (dari) kamu; dan kamu tidak dapat membuat mudharat kepada-Nya sedikit pun. Sesungguhnya Tuhanku adalah Maha Pemelihara segala sesuatu. “
Dan tatkala datang azab Kami, Kami selamatkan Hud dan orang-orang yang beriman bersama dia dengan rahmat dari Kami; dan Kami selamatkan (pula) mereka (di akhirat) dari azab yang berat.
Dan itulah (kisah) kaum ‘Ad yang mengingkari tanda-tanda kekua-saan Tuhan mereka, dan mendurhakai rasul-rasul Allah dan mereka menuruti perintah semua penguasa yang sewenang-wenang lagi menantang (kebenaran).
Dan mereka selalu diikuti dengan kutukan di dunia ini dan (begitu pula) di hari kiamat. Ingatlah, sesungguhnya kaum ‘Ad itu kafir kepada Tuhan mereka. Ingatlah, kebinasaanlah bagi kaum ‘Ad (yaitu) kaum Hud itu.” (QS. Huud, 11: 50-60) !

                                                                                                                              (SUMBER)

Itu umat sebelum Rasulullah S.A.W..... Umat Nabi S.A.W. juga tak kurang hebatnya diuji Allah secara fizikal... Ingat kisah Mu'azzin kesayangan Rasulullah S.A.W., Bilal bin Rabah r.a. yang dijemur di tengah panas sambil dihempap batu besar di atas dadanya?? Wardah pernah tonton kisah Bilal ni... Hanya beliau sahaja yang tahu betapa beratnya ujian tersebut..... 

Dan masih banyak lagi kisah-kisah sahabat Rasulullah S.A.W. yang diuji Allah dengan berat sekali..... 

Yang keduanya ialah ujian hati.... Ujian hati ni bila hati kita sentiasa ada perasaan tak puas dengan segala nikmat pemberian daripada Allah.. Itu tak cukup, ini kurang, kenapa orang lain dapat lebih... Dengki dengan kejayaan manusia hinggakan membawa kepada perbuatan-perbuatan memudharatkan orang lain, malah hingga sanggup menyekutukan Allah 'Azza Wajalla demi memuaskan hati sendiri... Na'udzubillahi min zalik.. 


Hal ni memang biasa terjadi dalam diri setiap manusia... Wardah tertarik dengan satu entri yang ditulis oleh seorang sahabat lama tentang syukur... Anda semua boleh klik SINI untuk bacaan lanjut... 


Selain daripada itu, ujian hati ni juga boleh jadi kepada tertarik dengan mereka yang berlainan jantina... Hal ni, biasa terjadi pada Cik Wardah.. Hehehe... Yang menjadi masalahnya ialah, apabila hal ini berlaku, ia membawa kepada perkara-perkara yang lebih buruk... Bila hati menjadi kotor, mulalah segala maksiat dipandang indah... Lihat sahaja hari ni, berapa ramai remaja sekolah yang ditahan kerana berzina? Berapa ramai remaja yang tanpa segan-silu mempamerkan aksi-aksi ghairah di khalayak ramai..?? Allahu Akbar... Andai pernah kita terjurus dalam masalah seperti ni, jangan khuatir, jangan bimbang..... Pintu taubat sentiasa terbuka luas untuk kita semua... Allah itu sifat-Nya Rahman... Allah itu sifat-Nya Rahim... Tiada yang Allah tak beri andai si pemohon bersungguh-sungguh dan ber'asa' seusaha dayanya.... Insya Allah, dimakbulkan....


Ujian yang ketiga, yang inilah yang paling membimbangkan berlaku di zaman ummat Khatimul Anbiya' ini, iaitu ujian akal... Apa yang tiada di dunia sekarang ni? Segala teknologi tercanggih disediakan untuk kemudahan manusia... Dengan teknologi yang kononnya canggih ni jugaklah yang bakal menghancurkan manusia sejagat...


Idealisme-idealisme dari Barat yang berleluasa dan menguasai dunia mula mengambil alih sistem-sistem Islam yang dahulunya memerintah dunia... (Wah... nak bagi pidato ke ape ni??) 


Empirisisme, hanya dengan pancaindera sahaja kita boleh mengetahui tentang sesuatu perkara.. 
Rasionalisme, menggunakan reason atau akal sebagai sumber ilmu..
Feminisme, memperjuangkan hak sama rata untuk wanita seperti hak berkerja, hak berpolitik, hak-hak sosial, dan lain-lain... 
Sekularisme, ini yang paling membahayakan umat Islam... Mengasingkan terus unsur-unsur agama dalam kehidupan duniawi sepertimana yang dilakukan Kamal Ataturk semasa tampuk pimpinannya di Turki...


Dan banyak lagi idealisme-idealisme dari Barat yang cuba menghancurkan agama dan memecah-belahkan manusia sejagat.. Kadang-kadang, manusia terlalu ghairah untuk menajamkan intelek mereka hingga tidak membezakan yang mana baik untuk diri, agama dan bangsa atau yang menghancurkan... Contohnya seperti kepercayaan sekularisme yang mana agama dipandang enteng hingga hanya boleh diamalkan secara individu dan bukan di tempat terbuka.. Bagi mereka, ia hanya mengganggu manusia-manusia lain yang sibuk dengan urusan duniawi...


Percaya atau tidak, inilah realiti hari ni... Mahu atau tidak, segalanya telah pun berlaku... 
Nak salahkan siapa?? Tepuk dada, tanya iman sendiri.... Allahu Ta'ala A'lam dengan segala sesuatu hatta sebesar zarah sekali pon... Yang penting, andai ada rasa berdosa dengan Tuhan, segeralah beristighfar dan bertaubat selagi pintu taubat masih terbuka.. Jangan bertangguh-tangguh, jangan bertunda-tunda... Moga dosa kita diampunkan Allah S.W.T. andai kita bertaubat sebenar-benar taubat, insya Allah... 


Walau apa pun ujian yang Allah timpakan atas kita, segeralah kita kembali kepada asasnya.... "Aku bersaksi tiada Tuhan selain Allah & aku juga bersaksi bahawa Muhammad itu adalah pesuruhNya.."


Selagi kita percaya & yakin dengan shahadah tersebut, selagi itu lah kita takkan sekali-kali cuba untuk ingkar kepada Allah... 


Seorang sahabat pernah menasihatkan.. "Orang perempuan ni mudah... Nabi kata, orang perempuan taat perintah Allah, khidmat pada suami, jaga kemaluan, jaga anak, jaga mulut.. Insya Allah, mudah syurga untuknya..." Kemudian, beliau menyambung lagi... "Orang perempuan best kan? Seorang perempuan menangis depan Allah, lebih baik daripada 10 orang lelaki menangis depan Allah... Hebat martabat perempuan ni..


Umar al-Khattab pernah berkata, "Lebih baik aku berjalan di belakang singa daripada berjalan di belakang seorang wanita." Kata-kata ini menunjukkan bukti bahawa wanita itu sememangnya fitnah dan ujian bagi kaum lelaki... 


Rasulullah S.A.W. bersabda dalam hadith yang diriwayatkan oleh Bukhari: "Tidak aku tinggalkan fitnah selepasku yang lebih membawa mudharat kepada lelaki selain wanita.." (Au kama qola an-Nabi S.A.W.)


*Tetiba rasa macam, lain je dah larik nih~*


Walauapapun, tak kiralah kita ni lelaki atau wanita, andai kita sedar betapa Allah itu Maha Menyayangi, nescaya kita mahu berkasih dengan-Nya... Andai kita sedar, betapa Allah itu Maha Berkuasa, nescaya tidak berani untuk mengingkari-Nya... "Ya Allah, kami ini insan yang hina, yang Kau jadikan dari air mani yang hina... Andai Kau palingkan wajah-Mu dari kami, apalah ertinya hidup ini ya Rabbi.. Thabbit qulubana 'ala dinik ya Mujib.... Amiiin..." :)


Sesuatu yang indah dalam hidup Wardah, dikelilingi oleh insan-insan yang hebat, yang sudi menerima Wardah seadanya... Segala kekurangan tidak dihina malah cuba untuk memolekkan... Ya Rahman, terima kasih atas kurniaan ini... Alhamdulillah.... :)


Nak disebut seorang demi seorang, memang tak tersebut oleh Wardah..... Jika kamu membacanya, ya, kamu lah orang-orang yang hebat itu...


Sering kita meminta apa yang kita inginkan, namun, hebatnya Allah itu memberikan segala yang kita perlukan agar kita tidak takbur dengan kurnia, supaya kita bersyukur atas nikmat.... ya Wahhab, Alhamdulillah, syukur ku pada-Mu.. Jangan campakkan ku di kalangan orang-orang yang takabbur..... A'udzubika ya Hafiz... 


Nikmat hati, akal & fizikal yang Allah kurniakan, gunalah dengan sebaik mungkin... Jika anda tidak mampu untuk berdakwah kepada orang lain, cukuplah anda menjaga diri kamu dan keluarga kamu... Insya Allah, sedikit demi sedikit, akan Allah titipkan semangat & kekuatan dalam hati kamu untuk terus menegakkan kalimah Allah di atas bumi ini...


Walau sedar diri ini penuh dosa, terus juga dilimpahkan dengan rezeki dan nikmat yang mencurah-curah... Moga kita semua menjadi hamba-Nya yang tidak ego untuk bersyukur... Amiin.. :))


Walau rasa entri ni macam makin lama makin mengarut, redahkan jugaklah publishkan.. Yang penting, hasrat untuk menyampaikan, terlaksana sudah, Alhamdulillah...


p/s: Maaflah kalau banyak melalut.. Andai ada tersalah, mohon betulkan..... Hehehe....... Moga Allah permudahkan urusan Wardah mencari redha-Nya.. Amiiin.. ^_______^

3 comments:

al_hakim said...

ini memang serius dan fakta..hoho...nice2..patut la 5 hari 4 malam ni..keh2..

Cik Aqilah Wardah said...

huhu~ dik hakim... well, baru lah leh nk masuk segmen awk... eh? tp dh tamat waktu lah.. sob3x....

shazni hj muda said...

wahh...excellent...
most beneficial one...
keep it up dear..
~if u do not keep urself busy with truth...it will keep u busy with falsehood~ As-Shafie...
well done dearie :D

.:: Tinggalkan Debunga Di Sini ::.

Popular Posts

.:: Ding Dong ::.

Get widget here